iols perasan kebanyakkan students byk yg ambil reseach project actor2 ..mesti byk student2 nie girls2... actress2 mcm kurenggg jer.. selain nas @naqibnasuha lah yg buat actresss ajumman the geng..
1. Sila rujuk soalan number 13 dan 14, Berikan sebab mengapa jawapan soalan tersebut diberikan sebegitu oleh prof.Erti kata lain....mintak bagi anything spt video kah atau statement dr blog /media yg boleh menyokong jwpn tersebut
Soalan number 13
Jawapan yang diberi oleh Prof adalah iaitu Taek mengakui dia mencintai Dok Sun menyebabkan Jun Hwan terpinga dan kecewa malah rakan-rakan lain turut terkejut sama.
Sebenarnya Berri tak tengok pun lagi drama Reply 1988 nih, tapi nak jawab begini terpaksalah godek-godek google nak cari jawapan yang sesuai huhuhuu
Drama Reply 1988 ini diselitkan cinta tiga segi di antara watak Jung Hwan, Taek dan Dok Sun. Drama ini juga membawa kita meneka-neka siapakah antara Jung Hwan dan Taek yang akan menjadi suami Dok Sun Kelak.
Ryu Jun-yeol as Kim Jung-hwan
Stoic and sarcastic, grumbles a lot, loves soccer and also one of the top students in school. He harbors a crush for Deok-sun.
Park Bo-gum as Choi Taek
A genius baduk player who is mostly quiet and struggles with simple day-to-day tasks. He likes Deok-sun.
Dibuktikan dengan petikan di atas kedua-duanya memang suka kepada Dok Sun. Apabila Taek telah menyuarakan perasaanya terhadap Dok Sun di hadapan Dong Ryong, Sung Woo dan Jung Hwan, ekspresi dan raut wajah Jung Hwan telah bertukar di situ kerana dia juga meminati dan menaruh hati kepada Dok Sun tetapi kerana personalitinya yang egois dia hanya mendiamkan sahaja perasaannya itu tanpa memberitahu kepada kawan-kawanya yang lain.
Scene scene video yang Jung Hwan sukakan Dok Sun
Babak di mana Jung Hwan melindungi Dok Sun di dalam bas membuktikan Jun Hwan menyayangi Dok Sun
Nih jawapan dari Prof Daus sendiri untuk jawapan di atas
Taek tu wlpn nerd, tak reti uruskn diri sgt tp dia ni jujur...
Jung hwan so far byk tarik tali... Jenis tak reti luah perasaan melalui kata2, malah jenis yg org kate introvert...
So bile dpt tau taek confess sukakan ds, jelas lirik muka yg kecewa giler...tetibe lak nk berkorban cinta. Ayooo huhu
i. Pernah tercalon dua kali dalam kategori Best Actor CARI K Drama Awards tetapi tidak menang.
ii. Merangkul daesang pertama kali menerusi watak sebagai intern produser untuk rancangan realiti tv.
iii. Pernah bergandingan dengan Song Joong Ki dalam sesuatu drama.
iv. Pernah memegang watak sebagai professor universiti.
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
Jwpn: C
i. Pernah tercalon dua kali dalam kategori Best Actor CARI K Drama Awards tetapi tidak menang.
Pernah tercalon dalam KDrama Awards 2012 dalam kategori Best Actor menerusi drama Moon Embracing The Sun dimana Kim Soo Hyun memegang watak sebagai King Lee Hwon dan KDrama Awards 2014 menerusi drama My Love From Another Star, memegang watak sebagai Do Min Jun
ii. Merangkul daesang pertama kali menerusi watak sebagai intern produser untuk rancangan realiti tv.
Keyataan di atas tidak benar. Kim Soo Hyun pernah merangkul Daesang Award di 7th Korean Drama Awards pada tahun 2014 menerusi drama My Love From Another Star dan pernah merangkul Daesang Award di 8th Korean Drama Awards, 4th APAN Star Awards dan KBS Drama Awards pada tahun 2015 kesemuanya menerusi drama The Produsers.
2. Setamatnya kalian belajar di Gangnam university collage, berikan pengalaman sepanjang mengikuti kursus ini?
Sepanjang mengikuti kursus ini terus terang Berri cakap agak stress , banyak nau kena mengarang, terasa di zaman Berri studi dulu2, tetapi stress pun dapat jugalah tau mengenai K-drama Awards dengan lebih detail, drama korea yang sedang hot sekarang walaupun berri tak kesempatan nak tengok, bukan tak minat, minat tapi sekarang agak busy nak nengok drama, dapat berkenalan dengan forumer-forumer yang berminat dengan K drama dan dapat mengetahui pendapat-pendapat forumer semua mengenai sesuatu drama, pelakon yang diminati mereka.
Setamatnya berri habis belajar nanti, berri akan tetap mengunjungi thread KDrama nih sambil bertanya khabar forumer2 yang berri dah kenal.
