[size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]SEPERTI suhu alam yang berubah mengikut musim, bahang kehangatan dan ledakan populariti seseorang anak seni juga ada putaran. Memuncak atau mendatar, kencang atau sekadar ada, namun tidak dirasai, itu antara turun naik yang barangkali sudah menjadi kebiasaan dalam dunia hiburan.
[size=14.8800001144409px]Lantas, lonjakan momentum Ungku Ismail Aziz yang sedang menjadi sebutan menerusi drama rantaian Teman Lelaki Upahan itu boleh dikatakan sesuatu yang normal. Ia berlaku kepada ramai pelakon lelaki lain, seperti Zul Ariffin menerusi Rindu Awak 200% atau Azlee Khairi dalam Love You Mr. Arrogant.
[size=14.8800001144409px]Sepintas lalu, kehangatan yang ditempa Ungku Ismail menerusi Teman Lelaki Upahan seperti sebuah peralihan. Ironinya, pelakon yang juga pengarah itu sudah mula berjinak-jinak dengan lakonan sejak lebih 10 tahun lalu. Lakonan Ungku Ismail dalam Seligar (2014) pernah menyerlah, begitu juga dengan drama bersiri Syurgamu Ramadan beberapa tahun lalu dan telemovie Antara Garisan (2009) menjadi rujukan terbaik.
[size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]Cuma, impak kehadirannya benar-benar menerpa ke setiap mata umum sejak drama rantaian adaptasi novel, Teman Lelaki Upahan disiarkan sekitar lebih 20 minggu lalu.
[size=14.8800001144409px]Dipuji mencairkan hati banyak audiens dengan lakonan bersahaja, lelaki berkulit putih melepak itu ditanya tentang formulasi kerjanya yang diam-diam, membenihkan isi.
[size=14.8800001144409px]Mudah tersasul memanggilnya sebagai El, aktor yang mahu dibahasakan sebagai Ungku atau UIA itu bagaimanapun mempunyai definisi sendiri.
[size=14.8800001144409px]Seraya tersengih sebagaimana lagaknya sebagai El, si teman lelaki upahan, kata Ungku, kebangkitan itu bukan kelahiran mahupun penjenamaan semula. Baginya, pencapaian meraih penerimaan penonton itu boleh diibaratkan sebagai arus revolusi yang membawa dirinya ke sebuah dimensi lain.
[size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]Kalau hendak dikatakan kelahiran semula, kerja lakonan saya tidak pernah mati. Sepanjang beberapa tahun sebelum ini, kerja saya hanya berlakon. Saya juga tidak merasakan impak penerimaan peminat dalam drama Teman Lelaki Upahan sebagai penjenamaan semula kerana istilah itu berbunyi semacam berniat dan ada strategi.
[size=14.8800001144409px]“Ini satu rahmat, kejutan atau fenomena yang datang secara tiba-tiba dan mengalirkan saya ke satu tempat lain. Saya mengikut arus bersama karya, barisan produksi dan pelakon yang semuanya memberi persembahan terbaik. Lebih tepat lagi, ini sebuah peralihan, harap peralihan yang lebih baik,” takrif Ungku terhadap angin kencang yang melintasi kariernya.
[size=14.8800001144409px]Dikenali, namun graf popularitinya mendatar dan kurang disedari peminat secara menyeluruh, hari ini, kelibat Ungku pasti diekori lirikan mata dan jeritan halus yang menyapanya sebagai El. Mengakui sedang menyesuaikan diri dengan suhu popular sebagaimana yang diketahui menjadi resam kehidupan selebriti, Ungku berkongsi pengalaman yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
[size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]Sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini, saya dan Siti Elizad dijemput untuk sesi bertemu peminat. Saya langsung tidak menyangka sambutan yang diterima sangat mengejutkan.
[size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]Untuk mengelakkan suasana jadi tidak terkawal, sewaktu hendak balik, kami dibawa melalui pintu belakang sebuah kafe di situ untuk ke parkir di tingkat bawah. Saya tertanya-tanya, inikah populariti, tetapi saya percaya perkara itu berlaku kerana kuasa Tuhan dan hasil kerja yang membuka mata ramai, saya bersyukur,” katanya