CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: virgomal

CERITA SERAM YANG PERNAH KORANG ALAMI

 Close [Copy link]
Post time 21-5-2005 11:50 AM | Show all posts
apabila roh tidak tenteram   

Ibuku hanya terpaku apabila mendengarkan berita sedih itu.  "Kami harap Cik Rahmah banyakkan bersabar," nasihat anggota polis yang membawa berita berita sedih kepada keluarga kami pada petang itu, berita kematian bapa saudaraku iaitu adik ibuku.  Walaupun umurku baru 12 tahun, namun aku masih ingat segalanya.  Ia berlaku dalam tahun 1972.  Pakcikku menemui maut dalam satu kecelakaan jalan raya di Jalan Bahar.  BEliau menunggang skuter bersama isterinya yang sedang sarat mengandung enam bulan, anak sulung mereka.  Pakcik ku yang kami panggil "Pak Su" baru berusia 33 tahun ketika beliau pergi meninggalkan kami.  Masa itu keluarga kami tinggal di Pepsy Road di Pasir Panjang, berdepan dengan Masjid Islah.  Apabila malam tiba, keadaan begitu gelap dan sunyi.  Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerek dan unggas malam.  Hanya sesekali terdengar bunyi kenderaan berlalu - kenderaan yang dimiliki oleh orang kampung tengah yang terletak tidak jauh dari rumahku.  Sesekali terdengar bunyi salakan anjing.  Semasa hidupnya, pakcikku adalah seorang yang peramah, mesra dan periang.  Bergurau dan bersakat dengan kami adik beradik adalah antara kegemaraannya.  Beliau juga suka menunggang skuter dengan laju.  Sering ibu dan ayahku menegur cara beliau menunggang skuter.  Namun pakcikku tidak menghiraukannya.  Pada suatu hari aku terdengar ibuku memarahi pakcikku,"Kau jangan degil, nanti kau mati pun dengan skuter ni!"  Mungkin benar kata orang, seseorang yang mati secara mendadak seolah olah terasan kerana tidak dapat berpesan atau meninggalkan wasiat.  Mayat dan roh mereka dikatakan seolah olah tidak tenteram.  Setelah tiga hari dikebumikan, kami sekeluarga sering didatangi roh arwah pak su.  apabila masuk waktu maghrib, kami selalu ternampak semacam imbasan beliau dibilik belakang tempat beliau dimandi dan dikapankan.  Adakalanya kami terdengar seperti suara beliau berbual bual, bunyi skuter beliau dan jugak bunyi siulannya.  Yang paling menghairankan kami, walaupun sudah hampir dua minggu berlalu, namun bau pacai dan setangi yang kami gunakan untuk menguruskan mayat beliau masih kuat baunya.  Yang masih kuingat, kakak dan kedua dua abangku sering diganggu pak su, kerana semasa hayatnya pak su begitu mesra dengan mereka.  Kakaklah yang sering melihat bayangan pak su.  Abang abangku pula sering diganggu semasa tidur, dicuit cuit dihidungnya - kebiasaan pak su semamsa hidupnya.  Ibuku pulak sering terdengar bualan dan siulan adiknya itu.  Isteri almarhum pula sering terngigau-ngigaukan beliau.  Beliau sering bermimpikan arwah pak su memesan agar beliau menjaga anak yang bakal dilahirkan itu dengan sempurna.  Pernah juga isteri beliau terjaga kerana bermimpikan arwah pak su datang berjumpa dengannya lalu menunjukkan bekas jahitan post mortem pada tubuhnya.  Masih ku ingat ketika itu isteri pak su terjaga pada tengah malam sambil memekik nama pak su dan di ikuti dengan salakan anjing yang mendayu dayu.  Sungguh menyeramkan ketika itu.  Mungkin benar kata orang, roh orang yang baru mati akan berada didalam rumah selama 40 hari.  Kami sering mengaji dan membaca yasin serta berfatihah untuk disedekahkan kepada almarhum. tetapi kami hairan mengapa rohnya seolah olah tidak tenteram.  Apa yang menghairankan kami lagi ialah pada setiap hujung minggu ketika abang dan seorang lagi pakcikku menziarahi kubur allahyarham, terdapat lubang dihujung kaki atau dibahagian kepala kubur beliau.  Menurut pakcikku yang sorang lagi, lubang tersebut begitu dalam.  Beliau cuba menyucuk lubang itu dengan kayu sepanjang 4 kaki dan dilepaskan, batang kayu itu terus jatuh kebawah.  Yang lebih menghairankan, apabila lubang dibahagian kakinya ditutup minggu ini, akan muncul pula lubang dibahagian kepalanya pada minggu depan.  Begitulah keadaannya berterusan.  Kami pula sering berasa ketakutan - terutama sekali aku dan kakakku.  Mentelah lagi salah sorang sahabat karib pak su pula dikatakan terkena "badi" beliau.  Entah macam mana, dengan izin Allah swt. masuk minggu ketiga, nenekku (kini sudah arwah) bermimpikan pak su memberitahunya supaya membersihkan bilik bekas beliau dimandi dan dikapankan.  Menurut arwah nenekku, pak su memeberitahunya bahawa bilik itu tidak dibersihkan dengan betul.  Masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang bertakung dibawah tikar getah dalam bilik itu.  Memang benar seperti kata Allahyarham  didalam mimpi arwah nenekku.  Keesokkan harinya , kami sekeluarga membersihkan bilik tempat Allahyarham dimandikan dan dikapankan - ternyata masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang masih lembap dibawah tikar getah itu.  Ayahlu terus membakar tikar getah itu dan abunya ditanam.  Kami sekeluarga lantas membersihkan  bilik itu dengan lebih sempurna lagi.  Hairannya, setelah itu kami sekeluarga tidak lagi diganggu.  Kini sudah  tahun berlalu, anak didalam kandungan makcikku dulu sudah pun dewasa menjadi seorang anak gadis yang cantik dan manis.  Aku juga tidak pernah lupa mendoakan al fatihah untuk allahyarham pak su setipa selepas solat.

