|
Ustaz Asha'ari Arqam (merged: dess40, FaiQ_FeuhRer)
[Copy link]
|
|
Originally posted by antaboga at 2004-10-15 10:57 AM:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku
Hadis di atas merupakansuatu hadis yg sudah biasa kita jumpa di dlm Sahih Muslim ttp kita kena tahu juga bahwa tidak semua hadis oleh Imam Muslim diriwayatkan dlm sahih muslim semata2 kerana ada hadis2 beliau diriwayatkan di dlm lain2 kitab. Cthnya spt kitab al-Mukhtasyor yg ditulis oleh Ibnu Jumrah tersebut.
Kesimpulannya kedua2 hadis ini tidak boleh membatalkan satu sama lain. Pada aku ianya benar bagi kedua2nya cuma terpulang kita nak cenderung pada hadis yg mana. Jangan sekali2 kita memandai2 membatalkan salah satu drnya. Yg terbaik ialah tawaquf sbb kedua2 hadis ini sanadnya adalah kuat! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guys at 15-10-2004 11:11:
Hadis di atas merupakansuatu hadis yg sudah biasa kita jumpa di dlm Sahih Muslim ttp kita kena tahu juga bahwa tidak semua hadis oleh Imam Muslim diriwayatkan dlm sahih muslim semata2 ke ...
Hadis yg saudara maksudkan itu diriwayat oleh Bukhari.
Adakah saya mengatakan hadis ini membatalkan yg lain? Saya tidak mengatakan apa2.
Lihat Syarah Nawawi mengenainya. Ianya agak neutral.
Antara golongan Fuqaha yg menolak yaqazah ialah = Imam Muhammad Abduh dan Imam Ridha (Tafsir alManar)
[ Last edited by antaboga on 15-10-2004 at 02:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sertakan satu artikel yg ditulis;
Yaqazah: Apa akan jadi jika kita menerima....
Oleh: zain y.s
Apa akan jadi jika perkara2 agama ini ditelan bulat-bulat tanpa sanad? Apa akan berlaku pada agama kita jika dakwaan ust asaari dan yg seumpamanya diterima? Dan apa akan berlaku pada ajaran Islam seandainya yaqazah menjadi salah satu sumber ambilan syariat di samping sumber2 lainnya?
Selama ini syariat Islam, samada aqidah, feqh dan akhlak tidak pernah berpegang kepada sumber yaqazah. Imam-imam mujtahid yang empat dan lain imam-imam mujtahid mengasaskan mazhab masing-masing bersandarkan keilmuan dan ijtihad mereka. Bukan atas asas yaqazah sedikitpun.
Sumber syariat Islam adalah apa yang termaktub di dalam al-Quran dan apa lahir dari Rasulullah s.a.w., samada perkataan, perbuatan dan pengakuannya. Islam itu telah sempurna. Syariat Islam juga begitu. Tak perlu ditokok tambah. Proses penurunan wahyu yg satu-satunya sumber syariat samada yang langsung dari Allah (al-Quran) atau melalui Rasulullah s.a.w. (Hadis) telahpun selesai. Dari itu Islam tidak memerlukan sesuatu yang baru sbg penambahan syariat. Juga Islam tidak memerlukan agar wahyu itu diturunkan semula.
Jika memang benar wujud yaqazah, maka siapakah yang paling layak beryaqazah dengan Rasulullah s.a.w.? Apakah ust asaari? Apakah wali-wali? Sudah tentu tidak.. Yang paling layak ialah para sahabat Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Saidina Abu Bakarlah yang paling layak. Umar. Osman. Ali. Dll. Begitu juga dengan imam-imam besar lainnya spt al-Syafii, Hanafi, Maliki, Hanbali, al-Bukhari dan Muslim. Mereka inilah antara manusia2 yang paling mencintai Rasulullah s.a.w. Jadi merekalah yang paling layak bertemu Rasulullah s.a.w. secara jaga.
Saya tertarik dengan satu tulisan oleh Prof KH Ali Mustafa Yaqub, iaitu salah seorang murid syeikh Mustafa A'zhami, mengenai pergerakan al-Arqam. Tentang dakwaan wujudnya yaqazah, katanya, tentang isikandungan aurad muhamadiyah barangkali boleh dipertimbangkan benar salahnya. Namun, dakwaan bahawa ia diperolehi secara langsung dari Rasulullah s.a.w. sudah pasti tidak dapat kita nyatakan sebagai benar.
