CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: StellaSakuragi

Horror Novels/Novel Seram

[Copy link]
Post time 1-9-2009 01:36 PM | Show all posts
Buku Rahsia Agenda Alam Hitam II : Vamprha ni pun saya dah baca..gempak habis!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 03:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by qeqaxitu_83 at 27-8-2009 21:31

Aku ni memang peminat novel seram/horror...kat sini aku nak rekemenkan beberap buah novel seram yang pernah aku baca untuk tahun 2009 ni..kiranya ka ...
qeqaxitu_83 Post at 27-8-2009 21:30


salam..
1st time nk anta posting kt cni..;)
yang buku RASUK tu CR ada..rasanya sume novel penulis tu CR ada wat koleksi..
tapi yang 2 tu lg..blum ada..leh cari gak nieh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 06:37 PM | Show all posts
sapa yg da baca RAAH II jgn reveal ending nyer ke ape
kami yg belum baca nie x nak spoiler .......
nanti terbantut nafsu membaca .......
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 06:55 PM | Show all posts
salam..
1st time nk anta posting kt cni..;)
yang buku RASUK tu CR ada..rasanya sume novel penulis tu CR ada wat koleksi..
tapi yang 2 tu lg..blum ada..leh cari gak nieh..
CR4Ever Post at 1-9-2009 15:35


Sama-samalah kita berkongsi novel seram di Malaysia..

Pewaris Senja tu memang recommended..tak mengecewakan..

Lain2 novel seram akan aku update dari semasa ke semasa
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 08:29 PM | Show all posts
yeah dpt respon dr zehan ...
dia akan pos buku
sape2 yg malas nak cari kat kedai buku
trus jer kat zehan xpun pekan ilmu publications

sape yg bg blog zehan
terima kasih bebyk ...
akhir nyer dpt gak buku RAAH II
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2009 12:52 AM | Show all posts
wow.. best nyer.. saya dah lama tak masuk blog zehann sbb lps yg last post tu dia kata dia akan lama x jengah blog dia coz dia tgh menumpukan perhatian untuk menghasilkan .... heh heh heh..


jeng jeng jeng...

NEW BOOK... but then fly, rasanya awak pun mesti dia dah bgtau kan psl ni.. hehehe..

BUt then, masa saya jumpa dia, dia kata thanx sbb saya cakap yg RAAH II tu mungkin yang last. Sebab dia kata dia mencari cara/ formula untuk pembaca tu rasa buku tu dah abis, xde sambungan SEDANGKAN ia ada sambungan.. hehehe plus dia cakap, dia janji dengan Pekan Ilmu,RAAH tu ada 3. so, kita tunggu lah yang ke 3 yer.. sebab yang akan keluar end this year pun dia kata insyaallah SOMETHING laa, samada new story / grafik novel. so, saya pun kurang jangka RAAH III akan keluar thn ni sbb kalau nak dibandingkan jeda masa I dan II pun lama.. tp tgk laa kualitinya.. pergh.. bukan yg segera2 punyer.. mmg well developed...

(Tapi, kalau RAAH III, aku mmg akan melompat-lompat laa ;) )

Ya, saya akan continue mencari novel2 seram yg mengancam, dengan olahan yang baik.. dan kalo x best pon, saya akan cuba komen laa.. (lps tu sure aku jual buku tu, heh )..

Tapi saya mungkin agak bias laa.. sbb saya x baper suka yang kalo citer pasal rasuk2, waris2. MElainkan kalo citer tu Olahannya baik, dan skopnya luas (cth: xdelah citer pasal SATU keluarga yang tinggal di SATU kampung/ bandar) citer tu cukup rempah ratus, bahan perasa(insiden+peristiwa+susun atur+dialog yang menarik) dsbnya.. fuiyoo.. saya mmg super cerewet.

But then.. itulah kualiti yang kita cari supaya kita takderlah rasa nyesal beli buku tu (dan saya mmg nyesal beli buku *** itu). hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2009 09:10 AM | Show all posts
dah baca novel Rasuk.
dulu penulis Zyra Safiya ni pernah keluarkan satu novel seram juga iaitu Saka Tok Mun. Juga dengan Buku Prima.
Rasanya Saka Tok Mun lebih seram kut.

