CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 29-4-2014 09:37 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 29-4-2014 09:25 AM
@UsuFie  thanks for the link...

takutnya aiols nak baca.... dlm banyak2 mesej yg aiols cuba sampa ...


dah ada yg komen dok promot part hanan pakai baju tido seksi...



teringat kata2 ustaz usu dulu...
kita2 ni..neraka dah pasti, syurga belum tau...









Last edited by UsuFie on 29-4-2014 09:39 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2014 09:39 AM | Show all posts
“Mama...” Irfan memanggil. “Kenapa mama nangis?”

“Irfan...” Zareen pantas menyapu air mata dipipi  lantas berpaling. Senyum diukir pada bibir.

“Irfan dah bangun, sayang?”

“Dah...” Irfan menggosok-gosok matanya. “Ayah...kenapa ayah dengan mama gaduh?”

“Tak adalah. Mana ada ayah gaduh dengan mama?” Akmal menjawab.

“Tu...mama nangis.”

“Mata mama masuk habuk, sayang...” Zareen berdalih. Kemudian, Zareen memandang Akmal. Memberi isyarat bahawa dia ingin masuk ke dalam rumah. Akmal mengangguk faham. Enjin kereta dimatikan.

“Jom...kita masuk.” Ajak Zareen. Irfan angguk. Mereka semua keluar dari kereta.

“Salam ayah, sayang.” Suruh Zareen. Irfan akur. Tangan dihulur kepada Akmal. Akmal melutut ke bawah agar dia sama tinggi dengan Irfan.

“Sayang ayah tak?” Soal Akmal.

“Sayang.”

“Tak mahu nakal tau? Dengar cakap mama...” Nasihat ringkas Akmal beri. Irfan angguk lagi.

“Bila ayah nak datang sini lagi?”

“Bila ayah cuti, ayah datang sini lagi.” Jawab Akmal. Wajah comel Irfan yang masih mengantuk ditatap. Setiap kali saat perpisahan, sayu menggamit jiwa. Lantas, tubuh Irfan dirangkul dan dipeluk erat.

“Ayah sayang Irfan...”

“Irfan pun sayang ayah...” Balas Irfan.

“Jadi good boy tau...” Akmal berkata saat pelukan dilepaskan. Rambut Irfan diusap seketika.

Akmal bangun. Kali ini, matanya memandang tepat pada Zareen.

“Jaga diri, Reen.”

Zareen angguk. “Abang pun. Esok, drive elok-elok balik sana nanti...”

“Reen..”

“Iya?”

“Abang sayangkan Reen.”

Zareen senyum...tawar.

“Reen masuk dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Zareen dan Irfan melangkah masuk, meninggalkan Akmal yang masih termangu diluar pagar.

Tiga minit berlalu. Akmal masih bersandar di keretanya. Nafas ditarik dalam-dalam. Jauh di sudut hati, dia tak mahu kehilangan Zareen dan Irfan.

Sepatutnya, dia mencurahkan perasaan pada Zareen awal-awal dahulu ketika Zareen masih di Terengganu. Dia sepatutnya melamar Zareen sejak dulu lagi. Tapi ketika itu, dia tidak sedar perasaannya, sehinggalah Zareen pergi.

Akmal nekad. Dia perlu buat sesuatu. Ini jalan terakhir untuk dia memastikan, Zareen dan Irfan tidak akan pergi lagi darinya. Andainya rancangan terakhirnya ini tak berjaya, dan sekiranya sudah tertulis jodohnya dengan Zareen memang tiada, maka dia pasrah.

Akmal masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Toyota Caldina berlalu meninggalkan kawasan itu.

*** Last edited by Nicki_Meow on 29-4-2014 09:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:42 AM | Show all posts
lumrah hidup yg tak kita jangka...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:43 AM | Show all posts

nicki...pairkan ajelah
reen + akmal...
amy + anep...



supaya senang teruskan zack + kate...







Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:49 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-4-2014 09:20 AM
Akmal menoleh ke arah Zareen lagi yang kini duduk menyandarkan kepala dengan mata terpejam. Akmal me ...

lalink nicki...adakah poreber alone tu untuk cik reen dan bukan zack???
apo la yg iols pikir ni kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 09:52 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 29-4-2014 09:25 AM
@UsuFie  thanks for the link...

takutnya aiols nak baca.... dlm banyak2 mesej yg aiols cuba sampa ...

Errr..gepren. Seryesli..iols memang no komen bab ni. kalau rasa keberatan, takyah le dramakan.



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-4-2014 09:53 AM | Show all posts
UsuFie posted on 29-4-2014 09:43 AM
nicki...pairkan ajelah
reen + akmal...
amy + anep...

Amboi...

Chad mau letak mana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:54 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 29-4-2014 09:25 AM
@UsuFie  thanks for the link...

takutnya aiols nak baca.... dlm banyak2 mesej yg aiols cuba sampa ...

bertabahlah lady...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2014 09:55 AM | Show all posts
khaizarina posted on 29-4-2014 09:49 AM
lalink nicki...adakah poreber alone tu untuk cik reen dan bukan zack???
apo la yg iols pikir ni k ...

Jeng Jeng Jeng
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:00 AM | Show all posts
fuh! penuh dgn kejutan yg sgt menyesakkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 10:01 AM | Show all posts


Introducing >>>> Akmal....

Last edited by Nicki_Meow on 29-4-2014 10:03 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:07 AM | Show all posts
TT... sila sambung lg... anxious to know
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 11:18 AM | Show all posts
Ditemani Jack Sparrow, Zack termenung jauh di beranda rumah. Hanif pula keluar entah ke mana.  

Wajahnya diraup buat kesekian kali. Peristiwa yang berlaku di KLCC tadi benar-benar menyentap perasaannya. Selama ini, dia tahu Zareen menyembunyikan sesuatu. Tidak disangka, Zareen sebenarnya sudah berkahwin.

Zack mengeluh, sebal. Tak tahu bagaimana hendak diungkap perasaannya. Apa perlunya Zareen menyembunyikan status sebenar? Kenapa perlu Zareen memainkan perasaannya?  Atau sebenarnya, selama ini dia memang bertepuk sebelah tangan? Sendirian memasang angan-angan?

Tidak. Zack yakin, Zareen juga turut merasai apa yang dia rasa.

Dia bini oranglah, bangang! Otaknya menjerkah. Zack hembus nafas kasar. Terasa diperbodohkan.

Selama ini, dia memandang tinggi peribadi Zareen. Dia hormat pendirian Zareen. Kagum dengan sifat yang Zareen pamerkan.

Kini, pandangan itu berubah seratus-peratus. Dia tidak mahu berburuk sangka pada Zareen tetapi, dalam keadaan ini, mustahil untuk tidak memikirkan yang bukan-bukan.

Zareen. Akmal dan anak yang comel bernama Irfan itu muncul dalam fikiran. Mereka tampak seperti keluarga bahagia. Benarkah bahagia?

Ah! Apa perlunya difikirkan tentang Zareen sekarang ini?

Walau cuba untuk tidak memikirkan Zareen, sungguh dia tak mampu menghalau senyuman Zareen dari bergentayangan depan mata.

Zack merengus. Selalunya, dia tenang dalam menangani masalah hati. Tapi hari ini, dia tak mampu menahan rasa. Bengang dan sakit hati meruap.

Telefon bimbit dicapai. Kate masih tidak membalas mesejnya. Zack mengeluh. Betapa saat ini, dia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.

Satu demi satu senarai nama dan nombor telefon ditelek. Akhirnya, mata tertancap pada satu nama.

Nombor didail.

