|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
tak sabar nk tunggu nikki update hari ni... sy SR yang sgt2 aktif.. hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 11-9-2012 06:08 PM
errr...nati i order ngan bibik kt dapur tu...
dia tgh buatkan my order sayur goreng taruk so ...
Habislah Cik sari....
Betara guru dah bersuara tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
shimah81 posted on 12-9-2012 09:54 AM
tak sabar nk tunggu nikki update hari ni... sy SR yang sgt2 aktif.. hehehehe
Salam Shima.. thanks for reading.
Awak ada blog kan? Pernah baca blog awak dulu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua..
Menunaikan janji hari ini..... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 56
Fifi tidak tahu jam sudah menunjukkan pukul berapa. Dia juga tidak sedar pukul berapa dia tertidur. Suasana yang berbeza membuatkan Fifi susah untuk melelapkan mata. Apatah lagi dengan lampu yang terang, lagilah sukar untuknya terlena. ‘Tab’ yang terletak di atas tilam di capai.
5:30 pagi.
Mata Fifi masih terasa kelat. Dia memang mahu menyambung tidur tetapi tidak boleh. Fifi bangkit dari perbaringan. Dia duduk terkebil-kebil di atas katil sebelum mula bangun untuk keluar.
“Kenapa kamu tidur kat luar?” Terdengar suara Puan Sairah bertanya apabila pintu bilik di buka. Fifi terhendap-hendap.
“Malam tadi tengok bola, tertidur” Terdengar pula suara Fandi menjawab, malas.
“Kamu biar aje si Piah tidur sorang-sorang? Kalau jadi apa-apa nanti, macam mana?”
“Bilik orang dengan ruang tamu ni bukan jauh pun mak. Kalau ada apa-apa nanti pandailah dia panggil”
“Senangnya bercakap. Si Piah tu mengandung. Kamu kenalah jaga elok-elok” Tiada jawapan.
“Kamu nak ke surau dengan abah ke tidak?”
“Dah pukul berapa?”
“Lima setengah pagi”
“Okay” Fifi melihat Fandi sudah bangkit. Fifi segera menutup pintu bilik tidur lalu kembali ke katil dan berbaring mengiring. Pura-pura tidur.
“Assalamualaikum” Terdengar Fandi memberi salam. Fifi tidak menyahut, salam di jawab dalam hati.
“Ini apahal tidur dalam terang?” Terdengar Fandi membebel sendirian. Kemudian, suasana menjadi senyap. Fifi teragak-agak mahu membuka mata atau tidak.
“Sofea” Bagai hendak gugur jantungnya apabila suara Fandi betul-betul di sebelah. Fifi tetap tidak menyahut. Matanya di pejam rapat.
“Tidur lagi? Penat sangat kot” Senyap. Terasa Fandi mengambil tempat duduk di sisinya.
Nak buka mata ke tidak? Nak buka mata ke tidak? Hhmmpp…
Fifi terkena renjatan eletrik dan terus terkaku. Nafasnya seakan terhenti apabila rambutnya di belai perlahan-lahan. Terasa jemari Fandi mula menyentuh dahinya, matanya, hidungnya, pipinya. Degup jantung Fifi semakin kencang apabila jari Fandi mula bermain di bibirnya, lama. Walaupun tidak membuka mata, Fifi seolah-olah dapat merasakan yang Fandi sedang merenungnya. Cup. Satu ciuman singgah di dahi. Setelah itu, tiada lagi terasa jari Fandi di wajahnya. Fandi sudah pun bangun dari katil. Fifi menunggu lagi. Matanya masih di pejamkan.
Terdengar pintu bilik di di tutup. Dah keluar…
Mata Fifi terbuka lalu terus duduk di atas katil. Fifi menyentuh pipinya lalu tersenyum sendiri.
Sepuluh minit kemudian…
Fifi masih duduk bersandar di atas katil sambil bermain dengan ‘tab’ nya apabila Fandi masuk ke dalam bilik secara tiba-tiba. Mereka bertentangan mata. Dapat Fifi melihat yang Fandi benar-benar tergamam. Dia juga tergamam melihat Fandi yang hanya bertuala apabila masuk ke dalam bilik.
Lima saat…sepuluh saat…
“Sorry, saya ingat awak tidur lagi” Fandi berkata perlahan.
“Okay” Itu sahaja jawapan yang diberikan kerana itu sahaja yang terfikir di kepala. Fifi berpaling ke arah lain. Memberikan peluang untuk Fandi berpakaian. Tidak, yang sebenarnya, dia malu apabila melihat Fandi begitu.
Pandai pulak nak malu-malu. Dulu tak tahu malu! Fifi mengutuk diri sendiri.
“Saya nak ke surau” Terdengar Fandi bersuara lagi. Fifi menoleh. Fandi sedang tersenyum ke arahnya.
