Keita Mandjou dan rakan sepasukan meraikan gol kedua Kelantan ketika bertemu Pahang untuk mendahului 2-1 pada 23 Februari 2013 di Stadium Darul Makmur. Pahang kemudian menyamakan kedudukan sekaligus menyaksikan perlawanan berkesudahan kedua-dua pasukan terikat seri 2-2.
Setelah mendapat kritikan hebat persembahan Keita Mandjou dilihat semakin meningkat dan mula mendapat sentuhan setelah menjaringkan 3 gol peribadi melalui dua perlawanan terkini menjadikan beliau pendahulu senarai penjaring Kelantan buat masa ini. Sama-sama kita doakan dan terus memberikan sokongan semoga beliau sentiasa berada prestasi terbaik dan terus meningkat.
KECEWA! Khairul Fahmi nyata hampa apabila gagal menyelamatkan tendangan penalti Fauzi Roslan. Gol tersebut menyaksikan Pahang berjaya mengikat Kelantan 2-2 dalam aksi Liga Super 2013 di Kuantan pada 23 Februari 2013.
Reaksi Bojan Hodak dan Hj Azman Ibrahim terhadap keputusan pengadil perlawanan yang memberikan lontaran ke dalam kepada Pahang dalam aksi Liga Super 2013 di antara Pahang bertemu Kelantan pada 23 Februari 2013 di Stadium Darul Makmur yang berkesudahan seri 2-2.
Nok angkat kaki camni sampai mampuih pun tok leh buat Hodak Last edited by cecurut on 25-2-2013 01:36 PM
Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tetap optimis pasukannya masih mampu bangkit untuk menguasai Liga Super musim ini meskipun sekadar seri 2-2 dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, kelmarin.
Kelantan yang berada di kedudukan pertengahan carta liga dilihat mempunyai peluang apabila menyaksikan saingan masih seimbang dan terbuka untuk mengejar tiga pasukan teratas iaitu Tentera, Selangor dan Pahang.
Hodak berkata, walaupun kecewa kerana gagal membawa pulang tiga mata peningkatan yang dipamerkan anak didiknya memberi harapan pasukan juara tiga piala musim lalu itu mampu bangkit.
Katanya, dua jaringan dihasilkan Norfarhan Muhammad dan penyerang import, Keita Mandjou membuktikan The Red Warriors (TRW) masih mampu merobek gawang lawan meskipun menghadapi krisis ketumpulan jentera serangan.
“Kami berpeluang membawa pulang tiga mata namun pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan pada hujung perlawanan melalui sepakan penalti. Bagaimanapun pemain sudah memberi yang terbaik malah Pahang juga memberi cabaran sengit.
“Kami masih ada banyak perlawanan dan saya yakin kami masih ada peluang untuk mengejar pasukan teratas. Bagi saya saingan masih terbuka dan mana-mana pasukan mampu mengejar pendahulu liga,” katanya.
apek melambung dari udara..respect..mujur xdok apo2...satu lompatan yg berbahaya melibatkan rempuhan pemain pahang...gomo kelate gomo.. terkezuut si Obinna
Pesta Thai 2013 bertempat di Dataran Muhammadi berdekatan Nasi Ulam Cikgu bermula hari ni hingga 3 Mac. Pakat mari belako kalu beraso nak try masakan Thai, sedak, jeliro & puas hati. Malam ni perasmian. PAKAT MARI BELAKO! MASUK FREE! BAWA DUIT KALU NOK MERASO MASAKAN!