Khamis, 21/1/2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Lama sudah sesi kuliah kita bertangguh.
Kali in prof ini membicarakan tentang ratings drama & genre-genre dipelopori industri kdrama pada tahun lepas.
Memandangkan pencalonan drama dalam CARI K Drama Awards menumpukan pada mid-length drama ke bawah,
maka analisis ratings tidak termasuk long-length drama yang popular seperti Six Flying Dragon, I Ask of You, Mom dsb.
RATINGS DRAMA
Berikut adalah drama-drama bukan long-length yang berjaya meraih purata rating sebanyak 10-20% rating pada lepas berteraskan agensi AGB Nilsen. TOP 10 dimenangi oleh:
Drama Yong Pal ni satu-satunya drama bukan long-length yang berjaya melepasi rating 20% pada tahun 2015...
Manakala Reply 1988 satu-satunya drama kabel , di mana tidak semua pemilik rumah di South Korea memasang cenel tersebut, berjaya mendapat kemuncak ratings sebanyak 18.8% . Mengikut perkaitanan antara jumlah pelanggan cenel kabel berbayar dengan jumlah tontonan ratings keseluruhan (berbayar + percuma) , purata ratings Reply 1988 telah melangkaui Yong Pal dan She Was Pretty sekurang-kurangnya +/- 10% ke atas sebagai perbandingan keseluruhan.
Lazimnya, pelanggan cenel kabel majoritinya di kalangan penduduk urban (Seoul, Busan) manakala bakinya daripada kalangan penduduk sub-urban.
Min Kyun Sook, CEO agensi TNmS ratings berpendapat ratings sangat penting untuk menentukan kekuatan sebuah negara:
1. Diplomatik
2. Maklumat
3. Ketenteraan
4. Kekuatan ekonomi
Peningkatan ratings secara umumnya memainkan peranan penting dalam
1. mendapatkan jaminan "Commercial Feature/CF " daripada pengiklan untuk keuntungan syarikat
2. menggalakkan persaingan sihat untuk memberikan karya terbaik buat pengguna
3. menggalakkan pemborongan drama ke pasaran luar
Namun, tidak semua drama "ratings" tertinggi memberikan kepuasan kepada penontonnya. Contohnya, Yong Pal drama rating tertinggi tahun lepas dan Shine Or Go Crazy telah dipilih sebagai calon top 5 "Worst Overated Drama" 2015 CARI K drama Awards manakala Producers dan She Was Pretty pula dikritik negatif kerana popular tidak bersandarkan pada kekuatan cerita. Tetapi, mengikut perspektif producer TV, kekuatan cerita bukan satu faktor utama, apa yang mereka mahukan - hanyalah keuntungan yang diperolehi melalui peningkatan ratings.
GENRE KDRAMA
Mengikut statistik ratings, secara kesimpulan, drama berkonsep "thriller/suspens" seperti Yong Pal, Mrs Cop dan Punch berjaya mendapat tempat di hati masyarakat. Drama berkonsepkan romantik komedi seperti She Was Pretty dan Oh My Ghost juga berjaya meraih ratings agak tinggi untuk cenel masing-masing walaupun fenomenanya tidak sekuat sejak drama hits [SBS] My Loves From The Star.
Namun, secara kejutan, drama berkonsepkan "slice-of-life" penuh dengan nilai kekeluargaan seperti Reply 1988 berjaya mencipta rekod menakjubkan dalam memungut ratings tertinggi untuk cenel berbayar pada tahun lepas sekaligus membuktikan drama berat yang bukan suspens berupaya menarik perhatian penonton.
Selera drama bersejarah atau saeguk pula semakin menurun kerana tiada drama saeguk pada tahun lepas berupaya memperolehi ratings melebihi 20%.
Quiz: Anda diberi tugasan sebagai "scripwriter" untuk drama terbitan KBS bagi slot malam Jumat/Sabtu setiap minggu. Produser KBS tidak senang dengan peningkatan ratings cenel berbayar tvN yang berjaya mendominasi slot tersebut daripada kalangan penonton urban dan berharap drama nukilan anda dapat memotong ratings tvN.
Anda diarahkan untuk mengarang secara ringkas "draft" skrip drama berjumlah 16 episod. Anda hanya perlu menggarap skrip permulaan untuk drama sahaja.
Drama ini bukan pre-produced. Anda bebas untuk memilih genre kegemaran anda dan berkarya. Anda bebas memilih pelakon-pelakon untuk menjayakan watak tersebut.
Panjang skrip sekurang-kurangnya 100 dan tidak melebihi 1000 patah perkataan.
wah, kalo plaster mmg buat pasal pasangan tu, sure menarik! hehehe... dorg berdua tu pun mmg mantap kan lakonan masing2. tp tu la, memasing pun dok menggoreng info2 drpd internet. kalo xdok jumpa yg dlm english, mmg payah la nak menggoreng kan. kalo guna google translate pun, boleh pakai 40% je kot! haha