CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: besarkecik

CERITA HANTU

[Copy link]
Post time 15-2-2018 09:32 AM | Show all posts
mr_cool5885 replied at 10-1-2018 12:18 PM
Perghh...tapi aku tertanya2 ni tt. Nak tanya serba salah. Xtanya kang gundah gulana pulak. Hmm...
...

Yang ni kelakar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Homak aiiii baninye kwn ko tu Klo aku da terkincit da
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 01:48 PM | Show all posts
besarkecik replied at 8-1-2018 02:51 AM
TOLONG AKU

Cerita ini dialami aku sendiri..

seramnye... dupdapdupdap jantung.. takot dh nk sidai kaen
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 02:03 PM | Show all posts
besarkecik replied at 8-1-2018 07:55 PM
Sorry kalau cerita tak lif tu kurang seram. Sebab aku cerita sambil terpaksa tahan bau bangla dalam  ...

hahahahah bau bangla nie mmg pham laa... mmg celaru...kih3
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 02:16 PM | Show all posts
mr_cool5885 replied at 10-1-2018 12:18 PM
Perghh...tapi aku tertanya2 ni tt. Nak tanya serba salah. Xtanya kang gundah gulana pulak. Hmm...
...

hahahahhhaa

nie lawak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2018 04:21 PM | Show all posts
dah berbulan aku tinggalkan benang ni. bukan sebab malas nak menaip, tapi aku tercari-cari benang ni. Alhamdulillah, jumpa jugak. Harap ada yang sudi baca cerita aku..

BIARKAN..

Kejadian ni berlaku kepada sepupu aku pada raya puasa lepas.

Kampung aku terletak di tengah Bota Kanan, Perak. Setiap kali hari perayaan, kenduri, atau majlis, keluarga besar kami akan berkumpul. Memang meriah. Atuk aku ada 7 anak, setiap anak ada lagi 7-8 anak. Belum termasuk cicit lagi.

Balik kepada cerita, sepupu lelaki aku yang bernama Idi bawa mercun untuk bermain bersama, walaupun masing-masing sudah dewasa dan ada yang mempunyai anak, tapi tak menghalang kami untuk menggamit memori zaman kanak-kanak.

Kebetulan, sebelah rumah atuk kami ada rumah yang dah lama kena tinggal. Kalau malam tak berani kami nak pandang rumah tu.

Dijadikan cerita, Idi membakar mercun roket, entah macam mana termasuk perkarangan rumah tinggal, menggelabah Idi. Kalau dibiarkan, takut terbakar. Mahu tak mahu, Idi terpaksa mengambil mercun yang masih bernyala. Kami cuma membiarkan sahaja dan memperhatikan dari jauh. Terhibur melihat gelagat Idi yang menggelabah.

Di tengah jalan menuju ke rumah itu, langkah Idi terhenti.....

Kaku.

"Woi Di, kenapa tu, takut ke?" sakat sepupu aku yang lain. Kami cuma ketawa.

Namun tiada respon dari Idi.

Seketika Idi cepat-cepat berpatah balik. Cepat langkahnya.

Sampai sahaja di depan kami, habis lencun bajunya kerana berpeluh, nak kata panas, sejuk dek kerana embun malam.

"Biarkan jela mercun tu dekat situ, esok kita main", terus Idi masuk ke dalam rumah. Kami tahu ada sesuatu yang berlaku, cuma kami biarkan Idi tenangkan dirinya.

Tak lama kemudian, Idi membuka mulut utk memberitahu kejadian sebenar...

