CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 2-5-2014 08:52 AM | Show all posts
“Zareen.”

Dari arah pintu, terdengar namanya dipanggil. Zareen menoleh. Keningnya terangkat melihat Zack berdiri di situ.

Tanpa meminta kebenaran, Zack terus masuk. Pintu bilik Zareen ditutup dan terus dikunci dari dalam. Tirai cermin yang terbuka, pantas ditarik supaya tertutup dari pandangan luar walau tidak sepenuhnya. Kini, hanya mereka berdua saja dalam bilik.

Zareen yang tergamam, hanya memerhatikan tindak-tanduk Zack tanpa mampu bersuara. Zack berdiri depan Zareen dan mereka saling berpandangan.

“Zack. Awak nak apa?” Zareen sedikit cuak.

Zack tarik kerusi depan Zareen lalu duduk.

“Zack…”  Zareen semakin tak selesa dengan keadaan itu.

“You owe me an explanation.” Wajah Zareen direnung tajam.

*** Last edited by Nicki_Meow on 3-5-2014 04:17 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2014 08:53 AM | Show all posts
freddianza posted on 2-5-2014 08:49 AM
hehehehhehe..

Biaseeee leeee

Baby dah bertatih. Tapi belum boleh jalan lagi....

Cuti ke hari ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 08:56 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-5-2014 08:53 AM
Baby dah bertatih. Tapi belum boleh jalan lagi....

Cuti ke hari ni?

Wahhhhhhhhhh.

nanti jangan lupa cakap kakak fred kirim salam sayang


pssstttt: tak cuti tapi opis macam cuti.tak de oranggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 09:07 AM | Show all posts
“Joe…” Sofiah mencuit bahu Joe Zulkifli setelah Joe Zulkifli dihampiri. “Kenapa tu?” Soal Sofiah sambil muncung mulutnya dihala ke pejabat Zareen. Tirai cermin hampir tertutup sepenuhnya, jadi Zack dan Zareen tak dapat dilihat jelas. Namun Sofiah perasan, Zack berwajah tegang manakala Zareen kelihatan serba salah. Reaksi kedua-duanya mengundang pelbagai spekulasi. Bermula dengan kes Zareen meninggi suara sebentar tadi sehinggalah ke peristiwa Zack menerjah masuk ke pejabat Zareen.

Joe Zulkifli angkat kening dan angkat bahu.

“Ala…ceritalah Joe.”

“Cerita apa? Tak ada apalah. Biasalah tu…hal rumahtangga…”

“Hal rumahtangga? Jadi, gossip Zack dengan Zareen bercinta tu, betullah?”

Joe Zulkifli pamer senyum teka-teki.

“Ala..Joe. Cakaplah…” Gesa Sofiah. Matanya tetap mengintai pejabat Zareen dari jauh.

“Tak tahuuuuu…” Joe Zulkifli jawab dengan nada berlagu.

“I like it if both of them are really couple. They looks good together, you know…”

Sofiah dan Joe Zulkifli menoleh ke arah empunya suara. Angeline sudah berada diantara mereka. Matanya juga turut memandang ke pejabat Zareen.

“I hope they are fine. Tak sukalah kalau mereka break-off…” Sambung Angeline.

“Dia orang tak bercintalah.” Ujar Joe Zulkifli walaupun kurang pasti, status sebenar hubungan Zack dan Zareen.

“Ala…memang dia orang ada affair kan? Kau tak payah sorok-sorok dengan mak, nyah. Mak tahu…”

“Aduyaaiii…” Joe Zulkifli tepuk dahi. Dari mana datangnya si Jamal ni?

“Tapikan, mak dengar…boss you tu janda. Betul ke, nyah?”

Joe Zulkifli geleng kepala.

“Tu…gaduhlah tu.” Mulut Jay terjuih-juih tatkala bercakap. “Kesian Zack. Mesti Mak Jan tu yang buat hal…”

“Eiishhhhh…diamlah. Aku sepak jugak kau ni. Cerita hujung pangkal pun kau tak tahu, suka hati je nak main tuduh-tuduh.”

Jay mencebik setelah diherdik Joe Zulkifli tanpa membalas apa-apa.