Katanya lagi, Nabi saw wafat pada abad 1 hijirah. Ini disepakati oleh seluruh kaum muslimin. Dan baginda saw tidak mungkin akan hidup di dunia lagi. Manakala syeikh Suhaimi pula mati pada pada abad ke14 hijrah.
Jadi, katanya lagi, menurut disiplin ilmu hadis, apa yang diberikan oleh rasulullah saw kepada syeikh suhaimi, apabila ia bukan al-quran maka sudah tentu ia adalah hadis. Jika begitu keadaannya, maka para ulama hadis akan menyebut hadis dalam bentuk ini adalah hadis palsu/maudu', kerana jarak wafat antara dia dan nabi saw sangat jauh yg mustahil utk mereka bertemu. Kerana itu, ulama hadis akan menggelar syeikh suhaimi sebagai al-Kazzab/pendusta atas nabi saw.
Jika syeikh suhaimi mendakwa beliau bertemu Nabi saw, maka hal ini dapat diterima. Namu perlu diingat, Nabi saw tidak akan memberinya ajaran atau amalan. Kerana ajaran Islam sudah selesai pembentukannya dengan wafatnya Nabi saw.
Mengenai hujah al-Imam as-Sayuti rhm, katanya, untuk menguatkan pendapat seorang yg hampir dengan Allah dapat bertemu Nabi saw dalam keadaan jaga, mereka menyebut-nyebut sebuah buku karangan Imam al-Sayuti yang membenarkan hal itu. Pendapat ini dapat ditolak dengan dua perkara:
1. Buku yang mereka sebut sebagai karya al-Sayuti itu perlu diteliti kembali keasliannya. Apakah ia benar-benar tulisan al-Sayuti ataupun bukan? Sebab reputasi ilmiah serta kredibiliti al-sayuti yang begitu tinggi, khususnya di kalangan mazhab syafi'i, telah disalahgunakan oleh sebahagian orang dengan menulis buku dan mengatasnamakannya kepada al-sayuti, padahal beliau tidak pernah melakukan hal itu. Tambahan pula dalam kitab2 al-sayuti yang lain, yang diyakini keasliannya sebagai tulisan beliau, misalnya kitab tadrib al-rawi, beliau ketika menjelaskan kesinambungan sanad sebagai salah satu syarat keaslian hadis, tidak pula beliau memberi penjelasan seperti apa yg dijelaskan oleh al-arqam.
2. Apabila dakwaan bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga itu dibenarkan, maka suatu saat akan ada lagi orang yang mengaku bertemu dengan nabi saw dalam keadaan jaga, dan Nabi saw memberinya wirid-wirid tertentu agar diamalkan dan disebarkan kepada orang lain. kalau ini terjadi, maka akan kacaulah agama Islam. Bila-bila ada sahaja orang yang mengaku demikian.
(Ruj. Islam Masa Kini, hal. 104-105)
------------------
Benarlah apa yang telah dinyatakan oleh Ibnu al-Mubarak, bahawa sanad itu sebahagian dari keistimewaan umat ini. Tanpa sanad, orang boleh sahaja mengatakan itu dan ini.
Memang, tanpa sanad, orang boleh mendakwa itu dan ini. Yang tidak ada dikatakan ada. Yang ada dikatakan tiada. Khayalan dikatakan kenyataan. Dan seterusnya.
Seperkara lagi, sebahagian golongan terpaksa mempertahankan secara bermati-matian tentang yaqazah ini, kerana asas ajaran kumpulan mereka adalah yaqazah. Jika satu-satu golongan itu diasaskan atas asas yaqazah, bermakna menafikan yaqazah akan meruntuhkan sendi-sendi golongan itu.
Akhirnya, umat Islam tidak memerlukan yaqazah. Juga tidak memerlukan persidangan wali-wali. Umat Islam perlukan sumber syariat yang sahih.. Al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma' dan Qiyas.
Semoga bermanfaat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jinakji at 6-10-2004 14:39:
lagi satu yg aku tak puas hati ttg kes al arqam ni ... kenapa kerajaan malaysia terlalu lewat untuk mengambil tindakan...
ttg yaqazah, imam mahdi dari indonesia, ttg bani tamim keturunan jawa aku dah lama dengar sblm al arqam diharamkan... tetapi hanya selepas utusan malaysia mendedahkan cita2 ashaari menjadi PM baru tindakan diambil... membuatkan aku tertnaya2 adakah tindakan hanya akan diambil setelah terdapat bahaya politik sedangkan bahaya akidah dibiarkan berleluasa
Jinakji,
Saya telah periksa, rupa2nya pergerakan Al-Arqam ini telah diwartakan akan kesalahan pada tahun 1988 lagi! Mufti Pahang telah pun mengeluarkan fatwa.
