|
[Tempatan]
Prof Muhaya: Solusi keluar dari bebanan hidup
[Copy link]
|
|
C.K posted on 28-12-2013 09:55 PM
Rasanya KPJ pun sebegitu jua...pendek kata hospital pakar swasta hanya menyediakan premis dan alat ...
Then my point stands: @santubung
Isu dia senang jer. Aku tau yang spital tetapkan caj. Tapi yang besnya boleh pulak bila budak2 kata mahal, ko put the blame squarely kat spital saje. Tapi bila ada orang yang kononnya tak perlu bayar or ada potential nak turunkan caj, kenapa dia pulak yang get all the kudos? Kenapa bukan spital dia?
Tak kisah la hospital tetapkan caj atau tidak, kenapa bila orang komplen pasal harga, maka bro @santubung kita laju jer nak salahkan spital. Tapi bila orang sebut pasal nak turunkan caj ker haper, laju pulak dia nak bagi all the kudos kat makcik idong tu? Sungguhlah statement berpilih2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita pasti familiar dengan ungkapan:
'Ayam mahal, jangan makan ayam'
'Rumah mahal, jangan beli rumah'
'Tol naik, guna jalan lama'
Akil Hayy - Saya bukan ustaz
Dr. Fadzilah Kamsah - Saya bukan ustaz
Prof. Muhaya - Saya bukan ustazah.
Bila dah tersepit camtulah
Sengal |
|
|
|
|
|
|
|
BelovedTaeyeon posted on 28-12-2013 11:43 PM
Kita pasti familiar dengan ungkapan:
'Ayam mahal, jangan makan ayam'
Tapi time belum tersepit, geng2 ni senyum seronok jer bila orang panggil stat. Ke aku silap?
|
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 28-12-2013 11:22 PM
Then my point stands: @santubung
Dari segi kadar...saya ga pasti pihak mana yang tetapkan...namun jika kamu bernegosiasi dengan doktor terlibat....dgn izin elohim mereka akan memberi kamu discount ke atas khidmat yang mereka berikan....pendek kata...atas ehsan doktor...mereka boleh kurangkan kos yang mereka tetapkan...karena itu kamu boleh baca komen yang menyatakan....perkhidmatan lasik kedua adalah FOC...yang FOC itu adalah kidmat doktor pakar tersebut....ubat2an masih kena bayar karena itu dikeluarkan oleh pihak farmasi..yakni pihak lain...samada pihak hospital pemiliknya atau bukan pihak hospital....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bedah.Cun posted on 28-12-2013 06:55 PM
Usually sebab mata kau tu kanta rosak ape yea? Kau kena diabetis ke? Or sebab kau membaca dalam gela ...
aku x rasa masturbate bukan punca mata rosak...lagipun doktor pun x pernah kaitkan perkara tu dan ianya hanya myth ehe
pada pengalaman aku sendiri...mata aku rabun sebab aku banyak main video games...tapi ianya boleh pulih sendiri...yg paling efek mata aku adalah stress dan terpaksa berfikir banyak...bertambah rabun mata aku...terpaksa pakai spek...
diabetes? aku seorang diabetic....mata boleh rabun kalau blood sugar hi atau low....
kalau x nak jadi rabun...jgn tgk tv dekat sangat...kurangkan kena cahaya silau(biasakan pakai spek hitam ketika memandu atau berada di luar )....pastu tidur kena jaga...kena banyak rehat....
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 28-12-2013 06:52 PM
tak silap aku dulu masa awal2 dulu lah, pcmc pun tak wujud lagi masa tu, ada tempat bulih buat lasik ...
kalau aku x silap...ada yg masih pakai spek selepas buat lasik..cuma power dia kurang...
|
|
|
|
|
|
|
|
abgboroi posted on 29-12-2013 12:29 AM
kalau aku x silap...ada yg masih pakai spek selepas buat lasik..cuma power dia kurang...
