CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 28-4-2014 01:19 PM | Show all posts


kesian plak zack ni...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2014 01:21 PM | Show all posts
khaizarina posted on 26-4-2014 12:58 AM
Hi lady....
Ni iols dpt dr umah sinun...betul ke???


tadi usu edit post usu tu ntah hilang kemana plak..

PLK maksud uols? ...ni drama lainkan....

Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose dalam drama terbaharunya berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 01:43 PM | Show all posts
UsuFie posted on 28-4-2014 01:21 PM
tadi usu edit post usu tu ntah hilang kemana plak..

PLK maksud uols? ...ni drama lainkan....
...

PLK rasanya.

Iols pun terkonpius sebab banyak sgt cerita bawah lindungan kaabah ni. Teater yg Nasha Aziz berlakon pun tajuk bawah lindungan kaabah katenyee



Last edited by Nicki_Meow on 28-4-2014 01:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 01:47 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-4-2014 01:43 PM
PLK rasanya.

Iols pun terkonpius sebab banyak sgt cerita bawah lindungan kaabah ni. Teater yg N ...




ooo..plk ke?

terkonfiused kejap...sb baca kat mstar tadi tak perasan pun ada tulis 'perempuan..'  





Last edited by UsuFie on 28-4-2014 01:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 04:09 PM | Show all posts
pasti zack faham kenapa kuar gosip skandal die ngan bini org...
ada kah zack akan membawa diri ke london cari kate?? jeng jeng jeng......
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 05:09 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-4-2014 01:43 PM
PLK rasanya.

Iols pun terkonpius sebab banyak sgt cerita bawah lindungan kaabah ni. Teater yg N ...


haahla nicki...betui la....

niha link dia....

adei...kenapa usu edit post ni dia tak keluar...cait..

lady..uols rajin2 la nanti bertenggek kat rumah sinun ok..& sambil menyelami komen2 kat sinun...
usu SR ajer kat situ...  



http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=800734

Selepas kejayaan Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang telah menjadi fenomena, sekali lagi Nelydia Senrose akan digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad utk sebuah lagi adaptasi novel. Kali ini ceritanya berbeza dan berunsur Islamik, bertajuk Perempuan Lindungan Kaabah, karya penulis, Hana Ilhami. Selain Sharnaaz dan Nelydia yang ternyata sangat hebat keserasiannya, drama ini nanti akan turut menampilkan Keith Foo, Azlee Khairi dan Diana Danielle. Drama ini akan ditayangkan melalui slot Astro First Exclusive.

Last edited by UsuFie on 28-4-2014 05:15 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2014 08:23 PM | Show all posts
UsuFie posted on 28-4-2014 10:44 AM
Hi Khai...lama tak nampak uolss....

Hi usu...

iols ade je..jadi SR hihi tak tau nak nyampuk kat mana...

nak pilih amy mcm dah suka amy dgn remy..eh silap..dgn anep

Nak kate dah terbang jauh la pulak...

nak dgn cik reen si anak mcm tak setujuk jer...

hhmmmm terpulang la kat nicki nampaknyer...iols tunggu dan baca aje
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 08:28 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-4-2014 12:54 PM
“Sakit?” Zack bertanya. Si kanak-kanak angguk laju. Kelihatan takut-takut.

Zack membantu kanak ...

Laaaaa baru jer cakap si anak tak suka...nie mcm nak ok jer...

nicki ni mmg sungguh memahami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2014 08:33 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-4-2014 01:11 PM
“Ayah…ayah. Nak buku ni…” Irfan pantas berlari mendapatkan Akmal. Akmal senyum tetapi pandangan  ...

Alaaaaaa siannya zack..

eh...iols ni mmg dah berpaling tadah ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 07:27 AM | Show all posts
Thank You TT... Sambungan yg dinanti-nanti... 5 stars for that...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 08:25 AM | Show all posts
UsuFie posted on 28-4-2014 05:09 PM
haahla nicki...betui la....

niha link dia....

Ala...Nanaz dgn Nelly ke? Macam tak masuk je Nelly nak jadi setazah... . Nanaz pun....hhhmmmm...

