Edited by mixed at 5-4-2017 01:29 PM
Pengacara Terkenal Najip Ali Mohon Maaf Kepada PM[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 11:49 AM - [color=rgb(0, 51, 153) !important]
[size=0.75em]Najip Ali pernah mengacarakan rancangan popular Asia Bagus. -foto Astro Gempak
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Susulan kontroversi penyiaran rancangan hiburan Singapura yang didakwa mempersendakan Datuk Seri Najib Tun Razak, pengacara terkenal Najip Ali tampil memohon maaf kepada Perdana Menteri. Menerusi kenyataan pada awal pagi Rabu, Najip yang sering terlibat dalam pelbagai program hiburan di negara ini mengakui tidak sensitif apabila secara terbuka menjadikan pemimpin nombor satu Malaysia sebagai bahan jenaka. "Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan (tidak) berhati perut. Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya," katanya.
[size=0.98em]Najip Ali (dua dari kanan) antara selebriti yang dikenali rakyat di negara ini ketika hadir dalam rancangan OK Chope! Sejak Selasa, pelbagai pihak termasuk netizen dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengecam tindakan stesen Mediacorp 5 milik Temasek Holdings berikutan penyiaran rancangan hiburan OK Chope di negara itu. Najip yang kini berulang-alik ke Malaysia kerana menjadi juri tetap program Maharaja Lawak Mega terbitan Astro merupakan salah seorang selebriti yang terlibat dalam rancangan OK Chope. Menerusi rancangan itu, pesertanya diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams... for treating Malaysia progress”. Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’. Sementara itu Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan Mediacorp, Debra Soon berkata, pihaknya turut mengakui kesilapan berkenaan. "Oleh itu kami telah menarik balik siaran ulangan episod berkenaan berkuat kuasa serta-merta. "Kami memohon maaf berikutan kesilapan ini," katanya.
Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... 5ZKwxCWmXMscAxJJ.99
|