CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

All About Nora Danish ~ Versi 26

 Close [Copy link]
Post time 18-11-2014 06:11 PM | Show all posts
noradanish#suamikujatuhdarilangit #film #mangkinprestij @qirazali88 @davidteo99 @eyrahman22 @remypunya @azaharihamid



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 06:12 PM | Show all posts
ilya posted on 18-11-2014 05:52 PM
perghhhh Jantan apalaahhh yang nak berbinikan kau dik..
Pity himlaahhh.

ayat torbaik...sarang low class

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 06:17 PM | Show all posts
Nora kalis gosip

Mampu raih lebih satu juta pengikut meskipun pelbagai kontroversi melanda diri
18 November 2014 1:39 PM



SEJAK berita pelakon bertubuh genit ini sah bercerai pada Julai 2008, pelbagai kontroversi menghambat wanita beranak satu ini. Alam perkahwinan yang diimpikan untuk kekal ke Jannah, hanya bertahan selama dua tahun sahaja.

Bergelar ibu tunggal pada usia 26 tahun, tidak menghalang dirinya membesarkan anak lelaki tunggal, Putra Rayqal yang kini berusia lima tahun, hasil daripada perkahwinannya bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Saban hari ada sahaja gosip yang tidak putus-putus menghimpit pelakon sitkom Puteri ini, namun satu hal yang harus dipuji tentang diri Nora, dia memilih pendekatan berdiam diri dan tidak menghiraukan gosip murahan tersebut.

Gosip keretakan rumah tangganya disebabkan oleh orang ketiga itu sudah cukup menggemparkan industri seni tanah air. Orang ketiga yang dimaksudkan itu ialah Fasha Sandha, namun itu bukanlah penyebab utamanya kerana andai sudah tiada jodoh, siapalah kita yang mahu melawan takdir.

Dek kerana itulah banyak cakap-cakap belakang yang tidak tahu hujung pangkal membuat dakwaan sewenang-wenangnya dan menuduh aktres terbabit menjadi punca perpisahan Nora dan Jejai. Maka pelbagai reaksi yang diterima wanita ini dalam menjawab segala persoalan yang timbul bagi memperbetulkan keadaan sebenar.

Namun, kisah itu hanya berlarutan buat seketika sahaja setelah Fasha sah bergelar isteri kepada Jejai pada 27 April 2012 dan kini sudah dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel.

Segala gosip mengenai pertelagahan antara dua aktres ini tidak lagi kedengaran, malah kini mereka berdua lebih baik dan akrab kerana biarpun Nora sudah tiada pertalian lagi dengan Jejai, anak lelaki Nora masih lagi menjadi tanggungjawab bekas suaminya.

Pengikut cecah
satu juta

Nora antara pelakon wanita yang digilai bukan sahaja bakat lakonannya yang begitu menyerlah, malah kerana rupa paras yang ‘lengkap’ menjadi ia sebagai satu kelebihan buat dirinya diminati.

Namun Nora bukanlah seorang pelakon yang hanya bersandarkan kepada kecantikan yang dimiliki semata-mata, dia sentiasa memberikan hasil kerja yang konsisten dan tahu apa yang dia lakukan.

Sikap dan perwatakan Nora yang begitu disenangi, membuatkan dirinya mudah didekati oleh semua peminatnya.

Atas sebab sikap ‘mesra alam’ yang secara zahirnya ada dalam dirinya, jumlah pengikut menerusi laman sosial Instagram miliknya kini sudah mencecah 1.4 juta.

Jumlah itu menjadikan Nora, selebriti pertama di Malaysia yang berjaya meraih sebegitu banyak pengikut. Mana tidaknya, setiap hari pasti ada sahaja momen dan gambar menarik yang dimuat naik oleh Nora sendiri.

Selepas Nora, beberapa lagi selebriti tanah air turut sama mengikuti jejak dirinya, antara Lisa Surihani, Zizan Razak dan Emma Maembong.

Biarpun ada di antara pengikutnya itu merupakan peminatnya dan tidak kurang juga yang hanya menjadikan Instagram Nora sebagai tempat untuk mengutuk dan mempersoalkan apa sahaja yang tidak kena pada dirinya.

