CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: princebrunei

Kejadian Pelik Rumah Sewa Di Seremban 2

 Close [Copy link]
Post time 23-3-2009 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by princebrunei at 17-3-2009 17:51


Aku pernah dengar cerita mulut ke mulut je, tapi alamat aku x tau.. tapi kalau seksyen 2 shah alam tu memang kecoh dulu, try tanya orang2 kat situ, kalau google x de info ke..


Sek. 2 Shah Alam yg belah mana? Aku pun ada dengar gak. Ex-hsemate aku cite dia penah duduk rumah yg kat Sek. 2 tu, tp tu le.. masing2 kata Sek. 2.. Sek 2.. tapi yg belah mana. Or maybe ada 2-3 rumah yg berhantu kat Sek. 2 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 01:05 PM | Show all posts
aku tau umah kat sek2 tu yg mane..
mane ade org duduk..
mmg tinggal gitu jerk..
tp da lame aa tak lalu..
since da tak duduk situ..
asik lalu je meremang..

ade dgr2 citer..
umah tu da try nak ubat byk kali..
tp tak jalan..
dan yg menyewa kat situ..
mmg akan alami gangguan yg dasat..
katil terapung..
tido kat luar..
eh mcm2 laa..
aku lupe aa citenyer..
tp ni citer yg aku dgr 10 taun dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 01:23 PM | Show all posts

Reply #1336 princebrunei's post

huikkkk....dah lame dah yek akak sehattt tu niagakan???  mmg sedapkan??? misai akak sehattt mmg masih ade(misai laki dia laaa)

aku skali beli mesti antara rm30-50hengget....anak branak mkn tu satu malam.... sedappp ooooOoo... TAK pepasal glemer kejap akak sehatt tu kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 01:24 PM | Show all posts
princeeee..yg penting akak sehatt tu punye gelangggg...hahhhhh ko sedepa besar n bnyknye...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 07:40 AM | Show all posts

Balas #1344 mAmAfAieSz\ catat

aih mama tingin nk jd akak sehat tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 07:41 AM | Show all posts

Balas #1344 mAmAfAieSz\ catat

hamboih gile xhengat si mama ni punye siggy....gile jwang meleleh2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2009 07:44 AM | Show all posts

Balas #1342 dedaun79\ catat

psl umah sek.2 kt shah alam tu aku ngn member2 aku ade pnah jengah dlm tahun 2006 xsilap..time tu ari jumaat mlm tu..dr lua mmg horror la umah tu..yela umah dh lame tinggal..umah besa lak tu umah banglo..tp xleh masuk sal time tu gate die kunci lg pun kang jiran2 laen nampk diorg kate ape lak igtkan mat pit or org nk buat pojek ke hape..kang elok2 nk cr antu kene pelupuh plak ngn org2 kt citu..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 03:29 AM | Show all posts
assalamualaikum semua, aku baru mengalami perkara mistik sebentar tadi tapi aku tak tau samaada nak buka thread baru ataupun hanya perlu sambung saja thread yang ni. sebab berlaku di seremban 2 ni juga, takut kalau aku buka benang baru akan di marge. di sebabkan aku terlalu terkejut, kejadian berlaku 1 pagi membuatkan aku tak boleh tidur sampailah sekarang jam 3 setengah pagi. macam mana ni, esok aku kerja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 03:45 AM | Show all posts
tempat kejadian di jalan sungai ujong nak ke kampung felda sendayan, kalau dari seremban 2 hanya perlu buat u turn di simpang 4 nak masuk ke jusco seremban 2 dan pilih simpang kanan lalu menuju ke arah atas bukit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 03:51 AM | Show all posts
aku cuba nak masukkan google map lokasi tersebut, tapi aku tak tahu lah macam mana nak attach masuk kan ke dalam forum ni. aku sambung esok lah, sebab aku cuba nak tidur juga. lagi pun aku masih takut-takut lagi ni dengan apa yang jadi kat aku, esok dekat pejabat aku sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 05:46 AM | Show all posts
Originally posted by P.I.D at 25-3-2009 03:29
assalamualaikum semua, aku baru mengalami perkara mistik sebentar tadi tapi aku tak tau samaada nak buka thread baru ataupun hanya perlu sambung saja thread yang ni. sebab berlaku di seremban 2 n ...


smbung thread ni jelah uolsss, x payah gigih buka thread baru
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 07:46 AM | Show all posts

Reply #1350 P.I.D's post

P.I.D  bende ni berlaku kat mane ??? terowong ke???? ade jiran lame aku accident kat situ    

sbbnye???
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 07:49 AM | Show all posts

Reply #1352 mAmAfAieSz's post

uolss tolong la deyolss tepek google maps tu jah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 09:11 AM | Show all posts

Reply #1353 tapaksulaiman's post

x kose aku....sori...iolsss blum gigih lagi...kalu nak tulun tunjuk tempat trus tanpa map bleh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 09:21 AM | Show all posts
sabar menanti!  -
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 01:39 PM | Show all posts
malam tadi aku dah type panjang, tapi hasilnya menyakitkan hati sebab server forum ada masalah. tapi tak pe lah aku cuba cerita kan balik apa yang berlaki malam tadi. malam tadi aku tak boleh tidur, dah beberapa kali aku tertidur dan beberapa kali juga aku terkejut dari tidur. macam trauma pun ada, pagi tadi aku pergi klinik dan dah dapatkan mc. doctor cakap aku diserang darah tinggi, mungkin disebabkan aku terkejut ingat benda malam tadi. tapi pagi tadi aku tak type penuh pun, separuh saja cerita.