“Okay” Fifi turut memberikan senyuman. Memerhatikan saja Fandi keluar dari bilik.
**************************************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
seksis!
tgugat
|
|
|
|
|
|
|
|
Yeayyyyyy...
NEEEEEXXXXXXXXXXXTTTTTTTTTTTT |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik cium kat dahi. Kat bibir kalu.... cait! bau ayaq liur basiii! |
|
|
|
|
|
|
|
“Mak” Fifi menegur Puan Sairah di dapur. Perasaan segan datang lagii. Mahunya tidak? Selepas solat subuh dia tertidur kembali sehingga pukul sebelas pagi. Ngantuknya tidak dapat di tahan. Eloklah tu, bangun lambat di rumah mertua. Harus mamanya membebel kalau dapat tahu.
“Dah bangun pun” Puan Sairah tersenyum.
“Sorrylah mak. Saya ngantuk sangat. Tertidur balik lepas solat subuh” Fifi merasakan satu kemestian padanya untuk meminta maaf.
“Tak apa, mak tahu kamu letih. Duduklah Piah. Mak dah buat air. Jemput-jemput pun ada atas meja”
“Jemput-jemput?” Kening Fifi berkerut.
“Cucur, cekodok” Puan Sairah berkata lagi.
“Ooo” Fifi terangguk-angguk.
“Mak tak makan sekali?” Fifi berbasa-basi.
“Mak dah makan tadi dengan abah, dengan abang Fandi kamu”
“Abah dengan ab…abang Fandi..pergi mana mak?”
“Kebun. Dekat je dari sini”
“Ooo…” Fifi angguk lagi. Cucur yang ke tiga sudah selamat masuk ke mulutnya.
“Mak buat apa tu?”
“Ni ha, nak buat sambal tumis udang petai. Abang Fandi kamu suka makan ni..” Fifi senyum.
“Lagi, Abang Fandi suka makan apa mak?”
“Ayam masak merah, patin masak tempoyak. Nak ikutkan, Abang Fandi kamu tu bukan cerewet sangat pun pasal makan. Apa yang ada, itu yang di telannya” Fifi mengangukkan kepala. Mengangguk aje kerja dia.
“Fandi layan kamu elok tak, Piah?” Puan Sairah bertanya sambil matanya memandang Fifi.
“Abang Fandi baik mak” Fifi menjawab, jujur.
“Lega mak dengar” Puan Sairah berkata perlahan. Fifi terdiam.
“Fandi tu kalau kamu nak tahu, masa kecil nakal sungguh. Kadang-kadang, naik geram juga di buatnya. Berapa kali kena sesah dengan tali pinggang abah kamu pun tak serik-serik lagi” Puan Sairah membuka cerita sambil tangannya sibuk mengupas bawang.
“Iya mak?” Fifi tersengih. “Apa Abang Fandi buat mak?”
“Macam-macamlah. Ponteng sekolah, curi ayam jiran, merempit” Fifi ketawa.
“Lagi mak?”
“Ada sekali tu, masa bulan puasa. Mak rasa, masa tu Fandi tingkatan dua. Dia dengan kawan-kawan dia, pergi surau. Nak solat terawikhlah kononnya. Tapi, dia orang pergi surau, bukan sembahyang terawikh”
“Abang buat apa?”
“Dia pergi curi telekung. Sumbat-sumbat dengan kain. Buat macam hantu pocong. Lepas tu, dia pergi gantung hantu pocong tu kat stesen bas. Memang kecoh masa tu, ada yang demam-demam sebab kena sakat dengan pocong. Padahal bukan pocong yang sakat, Fandi dengan kawan-kawan dia punya kerja” Fifi tergelak-gelak.
“Abang Fandi tu ada geng kamu tahu?”
“Geng apa mak?”
“Geng enam jahanam” Kali ini Fifi tergelak besar. Puan Sairah turut ketawa.
“Itu tak kira lagi kantoi dengan abah kamu pasal hisap rokok. Dua hari dia tak balik rumah, sebab takut kena bantai dengan abahnya. Tapi akhirnya, balik juga. Tak ke mana pun dia nak lari”
“Hisap rokok? Tapi, saya tak pernah pun nampak abang hisap rokok?”
“Dulu, sekarang dah berhenti…” Fifi terangguk-angguk lagi.
“Tapi, itu cerita lamalah. Biasalah Piah, budak-budak, mana yang tak nakal. Sekarang, Fandi pun dah banyak berubah. Siapa yang dalam dunia ni tak buat silap, betul tak?” Fifi diam.