Menjadikan Instagram sebagai diari bergambar buat tontonan umum bukanlah ‘tiket’ untuk menjadi bahan kejian dan tohmahan yang dilemparkan.

Benar kata orang, siapalah artis jika tiada peminat yang sentiasa menyokong kerjaya setiap anak seni demi menaikkan industri seni tanah air.

Nora turut tidak dapat lari daripada menjadi sebahagian daripada mangsa kutukan jika setiap kali dia memuat naik gambar dirinya terutama ketika bersama kekasih hati, Nedim. Namun dia tidak cepat melatah dan melenting, apa yang dia lakukan adalah dengan menyekat pengikut yang tidak menghormati privasi dirinya.

Kontroversi ini baru sahaja melanda dirinya yang memperagakan pakaian berkonsepkan padang pasir dan merupakan hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Sebaik sahaja Nora memuat naik gambarnya dalam peragaan indah tersebut, ada kalangan peminat memandang pakaian itu sebagai negatif dan tidak kurang juga yang menganggap penampilan Nora terlalu seksi.

Nora diminta memakai baju tersebut bagi menjayakan majlis pelantikannya sebagai duta Safi Rania Gold. Namun, peminatnya telah menyalah tafsir sehingga timbul kontroversi yang sengaja memburukkan namanya.

Gaun ketat berwarna keemasan itu dijadikan isu panas walhal ia tiada unsur-unsur seksi atau terlalu terbuka. Namun menerusi komen-komen pengikutnya itu, mereka mempersoalkan apakah rasionalnya dia memakai jilbab jarang andai berpakaian ketat.

Namun, seperti biasa, Nora tidak menghiraukan komen negatif tersebut dan sentiasa berfikiran positif.

Last edited by LDP on 18-11-2014 06:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 06:18 PM | Show all posts


     

Hubungan kami baik

Kerana gambar yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya, pelakon Hanez Suraya telah disingkirkan


                        

18 November 2014 1:39 PM








Sebagai ibu, sudah pasti mahukan anak-anak mendapat pendidikan yang secukupnya demi menjamin masa depan yang sempurna.

                  
Begitu jugalah prinsip yang dipegang oleh Nora yang mahu melihat Putra Rayqal, lima tahun untuk membesar dengan mendapat ilmu yang sempurna.

Kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya, meskipun belum berusia tujuh tahun, Rayqal kini sudah pun memasuki darjah satu.
“Dia masuk sekolah antarabangsa, jadi dalam usia dia yang baru lima tahun, dia kini sudah di peringkat darjah satu. Bab pelajaran saya memang tegas sebab dia agak manja.

“Kalau saya sibuk pun, saya akan tetap pantau pelajarannya dengan sentiasa memeriksa diari yang dilaporkan oleh gurunya setiap hari. Dalam diari itu nanti saya tahulah dia ada kerja rumah apa,” kata Nora yang turut menyediakan kelengkapan tiga set pakaian dan kasut sekolah di tiga rumah yang berlainan bagi memudahkan anaknya jika tidak tinggal bersamanya.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai pembabitannya yang sudah memasuki angka 11 tahun dalam bergelar anak seni, Nora dilihat agak bertuah kerana sudah diberikan pelbagai karakter yang berbeza dan semuanya itu diberikannya dengan baik.

Di lubuk hatinya itu, tersimpan rapi impiannya untuk menggenggam trofi anugerah pelakon terbaik wanita terbak dalam majlis penganugerahan yang baginya itu sebagai satu pengiktirafan dalam hasil kerja yang ditonjolkan.

“Saya memang harapkan dapat anugerah dan itu menjadi satu bukti kebolehan lakonan seseorang dan kita tahu setakat mana tahap lakonan kita.

“Saya sudah banyak bawa pelbagai watak dan tak akan pernah jemu untuk bawa watak yang lebih mencabar,” katanya yang baru sahaja pulang dari Bali untuk menjayakan penggambaran video klip lagu tema Cikgu Timah Sekolah Bandar bersama penyanyi, Nomad.