Saya salah seorang yang melakukan lasik mata pada beberapa tahun lepas...kos? Tidak perlu saya kongsi dgn sesiapa disini...namun saya ingin sangkal penyataan kamu...sehingga ke hari ini mata saya masih dilindungi elohim tanpe pengunaan cermin mata...kim kardshian melakukan lasik pada siang hati..pada malam hari tersebut dia masih buat show dgn pussycat doll...sebetulnya lasik mata tidaklah seberat apa yang ummah fikirin sehingga perlu berpantang hala2 semacam irang bersalin segala..namun bab angkat berat...stress dan suhu panas itu memang kena jaga
|
|
|
|
|
|
|
|
PathFinder@60 posted on 29-12-2013 12:34 AM
Info Bagus Lagi Menarik Neh Bro,
Lepas Neh Kau Jadi Prof. Dr. Roy Eh,
Aku Nak Selalu Bersemuka D ...
eheh ko ni memacam laa....anytime ajer aku boleh jumpa ko....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku, tak ingin nak jumpa doktor mcm ni..kita sakit, sbuk duk nak singkap citer dalam kain konon nak carik punca penyakit..
|
|
|
|
|
|
|
|
abgboroi posted on 29-12-2013 12:40 AM
eheh ko ni memacam laa....anytime ajer aku boleh jumpa ko....
Bagus Neh Prof. Dr. Roy,
HaHaHaHa
Bila2 Masa Senggang, Bertandanglah Ke U8,
Sana Kita Lepak Sembang Isu Semasa Cara Lama / Old Skool,
HaHaHaHa
Dr.Muhaya Neh Pakar Mata,
Nak Motivate Biar Kena Dengan Letak Duduknya Isu Ini,
Pernah Lontar Opinion Dalam Thread Lain Pasal Naik Harga Neh,
Bila Tak Nampak Root Dekat Mana, Memang Caca Marba Jadinya,
Tiris Sana Sini, Nak Fikir Positive Macam Mana Lagi ?
|
|
|
|
|
|
|
|
mommymonster82 posted on 28-12-2013 11:10 AM
Orang kata aku over bedah...
Nak buat camner....
Hebatnyer bedah..habis khatam semua ni??
Mslh jgk dgn org yg paham isu kritikan trhdp Prof Muhaya ni dari satu sudut or aspek semata sdgkan rakyat berang dgn nasihat dia krana begitu TIDAK PRAKTIKAL UTK DIAPLIKASIKAN OLEH MAJORITI RAKYAT MARHAEN....haaa capital letters kauuu!
Dia dikritik bukan atas sbb politik semata2 tp kerana mengajak rakyat positif pd waktu yg hampir mustahil dpt bersikap positif kerana rakyat bukan bodoh utk terima segala kenaikan sesuka hati...kalau dinaikkan dgn sbb2 yg munasabah atau kerana kerajaan benar2 tiada pilihan rakyat bleh terima.....tp kenaikan tariff semua pun tahu bukan arahan TNB, kenaikan tol pun bukan atas desakan syarikat2 konsesi tol, malah kenaikan harga2 brg lain dgn alasan dangkal agak menjengkelkan bg rakyat, KERANA MEREKA SDG MELIHAT PEMIMPIN2 MEREKA MENGGUNAKAN & MENGHABISKAN WANG2 NEGARA YG JUGA DUIT RAKYAT SEWENANG2NYA....
Maka dgn mengajak semua utk positif sdgkan mereka terhimpit tp yg menaikkan harga itu ini kaya tak hengat siap enjoy keluar negara merata, mmg susah laa....
