CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

  [Copy link]
Post time 10-10-2019 07:52 PM | Show all posts
Ni tak salah nak tangkap untuk buat tikam nombor ekor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih en.dammerung..!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhhh baca thread ni bila tengah keja shift malam bukan satu pilihan yang bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Anti klimaks sikit hahah..aku ingat tiha nak anak syam dlm perut tu..rupanya kena pi tangkap langsior..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:38 AM | Show all posts
nice story tt
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 02:28 PM | Show all posts
please sambung bang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2019 02:39 PM | Show all posts
wey dam! mama baru tau Lang muka macam berok!!! adoi dammmm, sempoi cerita hang..dah la dok baca alam hujan lebatttt.....curlasstttt!!!! SAMBONGGG WEY SAMBONGGG!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 03:02 PM | Show all posts
oh baru tahu langsuir boleh berupa beruk hitam
yang duk selalu dimomokkan tu, jenis macam pontianak
baju lusuh putih dengan rambut panjang, pastu terbang mengilai dengan happynya

apa agaknya yang  jadi lepas syam tembak beruk beruk hitam bulat tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2019 05:25 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 11-10-2019 05:32 PM

Kes 1/2019 : Tuntutan Kes Guaman (Bahagian Akhir)

Ternganga Syam. Tangkap ayam pun dia tak tahu, nak tangkap langsuir pula.

"Biar betul bang" tergagap-gagap Syam.

"Kerja ko senang je, cuma jadi umpan untuk pontianak-pontianak tu, ko toksah takut ler, takde pape jadi" sudah jadi pontianak pula. Apa-apa pun, pontianak ke, langsuir ke, tahap kegilaan dan tak masuk akal sama sahaja. Tapi apakan daya, nak kata tak mahu? jangan harap lah tiga orang itu dengan baik nak hantar dia pulang semula ke kereta, walaupun di hantar sekalipun, Syam tak berani nak memandu seorang diri, apa lagi bersendirian pada malam itu.

Seumur hidup Syam, dia tak pernah tengok harimau dalam kehidupan sebenar kerana ibubapa tak pernah bawa ke zoo. Tapi ketika itu Syam mungkin antara segilintir manusia di zaman moden ini dapat melihat hantu.

"Okey bang, saye nak buat camane?" Syam nekad. Kalau dengan buat kerja gila ini dapat melunaskan hutang, dia sanggup. Lagipun, sepanjang memori mendengar kisah pontianak atau langsuir, tak pernah pula ada bahagian dimana kedua-dua spesis itu makan manusia, menganggu iyalah.

"Ko ambik pelita ni, pelan-pelan pergi lepak kat bawah pokok tu" mudah sahaja Din memberi tunjuk ajar. Tak perlu pengulangan kerana terang, jelas dan senang.

Pian menghulur pelita kepada Syam. Hujan lebat yang menghempas material PVC memekakkan telinga. Cahaya lampu difokus kepada banir pokok gergasi mungkin tempat tinggal makhluk-makhluk dilihatnya tadi. Dari samar-samar cahaya, Syam ternampak lembaga-lembaga mula menuruni pokok, mengerumuni bahagian akar, seolah-olah menunggu kedatangannya.

Tangan menyentuh kulit pokok, mata melihat ke lantai hutan. Nafasnya kencang. Akibat mengigil ketakutan, Syam tidak dapat berdiri lalu jatuh terduduk. Dahi dirapatkan ke kulit pokok, mata ditutup rapat dan dalam kepala Syam, dia hanya membayangkan warna hitam, tidak mahu berfikir apa-apa.

Syam merasakan hoodie yang melindungi kepala dari hujan ditarik perlahan-lahan, mendedahkan ubun-ubun kepada kedinginan hujan. Kelopak mata terasa berat dihimpit titisan-titisan hujan. Pada masa itu, Syam agak berterima kasih kepada hujan yang mengebaskan deria-deria dari persekitaran.

Kerana, kalau tidak, dia pasti sudah dapat merasakan betapa dekat makhluk-makhluk itu mengerumuni dirinya.

Sekali lagi lagu Ayda Jebat bermain-main di telinga. Mungkin satu bentuk mekanisme keselamatan yang secara automatik akan bermain setiap kali Syam berdepan situasi menakutkan.

Waktu itu juga, Syam ambil keputusan sekiranya dia selamat tanpa kehilangan apa-apa, dia akan menjadi peminat Ayda Jebat nombor satu.

Bahunya digegar. Syam menyentap dan kali ini mengerekot di pangkal pokok.

"Woii settle dah" jeritan suara Shala membuatkan Sham membuka mata.

Pian yang memegang pelita menyuluh ke arah Din. Dilihatnya, Din sedang mengenggam kepala beberapa makhluk dengan melilit rambut hitam panjang dalam genggaman.

"7 EKOR!!!" jerit Shala kegirangan kepada Syam, hampir terlompat-lompat. Pian mendekati Syam, menepuk-nepuk belakangnya, sambil menunjuk isyarat 'bagus'.

"Shala bawak ko keluar. Tunggu kat tempat tadi" kata Pian.

Syam mengikut Shala keluar dari hutan. Penyuluh berjenama Eveready bersaiz besar menerangi laluan mereka. Tak pasti kenapa tak digunakan awal-awal tadi. Berbanding semasa masuk, keluar dari hutan lebih cepat. Rasanya tak sampai 20 minit, Shala dan Syam tiba di bangsal.