Selain itu, Nora kini baru sahaja memulakan penggambaran filem Suamiku Jatuh Dari Langit bergandingan bersama Qi Razali serta ada dua lagi filemnya yang belum ditayangkan iaitu Gudang Kubur dan Hantu Bungkus Ikat Tepi.

PADA awalnya, sesi penggambaran dua pelakon cantik ini berjalan dengan lancar sekali dan tiada masalah yang timbul. Malah mereka berdua agak serasi berlakon bersama dan tampak tiada sebarang kesulitan yang berlaku.

Namun, entah di mana silapnya tiba-tiba sahaja salah seorang aktres tersebut digugurkan daripada terus menjadi sebahagian daripada produksi telefilem berkenaan biarpun baru sehari menjalani penggambaran.

Itulah antara yang dikongsikan oleh Nora Danish saat ditanya tentang kontroversi yang tercetus apabila saat-saat akhir pelakon Hanez Suraya disingkirkan. Wataknya ditukarkan kepada pelakon lain dan lebih perit lagi mereka perlu merakamkan semula babak dengan pelakon pengganti yang baharu.

“Saya sangat teruja dapat berlakon dengan Hanez dan bila dapat peluang itu, saya gunakanlah sebaiknya. Lagipun saya suka tanya mengenai rahsia kecantikan dia.

“Saya sendiri sebenarnya, tak sangka perkara ini akan berlaku. Bila saya tanya pihak produksi, mereka memaklumkan Hanez Suraya digantikan dengan pelakon lain untuk telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar.

“Jadi saya terus mesej dengan Hanez mengenai perkara berkenaan. Dia pun reda dan tidak melenting sebab dia kata bukan rezeki dia,” jelas Nora dengan nada sedikit kecewa.

Nora turut menyatakan rasa bersalah dek kerana satu gambar dirinya dan Hanez Suraya yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagram miliknya yang berlatarbelakangkan lokasi penggambaran.

Tanpa diduga, niatnya yang hanya mahu berkongsi pengalaman manis bersama peminatnya menjadi satu titik hitam buat Hanez Suraya kerana gambar tersebut menerima banyak komen negatif daripada pengikutnya.

“Memang saya risau bila Hanez digugurkan hanya disebabkan gambar yang saya muat naik itu. Tapi saya sudah terangkan kepada mereka apa yang berlaku dan tidak perlu terlalu ambil tahu sangat tentang komen begitu, itu sudah jadi perkara biasa. Namun, pihak produksi ada alasan dan musabab mereka sendiri.

“Pengikut saya dalam Instagram ada yang peminat saya dan ada juga daripada kalangan yang tidak menyukai saya. Tapi seperti biasalah, saya akan padam dan sekat akaun individu terbabit bila mereka komen dekat gambar tersebut,” tuturnya lagi yang menyifatkan Hanez Suraya seorang yang sangat kuat dan tabah biarpun diasak dengan pelbagai kritikan.

Nora yang ditemui ketika majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Safi Rania Gold di Hotel Royale Chulan Damansara baru-baru ini turut menambah mengenai penyingkiran Hanez juga berkaitan dengan hashtag #CikguTimahSekolahBandar yang banyak komen berunsur kritikan negatif.

Gusar andai telefilem arahan Azhar Khalid untuk terbitan Astro First Eksklusif tidak mendapat sambutan dan menjejaskan rating, atas sebab yang kukuh itulah pihak produksi membuat keputusan demi kebaikan bersama.

“Sejujurnya saya rasa dia patut diberikan peluang kedua. Dia sudah banyak berubah dan kita perlulah bantu dia. Lakonan dia pun baik dan sangat menjiwai watak yang diberikan.

Kita ini manusia biasa, adakalanya kita berada di atas dan adakalanya juga kita berada di bawah,” katanya yang tidak tahu menahu berhubung aktres cantik itu pernah digam oleh stesen televisyen.