Eniwei... tayang kat astro first eklusip, mmg iols tak tgk lah kot. Tunggu masuk kirana baru tgk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 08:37 AM | Show all posts
khaizarina posted on 28-4-2014 08:23 PM
Hi usu...

iols ade je..jadi SR hihi tak tau nak nyampuk kat mana...

poreber alone pun boleh. Epilog 60 tahun kemudian, Zack duduk kat rumah orang2 tua....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 08:39 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 29-4-2014 07:27 AM
Thank You TT... Sambungan yg dinanti-nanti... 5 stars for that...

+

Okay...sambung lagi....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 08:40 AM | Show all posts
Episode 50

Akmal menjeling Zareen disebelah. Zareen lebih banyak membuang pandang keluar tingkap. Berdiam diri sepanjang perjalanan pulang. Ketika makan malam tadi pun, Zareen banyak bermenung. Wajahnya muram. Kalau bercakap, hanya sekadar melayan keletah Irfan.

Zareen berubah pendiam semenjak terserempak dengan Zack tadi.

Akmal jeling Irfan melalui cermin pandang belakang. Irfan telah tertidur culas di tempat duduk belakang.Tangan kiri mengulit plastik berisi buku mewarna manakala sebelah lagi memeluk erat patung mainan Spiderman.

Banyak sudah dia berhabis untuk anak arwah Asyraf itu. Banyak kali juga Zareen menegur yang dia terlalu memanjakan Irfan. Tapi, Akmal tak kisah.Dia ikhlas. Dia sayangkan  Irfan seperti anak sendiri.

Entah bila Irfan boleh benar-benar dijadikan anaknya sendiri…

Akmal tarik nafas perlahan. Zareen dijeling lagi. Masih muram seperti tadi. Akmal memperlahankan volume radio.

“Reen…”

Zareen menoleh ke arah Akmal. “Ya?”

“Boleh abang tanya?”

"Hmmm. Tanyalah.”

“Siapa Zack tu?”

“Kawan satu office…”

Akmal tarik nafas lagi. Ya, dia tahu yang Zack itu rakan sekerja Zareen. Jawapan itu tak perlu diulang.

Reaksi Zareen tadi memberi gambaran, Zack bukan sekadar kawan, mungkin lebih dari itu. Ada sesuatu yang disembunyikan, Akmal tahu. Riak terkejut Zack dan wajah bersalah Zareen seolah-olah memberitahu, mereka berdua punya rahsia.

Rahsia apa? Akmal perlukan jawapan.

“Kenapa Zack macam terkejut bila nampak kita?”

“Terkejut? Tak adalah.” Sekali lagi, Zareen memberi jawapan kurang meyakinkan. Acuh tak acuh.

Akmal tetap bersabar dengan jawapan itu. Dengan Zareen, dia perlu banyak berlembut dan berdiplomasi. Tak boleh berkasar. Bimbang kelak perasaan Zareen terganggu. Zareen pernah mengalami kemurungan dahulu dan Akmal tak mahu perkara itu berulang.

“Betul ke ni?”

“Iya...”

“Atau Reen sebenarnya, sembunyikan sesuatu dari abang?”

“Tak adalah. Mana ada…” Suara Zareen meninggi sedikit, merasa terganggu dengan soalan Akmal.

“Kalau tak ada, kenapa Reen muram je lepas kita terjumpa Zack tadi?”

Zareen merengus. Soalan Akmal tak dijawab. Last edited by Nicki_Meow on 29-4-2014 08:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 08:51 AM | Show all posts
“Reen ada masalah?”

Zareen geleng.

“Kalau Reen ada masalah, Reen boleh cakap dengan abang. Reen tahukan?”

“Abang. Reen tak ada masalah pun. Reen cuma…” Zareen melepas nafas kasar. Ayat termati. Dia tak ada masalah, cuma rasa bersalah… dengan Zack. Namun, untuk meluahkan perasaannya pada Akmal, tak mungkin.

“Abang tengok, Reen macam rapat aje dengan Zack…”

“Tak rapat. Biasa je…”

“Betul?”

“Abang. Berapa kali Reen nak cakap, Zack tu cuma kawan satu ofis.” Suara Zareen kembali meninggi.  

