CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: slippergombak

[Jenayah] Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur

 Close [Copy link]
Post time 4-12-2013 10:03 PM | Show all posts
okey... bye bye semua. salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ladyxez posted on 4-12-2013 08:34 PM
Apa kabar Kota Bahru ?
baru tengok berita tadi ada citer banjir Pahang je
Johor dan Kelantan tak t ...

Bukak ebanjir kelantan, kt situ ada info pasal kelantan,paras air sungai serta jumlah mangsa terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:10 PM | Show all posts
Skuad penyelamat DPPM yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. Dalam perjalanan ke Kemaman dan Kuantan. Team 4x4 PASAK, Jabatan Amal Terengganu



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:16 PM | Show all posts
kenapa abam cute tu... merajuk ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:22 PM | Show all posts
Abangcute posted on 4-12-2013 09:58 PM
memang ler. start pukul 5.30 ptg dah berhenti hujan. saya yg minta doa tu. tapi Allah murka kepada ...

abe cute ni macam ayah pin la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:24 PM | Show all posts
Abangcute posted on 4-12-2013 10:03 PM
okey... bye bye semua. salam

kesian takde org layan troll ko
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2013 10:27 PM | Show all posts
miss_kikilala posted on 4-12-2013 10:10 PM
Skuad penyelamat DPPM yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. Dalam perjalanan ke Kemam ...

keta orange sebelah kanan tu kalau banjir besar pun tak boleh redah banjir...

aduh..walau pakai keta sebijik mcm tu..i harap bapak bebudak ni tak bawak anak2 balik besut rabu depan..jenuh dia duk pujuk anak ikut balik kg dia...risau pulak time hujan2 ni...nak kena bincang nampak nya mcm ni...

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:38 PM | Show all posts
Ustaz Rosli Abdul Jabar
3 hours ago
Baru bertolak keSg Isap Damai.



Ustaz Rosli Abdul Jabar
Follow · 5 hours ago via Mobile

Mula masak semula setelah mendapat maklumat hampir 300 org mangsa yang berada di Masjid Sg Isap Damai masih belum makan dari pagi .. InsyaAllah kami berusaha Allah swt yg menentukan segalanya..harap semua bersabar.. baru sahaja hantar makanan utk penempatan di Surau medan warisan.. tanah putih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 10:38 PM | Show all posts
Aku bca twitter astro awani, malam nie dijangka air pasang lagi mcm aku post tdi, adnan yaacob dh suro pindah petempatan banjir sbb malam nie dijangka lagi teruk
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:40 PM | Show all posts


PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, malam ini. - Foto Osman Adnan
Dec 4, 2013 10:02 pm



Sibuknya PM kesayangan kita ni bermesyuarat..


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:42 PM | Show all posts
OgreEmpat posted on 3-12-2013 10:34 PM
ingatkan hulu tembeling

That's my kampung
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada 2 org mati lemas bot terbalik di bt 3?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:43 PM | Show all posts
hzln posted on 3-12-2013 10:39 PM
aku tau sangat BANTUAN hok maner ser mung maksudkan bedah....bo bo lah wehhh...tgh bala bencana ne ...

Cekap sangat tau radar kau, huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:44 PM | Show all posts
gambo semalam..xtau ade x lagi..
Masjid al-Fattah batu3 kuantan







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:45 PM | Show all posts
Vokuro posted on 3-12-2013 10:47 PM
ini lah peluang ke emasan akak bedah nak menyundal dengan abg2 bomba dan abg2 askar datang hulur b ...

Haruusss, Bedah perlukan dada yang bidang untuk berpaut
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:47 PM | Show all posts
Banjir: 7,500 penguna di Terengganu terputus bekalan air


KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Kira-kira 7,500 pengguna Syarikat Air Terengganu (Satu) di beberapa daerah negeri ini mula mengalami gangguan bekalan air sejak pagi ini disebabkan rumah pam di kawasan yang dilanda banjir tidak dapat beroperasi.

Kawasan Ceneh, Cerul, Felda Neram, Kampung Air Putih dan Bandi di Kemaman paling banyak terlibat iaitu 5,100 pengguna setelah rumah pam di Loji Rawatan Air Cerul di tenggelami air dan bekalan elektrik terpaksa dipotong.

Di Hulu Terengganu pula bekalan terjejas di beberapa kampung terutama kampung Tapu dan Pantai Ali melibatkan 1,400 pengguna ekoran paip retikulasi rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh di Kuala Kejil.

Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Husain Embong memberitahu, pihaknya turut dimaklumkan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memotong elektrik di kawasan Sungai Pinang, Setiu.

"Langkah itu terpaksa dilakukan kerana pencawang TNB kini di tenggelami air. Oleh itu, pihak kami terpaksa memberhentikan operasi buat sementara waktu.