[quote]
Kategori : Akidah
Tajuk :
Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri2 Lain agak lambat (mungkin kerana Pahang telah mewartakannya, saya tidak tahu)
Fatwa Mufti Selangor
[quote]
Kategori : Akidah
Tajuk :
Fatwa Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam
Isu :
(i) Mendakwa bahawa |
|
|
|
|
|
|
|
mempercayaan yakazah dan menerimanya sebagai sumber ilmu.. bermakna seseorang itu tidak menyakini kesempurnaan Islam.
Petikan:
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan sesudah waktu Asar iaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada')
Pada masa itu Rasulullah S.A.W. berada di Padang Arafah di atas unta. Ketika ayat ini diturunkan Rasulullah tidak begitu jelas penerimaan nya, untuk mengingati isi dan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut, Baginda bersandar pada unta beliau sambil unta tersebut duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibrail A.S dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja malaikat Jibrail A.S pergi maka Rasulullah S.A.W pun berangkat ke Mekah dan terus ke Madinah.
Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah pun menceritakan apa yang telah di beritahu oleh malaikat Jibrail A.S. Apabila para sahabat mendengar hal demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:"Agama kita telah sempurna! agama kita telah sempurna!" |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka menangis dengan nada yang keras dan berkata:" Ya Rasulullah S.A.W., anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?"
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata: "Dengarlah para sahabatku aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua, dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah Maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit diantara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutlah dia dengan mengambil pengajaran dari mati".
Masih tidak sempurnakah lagi Islam?, masih perlukan tambahan amalan seperti zikir dsbnya yang diterima dari beryakazah?... Apakah perkhabaran yang disampaikan belum sempurna dan memerlu satu perkhabaran baru dari 'yakazah'? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesukaan Abuya
Di antara kesukaan Abuya adalah mengadakan kenduri, bersedekah dan beri hadiah. Kalau Abuya tidak dapat bertahajjud malam atau Dhuha di siang hari, Abuya akan ganti dengan kenduri. Abuya pernah bagi panduan kepada anak-anak buahnya, di samping banyak sembahyang hajat dan banyak berdoa, banyakkan bersedekah kerana melalui sedekah itu dipercepatkan makbulnya hajat.
Abuya sangat mengambil berat orang-orang susah. Beliau selalu menyediakan makanan kepada pekerja yang mengangkut sampah. jika berbelanja di pasar sentiasa dia bayarkan orang yang berbelanja di kiri kanan beliau. Tidak sampai hati dia berbelanja untuk diri dan keluarga sendiri.
[ Last edited by syuraih on 17-10-2004 at 09:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
TUTUR KATA ABUYA
Tutur katanya manis, tidak suka menyakiti. Cakapnya benar. Bila beliau bercakap, tutur katanya menyenangkan setiap orang yang mendengar dan disertai dengan senyum. Abuya tidak pernah bercakap sesuatu yang menyebabkan orang terasa diajar atau diperbodohkan bahkan beliau sangat memuliakan pandangan orang lain. Sebab itu Abuya selalu berkata, silakan...silakanlah, terpulang atau terserah. Abuya mengelak dari menyebut " Jangan". Sebab jangan itu tanda atau bererti menegur atau mengajar. Tutur katanya membuat orang tidak terasa atau rasa terhina atau dianggap tidak tahu. Bahasa pertuturannya mudah, tidak bombastik dan tidak banyak menggunakan istilah-istilah yang susah untuk difahami.
Abuya tidak pernah berdendam kepada orang yang bersalah kepadanya baik secara sengaja, tidak sengaja atau dirancang. Beliau memaafkan sebelum orang itu meminta maaf,apalagi bila kesalahan itu tertuju kepada peribadinya. Tetapi beliau akan tegas membela Allah, Rasul dan AgamaNya. Beliau tidak hanya memaafkan orang yang bersalah, bahkan membalas kesalahan dan kejahatan itu dengan kebaikan. Seorang yang pernah merancang penangkapan Abuya, tidak hanya Abuya maafkan, bahkan Abuya bantu kehidupannya bagai saudara atau anak sendiri demi mencari redha Tuhan.