[b]dari suratkhabar jugak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2005 11:53 AM | Show all posts
uri anak saudara jadi tumpuan pontianak   

Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura.  Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparkuku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas.  Walaupun dia masih lagi ditahan dihospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam.  Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia diwa balik dari hospital kerana hari sudah senja.  Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur.  Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.  Jam didinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam.  Penghuni penghuni lain dirumah sudah nyenyak dibuai mimpi.  Aku pula, entahlah.  Perasaanku berlainan malam itu.  Selalunya tidak begitu.  Mata ini belum lagi terasa menmgantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar.  Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan.  Kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur apabila ku lihat lembaga putih ditingkap dqapur-berjalan diudara.  Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri.  Lagi pun, rumah kami ditingkat lima.  Aku terus beristighfar.  Lembaga itu melintas lagi ditingkap dapur.  Tiba tiba ia berhenti, lalu memandang kearahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak diatas meja.  Matanya merah, bagaikan bebola api.  Lendir dicelah celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan.  Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak.  Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.  Pontianak itu tiba tiba berlalu, menghilangkan diri.  aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga.  Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu ditingkap ruangan tamu pula.  Ia cuba mencakar cakar dinding ruangan tamu.  Aku hairang kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini.  Mingkin ini suatu ujian untukku.  Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap dirumahku.  Oleh sebab itulah pontianak itu tudak boleh masuk.  Aku de dapur lalu mengambil segelas air lalu kubacakan ayat Qursi.  Sesudah itu, aku renjiskan keseluruh penjuru rumah dan disemua tingkap.  Akhirnya pontianak itu pergi jga dengan hilaian yang sangat menggerunkan.  Esok pagi pagi lagi aku mengajak abangku perfi menanam uri anaknya.  Waktu melawat kakak iparku dihospital kemudian, diakatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti henti.  Mujur ayahku telah membekalkan surah surah untuk menjadi pendinding.  Aku hanya terdiam disitu mendengar cerita mereka.  Kejadian malam itu tidak keberitahu sesiapapun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 21-5-2005 11:36 AM:
KISAH BENAR : DIGANGGU ROH ABANG
Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya
selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena 'ma ...




ni nak buat kelakar ke serious???


seram siot pada aku....:malu:
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 21-5-2005 11:49 AM:


ini kelakar sseram.....:lol

ok nie citer ian ambik dari suratkhabar beberapa tahun yang lalu....


jumpa 'nenek' di kuburan   

Pasti anda pernah terdenga ...



seram jugak eh... tapi Bidadari memang ah.....