“Kalau kita ada niat nak berubah, InsyaAllah, Tuhan tunjukkan jalan. Yang penting, hati kita kena ikhlas nak bertaubat”
“Mak, orang yang dah buat silap macam saya ni, Allah nak terima tak?” Fifi bertanya perlahan setelah terdiam lama. Wajahnya di tundukkan. |
|
|
|
|
|
|
|
NEXT! I know you have many moreeee...
|
|
|
|
|
|
|
|
yer la nicki....NEXTTTTTTT.... qada' utk smlm punye.....hehhehehh x puas baca nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Allah tu maha pengampun, Piah. Jangan anggap kalau kita telah melakukan dosa, tak ada ruang untuk kita untuk bertaubat. Dan jangan fikir kalau kita dah berbuat dosa, Allah tak akan ampunkan kita. Allah akan sentiasa menerima taubat hamba-Nya” Fifi menelan air liur.
“Kalau Piah betul-betul dah sedar, Alhamdulillah. Jangan di ulang kesilapan yang Piah buat. Sentiasa berdoa pada Allah agar Allah selalu tetapkan iman kita” Puan Sairah memberi nasihat. Fifi masih mendiamkan diri. Seperti tidak mampu untuk dia berkata-kata. Nafasnya di tarik dalam-dalam.
“Mak minta maaflah kalau mak sakitkan hati kamu. Mak tak ada niat macam tu pun” Puan Sairah berkata lagi apabila melihat wajah Fifi bertukar mendung.
“Saya yang patut minta maaf mak”
“Sudahlah tu. Kamu tak ada salah apa pun dengan mak” Puan Sairah tersenyum. Fifi mengangkat muka, tersenyum sedikit walaupun kelat.
“Mak, saya nak tanya sikit boleh?”
“Tanyalah”
“Alya tu siapa mak?” Fifi bertanya.
“Anak Pak Zain, rumah dia kat hujung jalan ni. Kenapa?”
“Dia ex girlfriend Abang Fandi kan mak?” Puan Sairah terdiam sebentar.
“Dah lama juga Abang Fandi kamu tu bercinta dengan si Alya. Kawan sejak dari kecik sampai besar. Tak silap mak, dekat lapan tahun juga dia bercinta. Tak ada angin, tak ada ribut tup tup si Alya tu bertunang dengan orang lain. Walaupun Fandi tak tunjuk, mak tahu dia kecewa sangat. Yalah, bercinta pun dah lama. Tunggu masa nak meminang je” Fifi menarik nafas.
“Kenapa kamu tanya?”
“Tak ada apa-apalah mak. Saja nak tahu”
“Mak dengar cerita, dia nak putuskan tunang. Tak tahulah sebab apa”
“Iya mak?” Puan Sairah mengangguk.
“Wah… seronok mengumpat Abang Fandi nampak?” Terdengar suara menegur. Fifi dan Puan Sairah mengangkat muka.
“Kamu ni, masuk tak bagi salam” Puan Sairah pula, berkata.
“Dah bagi salam pun. Tapi, sebab sibuk mengumpat Abang Fandi, seorang pun tak dengar” Fandi menyindir lagi sambil tersengih.
“Abah kamu mana?” Puan Sairah bertanya.
“Ada kat depan” Fandi menjawab sambil mengambil tempat duduk di sebelah Fifi.
“Masak apa mak?”
“Sambal tumis udang petai” Puan Sairah menjawab.
“Sedap tu…” Puan Sairah tersenyum. Dia bangun, membawa semua bahan-bahan yang di kupas ke sinki.
“Sofea, tuangkan abang air” Fandi meminta.
“Apa?”
“Abang nak air. Tolong tuangkan” Fandi berkata lagi, sambil menyembunyikan senyum. Kening Fifi terangkat. Tapi dia menurut juga. Teko yang berisi teh o di tuangkan ke dalam cawan lalu di hulurkan kepada Fandi.
“Terima kasih. Rajin isteri abang” Fandi memuji sambil tersengih. Fifi diam. Tidak tahu apa yang perlu di balas kepada Fandi.
“Petang nanti kita keluar nak?”
“Pergi mana?”
“Saja pusing-pusing Bandar Kluang”
“Okay” Fifi tersenyum mengangguk.
***************************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
shimah81 posted on 12-9-2012 10:36 AM
wslm.. a'aah memang sy ada blog (www.fantasiceritaku.com) dah tak berapa nk aktif sekarang ni...
...
Wah...tahniah..... !
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 12-9-2012 10:39 AM
Wahhh... novelis nih.... malu ai!
anyway... TAHNIAH atas buku anda yang telah berjaya berada ...
lady jangan gelar novelis lagi lah.. malu ai...
baru je kuar novel tu.. satu je pun.. hehehehe.. tak tau apa kata pembaca lagi...
seram sejuk neh..huhuhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 12-9-2012 10:42 AM
Wah...tahniah..... !
makasih.. tunggu novel nikki plak...
ke dah ada di pasaran.. ai ni byk dah ketinggalan buku2 baru2
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|