*** Last edited by Nicki_Meow on 28-5-2014 01:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 11:37 AM | Show all posts
sabar zack... sabar... belum masanya lg si zareen nak luahkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 11:37 AM | Show all posts
lama jd SR.. hehhehe kekangan waktu nk sambg story sendiri, layan story kwn2.. meriah astro skrg adaptasi novel..tp yg x best bukan 100 % originality..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 12:12 PM | Show all posts
fazss posted on 29-4-2014 11:37 AM
lama jd SR.. hehhehe kekangan waktu nk sambg story sendiri, layan story kwn2.. meriah astro skrg ada ...

yes correct... 100% setuju... semua tak ori...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2014 12:28 PM | Show all posts
“Oh…”

Amy mendengar tekun. Sudah hampir 20 minit dia bercakap di telefon. Tidak menyampuk banyak. Hanya sesekali membalas  ‘oh’ dan ‘iya ke?’, membiarkan empunya diri meluahkan perasaan.

Betul-betul sakit hati nampaknya.

“Bawak bertenanglah, Zack.” Amy bersuara. Zack sudah habis bercerita.

“Bertenang kau cakap? Dia bini orang, kau tahu tak? Aku tak sangka selama ni, aku ada feeling kat bini orang.”

Suara Zack kedengaran benar-benar bengang. Amy hampir terlepas tawa namun ditahan. Tak mahu bengang Zack bertambah.

“Rilek Zack. Mungkin, ada sebab Zareen rahsiakan status dia.”

“Entahlah kak. Aku rasa...macam…bodoh gila.”

Amy tarik nafas panjang. “Sabarlah, Zack. Kau pun tak tahu lagi hal sebenar. Macam aku cakap tadilah. Mungkin ada sebab kenapa dia buat macam tu. ”

Keluhan terdengar di hujung talian dan kemudian, senyap sahaja.

“Zack..”

“Ya?”

“Kau okay ke tak ni?”   

“Okay...kot. Entahlah.” Suara Zack mendatar namun tidaklah setegang tadi. Amy senyum sumbing.

“Kau memang betul-betul suka pada Zareen?”

Tiada jawapan yang diterima dari Zack.

“Nasihat aku, kalau kau betul suka pada Zareen, pergi jumpa dia…slow talk dengan dia. Tanya elok-elok kenapa dia rahsiakan hal perkahwinan dia dari kau. Jangan marah-marah. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati orang, Zack...”

Kau pun tak tahu, apa yang ada dalam hati aku…

“Tengoklah kak, macam mana.”

Amy senyum sendiri.

“Cool down Zack. Kau tengah panas hati, sebab tu fikir bukan-bukan. Rileklah…”

Terdengar ketawa kecil meletus disebelah sana. Amy senyum.

“Kau tengah buat apa, kak?” Subjek tentang Zareen tamat. Soalan lain dilontar.

“Tengah makan.” Jawab Amy.

“La..iya ke? Sorrylah kak, kacau kau makan pulak.”

“It’s okay. Makan aje pun.”

“Aku pun terkejut...tiba-tiba kau call. Ingat apa tadi…” Sambung Amy.

“Well…just need somebody to talk to…”

Amy senyum lagi.   

“Kak, thanks sebab sudi dengar luahan hatiku ini.”

“Blahlah! Nak jiwang-jiwang pulak dengan aku…”

Zack gelak sakan dihujung talian. Amy senyum untuk kesekian kali.

“Okaylah Zack…aku nak sambung makan. Ada apa-apa, kau call ajelah.“

“Amylea…”

“Ya?”

“Thanks again for listening.”

“No problem.”

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummusalam.”

Talian dimatikan. Amy meletakkan telefon bimbit atas meja.

“Kenapa dengan Zack?”

Amy angkat muka, memandang ke arah suara yang menegur.
Last edited by Nicki_Meow on 29-4-2014 02:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 12:46 PM | Show all posts
semua watak dlm cite ni kerjanya memendam perasaan... haish... susah betul nak meluahkan apa yg tersirat dlm hati masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 12:47 PM | Show all posts
sila sambung lagu TT...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 12:52 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 29-4-2014 12:46 PM
semua watak dlm cite ni kerjanya memendam perasaan... haish... susah betul nak meluahkan apa yg ters ...



kan...

memasing pendam2...nak buat jeruk ke pekasam 'perasaan' tu..



moralnya- luahkan apa jua perasaan anda..jgn tunggu2...


notakaki:  kalau ikan pekasam tu sedap la jugek khen...








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.074604 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list