Discuz! info: Can not connect to MySQL server

Time: 2009-3-25 5:10am
Script: /forumdisplay.php

Error: Can't connect to MySQL server on '202.190.177.8' (111)
Errno.: 2003

Similar error report has beed dispatched to administrator before.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 01:46 PM | Show all posts
malam tadi lepas habis seminar di nilai sekitar jam 10 malam, kawan sepejabat ajak makan di kedai makan area mydin dan ktm nilai tu. disebabkan kawan-kawan aku semua menuju ke arah kl, aku saja lah seorang yang balik menuju ke arah seremban. lepas sampai jam 11 malam, dah tu semua gerak nak balik sebab hari ni nak kerja.

aku tak nak lalu jalan labu, sebab apa, aku dah ada pengalaman ngeri kat situ 2 minggu lepas. jadi aku ekori member aku jalan menuju ke arah banting, sebab kawan aku duduk kat banting. dia suruh aku lalu jalan klia tu, lalu sendayan dan lagipun aku pernah jalan situ waktu siang. aku pok ok je lah sebab memang aku tak nak jalan labu tu dah, aku memang trauma kat situ.

jalan highway keluar nilai memang aku tak tau, aku berkali-kali sesat ntah ke mana, tu yang aku cuba cari jalan alternatif lain. sampai simpang masjid klia, aku berpecah dengan member-member aku. jadi aku lalui jalan sepanjang klia tu kemudian masuk ke sendayan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 01:55 PM | Show all posts
sampai di sendayan nak masuk ke jalan sg ujong menuju ke seremban 2, aku rasa silau sebab ada kereta mengekori rapat dengan menyuluh lampu tinggi tepat ke arah kereta aku dari belakang. aku pun memperlahan kereta, sebab mata aku naik silau asyik terpandang cahaya tu kat cermin pandang depan aku.

dalam hati aku risau juga kalau-kalau penyamun, aku bersedia kalau-kalau dia menyimpang aku dari depan. tapi aku pelik kereta tu tetap mengekori rapat dan menyuluh kereta aku dengan lampu tinggi, aku dah mula berdebar dan kuatkan semangat kalau apa-apa terjadi. aku cuba juga tengok-tengok siapa dalam kereta tu, tapi cahaya terang sangat aku tak nampak apa-apa. takut aku pula yang terbabas nanti sebab mata aku dah mula silau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 02:08 PM | Show all posts
aku perlahan kereta aku lagi, kali ni 40 km per jam. kali ni dia berganjak ke arah kanan nak memotong aku, aku pun bersiap sedia kalau dia tiba-tiba simpang kereta aku, aku boleh berundur dah pusing pecut ke arah klia balik. sebabnya aku rasa kereta aku pickup sebab kereta baru, 1.6 lagi.

masa dia nak memotong tu aku jeling lah, tengok depan kereta aku dah pelik. bentuk tak pernah nampak, warna kekuningan hijau macam kereta kura-kura tu. sebab kereta tu melengkung bulat, aku tak pasti sangat warnanya sebab chayanya terang sangat dan aku tak dapat melihat dengan jelas. sampailah di kebun buah naga, bila dia tiba-tiba memecut laju dan aku pula bersedia untuk berenti takut-takut kalau dia menyimpang aku.

tapi aku terkejut tiba-tiba kereta tu memecut jauh tinggalkan aku dan aku boleh nampak penumpangnya masa memotong aku tu, aku gegar bila tengok kereta tu tak ada pemandu dan lampu dalam kereta tu terpasang. aku boleh nampak dengan jelas kereta tu kosong tanpa pemandu dan sebelum ia memecut laju tinggalkan aku dalam jarak 10 meter dan merempuh kebun buah naga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 02:18 PM | Show all posts
dengan jelas aku dapat melihat kereta tu merempuh kebun buah naga dan terus hilang dari pandangan, aku yang terkejut masih mengigil dan aku rasa waktu tu kereta ku tiba-tiba pegun dan tak bergerak. aku tekan minyak berkali-kali tapi kereta tetap juga tak berjalan, aku paksa kali ni dengan  tekan minyak kuat-kuat sebab aku dah takut sangat-sangat.

dan tiba-tiba kereta aku melompat dengan laju dan hampir-hampir menghentam pagar kebun buah naga tu juga macam kereta tadi, nasib baik aku sempat break tangan dan kaki sekali. kalau tak memang aku akan jadi macam kereta yang aku nampak tadi, tiba-tiba memecut dan menghentam pagar kebun tu.

kejadian yang berlaku kat aku tadi sama seperti kereta kura-kura yang aku nampak tadi, tiba-tiba memecut dan melanggar pagar. tapi aku selamat sebab tak melanggar pagar dan jalan yang aku lalu pun sama dengan jalan kereta tu lalu sebelum terbabas yang mana kereta aku pun masuk ke jalan sebelah kanan. aku kuatkan semangat, aku baca al fatihah tiga kali dan teruskan perjalanan aku menuju ke seremban 2 dengan ketakutan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.083680 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list