Bila seseorang itu patut ditegur, Abuya akan menegur tetapi tidak sampai terus melukai hati seseorang. Kerana tujuan menegur adalah untuk menyelamatkan seseorang daripada api neraka bukan memberi malu.
Bila melihat orang-orang nakal di tepi-tepi jalan. Abuya biasanya akan jatuh simpati dan mendoakannya " Ya Allah berilah hidayah kepada mereka kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui ". Kalau Abuya membenci, bukannya membenci mereka, tetapi membenci perbuatan maksiat yang mereka buat. Sebab itu Abuya tidak marah pada orang tersebut tetapi kesian dan akan mengajak dan mendidik mereka. Abuya sentiasa memberi nasihat walaupun dia sendiri dalam keadaan susah dan payah ketika diuji.
Beliau sentiasa mengingatkan manusia akan syurga dan neraka dan hari pembalasan. Abuya begitu sedih apabila melihat terutama ulamak yang tidak memberitahu apa yang diketahuinya dan mana-mana pemimpin yang menindas.
[ Last edited by syuraih on 19-10-2004 at 06:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
zachary This user has been deleted
|
Assalamualaikom,
Dari kita menghina dan memperlekeh tok guru, lebih baik muhasabah diri. Baikkah ilmu dan amal yg kita ada. Inilah sifat yg ada umat islam hari ini Jangan hanya pandai menghukum saja ya!
Dan setiap apa yg berlaku itu adalah perancangan Allah semata-mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Mencari Kebenaran
Assalamualaikum kepada semua. Saya berasa sgt2 terharu setelah membaca forum ini walaupun saya masih dalam kebingungan untuk mencari kebenaran. Marilah kita beriman kepada Allah SWT dan yang pentingnya niat itu harus ada. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah ...hehe..maleh aku nak start flame war..wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 2004-11-7 11:26 PM:
kalo dah ...hehe..maleh aku nak start flame war..wallahualam
Kalo atas dasar flame war....jgn harap ler nak jumpa kebenaran. Yg akan ditemui tak lain tak bukan hanya 'keburukan' dan 'kebatilan'. Nama pun flame...bukankah kepanasan api itu dalangnya syaitan.
Kan dah reveal your true colour di kemudian hari yg mungkin antara sbb Tuhan tak izinkan awk kahwin dgn gadis arqam dulu tu...
Padahal aku pernah gak jumpa lelaki2 yg ditolak pinangan oleh gadis2 rufaqa/arqam ni tapi tak le sampai hangin hingga abih dah jadi negatif semua sudut.
Sepatutnya bila pinangan kena tolak, muhasabah diri dan berlapang dada ketentuan Tuhan, barulah nampak kita ni gentleman dan ada harga diri tapi ni tak...yg nampak salah org lain pulak hingga habis korek dan babitkan menda2 lain.
Kriteria sabar pun dah fail, mcm mana la nak layak dpt gadis anak didik abuya...:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
hmn..maleh la aku nak argue apa2...abuya tuh bukan maksum..susah la nak cakap dgn fanatik nih..entah la..aku nih manusia...buat salah..semua manusia buat salah..nabi pon Allah taala pernah tegur..nihkan pulak manusia byk dosa..true colors?heh..never judge a book by its cover brother..i take your words as insults..insults..yes..and u have no right or whatsoever to judge me..for your information..i have a lot of friends from rufaqa..and they are swell..really..they were the ones who introduced me to to ustaz..the moment i met him is the most memoriable moment in my life..you better polish your comprehension and reading skills before passing judgement okay?you as a human being have no right to insult a fellow human being..given he is a muslim..i didnt say anything offending about ustaz..as i said before.he is a good man..but his good respectable reputation is tarnished by the likes of you..i didnt say the whole al arqam or rufaqa but most of them..get your facts straight son..read more okay..polish your reading skills..yussuf islam once said..he is lucky to meet islam..not muslims..wallahualam..
ps-kalo nak tau,yang ko post tula dipanggil flame..kapish :kerek:
[ Last edited by snipersnake on 8-11-2004 at 10:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pecaya ... dia juga seorang hamba yg mencari keredaan tuhannya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 2004-11-8 10:34 PM:
hmn..maleh la aku nak argue apa2...abuya tuh bukan maksum..susah la nak cakap dgn fanatik nih..entah la..aku nih manusia...buat salah..semua manusia buat salah..nabi pon Allah taala pernah tegur..n ...