Sementara menunggu Din dan Pian, Syam hanya mendiamkan diri berpeluk tubuh. Laungan katak bersahutan dan nyaring menandakan hujan semakin reda. Shala pula kelihatan berada dalam mood baik, berkongsi rokok dengan Syam.

Hujan berhenti. Bunyian dari hutan belakang bangsal membuatkan Shala bangkit dari baring, menyambut abang dan temannya. Din hulur 7 botol kaca gelap ditutup cebisan kain batik dan pelikat.

"30 dalam tangan ni" kata Pian dengan bersemangat. Ketiga-tiga orang itu berbincang sesama mereka, yang menurut Syam mungkin tentang hasil dari tangkapan makhluk halus yang disyaki disumbat dalam botol-botol tersebut.

Perbincangan dibawa ke bangsal, menikmati lebihan kopi dan cekodok sebentar tadi. Jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi.

Setelah dekat 45 minit menganggap Syam tidak wujud, Din berkata kepada Syam;

"Hutang ko settle"

"Settle? Semua settle?" Syam meminta kepastian.

"Ko takyah bayar satu sen pun" tambah Din.

Syam mengangguk. Tak pasti mahu gembira atau tidak tapi apa-apa pun salah satu masalahnya selesai. Keempat-empat mereka tertidur di bangsal, hingga tengahari.

Sebuah BMW X5 berwarna putih parkir disebelah kereta Syam. Seorang lelaki keluar dari perut kereta. Syam cam lelaki tersebut dari pejabat Pai, Zhu, Zhu en ko, namun dengan apa dilalui sejak malam tadi, dia dah tak larat nak terkejut. Lantaklah, kata Syam dalam hati.

"7 ekor Pak Ngah" kata Pian sambil menghulur botol-botol kaca. Pak Ngah mengambil botol-botol dan mengarah ke matahari yang sudah terpacak atas kepala, melihat isi-isinya.

"Berape ko nak ni?" tanya Pak Ngah.

Pian menjawab dengan menunjukkan tiga jari.

"Agak-agaklah. 15" kata Pak Ngah.

"30 la Pak Ngah. First time ni 7 ekor"

Lelaki misteri itu menjeling ke arah Syam dan melihat semula anak saudaranya. Pian hanya tersenyum.

"Okeylah 30, tapi lepas ni paling koman 7 ekor"

"Beres" Pian menunjukkan isyarat bagus dan mengiringi bapa saudaranya kembali ke kereta. Sebaik BMW hilang dari pandangan, Pian duduk di sebelah Syam.

"Ko ni betul-betul bawak tuah la.."

Syam mengangguk.

"Ko nak buat duit lebih?" tawar Pian.

Bermula dari hari itu, Syam menjadi sebahagian dari tim Pian memburu makhluk-makhluk halus. Dia tak jelaskan dengan terperinci akan kerja tersebut tetapi menurut Syam, terdapat pasaran untuk hantu-hantu di zaman serba canggih ini. Sesuai dengan peredaran zaman, jual beli makhluk-makhluk ini juga boleh dilakukan secara atas talian.

Syam membuat kerja bersama Pian, Shala dan Din dibawah seliaan 'Pak Ngah' setiap hujung minggu dan membawa di ke seluruh semenanjung Malaysia. Rini pula tidak tanya banyak kerana 'kerja sampingan' suaminya membolehkan mereka membayar hutang-hutang dan menempah wad bersalin di Prince Court. Isterinya, tak tahulah samada memahami ataupun tak kisah, cuma berkata

"Jangan sampai kena tangkap"

Syam telah berhenti dari syarikatnya dan memberitahu keluarga bahawa dia telah kena VSS. Kini, dia bekerja sepenuh masa di sebuah stesen minyak di pinggir Kuala Lumpur sebagai juruwang dengan gaji bulanan tak lebih RM 2,000.

Tapi Syam tak kisah kerana 'pendapatan tambahan'nya 10 kali ganda dari itu.

Tamat.


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaa tak kusangka ada pasaran rupanya makhluk halus. Dah macam spesis terancam pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 11-10-2019 05:25 PM
Kes 1/2019 : Tuntutan Kes Guaman (Bahagian Akhir)

Ternganga Syam. Tangkap ayam pun di ...

Akhirnya...abis....
Rezeki syam..tangkap makhluk tu. Tak sangka sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 07:54 PM | Show all posts
Lho, syam jadi pemburu jin akhirnya.
Curious ni,
macam mana pian and the gang tu tangkap langsuir tu? Dorang tak citer ke kat syam cara caranya?
Atau tugas syam sekadar jadi umpan saja?

Banyak betul duit Pak ngah ya..
Elok jugak ni jadi ghost hunters kalau dibayar lumayan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 08:57 PM | Show all posts
Dah lama2 Syam dah otai, petik jari jela masuk hutan sambar 10 ekor
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
So the very Ghostbusters
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow... True story ke..
Tak tercapai akalku..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh share contact no syam? nak suruh dia tangkap jin dlm rumah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat rasanya bertuah sangat dapat ganding lagi dengan otai dammerung. Dup dap dup dap baca

Kalau tak silap patek, tuan dam ni bukan calang2 orang. Memang 'somebody'
Tuan memang ada novel atau naskah komersil. Atau orang surat khabar allahualam
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
I want moreeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dammmm ..x sangka lama lps aku x aktif forum hg muncul kembali ! Im so excited
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sapa kata zaman makin maju hantu dah xde. tgk ni ha siap ada pasaran atas talian lg. bagus utk tmbh pendptan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.683202 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list