Bercerita lanjut, Nora turut tidak terlepas untuk diaju soalan mengenai sejauh manakah hubungannya dengan anak VVIP, Nedim Nazri dan untuk menjawab persoalan benarkah cerita yang terpampang di laman sesawang mengenai hubungan mereka sudah menemui noktah.
Nora nyata tidak cepat melatah, dia dengan nada yang tenang menjawab semua spekulasi itu dan mengatakan hubungan mereka masih baik seperti biasa.

Malah figura kecil molek ini turut ketawa kecil saat ditanya mengenai sekeping gambar dengan kapsyen ‘The End’ menerusi Instagramnya yang seolah-olah menggambarkan hubungan bersama kekasihnya itu telah putus.

“Saya sebenarnya terkejut bila ditanya soalan macam ini sebab saya sendiri tak pernah perasan akan hal ini. Patutlah komen-komen dalam Instagram bertanyakan kepada saya betulkah sudah berpisah dengan Nedim?

“Kapsyen itu bermaksud The End of That Night, mungkin orang salah faham. Itu yang timbul isu yang tak sedap didengar,” katanya.
Tambah Nora lagi yang mempunyai pengikut di Instagram mencecah 1.3 juta bilangan, dia hanya akan menggunakan laman sosial tersebut sebagai ekspresi rindu terhadap anaknya.

“Satu hal mengenai diri saya, saya tidak pernah menggunakan media sosial sebagai tempat meluah perasaan kecuali kalau rasa rindu pada Rayqal.

“Rayqal ada tiga rumah. Dia dengan saya, dia juga di rumah ayahnya dan kemudian di rumah datuknya. Jika dia tiada dengan saya, sudah pastilah akan merinduinya dan satu cara untuk ubati rindu terhadap anak adalah menerusi kapsyen di Instagram,” jelasnya yang tidak akan berkongsi kisah hubungan dalam laman sosial.

Dalam rancak bercerita mengenai anaknya itu, Nora dalam nada ketawa turut tidak lokek berkongsi mengenai keinginan Rayqal yang mahukan adik baharu.

“Dia seorang anak yang baik dan sayangkan adiknya, Rayfal dan yang terbaharu Raysha.

Malah dia suruh saya jangan kurus dan berhenti diet sebab katanya kalau saya gemuk barulah senang dia dapat adik lagi,” tuturnya sambil ketawa. Rayfal dan Raysha adalah dua anak daripada perkahwinan baharu bekas suaminya dengan aktres Fasha Sanda.

Menurut Nora, anaknya itu seakan memberikan bayangan untuk dia lekas mendirikan rumah tangga bersama dengan Nedim.

Nora akui yang dia sering ditanya soalan yang sama, namun empunya diri ini hanya mampu menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

“Doakan yang terbaik untuk kami berdua. Saya serahkan semuanya soal jodoh ini kepada Allah. Sekarang ini pun saya dan Nedim sibuk dengan komitmen uruskan anak masing-masing. Itu belum termasuk lagi dengan kesibukan kerjaya,” tuturnya lanjut.

Biarpun dirinya sudah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli sejak enam tahun lalu, ramai yang mempersoalkan hubungan baiknya bersama dengan keluarga mertua.

Sehinggakan hubungan akrab itu telah menyebabkan sesetengah pihak salah tafsir dan timbul gosip yang kurang sedap didengar mengenai hubungan Nora dan bekas mertuanya.

“Saya tak pernah anggap mereka itu bekas mertua kerana mereka berdua merupakan datuk serta nenek kepada anak saya, Rayqal. Walaupun saya sudah berpisah dengan Jejai (Rizal), hubungan dengan keluarga mertua tidak pernah putus, malah lebih baik dari semasa ke semasa.

“Lagipun saya sudah kehilangan bapa kandung sejak usia 12 tahun lagi. Saya juga tidak ada sanak saudara di Malaysia kerana berasal dari Myanmar. Jadi saya sudah anggap mereka itu adalah keluarga saya sendiri di sini, saya fikir itu tidak salah,” ungkapnya.