“Abang tanya je…”

“Cara abang tanya, macamlah Reen ni ada affair dengan Zack.”

“Tak. Abang tak tuduh Reen macam tu. Abang kenal Reen. Abang tahu Reen baik. Dengan siapa Reen nak berkawan, itu hak Reen. Abang tak ada hak nak masuk campur…” Akmal cuba menenangkan Zareen.  

“Reen tak perlu nak marah-marah, okay?”

Zareen tarik nafas dalam-dalam. Mula tersedar, dia telah berkasar dengan Akmal. “Sorry.” Ucapan maaf diluahkan.

Akmal diam. Mata kembali fokus kepada pemanduan. Hari ini, sepatutnya dia gembira kerana dapat meluangkan masa dengan Irfan dan…Zareen pastinya. Namun, harinya jadi kurang gembira gara-gara lelaki bernama Zack.

Rupa Zack dapat diingat dengan jelas. Agak tinggi orangnya. Kurus namun tidaklah terlalu melidi. Berambut lurus, dipotong kemas gaya terkini. Ada style. Muka bersih tanpa sebarang janggut dan kumis. Akmal mengagak, umur Zack lebih kurang pertengahan dua puluhan. Kelihatan agak cocok juga dengan Zareen.

Hatinya kuat mengatakan, Zack dan Zareen punya hubungan lebih dari sekadar kawan pejabat. Rasa cemburu menggamit hati. Zack jumpa Zareen setiap hari sedangkan dia, hanya apabila ada masa terluang. Tak mustahil seandainya Zack dan Zareen boleh berpacaran.

Zareen dijeling lagi. Akmal menghembus nafas resah. Last edited by Nicki_Meow on 28-5-2014 01:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 08:53 AM | Show all posts
ala... sikitnya... sambunglah lagi TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2014 09:03 AM | Show all posts
Sepuluh minit kemudian, mereka sampai di hadapan rumah Zareen. Jam menunjukkan hampir pukul sepuluh malam. Akmal berpaling ke belakang, memandang Irfan yang masih lena. Pandangan beralih pula pada Zareen.

“Reen…”

“Iya?”

“Reen tahukan…abang sayangkan Reen?”

Zareen diam.

“Abang cintakan Reen, abang sayangkan Irfan. Apa selama ni, Reen tak nampak?” Akmal bersungguh-sungguh kali ini.

“Atau Reen sengaja buat-buat tak faham?”

“Reen tak nak cakap pasal ni.” Zareen menjawab.

“Abang dah lama tunggu jawapan Reen.”

“Jangan paksa Reen, boleh tak?” Zareen meninggikan suara lagi.

“Abang tak paksa Reen. Abang cuma mahukan jawapan. Ya atau tidak, tu saja.”

“Reen tak tahu.”

“Atau hati Reen sebenarnya, berbelah bagi?”

“Reen…” Zareen mengeluh lalu memejamkan mata.

Mereka terdiam seketika.

“Reen…” Akmal memanggil lembut. “Reen sayangkan abang?”

Zareen tetap diam. Soalan itu bergema dalam benak. Sayangkah dia pada Akmal?

Setelah arwah Asyraf pergi, keluarga Akmal yang menjaga dia dan Irfan. Akmal yang banyak memujuk dan memberi nasihat. Di saat asanya semakin pupus, Akmal yang banyak memberi semangat untuk dia terus hidup. Akmal ada disisi saat dia memerlukan seseorang. Akmal jaga Irfan sepenuh hati. Malah Akmal yang mengazankan Irfan setelah Irfan lahir. Budi dan jasa Akmal sekeluarga tak mungkin dapat dia balas walau dengan segunung emas.

Jadi, jawapan kepada soalan itu adalah Ya. Dia sayangkan Akmal.

Bagaimana dengan Zack?

Dengan Zack, hati wanitanya sering terusik. Ada debar setiap kali berdekatan. Sering teringat bila berjauhan. Dia sudah lama tidak berperasaan begini, semenjak Asyraf pergi.  Rasa itu cukup istimewa sehingga dia tak mampu untuk menolak walau dicuba berkali-kali.