Aku tak tahu cammana residents kat rumah2 teres Bartley Road tu tinggal depan Bidadari kubur Islam tu...

Aku dulu2, zaman balik dari Toa Payoh malam2, naik 152 , kadang2 dalam bus takut sey, aku takut terbau bau wangi harum haruman bila lalu Bidaddari.:malu:
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 02:04 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 01-04-2005 14:01:



seram jugak eh... tapi Bidadari memang ah.....

Aku tak tahu cammana residents kat rumah2 teres Bartley Road tu tinggal depan Bidadari kubur Islam tu...

Aku dulu2, zaman balik dari Toa P ...


orang kata kalau bau wangi, cik pon tu jauh dari kita....
kalau bau busuk cik pon tu dekat dengan kita....
kalau dengar bunyi cik pon mengilai jauh maknanya dia dekat....dan jugak sebaliknya...
bila teringat kan balik....dulu aku selalu dengar suara cik pon mengilai jauh....
adakah dia seang kat tingkap bilik aku.....:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 21-5-2005 11:50 AM:
apabila roh tidak tenteram   

Ibuku hanya terpaku apabila mendengarkan berita sedih itu.  "Kami harap Cik Rahmah banyakkan bersabar," nasihat anggota polis ...




ya ya ni memang betul....
Aku pernah dengar jugak benda cam gini jadi.... sedih eh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2005 02:07 PM | Show all posts
Peristiwa seram di wad hospital  

Kisah ini ada lah benar dan aku yakin ada orang lain pernah mengalaminya.  Pada 19 October lalu, aku telah dimasukkan kehospital.  Ini adalah kali pertama aku menjadi 'penghuni sementara' disebuah hospital.  Aku ditempatkan disebuah bilik yang mangandungi enam orang pesakit.  Katilku terletak ditengah tengah.  Semua pesakit sebilikku itu ialah cina yang lanjut usia.  Hampir setiap malam aku tidak dapat lena kerana 'kekenyangan' tidur pada siang siangnya.  Pada suatu malam, kira kira jam 9, aku rasa ingin membuang air kecil, tetapi takut untuk kebilik air yang agak jauh dari tempatku.  Lagipun, lampu diluar sudah dipadamkan.  Akhirnya aku memberanikan juga diri untuk ke bilik air kerana tidak tahan, khuatir akan 'terbuang' diatas katilku.  aku berjalan perlahan lahan menuju ke bilik air.  Setibanya disitu, aku dapati blik air itu kosong.  Tetapi dengan tiba tiba aku terdengar macam ada orang sedang menyelongkar sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai.  Aku cuba memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong.  Apabila aku pergi ke tandas terakhir yang berselebahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup dan mungkin juga dikunci.  Aku pun biarkan sahaja kerana sangakaku, mungkin ada orang didalamnya.  Aku pun pergi ke besin untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang ada didalam tandas terakhir itu keluar.  Aku memang selalu ke tandas itu dan tidak pernah ketandas lain melainkan untuk mandi.  Lama juga aku menanti.  Apabila aku mula merasa bosan, aku terus ke tandas itu semula dan...alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun didalamnya.  Pintu terbuka luas, tidak tertutup seperti tadi.  "Bila masa orang n ie keluar, tak nampak pun," kataku sendirian.  Aku mula terasa takut.  apa tidaknya, hampur 10 minit aku mannatinya diluar, tiba tiba tandas itu kosong dan pintunya terbuka padahal aku yang berada diluar tak nampak sesiapapun semasa aku mencuci muka tadi.  Oleh karana terlalu takut, aku tak jadi buang air kecil dan terus balik ke bilikku.  aku cuba tenangkan perasaanku.  Sepanjang malam aku gelisah tidak boleh tidur.  Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal.  Dalam kegelisahan begitu, tiba tiba aku terpandang sesuatu diluar tingkap.  Aku ternampak kepala orang yang sedang memerhatikan.  Rambutnya putih, kusut masai keparas bahu, mukanya hodoh, terkopek kopek dan berdarah.  Matanya sayu termasuk kedalam.  Akau benar benar terpukau.  Mataku tidak berkelip memandangnya.  Darahku berderau, naik ke muka, jantungku berdebar debar.  Bulu romaku berdiri tegak dan tubuhku terasa seram sejuk.  Mulutku seolah olah terkunci untuk berkata kata.  Hatiku merayu..."Ya allah. Kau selamatkan lah hamba Mu yang lemah ini."  Tiba tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana ingin membuang air.  Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada disitu.  Aku cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan ia benar benar berada dihadapannya.  Lama kelamaan, lembaga yang tidak berbadan itu perlahan lahan naik keatas dan terus menghilang menembusi siling.  Aku yang sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa ditahan sehari lagi kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu tinggi.  Kini, segala-galanya telah pun berlalu.  Kini, segalanya telah pun berlalu.  Namun, peristiwa seram itu tetap terpahat dalam ingatanku dan tidak mungkin aku dapat melupankannya.   

