CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: keypochino

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 39

 Close [Copy link]
Post time 17-7-2021 06:49 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-7-2021 06:44 PM
@noor2 138 hari ni...

Tingginya. .....innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:06 PM | Show all posts
noor2 replied at 17-7-2021 06:00 PM
Tingginya. .....innalillah

Teralit haca thread Topinasi vs Dewasayu...huhu..

Esok nak try masak Siakap + nenas tu...tq bg idea
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 6,629 kes (779,171 kes kumulatif, 86.0%);
Kes baharu : 12,528  kes (905,851 kes kumulatif);
Kes import : 19 kes (13 warganegara, 6 bukan warganegara);
Kes tempatan : 12,509 kes [9,848 warganegara (78.7%);  2,661 bukan warganegara (21.3%)];
Kes aktif : 119,814 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 908 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 425 kes;
Kes kematian : 138 kes (6,866 kes kumulatif, 0.76%; 128 warganegara, 10 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 3,233 kluster;
Jumlah kluster baharu : 28 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,327 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 906 kluster.
Daripada 12,528 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 6,840 kes (54.6 peratus) adalah daripada  kategori 1 (tidak bergejala), 5,468 kes (43.6 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), 112 kes (0.9 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 44 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), dan 64 kes (0.5 peratus) kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan). Keseluruhannya, 98.2 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 138 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 46 kes di Selangor, 20 kes di Negeri Sembilan, masing-masing 16 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor, 12 kes di Pahang, 11 kes di Melaka, tujuh (7) kes di Kedah, empat (4) kes di Perak, tiga (3) kes di Pulau Pinang, dua (2) kes di Terengganu, dan satu (1) kes di Sabah.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 16 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 16 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.19. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.31). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Terengganu (nilai RT 1.25), Negeri Sembilan (nilai RT 1.21), Kedah (nilai RT 1.20), Selangor (nilai RT 1.19), Melaka (nilai RT 1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.17), Pulau Pinang (nilai RT 1.14), Kelantan (nilai RT 1.11), Pahang (nilai RT 1.10), Perak (nilai RT 1.10), Sabah (nilai RT 1.09), dan Johor (nilai RT 1.08).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

ELAK KORBAN AKIBAT COVID-19 AKIBAT KLUSTER KUNJUNG MENGUNJUNG DAN KLUSTER RENTAS NEGERI SEMASA PERAYAAN HARI RAYA AIDILADHA

Bermula 1 Jun 2021, iaitu sejak permulaan pelaksanaan Total lockdown sehingga data terkini 16 Julai 2021, sebanyak 267 kluster komuniti dengan jumlah 17,106 kes positif COVID-19 telah dilaporkan oleh KKM. Kes-kes tersebut dikesan daripada sejumlah 72,755 individu yang disaring (kadar positiviti 23.5 peratus) melalui Active Case Detection (ACD) yang dijalankan di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) secara berterusan. Daripada jumlah 17,106 kes tersebut, 105 kematian telah dilaporkan sehingga kini dan 42 kes sedang mendapatkan rawatan di ICU.


Kluster-kluster komuniti ini tercetus susulan sambutan majlis perayaan yang lalu (Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai), aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan kejiranan atau kampung, perjumpaan antara ahli keluarga dari rumah-rumah yang berlainan serta majlis pengebumian. Beberapa kluster komuniti ini turut melibatkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan yang disebutkan di atas.

KKM juga ingin menzahirkan kekhuatiran berkaitan 21 kluster yang didapati tercetus akibat aktiviti merentas negeri (Import B). Dalam tempoh 1 Jun 2021 sehingga 16 Julai 2021 sahaja, sebanyak 1,010 kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam 21 kluster ini, iaitu daripada 5,681 individu yang disaring (kadar positiviti 17.8 peratus). Kluster-kluster ini didapati melibatkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan sambutan perayaan, mengunjungi ahli keluarga, menghadiri majlis pengebumian serta atas urusan kerja.

Negeri-negeri yang melaporkan jumlah kluster rentas negeri tertinggi sejak 1 Jun 2021 adalah Perak dengan lapan (8) kluster (38.1 peratus), Terengganu dengan lima (5) kluster (23.8 peratus) serta Kelantan dengan tiga (3) kluster (14.3 peratus).


Kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit diabetes atau kanser merupakan kumpulan yang sangat mudah terkesan dengan jangkitan COVID-19. Kita harus sedar bahawa sistem pertahanan tubuh mereka adalah lebih rendah dan membuatkan mereka mudah dijangkiti COVID-19. Tahap kesihatan mereka juga mudah merosot apabila dijangkiti COVID-19, sehingga ada yang boleh membawa kepada kematian.

KKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penduduk Malaysia yang telah bersungguh-sungguh dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan dan terus kekal duduk di rumah. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri yang cuai dalam mematuhi SOP serta menyebabkan penularan kes atau kejadian kluster dalam komuniti. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Justeru, KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat supaya mengambil iktibar dan tidak mengulangi sikap tidak bertanggungjawab, khususnya semasa sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan pada 20 Julai 2021. Masyarakat diingatkan bahawa larangan rentas daerah dan negeri masih lagi berkuatkuasa. Begitu juga larangan kunjung-mengunjung bagi menyambut perayaan. Jangan pula dalam keseronokan menyambut Hari Raya Korban menyebabkan kita sama-sama terkorban dek kerana COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

(elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
(Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI        BILANGAN KES BAHARU *(    )        BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR        4,985 (4)        317,591
WP KUALA LUMPUR        1,740 (15)        97,618
JOHOR        625        77,870
SABAH        647        74,479
SARAWAK        388        71,039
NEGERI SEMBILAN        1,280        60,258
PULAU PINANG        396        38,575
KELANTAN        211        37,412
KEDAH        701        31,854
PERAK        428        30,842
MELAKA        569        24,763
PAHANG        317        18,104
TERENGGANU        177        12,530
WP LABUAN        22        9,377
WP PUTRAJAYA        41        2,917
PERLIS        1        622
JUMLAH KESELURUHAN        12,528 (19)        905,851
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

Perincian 12,528 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERI        JUMLAH KES        KLUSTER        KONTAK RAPAT        IMPORT A*        LAIN-LAIN
SELANGOR        4,985        70        2,876        4        2,035
WP KUALA LUMPUR        1,740        579        647        15        499
NEGERI SEMBILAN        1,280        282        581        C        417
KEDAH        701        79        455        C        167
SABAH        647        287        220        C        140
JOHOR        625        325        213        C        87
MELAKA        569        303        142        C        124
PERAK        428        152        100        C        176
PULAU PINANG        396        172        135        C        89
SARAWAK        388        57        271        C        60
PAHANG        317        81        195        C        41
KELANTAN        211        131        54        C        26
TERENGGANU        177        84        75        C        18
WP PUTRAJAYA        41        C        26        C        15
WP LABUAN        22        4        6        C        12
PERLIS        1        C        1        C        C
JUMLAH KESELURUHAN        12,528        2,606        5,997        19        3,906
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara


LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 17 JULAI 2021

No        Nama Kluster        Kategori Kluster        Negeri        Daerah        Jumlah Kes        Jumlah disaring
1        Jalan Langsat Choh        Tempat Kerja        Johor        Pontian        30        78
2        Jalan Penaga 18        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        11        80
3        Jalan Keluli Empat        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        46        236
4        Perindustrian PLO 34        Tempat Kerja        Johor        Kulai        12        52
5        Lorong Perusahaan 10        Tempat Kerja        Pulau Pinang        Seberang Perai Tengah        16        155
6        Lorong Jelawat        Tempat Kerja        Pulau Pinang        Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Utara        31        717
7        Lorong Perusahaan 8B        Tempat Kerja        Pulau Pinang        Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, dan Seberang Perai Utara        57        705
8        Lorong Perusahaan Baru Tiga        Tempat Kerja        Pulau Pinang        Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan        17        103
9        Saujana Putra Satu        Tempat Kerja        Selangor        Kuala Langat dan Petaling        75        492
10        Industri Alam Perdana        Tempat Kerja        Selangor        Kuala Selangor        49        105
11        Industri Saujana Teratai        Tempat Kerja        Selangor        Kuala Selangor        14        17
12        Tapak Bina Jalan Batu View        Tempat Kerja        WP Kuala Lumpur        Kepong        141        327
13        Jalan Limau Purut        Tempat Kerja        WP Kuala Lumpur        Lembah Pantai        23        26
14        Tapak Bina Jalan Awan Besar        Tempat Kerja        WP Kuala Lumpur        Lembah Pantai        270        287
15        Industri Jalan Usaha 13        Tempat Kerja        Melaka        Melaka Tengah        29        220
16        Industri Lot 11 Tangga Batu        Tempat Kerja        Melaka        Melaka Tengah        150        585
17        Industri Lot Lima Batu Berendam        Tempat Kerja        Melaka        Melaka Tengah dan Alor Gajah        34        852
18        Industri Jalan TJ Utara        Tempat Kerja        Negeri Sembilan        Seremban        48        61
19        Industri Chembong        Tempat Kerja        Negeri Sembilan        Rembau        60        226
20        Kampung Tanjung Tok Sadang        Komuniti        Kelantan        Kota Bharu        12        20
21        Kampung Bujuk        Komuniti        Kelantan        Pasir Mas        14        17
22        Kampung Kepas        Komuniti        Kelantan        Machang        7        12
23        Rantau Melor        Komuniti        Pahang        Jerantut        7        25
24        Jambatan Liawan        Komuniti        Sabah        Keningau        45        256
25        Bedup Longgo        Komuniti        Sarawak        Serian        25        93
26        Lorong Chinniah        Kumpulan Berisiko Tinggi        Selangor        Klang        16        21
27        Paya Datuk        Kumpulan Berisiko Tinggi        Melaka        Alor Gajah, Melaka Tengah, dan Jasin        58        294
28        Jalan Seri Tawar        Pendidikan Lain        Pulau Pinang        Seberang Perai Utara        12        21