“Ni apahal ni?”

Perhatian empat pasang mata yang mengintai bilik Zareen terganggu. Wajah garang Encik Khalid a.k.a Mr. K a.k.a GM muncul depan mata. Joe Zulkifli tepuk dahi sekali lagi. Sofiah gigit bibir. Angeline senyum sumbing manakala Jay senyum terkebil-kebil.

“Apa masalahnya?” Sekali lagi Encik Khalid menyoal, garang.

“Errr…Encik Khalid….” Sofiah bersuara. Matanya kembali mengarah ke bilik Zareen.

*** Last edited by Nicki_Meow on 3-5-2014 11:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 09:59 AM | Show all posts
haishh... teruk betul...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:09 AM | Show all posts
we support u zack...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2014 10:47 AM | Show all posts
aiyyooooookkkkk.... lepas ni dua2 masuk bilik bos besor..
tak pasal2 je bos besor tau skandal dorg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 03:35 PM | Show all posts
Dalam pejabat Zareen.

Mata Zack tetap tak beralih. Hari ini, saat ini, dia mahu cerita sebenar dari Zareen.

“Apa yang awak dengar dari Joe tu…betul.” Tutur Zareen. “Saya janda.”

“Kenapa awak rahsiakan hal ni?” Soal Zack.

“Saya bukan berahsia. Saya memilih untuk tak bercerita tentang hal peribadi saya dengan sesiapa.” Jawab Zareen.

“Kenapa?”

“Saya ada sebab saya sendiri.” Jawab Zareen.

“Jadi, Akmal tu bekas suami awak?”

“Bukan.”

Zack angkat kening.

“Abang ipar saya. Bekas…abang ipar saya.”

Zack tak menyahut namun riak wajahnya jelas memberitahu yang dia mahukan lebih penjelasan. Dia tak akan berganjak selagi Zareen tak bercerita hal sebenar.

Zareen menarik nafas panjang. Ada senyum tawar terukir di bibir. Mungkin, ini masanya yang tepat untuk dia berterus-terang.

“Nama suami saya, Asyraf. Dia dah meninggal…lima tahun dulu.” Zareen membuka cerita. Wajah Zack bertukar riak, tergamam.

“Asyraf meninggal secara mengejut. Doktor sahkan sebab sakit jantung. Masa tu, saya dah….mengandung tujuh bulan.” Zareen sambung bicara. Ada getar dalam suaranya.

“Selepas Aysraf meninggal, saya jadi tak tentu arah. Asyraf tinggalkan saya…macam tu aje. Tak ada pesan, tak ada tanda. Bila Irfan lahir…” Zareen telan air liur. “Saya bertambah murung. Irfan nyaris terabai. Nak uruskan diri sendiri pun saya tak mampu, apatah lagi nak uruskan anak.”

“Saya berkeras nak tinggal di Terengganu. Kononnya sebab tak mahu jauh dengan arwah Asyraf. Keadaan saya betul-betul macam orang sakit jiwa. Saya tak peduli keadaan sekeliling. Saya rasa dunia saya jadi gelap. Hari-hari saya meratap, menangis. Saya sedih…saya marah. Saya salahkan takdir. Saya selalu persoalkan, kenapa Asyraf pergi dari saya?”

“Lebih kurang setahun saya hidup tak tentu arah. Saya langsung tak kerja. Mak dengan ayah saya nak rujuk saya pada pakar psikologi tapi Akmal tak bagi.”

Zack cuba mengatakan sesuatu tetapi, tiada perkataan yang keluar dari mulut. Simpati terbit dalam hati. Selama ini, Zareen bersikap tenang. Tak di sangka, Zareen ada menyimpan kisah tersendiri.

“Lama-lama, saya mula tersedar yang saya terlalu ikut perasaan. Asyraf dah meninggal. Dia tak akan balik pada saya. Itu ujian untuk saya dan saya tak patut persoalkan qada’ dan qadar Tuhan.”