Cer porumer yg bidas mommy tu baca pndgn Marina Tun M yg tajuk 'You Walk The Talk First' & 15 points dari Tun M...far better dari pndgn konon non-political Prof Muhaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
C.K posted on 29-12-2013 12:34 AM
Saya salah seorang yang melakukan lasik mata pada beberapa tahun lepas...kos? Tidak perlu saya kon ...
biasa yg aku nampak kos lasik ni 3 ribu sebelah mata...tu pun beberapa tahun lepas...pasal kena pakai spek selepas lasix tu..bukan bermakna semua kes...ada kes tertentu jer...ada forum cakap pasal hal ni
ni aku baca di internet
Long-Term ResultsLaser eye surgery offers numerous benefits and can dramatically improve your quality of life. Most people achieve 20/20 vision or better after the surgery, but LASIK results do vary. Some people may achieve only 20/40 vision or less. You may still need to wear glasses or contact lenses following laser vision correction, though your prescription level typically will be much lower than before. While the procedure has an excellent safety profile, post-operative LASIK complications can occur and may include infection or night glare (starbursts or halos that are most noticeable when you're viewing lights at night, such as while you're driving). A small percentage of people have an enhancement, or "touch up," LASIK procedure for further improvement in vision. You also may still need reading glasses once you reach your 40s, due to a normal age-related loss of near vision called presbyopia. While LASIK surgery has a high success rate, it is important that you discuss all facets of the procedure with your surgeon prior to consenting to the surgery. |
|
|
|
|
|
|
|
PitMie posted on 29-12-2013 12:47 AM
Mslh jgk dgn org yg paham isu kritikan trhdp Prof Muhaya ni dari satu sudut or aspek semata sdgkan ...
Pada saya rakyat malaysia ini spesis drama queen dan drama king jah ramai....yang hanya layak melalak dgn anggaran kasar hanyalah 20% jah...mereka adalah golingan yang benar2 bercatu...yang selebihnya spesis ga ukur baju dibadan sendiri....mungkin spesis yang lebih suka selfie dan upload ke fckbook/instagram/twitter tanpa melehat cermin terlebih dahulu sebelum selfie dan upload ke laman sosial...pendek kata
pergi mamposlah dgn kos sara hidup anda-najib tun razak
|
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 28-12-2013 09:32 PM
Aku pernah sembang dgn doktor specialist tulang dlm flight ke LA dulu.. dia pon ada klinik kat princ ...
aku rasa standard jer ..mana mana pun camtu...PC tu hire doktor pakar....kalau rasa x bagus..abis kontrak...diorang tukar jer laa...kalau klinik tu sendiri...diorang x boleh link dengan under PC....
|
|
|
|
|
|
|
|
abgboroi posted on 29-12-2013 12:49 AM
biasa yg aku nampak kos lasik ni 3 ribu sebelah mata...tu pun beberapa tahun lepas...pasal kena pa ...
Sebelum lasik pun kami udah diberi konsultasi....kami sedia maklum kesan jangka panjang yang kornea mata kami akan menjadi kabur kembali adalah cerah atas beberapa faktor termasuk usia..pendedahan kepada cahaya atau sinaran dari alatan elektronik dan beberapa yang lain...namun penyataan kamu sebelum ini umum sgt...orang yang tidak tahu apa dan bagaimana lasik berfungsi pasti akan salah faham
|
|
|
|
|
|
|
|
C.K posted on 28-12-2013 09:55 PM
Rasanya KPJ pun sebegitu jua...pendek kata hospital pakar swasta hanya menyediakan premis dan alat ...
kalau tgk kpj ...setiap temu janji melalui kpj tu sendiri..bukan melalui klinik doktor pakar tersebut...ini maknanya klinik tu masih di bawah kpj..cuma doktor pakar ajer appointed oleh diorang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bedah.Cun posted on 29-12-2013 12:38 AM
Owh thanks bang roi, Bedah tak rabun so agak kabur2 sikit factor korang yang rabun neh. Nampak mas ...
fikir banyak...mmg boleh merabunkan mata...rambut gugur cam einstein...
|
|
|
|
|
|
|
|
huk aloh..ridhuan tee pun dah takleh berpikiran positip lagik...camana nih prof muhaya?
prof muhaya sila bagi motivashit ke ridhuan tee ini
Jangan sakiti hati Melayu
RIDHUAN TEE ABDULLAH
23 Disember 2013
KETIKA parti ultra kiasu Selangor sibuk dengan mahu menarik sokongan orang Melayu bagi menidakkan sokongan Melayu terhadap Umno, sepatutnya Umno memikirkan bagaimana untuk menangkis strategi tersebut, agar orang Melayu tidak terpengaruh dengan ultra kiasu.