artikel dari suratkhabar.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 02:10 PM | Show all posts
DIGANGGU PENANGGAL DI PULAU UBIN   

Peristiwa ini berlaku dalam 1967 semasa saya dan rakan rakan mengadakan perkhemahan di pulau ubin.  Saya masih ingat lagi tempat dimana kejadian menakut kan itu berlaku.  Setiba di pulau ubin kira kira 10 pagi, kami berlima terus mendirikan khemah disatu tapak yang terletak bersebelahan dengan pohon kayu besar, berhampiran sebuah pondok usang.

Setelah penat meronda sekeliling pulau itu, kami berehat rehat sambil memasak nasi dan lauk pauk untuk makan malam.  Kira kira 6 petang, angin mulai bertiup kencang, diiikuti pula dengan guruh di langit.  Tidak lama kemudian, hujan mulai turun dengan lebatnya.  Disebabkan khemah yang kami dirikan tidak begitu kukuh, habis kami berlima basah kuyup didalamnya.

Hujan mulai reda kira kira 9 malam.  Kami berlima pun keluar ubtuk mengeringkan badan dan menuju ke pondok usang tidak jauh dari khemah itu.  Setelah menunaikan solat isyak, kami berjalan pulang ke khemah untuk mengeringkan bahagian khemah itu dan mengukuhkannya semula.

Tidak lama kemudian, sedang kami berehat rehat sambil berbual didalam khemah, tiba tiba terdengar sayup sayup suara perempuan sedang berbual , diikiuti pulak dengan bunyi gemersik daun daun.  Kami ingin tahu lalu keluar.

Suara tadi semakin jelas dan datangnya dari atas pokok besar.  Salah seorang rakan menyuluh lampu picitnya kearah suara tadi.

Alangkah terkejutnya kami apabila suluhan lampu picit itu mengena tepat dua kepala berambut panjang tanpa badan, tetapi berusus-tergantung didahan pokok besar itu.  Hantu Penanggal!!!

apalagi, seperti kilat kami berlima berebut rebut masuk ke dalam khemah sambil berpeluk pelukan ketakutan. Entah berapa banyak ayat suci kami baca beramai ramai sehinggalah malam bertukar pagi, tanpa melelapkan mata walau seketika pun.

Setelah cuaca terang, tanpa berlengah lengah kami pun berkemas dan pulang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2005 02:10 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 21-5-2005 11:53 AM:
uri anak saudara jadi tumpuan pontianak   

Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura.  Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparkuku  ...



surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap dirumahku


Aku tak paham ni,  ada family physically taruk surah yasin or dia pagar rumah dia ngan bacaan surah yasin???
Berapa banyak surah yasin sey gitu macam merata2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 01-04-2005 14:06:




ya ya ni memang betul....
Aku pernah dengar jugak benda cam gini jadi.... sedih eh.


memang sedih.....rohnya tak tenteram....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 01-04-2005 14:10:






Aku tak paham ni,  ada family physically taruk surah yasin or dia pagar rumah dia ngan bacaan surah yasin???
Berapa banyak surah yasin sey gitu macam merata2...