Rasuk ni bukanlah novel seram sangat yang criter pasal hantu jembalang.
Ianya lebih banyak berkisar kepada kisah cinta Haykal-Julia-Syamsul. masa last last criter baru seram sikit. Sikit je.
Seorang gadis bernama Julia boleh meramal sesuatu akan berlaku di kedepan hari tentang seseorang
yang rapat dengannya melalui mimpi. Dalam citer ni Julia bercinta dengan Haykal. Semasa Haykal di luar negara
Julia selalu bermimpi yang Haykal telah curang dengannya. Even Julia dapat melihat dalam mimpi dan mengenali perempuan
yang bersama Haykal tu, iaitu Nurlisa. Si Nurisa ni pulak jenis yang sakit jiwa. Suka berpoya-poya dengan lelaki lepas tu
bila dah lelaki-lelaki tu tunduk dan cinta padanya separuh mati dia terus tinggalkan mereka.
Sehinggalah dia bertemu dengan Haykal. Tapi ternyata Haykal bukan seperti lelaki lain. Haykal terlalu setia pada
Juia. So ni semacam cabaran pada Nurlisa untuk mendapatkan Haykal.
Goda sane goda sini akhirnya Haykal jatuh juga ke tangan Nurlisa si sakit jiwa ni. Hidup pun dah macam hidup
orang puteh, sosial sane, sosial sini.
Bila pulang ke tanah air dan bertemu semula dengan Julia, Haykal masih takleh lari dari Nurlisa.
Sehinggalah suatu hari Haykal dan Nurlisa terlibat dalam kemalangan dan meragut nyawa Nurlisa.
Tapi yang peliknya.... jeng jeng jeeeng... mak Nurlisa masih lagi mendengar sesuatu...
seolah-olah Nurlisa masih ada keluar masuk ke rumahnya. Dan Haykal juga pernah melihat kelibat
Nurlisa di hospital tempat Haykal dirawat. Ternyata semangat Nurlisa untuk menakluki Haykal terlalu kuat dan tidak
mati bersama jasadnya. Jadi macam mana Haykal nak lari dari semangat Nurlisa yang memburu Haykal tu
korang baca lah sendiri ye...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 09:41 AM | Show all posts
kalau nak cakap pasal novel seram rasanye Buku Prima banyak terbitkan novel bergenre seram ni.
Tapi tak tahulah sejauh mana keseraman novel2 ni kena tanya sesiapa yang sudah membacanya.
antara novel seram keluaran Buku Prima ialah:



Sinopsis:
Sejak merampas Zahidi dari Hazrina, Hartini sering dihantui sesuatu dari masa lampau. Hazrina yang kecewa turut mengalaminya malah api kemarahannya boleh mengundang bala.
Rahsia dan persoalan ini hanya terletak di tangan Nenek Zainab.



Tajuk : Dendam Pewaris
Pengarang : Zyra Safiya
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd

Sejarah keluarga telah menghalang percintaan Suraya dan Danial Aniq. Nenek Kalsom yang memelihara Suraya, menghantar ilmu hitam kepada keluarga Danial Aniq hingga rumah tangga ibu bapanya porak peranda. Danial Aniq marah dan mengahwini Marissa. Suraya masih sayangkan Danial Aniq dan mengamalkan ilmu hitam itu semula.



Tajuk : Tangisan Berdarah
Pengarang : Hasrudi Jawawi
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd

Dendam kesumat seorang wanita kepada lelaki yang memusnahkan zuriat dan keluarganya.
"Selagi kau tidak kembalikan apa yang telah kau rampas dari aku, selagi itu aku akan terus memburu
kau."

citer ni seram gak. citer pasal pontianak.




Harga: RM 17.90
Halaman: 428
Penerbitan: Buku Prima Sdn. Bhd.


