Waktu sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Lima belas minit telah berlalu dan dia masih berbalas mesej dengan Zack.
So, dia jandalah…rupanya?
Yup.
Kau tak kisah status dia tu?
Tak. Janda ke, tak janda ke…tak penting pun pada aku. Yang penting, hati budi.
Good for you then.
Masalah aku sekarang, Akmal.
Zareen belum buat keputusan kan? Maknanya…kau ada peluang.
Hopefully.
All the best to you, Zack.
Thanks.
Bicara di laman Whatsapp terhenti. Amy memandang skrin telefon yang kini bertukar gelap. Perasaannya jadi tak menentu. Gembira dan kecewa bergaul satu.
Gembira untuk Zack, kerana masih berpeluang untuk bersama Zareen.
Sedih dan simpati kepada diri sendiri yang masih berdegil menyimpan harapan walaupun dia tahu, peluang untuk dia bersama Zack tak akan ada.
Kenapa masih berharap?
Amy menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Diarinya dicapai dan dibuka. Jarinya mula menari, mencoretkan kisah hati di lembaran kosong.
Sebuah bingkai kaca pula di ambil dari dalam kotak. Bingkai bersaiz sederhana itu bukanlah berisi gambar. Tapi puisi…satu-satunya puisi yang pernah Asyraf karang untuknya.
Buat Zareen Dalilah
Anugerah terindah dalam hidupku…
Wahai malam…
Jangan kau redupkan sinar dihatinya
Untuk selalu menjadi cahaya cinta dihatiku
Ungkap segala gundah dan resah dalam jiwa
Mekarkan bunga-bunga kerinduan dalam asmara
Wahai sepi…
Jangan engkau sembunyikan cintanya dariku
Kerana…ku harapkan besar sayangnya kepadaku
Bangunkan rindu yang resah dalam kalbu
Usik lamunan di gelap asa yang tak mengaku
Wahai dingin…
Jangan kau bekukan kerinduan itu
Kerana dia selalu hadir dalam mimpi-mimpi
Getarkan rasa cinta dalam hati
Nyanyikan desir angina disetiap sudut sepi
Wahai kekasih…
Berikan aku setangkai kelembutan jiwa
Untuk aku ungkap tirai asa tersisa
Untuk aku sampaikan bisik kata rindu…kepadamu