kalau terpijak surah yassin tu...tak ke teruk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 21-5-2005 02:10 PM:
DIGANGGU PENANGGAL DI PULAU UBIN   

Peristiwa ini berlaku dalam 1967 semasa saya dan rakan rakan mengadakan perkhemahan di pulau ubin.  Saya masih ingat lagi tempat dim ...




nasib baik tak ikut balik Spore sey...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 21-5-2005 02:13 PM:


kalau terpijak surah yassin tu...tak ke teruk...




tak ah, dorang mesti letak tinggi sikit, cuma cam....aku tak paham sey dia cakap semua places ada letak surah yassin.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 01-04-2005 14:16:




nasib baik tak ikut balik Spore sey...


kalau ikut tak ke seram.....
so far benda nie aku tak pernah jumpa..alhamdulilah...
pernah mimpi je......itu pun dah menakutkan:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 05:50 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 21-5-2005 02:28 PM:


kalau ikut tak ke seram.....
so far benda nie aku tak pernah jumpa..alhamdulilah...
pernah mimpi je......itu pun dah menakutkan:kant:




dia boleh ikut ah kalo dah tersangkut......

tu ah danger dia gi tempat2 keras
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 05:51 PM | Show all posts
eh Ian, ko ada story pasal yang budak melayu pompuan naik teksi dari Chai Chee sampai Eunos....

masa on the way teksi tu gi alam lain gitu....tampal eh, ni ceta betul pernah masuk Berita Minngggu lamaaaaaaaaaa dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2005 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 01-04-2005 17:51:
eh Ian, ko ada story pasal yang budak melayu pompuan naik teksi dari Chai Chee sampai Eunos....

masa on the way teksi tu gi alam lain gitu....tampal eh, ni ceta betul pernah masuk Berita Minnggg ...


ada......keratan akhabar ,masih aku simpan...
then aku type kat dalam blog...
aku check blog aku dulu....kalau ada aku paste..
kalau tak ada kena tunggu aku type out baru aku paste.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 21-5-2005 06:18 PM:


ada......keratan akhabar ,masih aku simpan...
then aku type kat dalam blog...
aku check blog aku dulu....kalau ada aku paste..
kalau tak ada kena tunggu aku type out baru aku ...




ah ko nak kena type ?
ko tahu scan??

tak pun ko just type out summarise je, yang bahagian important je.....



Eh then ada yang kat flet Bukit Batok ke apa la, ada burung ni bertenggek kat tingkap, then orang perambat burung tu, then malam , jelmaan burung tu datang balas dendam...:malu::malu::malu::malu:
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 06:34 PM | Show all posts
ah lupa...ngan yang kat Ang Mo Kio....dalam toilet kitchen dia...

Ada yang cina pakai make up wayang pek ghee tu....ngan pedang joget2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 07:05 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 01-04-2005 18:33:




ah ko nak kena type ?
ko tahu scan??

tak pun ko just type out summarise je, yang bahagian important je.....



Eh then ada yang kat flet Bukit Batok ke apa la, ada burung ni berteng ...


umah aku tak ada scanner ah.......nie citer yang ko nak....


misteri kereta usang menjelma jadi teksi   

  Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai.  Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent.  Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

  Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami.

  Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam.  Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya.  Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan.  Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu.  Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

  Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong.  Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi.  Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan.

  Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya.  Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

  Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan.  Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja.

  Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung.  Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu.  Terkumat kamit mulut kami.

  Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?"  Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.

  Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya.  Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat.

  Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain.  Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent.  Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami.  

  Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

  Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya.  Kelihatan sejuta kedutan ditangannya.  Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya.  Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain.

  Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat.  Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera.  Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali.

  Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.  

  Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya,  Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam.

  Alanhkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54163 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64362 Replies : 379
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 42644 Replies : 418
'Kalau rasa tak mampu, jangan berhutang'- Aliff
maklukpenggoda'Kalau rasa tak mampu, jangan berhut
Views : 4414 Replies : 5
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 23671 Replies : 7
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276408 Replies : 8066
Bendera Syria diganti
maklukpenggodaBendera Syria diganti
Views : 29941 Replies : 18
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39361 Replies : 44
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 24202 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.065155 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list