Nora turut tidak akan pernah terlepas untuk berkumpul bersama-sama dengan keluarga bekas mertuanya jika musim perayaan tiba.
Dalam pada itu juga, Nora masih lagi berhubung dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli, demi kerana anak tunggalnya itu.

Nora turut menolak andaian negatif mengenainya dan menjelaskan hubungan dengan Jejai tidak seperti apa yang dikatakan.

“Dia sudah bahagia dengan keluarganya sekarang. Walaupun kami tak lagi bersama, tapi kami masih lagi sentiasa berhubung sebagai ibu dan bapa anak tunggal kami. Meskipun dia memberikan hak penjagaan untuk saya bersama dengan Rayqal tanpa had waktu, kami tetap pantau perkembangan Rayqal bersama-sama,” jelasnya lagi.




                                                                                                                                                                                       

Last edited by LDP on 18-11-2014 06:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 06:20 PM | Show all posts
CrowneGlory posted on 18-11-2014 10:57 AM
I masuk situ sekali je.. Smlm saja sr dlm tu.. Yaaa ammpunnn teruknya perangai masing2..hazabedah  ...

idola ko hihg moral sgt kah....sampai membontot ank mentari kuhulu ke hilir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 06:33 PM | Show all posts


smizzudin   Tajuk filem akan datang " Isteri Ku Timbul Dari Laut" ..... hahahaha.. Shooting day 8 filem Suami Ku Jatuh Dari Langit with @noradanish 😀 semoga shooting kami berjalan dgn lancar dan selamat.



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-11-2014 06:35 PM | Show all posts


smizzudin  
Baru nak post gambar sbb da lama xupdate instagram.. Mereka berdua belanja ambo makan petang.. sayang diaorg dkt Pok Sdaro dia.. hahahah.. thanks to @atikahsuhaime @noradanish @nurhidayahkarim ... hari ni boleh belanja lagi 😀 #Shooting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 06:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2014 06:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 06:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 06:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 06:40 PM | Show all posts


cholaholla   Done wif pantang. 1st day of fabric hunting n discussion. Starting to work fully in dec InsyaAllah #pu3 #pu3bridal2015 #pu3couture @pu3designs  2h
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 06:51 PM | Show all posts
ira_229 posted on 18-11-2014 03:36 AM
agaknya sekor2 terlalu banyak guna sandha oil...

PS: klu nak tau apa itu sadha o ...

saya selalu baca je.... tetiba hari ni tergerak nak google.... eeeeeerkkkkkkk....  pitam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 06:51 PM | Show all posts


davidteo99   😀hero & heroin @noradanish #shooting #migfilem @janelim169 @#metrowealth #migfilem #migtalent #migonline @metrowealth @migonline @duniasinema  17min
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 06:55 PM | Show all posts
achik2009 posted on 18-11-2014 10:38 AM

cantik2 anak pakcik Degawan ni... sapa ntah nama betul dia... yg kekal ingat nama Degawan je... dalam cerita yg ada Dynas Mokhtar aka Cinda tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 07:02 PM | Show all posts


rajanoora   Making him Payong eat is not easy. Sudahnya balik rumah makan meehoon soup. Payong loves simple meehoon soup #cucu #preciousmoments #familylove  1w
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2014 07:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
LDP posted on 18-11-2014 06:18 PM
Hubungan kami baik
Kerana gambar yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya, pelakon H ...


Nora ni respectlah.

Bagi komen penuh santun dan berhemah.

Idaklah mcm org itu... Bila mengomen "all about me. Me. Me. Me."

Aih.!

Ni ha.. Aku nak komen pasal rayqal ada 3 rumah. Sbnrnya nora boleh je sekat bapak rayqal dan atuk & tah rayqal suoaya jgn jumpa sbb hak penjagaan nora yg dpt. Tapi.. Yelah.. Nora kan hatinya suci murni gitu... Sanggup ketepikan hati sendiri untuk kebahagian org lain.

Ngerti estate?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 07:35 PM | Show all posts
noradanishOrang rumah saya ;) @danishnadya



Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelak besau aku baca komen ilya. Thorbaikk...:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.302558 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list