Ini tidak, rakyat pula diuar-uarkan dengan kenaikan harga tol tidak lama lagi oleh kerajaan yang dipimpin Umno. Saya menjadi semakin keliru. Apakah makna tagline Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Apakah rakyat hanya didahulukan ketika menjelang pilihan raya? Selepas itu, dikemudiankan.
Nasihat kerdil saya, yang bukan pakar ekonomi kepada kerajaan, uruskan ekonomi negara ini dengan baik dan telus. Carilah jalan apa sekalipun untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi bukan dengan membebankan rakyat marhaen seperti kami. Bebankan orang kaya yang bertambah kaya.
Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. Saya bimbang, PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah.
Ingatlah! Bila taraf hidup tinggi, nilai wang makin kecil, kuasa membeli terbatas, macam-macam perkara negatif boleh berlaku. Manusia sanggup membunuh, menjual diri, dan berbagai perkara negatif lain, apabila perut kosong.
Jika dengan kenaikan tol, lebuh raya menjadi semakin efisien, tidak berlaku kesesakan, tidak mengapa juga. Ini tidak, lebuh raya semakin sesak. Peliknya, ketika tidak musim perayaan pun sesak juga.
Apakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Boleh dikatakan semua harga barang telah naik selepas PRU13. Apakah benar sinonim BN bermaksud Barang Naik? Cuba bandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam. Barang-barang di sana masih murah berbanding kita di sini. Hari ini, nak makan tengah hari jika tidak ada RM10, tak makanlah jawabnya.
Kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi jika benar berlaku perjanjian berat sebelah.
Peliknya, kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura.
Apakah syarikat konsesi tersebut tidak berhati perut langsung untuk melaksanakan CSR? Berpada-padalah buat untung. Begitu juga ultra kiasu yang sudah menjadi kaya-raya hasil bantuan kerajaan. Takkan terus menerus mengalirkan wang keluar negara.
Syarikat konsesi lebuh raya sudah semestinya membuat duit saban hari melalui perjanjian tersebut. Ditambah pula dengan papan iklan sepanjang utara-selatan, barat dan timur. Ini tidak termasuk dengan sewa gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna lebuh raya.
Respons daripada menteri bertanggungjawab begitu memualkan. Kita ingatkan bila ahli ekonomi dilantik senator menjadi menteri, ditambah dengan pengalaman begitu luas, beliau akan memerah otak, memberikan buah fikiran kepada kerajaan, cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini tidak, jawapannya begitu simplistik.
Katanya, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. Ini bukan jawapan negarawan. Nasihat saya, jangan pandirkan diri bila dah jadi menteri. Sepatutnya bila dilantik jadi menteri, daya intelektual kita makin bertambah.
Dalam Islam, menurut Imam al-Ghazali, menyediakan kemudahan asas, adalah tanggungjawab pemerintah. Kemudahan asas ini tidak sepatutnya diniagakan kerana kesannya akan dirasai oleh rakyat, bukan pak menteri. Pak menteri banyak menikmati keistimewaan lain bila dilantik jadi menteri. Termasuk semua bil utiliti.
Banyak negara maju (termasuk negara Islam lain) menyediakan kemudahan asas dengan kadar caj rendah. Misalnya, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, air, elektrik dan sebagainya. Ini adalah asas yang bersifat daruriyyat. Tanpanya manusia tidak boleh (sukar) untuk hidup.
Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga. Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari. Sekali baiki boleh tahan setahun.
Ingatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka. Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu.
Kempen mereka sedang berjalan. Jika satu hari nanti ultra kiasu cenderung kepada Islam, saya bimbang ketika itu, Umno sudah tidak relevan lagi, kerana mereka sudah ada Pas. Hari ini Melayu masih bersama Umno kerana tawar hati dengan Pas bersama ultra kiasu, penentang Islam.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|