“Jadi, saya teruskan hidup. Saya kena kuat semangat untuk anak saya. Irfan dah kehilangan ayah sebenar dia. Saya tak mahu dia hilang mama dia juga…”

“Akmal…dia abang pada Asyraf. Dalam keadaan saya yang tak terurus tu, keluarga Akmal yang banyak tolong saya. Walaupun saya ni cuma bekas menantu, tapi mereka jaga saya…jaga Irfan. Sebab itu Irfan panggil Akmal…ayah. Akmal yang jaga Irfan sejak dia kecil lagi.”

“Awak nak explanation…kan? So that is my explanation.” Zareen mengakhiri penjelasan.”

Zack kekal tak bersuara. Otaknya mula mencerna segala cerita. Zack melepaskan nafas perlahan. Kesal, tapi tak tahu atas sebab apa. Last edited by Nicki_Meow on 3-5-2014 04:27 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 03:51 PM | Show all posts
alahai zack... jgnlah membuat andaian lg pd zareen...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 03:57 PM | Show all posts
“Awak tak adil.” Zack berkata setelah terdiam agak lama.

“Tak adil?” Kening Zareen berkerut. “Apa maksud awak, saya tak adil?”

“Awak tak adil sebab sembunyikan perkara ni dari saya.”

“Saya nak cerita apa dengan awak? Takkan tiba-tiba saya nak buka cerita yang saya ni janda anak satu. Takkan tiba-tiba saya nak cerita dengan awak yang dulu...saya pernah sakit jiwa…” Suara Zareen meninggi sedikit.

“Why not?” Soal Zack.

“Why should I?” Zareen turut menjawab dengan soalan.

“You should. Awak patut terangkan semua ni awal-awal pada saya sebab…”

“Sebab apa?”

“Sebab….” Zack tarik nafas panjang.

“Zareen...awak perasan tak yang selama ni, saya sukakan awak?” Kali ini, Zack berterus-terang. Tak mahu lagi menyembunyikan perasaan sebenar. Zareen tunduk, tak mampu bertentang mata dengan Zack saat ini.

“Zack. Awak… sepatutnya cari orang yang lebih sesuai…”

“Saya tak nak. Saya suka awak…”

Zareen geleng kepala. “Awak sanggup ke, terima orang macam saya?”

“Sanggup.”

“Walaupun saya janda anak satu? Walaupun saya pernah sakit jiwa?”

“Itu masa silam awak, Zareen. Saya… tak kisah tentang semua tu.”

Zareen senyum sumbing.

“Zareen. Saya dah terus-terang perasaan saya. Sekarang ni, saya nak tahu… apa perasaan awak pada saya…”

Zareen tak menjawab. Hanya membatukan diri. Satu nama muncul dalam minda – Akmal. Last edited by Nicki_Meow on 3-5-2014 04:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 04:05 PM | Show all posts
wah! Dah confess gitew..good!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 04:14 PM | Show all posts


mmm....







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 04:21 PM | Show all posts
“Zack…saya rasa, lebih baik kita lupakan hal ni…”

“Kenapa kita kena lupakan hal ni? Awak tak yakin yang saya betul-betul sukakan awak?”

“Bukan macam tu…”

“So?”

“Sebab…Akmal.”

Kening Zack terangkat. “Kenapa dengan Akmal?”

“Akmal… ajak saya kahwin…” Zareen berterus-terang. Segalanya telah diluahkan jadi, tak ada gunanya jika perkara tentang Akmal kekal disembunyikan.

“Oh…” Zack melepaskan keluhan. “Jadi, awak dah terima Akmal?”

“Belum. Saya tak buat keputusan lagi.”

“Kenapa?”

“Sebab saya…saya…” Ayat Zareen tersekat-sekat.

“Kenapa?” Zack mendesak kali ini.

“Saya…tak boleh. Awak…Akmal…saya…” Zareen mati kata. Mata Zack direnung lama. Dia tak dapat berterus-terang namun mengharapkan Zack mengerti akan sesuatu. Dia mahu Zack mengerti bahawa dia memang punyai rasa yang sama. Tapi, rasa itu telah terbahagi di antara dua nama – Akmal dan Zack.

Mereka akhirnya terdiam tak bersuara.

Zack mengeluh. Nampaknya, ada persaingan. Lelaki yang bernama Akmal itu telah mengecilkan harapannya. Hampir-hampir dia mahu mengalah.