"Sebenarnya... Masa aku nak pergi ambik mercun tadi, aku nampak.." Idi terdiam sambil hela nafas panjang.. "Aku nampak, ada hantu perempuan yang merangkak terbalik turun dari bumbung rumah tu, laju dia bergerak sampai dekat mercun tu dia padamkan dengan hujung lidah dia. Lepas tu dia pandang aku, lama dia pandang aku. Mata putih, badan ke belakang, kepala ke depan, tulang terkeluar, rambut dia panjang. Kalau setakat pandang aku ok lagi.. Tapi dah senyum menyeringai lepas tu lambai aku, tu aku patah balik.. "

Semua terdiam, termasuk aku. Dalam hati aku, patutlah aku nampak macam ada kepala intai atas bumbung, rupanya hantu perempuan tu dah lama intai kami.. intai di hujung bumbung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2018 05:29 PM | Show all posts
besarkecik replied at 8-11-2018 04:21 PM
dah berbulan aku tinggalkan benang ni. bukan sebab malas nak menaip, tapi aku tercari-cari benang ni ...

benda tu mmg tak suka dgn mercun..  klu bakar mmg hangin jer dorg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2018 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
HUJUNG..

Kisah terjadi kepada kawan sekolah aku, Hisyam..

Sekolah kami memang rajin buat perkhemahan untuk unit badan beruniform. Kalau ada bajet, kami akan buat di luar sekolah, tapi selalunya akan buat di dalam kawasan sekolah, untuk kesenanga pelajar dan juga guru pembimbing.

Selaku ketua kadet remaja sekolah, Hisyam akan ke sekolah awal, untuk memastikan segala kelengkapan mencukupi dan lengkap supaya tak akan ada halangan sepanjang aktiviti.

Aktiviti kegemaran semua pelajar setiap sekolah OBH (Operasi Buru/Burung Hantu).

Tugas Hisyam adalah untuk mengatur kedudukan peserta.  Entah kenapa, Hisyam tergerak hati untuk menempatkan junior kami di kelas paling hujung. Walaupun dah ditegah, namun dia degil & buat endah tak endah.

Aktiviti berjalan seperti yang dirancang. Bermula jam 11:30. Semua menjalankan tugas & peserta menerima arahan.

Urusetia aktiviti membawa pelajar ke tempat yang ditetapkan..

Hisyam memantau setiap tempat.. Tiba dihujung kelas, kelihatan seorang peserta di hujung bucu kelas sambil mencangkung menundukkan kepalanya..

Hisyam tersenyum puas, segalanya berjalan seperti biasa.

Tiba-tiba berderau darah Hisyam, marah. Sebab peserta di kelas itu tak menerima peraturan kod pakaian, perlu berpakaian gelap atau serba hitam.

Hisyam segera melangkah ke arah pelajar itu..

Perasaan marahnya bertukar menjadi takut. Didepannya, seorang perempuan yang duduk mencangkung, memeluk lutut, berambut mengerbang, menunduk ke lantai,  baju serba putih. Dan..
Belakangnya berlobang!

Serentak dengan itu kedengaran bunyi suara berkata "hidup mati hidup mati hidup mati" berulang kali dengan cepat. Hidup mati, kata laluan yang digunakan utk operasi OBH.

Hisyam menggunakan seluruh tenaga berlari dari situ..

Siapa perempuan itu? Perempuan yang sama terakam dalam gambar sekolah, perempuan yang sama menyorokkan kawan kami, perempuan yang sama menangis di blok klinik..

Sedangkan kami sekolah lelaki (dan juga lelaki lembut), rupanya kelas tu memang tak dipakai untuk aktiviti tersebut. Tulah, lain kali kita kena dengar kata cikgu walaupun kita ketua.

Yang pasti, jangan kata sundelbolong tak wujud.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2018 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 8-11-2018 05:29 PM
benda tu mmg tak suka dgn mercun..  klu bakar mmg hangin jer dorg..

Patut jinjang selalu bakar mercun..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 12:11 PM | Show all posts
besarkecik replied at 8-11-2018 07:09 PM
Patut jinjang selalu bakar mercun..

exactly..puak jinjang pun ckp bakar mercun utk halau hantu dan anasir2 jahat..klu opening ceremony ke apa kann..CNY dorg sampai pukul brp bakar mercun papan tu..

lagi satu benda tu cukup tak suka dgn kucing.. mengikut pengalaman akak la.. kdg benda2 tu suka masuk dlm mulut..akak selalu tarik keluar..bangun tido pun nampak byg2.. letih kdg nak hadap.. susah kdg tu nak explain kat org tak fhm ni..ingat kita main2..bentuk2 nya pelik2 kdg tu..


Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 01:44 PM | Show all posts
wah ada cerita baru...jap lagi baca hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
AMPAIAN

Pasti ramai antara kita terutamanya kaum wanita & pelajar yang suka menyidai kain di waktu malam. Mungkin disebabkan kesibukan kerja & belajar, atau sudah menjadi kebiasaan. Macam mana nak menukar kebiasaan ni? Bagaimana kalau aku ceritakan suatu kisah yang boleh buatkan anda untuk tidak menyidai kain di malam hari.

Cerita ni disampai oleh saudara aku, Mas.

Begini ceritanya..

Kisah terjadi ketika Mas mengikuti kursus di sebuah daerah di sempadan Negeri Sembilan selama 5 hari.

Para peserta ditempatkan di sebuah asrama pengajian tinggi awam di situ. Nasib baik bilamana kursus dijalankan ketika para pelajar memulakan cuti semester. Keadaan sunyi dan lengang.

Sudah 4 hari Mas berada di situ. Baju pun sudah banyak yang perlu digunakan dan perlu dibasuh. Disebabkan Mas terlalu rajin, dia memasukkan sekali cadar katil yang memang disediakan untuk asrama. Kain cadar yang asalnya putih, sedikit kekuningn, mungkin kerana sudah dipakai sebelum ni atau dari peluh Mas.

"Kau tau kan Pit, aku suka sidai kain malam malam?"

"Mana aku tau, kau bukan duduk dengan aku pun. Mas, kau sambung la cerita lagi".

Mas memang kebiasaannya akan menyidai kain di waktu malam, sunyi dingin katanya.

Dia mula menyidai kain satu persatu, baru separuh kerja, angin malam buatkan dia terasa hendak terkencing ditambah.

"Mesti kau pelik kan sebab tak ada peserta lain dekat asrama tu, aku sidai baju pukul 2 pagi, mana nak ada orang. Masing-masing tidur".

Sambungnya lagi..

Mas keluar bilik air, matanya terus tertumpu pada kain yang disidainya. Kain-kain terutama kain cadar bergoyang bagai dihembus angin kuat. Cepat cepat dia berlari untuk mengangkat kain, takut kain kena hujan.

Mas capai kain satu persatu dan masukkan ke dalam baldi.

Saat nak mencapai kain cadar, matanya teralih ke dalam baldi.

"Bukan ni cadar aku ke?  Yelah, aku tak sempat nak sidai sebab terasa nak kencing tadi", bingkas suara hati Mas.

Dia mengalihkan pandangannya ke arah kain cadar yang masih di ampaian.........

Perlahan dia menoleh.......

Pontianak!

"Pit, pontianak tu duduk atas ampaian, dia tenung aku dengan mata serba putih, kaki dia, dia hayun depan belakang, sebab tu nampak macam kena tiup angin. Aku terkaku dekat situ. Pandangan aku tertumpu dekat pontianak tu. Pontianak tu rapatkan mukanya dengan muka aku. Makin dekat muka pontianak tu dengan muka aku, makin lebar senyuman dia. Dah sampai dekat muka aku, terkeluar lidah dia, panjang sampai terkena lantai. Aku tak tau apa jadi lepas tu, Sampai malam aku pengsan"..

Mas menamatkan cerita.. Begitu juga aku, menamatkan cerita ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2018 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap cerita, terpulang kepada anda untuk percaya ataupun tak.. Yang pasti, benda tu disekeliling kita, tanpa kita sedar atau nampak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 9-11-2018 01:44 PM
wah ada cerita baru...jap lagi baca hihi

Baca jangan tak baca, akan ada banyak cerita lagi.. Taman golf, tasik, makmal sains, sekolah tu pasti, hospital.. Nak menaip tu senang, tapi kekangan masa. InyaAllah, sehari ada 2-3 cerita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2018 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 9-11-2018 12:11 PM
exactly..puak jinjang pun ckp bakar mercun utk halau hantu dan anasir2 jahat..klu opening ceremony ...