Suara di kepala bertingkah. Suara dalam hati menyanggah. Satu lagi suara menuduh dia sengaja menduakan Asyraf membuatkan dia rasa bersalah.

“Reen tak tahu.” Air matanya turun perlahan-lahan tanpa dapat  ditahan. Fikiran bercelaru.

“Reen…” Melihat air mata yang turun, Akmal rasa bersalah. Tak sepatutnya dia mengasak Zareen dengan pelbagai soalan. Dia hanya terikut-ikut dengan perasaan. Akmal lepas nafas kasar.

Zareen sapu air mata dengan tapak tangan. Sangkanya, hati sudah tabah. Sangkanya, dia sudah kuat tapi nyata, dia salah.   

“Reen, tarik nafas.” Suruh Akmal. Zareen menurut. Nafas ditarik beberapa kali.

“Cuba istighfar banyak-banyak.” Suruh Akmal lagi dan Zareen tetap menurut. Tak berapa lama kemudian, Zareen kembali tenang.

Mereka berdiam diri. Hanya lagu di radio menjadi peneman.

----------------------------------------



Lagu yang berkumandang kat 'radio' - buat tambah feeling...

Iols dgn lagu memang berpisah tiada....
Last edited by Nicki_Meow on 28-5-2014 01:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 09:20 AM | Show all posts
Akmal menoleh ke arah Zareen lagi yang kini duduk menyandarkan kepala dengan mata terpejam. Akmal mengeluh perlahan.

“Apa yang Reen fikirkan?”

Zareen buka mata, lalu dia menoleh ke arah Akmal. Wajah Akmal yang seiras Aysraf itu membuatkan dia rindukan arwah secara tiba-tiba.

“Reen teringatkan Asyraf.” Zareen jawab perlahan. Air mata jatuh lagi.

Akmal menoleh ke depan.

“Reen...” Nafas ditarik perlahan. “Abang bukan Asyraf. Sampai bila-bila pun, abang tak mungkin boleh jadi Asyraf. Abang tak mampu jadi Asyraf...”

Zareen menahan esak.

“Tapi, abang nak Reen tahu yang abang betul-betul sayangkan Reen. Abang cintakan Reen. Selagi ada hayat abang...abang akan berusaha untuk membahagiakan Reen dengan Irfan.”

Air mata Zareen turun semakin laju.

“Kalau Reen dah ada orang lain...Reen cintakan orang lain, abang redha.” Akmal menyambung kata, sayu.

“Dan kalau betul Reen dah ada orang yang Reen sayang, mengakulah dengan abang. Abang boleh terima. Reen diam diri macam ni, abang takkan tahu.”

“Abang...Reen...” Ayat Zareen termati lagi.

"Reen..."

“Abang tak akan paksa Reen untuk terima abang. Yang abang mintak dengan Reen…cuma...” Akmal tarik nafas. “Tolong jangan seksa abang, Reen. Jangan dera perasaan abang.”

“Reen mintak maaf. Reen tak ada niat pun nak sakitkan hati abang...” Balas Zareen dalam tangisan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:25 AM | Show all posts
@UsuFie  thanks for the link...

takutnya aiols nak baca.... dlm banyak2 mesej yg aiols cuba sampaikan dlm PLK nampaknya readers cuma terkesan dgn mesej kasih sayang....   

@Nicki_Meow   sorry hijack uols punya tred....

aiols lagi la tak dak astro... aiols cuma ada hyppTV sajorkk....


Okeh, jujurnya aiols tak tahu menahu. Terkejut aiols tengok tred dah ada... Mcm mana depa2 tu bleh confirm?

Bleh tak sesiapa habaq kat depa sinun, jgnlah berangan2 melampaui batasan kerana cheq pun turut diheret sama...

Sesungguhnya syurgaku sudah mula terbakar....
Nampaknya aiols kena buat solat taubat siang malam untuk mengguyur neraka aiols kerana aku tidak sekuat erma utk ke sana....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:26 AM | Show all posts
usu pun sedih...











sedih psai adam & fiza....

apapunlagu patri ni mmg ffeefeeling...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.073305 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list