“If you love somebody, you should not let them go so easily. You should fight for it." Ayat yang pernah Kate ucapkan dahulu terngiang-ngiang di telinga.

Zack pandang Zareen. Last edited by Nicki_Meow on 3-5-2014 04:33 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 04:26 PM | Show all posts
“Berapa banyak peluang yang saya ada?” Soal Zack, tiba-tiba. Zareen mengangkat kening.

“Antara saya dengan Akmal, berapa banyak peluang yang saya ada?”

“Maksud awak?”

“Saya sayangkan awak Zareen. Jadi, sebelum awak buat keputusan…tolong beri saya peluang tu.”

“Zack…”

“Zareen. Kalau awak rasa…apa yang saya rasa, tolonglah. Bagi saya peluang tu…”

“Peluang apa?”

“Peluang untuk kenal siapa awak. Peluang untuk saya sayangkan Irfan. Peluang untuk awak kenal siapa saya. Peluang untuk…kita…”

“Awak tak perlu buat semua ni. Jangan sia-siakan masa awak untuk saya.”

“Awak belum buat keputusan lagi kan? Jadi, bagi saya peluang tu sebelum awak buat pilihan…”

Zareen memandang Zack dengan mata mula berkaca.

***
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 04:32 PM | Show all posts
sweetnya zack... terima jelah zareen... bg peluang pd zack utk buktikan kesungguhan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 04:38 PM | Show all posts
UsuFie posted on 2-5-2014 04:14 PM
mmm....

Usuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.



Hurmmmmm Zareen mesti dalam delima.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2014 04:43 PM | Show all posts
“Senyap aje. Tak ada bunyi dah…” Jay bersuara. Telinganya dilekat pada pintu.

“Kau pekak kot?” Joe Zulkifli menyoal.

“Eee…aku cili mulut kau nyah. Tadi adalah bunyi, sekarang dah tak ada.”

“Hopefully, both of them are okay.” Sahut Angeline.

“Tulah. Taknaklah dia orang gaduh...” Sofiah menyampuk.

“Kalau tak ada jodoh, nak buat macam mana…” Encik Khalid turut menyampuk.

Pintu bilik pejabat Zareen terbuka secara tiba-tiba. Bulat biji mata Zack melihat kelompok manusia yang sedang berkumpul depan pintu. Angeline, Sofiah, Jay, Joe Zulkifli dan Jessy. Lebih mengejutkan, Encik Khalid pun ada sama.

Masing-masing memandang Zack tanpa suara.

“Ehem…” Encik Khalid batuk. Tiba-tiba pula sakit tekaknya datang.

“I’ll bring you some water, Mr. K…” Jessy cepat-cepat menawarkan diri.

“Good. Bring it to my room…” Arah Encik Khalid dan terus berlalu ke bilik pejabatnya.

“Papa B…tunggu...” Jay memanggil Mr. Balraj a.k.a Papa B yang kebetulan lalu di situ. Dia pantas berjalan ke arah Papa B.

Tinggallah Angeline, Sofiah dan Joe Zulkifli tanpa ada sebarang alasan untuk melepaskan diri. Zack memandang tajam, seorang demi seorang.

“Korang dah tak ada kerja lain, ke?” Zack menjerkah. Masing-masing sengih segan sebelum bertempiaran  ke tempat kerja masing-masing. Zack geleng kepala lalu kembali ke tempat kerjanya.

Zack melabuh duduk pada kerusi dan termenung.

Hampir seminit dia begitu sebelum dengan tiba-tiba, bibirnya mengukir senyuman.

*** Last edited by Nicki_Meow on 2-5-2014 05:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 04:47 PM | Show all posts
freddianza posted on 2-5-2014 04:38 PM
Usuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Yang dalam dilema tu...Usu...

Usu salah seorang penyokong tegar Kate....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 04:51 PM | Show all posts
i wish novel ni dibukukan....

so realistitik... dekat di hati... mcm pembukaan nya... ia terjadi pada semua org....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 04:51 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-5-2014 04:47 PM
Yang dalam dilema tu...Usu...

Usu salah seorang penyokong tegar Kate....

hahahahahhahaha.


Patutlaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.306014 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list