ermm dah jadi flame war dah nih...sbb tu jgn mulakan, tak mahu org menghina kita, terlebih dulu kita jangan menghina org. Tau plak terasa hati...padahal kalo ikutkan, kami ni dr rufaqa bleh rasa terhina juga dgn statement ko yg awal2 tu (bawah topik Akan kembalikah Abuya) . Mcm2 judgement yg ko buat padahal ko belum tentu kenal pengikut2 Abuya luar dalam atau tidur baring atau rasa susah senang dgn depa apatah lagi betul2 ikut perjuangan Abuya. Mata yg memandang biar tajam mcm mana sekalipun tetap takkan sama dgn bahu yg memikul biar senget sekalipun.
Tapi kami maleh nak argue.
Kalo setakat punya ramai kawan dr golongan rufaqa tapi bkn terjun bebetul...apakah itu bukan dikatakan judge people through its cover....
Kalo ko bleh luahkan pandangan dan perasaan ko begitu jua org lain. Yg jelasnya kedua2 pihak bukan org rufaqa sendiri. Bila aku dan Akasyah explain still ko tak leh terima...dah tu kalo cenggitu..terlebih baik biar Abuya jer ler handle 'rumahtangga' dia dan kami yg mmg byk kekurangan dan dosa ni terus2n sudi dididik oleh Abuya.
Ibarat sekaki payung...jika kita lihat payung tersebut ada bocor sana sini...mana lebih baik? Kita kondem payung tu atau tolong sama2 tutup kebocorannya atau senangnya cari lain payung yg dirasakan serba sempurna....tepuk dada tanya taste memasing.
Kalo dah nampak atau yakin dgn kebenaran yg dibawa oleh Abuya tapi pengikut2 ada (bukan semua) yg tak seiring dgn Abuya...apakah kita tetap menolak kebenaran tersebut? Yg membawa kebenaran ialah Abuya bukan pengikut2nya....takkan tak leh bersama2 Abuya utk baiki 'kebocoran' yg aku tamsilkan tadi. Kenapa mesti lebih sibukkan diri melihat kesalahan atau kesilapan pengikut2 Abuya bukan cuba sibukkan diri jadi pengikut Abuya dlm menjunjung kebenaran yg dilagangnya??:stp::stp:
Kalo lihat pada sudut negatif yg ada pada pengikut jawabnya sampai ke sudahlah takkan bersama2 dgn Abuya dlm ertikata sbg pengikut.
[ Last edited by Mawar Merah on 10-11-2004 at 10:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
semesra86 This user has been deleted
|
ASM semua,
Tertarik saya dengan topik ini memandangkan banyak input dan info yang diperbincangkan.
Ada hujah yang kuat, hujah yang lemah, hujah yang tidak berasas, hujah-hujah yg memutarbelitkan fakta dan sebagainya. Bagaimanapun, jelasnya ada tiga jenis pendapat.
1. Menyokong Ustaz Ashaari
2. Tidak Menyokong Ustaz Ashari
3. Berkecuali.
Daripada pengamatan saya, yg berkecimpung di dalam bidang ilmiah ini, dan pengalaman saya di dalam menilai perdebatan ilmiah dan penulisan ilmiah yg dipertanggungjawabkan kepada saya di dalam kerja seharian, saya berpendapat hujah yg dikemukakan oleh Akasyah adalah jelas dan menjawab persoalan. Manakala puak yg sebaliknya tidak mempunyai cukup hujah dan tidak mempunyai kekuatan hujah untuk berhujah.
Saya harap perbincangan yang baik ini tidak dipengaruhi oleh golongan yg cuba mengaburi pendapat dan isi yang sudah jelas diterangkan. Tidak salah saya berpendapat bahawa golongan ini mempunyai kepentingan diri bukan untuk membuktikan kebenaran yg sudah terang jelas.
Ampun maaf.  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by semesra86 at 10-11-2004 10:40 AM:
ASM semua,
Tertarik saya dengan topik ini memandangkan banyak input dan info yang diperbincangkan.
Ada hujah yang kuat, hujah yang lemah, hujah yang tidak berasas, hujah-hujah yg memutarbel ...
ini niubai.. sah dari orang yg sama dari salah sorang penyokong abuya. he he... tak ada ker forumer lama yg menyokong kata-kata kamu tu.... semua aku nampak niubai... hampir kesemua... he he pelik tetapi benar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|