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 16 JULAI 2021

NEGERI        NILAI RT
WP PUTRAJAYA        1.31
TERENGGANU        1.25
NEGERI SEMBILAN        1.21
KEDAH        1.20
SELANGOR        1.19
MELAKA        1.18
WP KUALA LUMPUR        1.17
PULAU PINANG        1.14
KELANTAN        1.11
PAHANG        1.10
PERAK        1.10
SABAH        1.09
JOHOR        1.08
SARAWAK        0.92
WP LABUAN        0.76
PERLIS        0
MALAYSIA        1.19
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-7-2021 07:06 PM
Teralit haca thread Topinasi vs Dewasayu...huhu..

Esok nak try masak Siakap + nenas tu...tq bg  ...

Thread apa tu. ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-7-2021 05:52 PM
Lepas goreng sambal tempoyak bilis + petai lak utk dinner

waduhhhhh mengancamnya!! bak mai sikit sini… hahaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-7-2021 03:53 PM
Sambut raya  buah takpe...vit C...

Hi sb.. selamat berbuka.. puasa kan td? Mkn apa tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2021 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsjones replied at 16-7-2021 04:00 PM
ishhh sek nak cuti start esok baru le nak bg semua edu-related servis buka. geram betul!! :curse ...

Hmm kan.. sabo jela.. nasib baik seminggu cuti pdpr.. leh lunjur kaki jap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-7-2021 04:38 PM
Wah...CSI Vegas will be back

Wahh grissom n Sara is back
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 17-7-2021 02:57 PM
Olaaa...hehehe x masuk opis pun...wfh je...today panas sgt..ni i makan today for my lunch...later  ...

Wah.. ada gambar ke strawberry float tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
@sarah82 hrtu hang beli portable coffee machine kan.. mana hasilnya. Ce share..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:14 PM | Show all posts

Ustaz Ebiet Lew...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:16 PM | Show all posts
mrsjones replied at 17-7-2021 06:49 PM
waduhhhhh mengancamnya!! bak mai sikit sini… hahaaa

Zasss...daku terbang ke sana...

Aduh...byk konspirasi tol Penthouse ni...rasanya kembar laki tu pakat dgn Su Ryeon kot...
Junhi= Yoon Hee..makjang...fake JDT jahat bersebab...xde maknanyeee...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:18 PM | Show all posts
keypochino replied at 17-7-2021 07:05 PM
Hi sb.. selamat berbuka.. puasa kan td? Mkn apa tu

Beraya lagi...kena habiskan doyan...pagi sarap doyan...
Paneh bebeno, kome...mujo beraya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:19 PM | Show all posts
keypochino replied at 17-7-2021 07:07 PM
Wahh grissom n Sara is back

Tassabarrrr my favourite CSI team...

Menu pe hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 17-7-2021 08:09 PM
@sarah82 hrtu hang beli portable coffee machine kan.. mana hasilnya. Ce share..


Muahahahaha.. Yap.. Tapi yg ni bukan buat dari portable tapi guna whisk... Hanya nescafe gold dan susu tesco.

Nanti cuti.. Nak brew kopi dan jadikan ais ketul.. Tgh dok tgk cold brew set...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 17-7-2021 08:08 PM
Wah.. ada gambar ke strawberry float tu?

Tadaaa

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 17-7-2021 08:08 PM
Wah.. ada gambar ke strawberry float tu?




I malas guna mixer tu so i tap tap je...dapp letak honey sikit
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 17-7-2021 10:04 PM
sarah82 replied at 17-7-2021 08:25 PM
Muahahahaha.. Yap.. Tapi yg ni bukan buat dari portable tapi guna whisk... Hanya nescafe gold da ...




Tadaaa..ni la akibat pkp lama sangatt
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 17-7-2021 08:37 PM
Tadaaa..ni la akibat pkp lama sangatt

Kak dila.. Nakkk.. Brp harga set ni? Muahahha.. Sy suka brew kopi skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 1.360639 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list