Aku pernah nampak jin lari lintang pukang bila dengar azan maghrib.. Tak cukup tanah dibuatnya.. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 04:54 PM | Show all posts
besarkecik replied at 9-11-2018 04:14 PM
Aku pernah nampak jin lari lintang pukang bila dengar azan maghrib.. Tak cukup tanah dibuatnya.. H ...

ada yg terkencing kencing kdg tu.. time maghrib tula benda2 tu banyak giler keluar..tutuplah pintu dan tingkap.. klu dah takde rasa takut dan dah imun takpelah.. tak suka keluar malam sbb tepi jln kdg nampak dia tengah cangkung..atas singboard..tapi takdelah tiap masa nampak.. klu kebetulan dia ada situ nampak la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 9-11-2018 04:54 PM
ada yg terkencing kencing kdg tu.. time maghrib tula benda2 tu banyak giler keluar..tutuplah pintu ...

Iman kuat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
besarkecik replied at 9-11-2018 05:04 PM
Iman kuat tak?

Naper la tak penah perasan benang awak yg best ni.. Seram campur lawak.. Best2.. 5 bintang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
maaf sebab agak sibuk dekat korosos ni.

Kita sambung cerita lagi..

GULI

Cerita daripada jiran lama aku, Man. Aku dah lama tak dengar khabar dia sejak dia pindah dari 2003.

Begini ceritanya..

Sewaktu kecil, Man selalu bermain dengan kawannya sekitar kejiranan sebelah. Dia selalu ajak aku untuk bermain bersama, tapi aku selalu menolak. Bukan apa, aku taknak jadi kuli diaorang kutip guli yang terkeluar dari bulatan. Maklum, aku lebih muda dari Man dan kawan-kawanya.

Suatu hari, Man bermain sehingga lewat petang, hampir ke waktu senja. Mungkin asyik leka bermain.

Kalau dah bermain, tak kisahlah guli, main kejar-kejar, main ice water, baling selipar, memang Man susah nak balik dan makan,  penat pun tak dihiraunya.

Berbalik kepada cerita Man, sampai gilirannya, dia memakuk guli dengan kuat sehingga terpelanting jauh di sebalik semak. Kehairanan.  Belum pernah terjadi begitu. Selalunya cuma terpelanting sekitar situ saja.

"Kejap, aku ambik guli. Guli aku pun tinggal tiga je". Man beredar meninggalkan kawan-kawannya.

Man menuju ke belakang semak.

Dia tercari-cari guli yang terpelanting tadi.

"Mana pulak guli aku tadi? " kata Man sambil matanya meliar mencari guli tersebut.

"Sini".

Kedengaran suara dari hujung semak sebelah kirinya.

"Bagus kawan aku ni tolong carikan", kata hati Man sambil menuju ke arah suara itu.

Sampai di sana, tiada apa yang dijumpanya, kawanya pun tiada di situ.

"Mana?".

Senyap.

Man beredar. Baru beberapa langkah, suara itu berkata "sini, dekat bawah".

Man rasa tak sedap hati, namun dia kuatkan semangatnya untuk memandang ke bawah.

"Arghhhh!" Jerit Man

Di bawahnya adalah muka yang menyeramkan, terbenam di dalam tanah sambil mulutnya memuncung mengeluarkan guli milik Man. Muka itu berhidung rompong, bertaring merah matanya tanpa ada warna hitam.

Man tersedar selepas tiga hari pengsan. Kawan-kawan Man bagitahu, masa jumpa Man, Man cuba nak telan guli.

"Betul ke cerita kau ni Man?" tanya aku.

"Suka hati koranglah". Man menamatkan cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
MYviHaZz replied at 10-11-2018 09:37 PM
Naper la tak penah perasan benang awak yg best ni.. Seram campur lawak.. Best2.. 5 bintang

Terimakasih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.389490 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list