"Rumah pam air mentah di Loji Rawatan Air Jerangau turut mengalami gangguan bekalan elektrik dan kerja-kerja pembaikian sedang dijalankan oleh pihak berkaitan," ujarnya.

Katanya, paras air Sungai Tepus, Bukit Besi, Dungun juga sudah melebihi paras berjaga-jaga dan didapati sudah memasuki kawasan loji kawasan itu dan operasi mungkin terpaksa diberhentikan jika paras air terus meningkat. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... n-air#ixzz2mW9xbM4P
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 10:48 PM | Show all posts
Ratusan penumpang bas ke Kuala Lumpur terkandas


KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Beratus-ratus penumpang bas ekspres di sini dijangka tidak dapat meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur selepas banyak syarikat bas itu terpaksa menghentikan operasi mereka buat sementara waktu.

Ini ekoran beberapa laluan utama dinaiki air sehingga menyebabkan terpaksa ditutup untuk laluan semua kenderaan dan keadaan sukar dijangkakan.

Ketua Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) negeri, Nik Aminuddin Nik Shahar Shah berkata, lebih daripada sembilan pengusaha bas mula menghentikan operasi mereka secara berperingkat-peringkat mulai malam tadi.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin, selain enggan mengambil sebarang risiko berkaitan termasuk kerosakan bas.

Ketika ini katanya, dianggarkan hampir 20 bas ekspres tidak dapat meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur dan Kuantan akibat banjir yang kian berlarutan.

"Saya difahamkan hampir kesemua pengusaha bas ini juga terpaksa memulangkan kembali duit tiket yang dibeli oleh para penumpang sebelum ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Aminuddin berkata, bas ekspres yang menuju ke arah utara semenanjung dari Kuala Terengganu bagaimanapun masih beroperasi seperti biasa setakat hari ini.

"Saya yakin pihak pengusaha bas ini akan meneruskan operasi sebaik banjir mulai surut dan kesemua jalan utama kembali dibuka atas arahan pihak berkuasa.

"Buat masa ini, orang ramai yang ingin ke ibu negara dinasihatkan supaya mencari alternatif lain termasuk menaiki kapal terbang dan sebagainya," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... andas#ixzz2mWA4vG8a
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:49 PM | Show all posts
Laluan dinaiki air, hubungan Kemaman-Kuantan terputus


KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Hubungan antara Kemaman, Terengganu dan Kuantan di Pahang kini terputus setelah dua jalan yang menjadi penghubung kedua-dua daerah itu ditutup kepada semua kenderaan.

Jalan darat Jerangau-Jabor terputus di Neram setelah dinaiki air manakala jalan pantai terputus berhampiran Akademi Martim, Sungai Ular dan berhampiran Cherating yang menyebabkan banyak pengguna jalan raya terkandas. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... putus#ixzz2mWAF975W
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:50 PM | Show all posts
Ada perwakilan terpaksa pulang kerana banjir
9:56PM Dis 4 2013

Beberapa perwakilan Pemuda Umno terpaksa meninggalkan Perhimpunan Agung Umno 2013 lebih awal susulan bencana banjir di kawasan masing-masing.
   
Antaranya Ketua Pemuda Umno Besut Azizul Jasmi Mohamad yang menerima khidmat pesanan ringkas daripada isterinya memaklumkan kediaman mereka di Jertih ditenggelami air.
   
"Saya mungkin terpaksa pulang secepat mungkin dan tidak dapat menunggu sampai habis persidangan kali ini," katanya kepada Bernama hari ini.
   
Bencana banjir di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, dan Johor sejak beberapa hari lepas dilapor semakin buruk dengan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan.
   
Ketua Pemuda Umno Kluang Datuk Khairul Anwar Rahmat pula memberitahu Bernama beberapa perwakilan dari bahagiannya telah pulang ke kawasan masing-masing bagi membantu mangsa banjir.   
   
"Mereka dukacita tidak dapat bersama lebih lama namun reda dengan perkara ini. Mereka meminta kita teruskan semangat perjuangan ini hingga selesai persidangan," katanya.
   
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Sheikh Nafiq AlFirdaous berkata satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas secepat mungkin.
   
"Saya turut menerima banyak aduan berkenaan kecemasan ini dan ketika ini ada rakan-rakan exco dan ketua-ketua Pemuda bahagian yang terlibat dengan perhimpunan telah pulang ke kawasan masing-masing.
   
"Mereka turut sama-sama membantu dan memberikan bantuan yang terdaya bersama-sama rakyat," katanya.
   
- Bernama




Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya bantuan doa aje yg dpt aku kirimkn. Moga semua selamat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.143582 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list