Sinopsis belakang buku:
Ketika Suraya melangkah masuk ke dalam bilik air, dia tidak menyedari cermin yang tersangkut di dinding bilik terdapat imej seorang perempuan sedang baring di atas katil. Tubuhnya hitam legam. Pakaiannya juga koyak dan terdapat kesan hangus di sana sini. Seluruh kulitnya mengelupas dan daging di badannya hangus serta jatuh sedikit demi sedikit di atas cadar berwarna putih itu. Biji matanya juga jatuh di atas cadar itu. Sungguh ngeri!

"Ramai orang cakp bangunan ini berpenunggu. Sebelum itu, bangunan ini adalah rumah tumpangan. Ramai yang datang bercuti di sini di kala musim cuti. Terlalu sesak."

Dia mesti lari dari hantu perempuan itu, Tidak sekali-kali dia akan berkahwin dengan hantu. Mana ada manusia berkahwin dengan hantu? Ismail menelan rengkungnya jauh ke dalam.

Perlahan-lahan dia bergerak lagi untuk melihat lebih jelas keadaan mayat Razlan. Hampir saja dia terjatuh di tanah apabilamelihat mayat temah serumahnya itu. Wajah Razlan nampak cengkung. Begitu juga dengan tubuhnya kurus. Seolah-olah segala isi dan organ yang ada di tubuhnya hilang. Perut Razlan juga kelihatan kempis sama sekali. Tulang dada dan tulang rusuk nampak menonjol dan menakutkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2009 10:34 PM | Show all posts
128# zorroe

Macam citer Pontianak Sundal Malam jek
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:12 AM | Show all posts
baru-baru ni terjumpa balik cerita Cincin Permata biru..mior shariman kalau tak salah..yang ni seram woi..takut gak la bila baca time malam-malam..tapi sekarang ni tak banyak sangat cerita seram-seram ditulis kan..agaknya penulis pun takut nak menulis cerita-cerita seram ni..

[]
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:04 PM | Show all posts
akhir nyer dpt buku zehan
hepi tul ari nie ...
tp buku tu fly bg kwn fly baca dulu
cuz pas nie dia xde kat KL da ...
dia balik kg wat sementara waktu
fly tau dia pun minat cite jenis seram n thriller ...
segala syarat sudah dikenekan ... so insya allah by next week dia pulangkan
dia tu baca buku mmg cepat tmbh lagi cite melayu .........

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 07:09 AM | Show all posts
130# hauntinggod


Cincin Permata Biru ni ada 2 lagi novel sambungan. Tapi semuanya bercerita hal yang sama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2009 08:58 PM | Show all posts
132# zorroe


Hi Zorroe.. bleh bg review x citer Cinta 2 Dimensi? What do u think?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 11:40 AM | Show all posts
132# zorroe
Hah! ada 2 sambungan lagi? Erk...means ada Cincin Permata Biru 3 la yek? Sebab aku ada sampai Cincin Permata Biru 2 je.
Citer nie xla berapa seram...ada unsur 18sx lagi. hehehehe! Tp menarik la. Sebab pelegaran idea ni sejak awal 80-an kalo xsilap. So, bagus la utk zaman itu. Heh!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 04:05 PM | Show all posts
last week baru bis baca Vamphra
lama tul nak abis kan sebb asyik bz jer
trasa cam ada sambungan agenda alam hitam ...
cam ada yg belum selesai lagi ...
per2 pun mmg best
kalau wat cite ... byk kene adegan censored kene cut2 ...
terbayangkan cite melayu berunsur hollywood ...
disebbkan massurya shah travelling smpai ke negara atas angin ...

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 03:27 PM | Show all posts
135# fly_in_d_sky
Mmg ada pun. tunggu je la...sabar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lejennnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 09:58 PM | Show all posts
Aku baru lepas baca KACAU by FIXI...boleh di katakan genre seram thriller...
cuma part seram, aku tak rasa sangat...
tp elemen suspen, thrill & misteri mmg buat korang rasa teruja nak menghabiskannya...

Bagi sesetengah orang novel ini sangat seram....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 01:54 PM | Show all posts
Mana nak beli buku rahsia agenda alam hitam  part 2 kat JB ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 11:17 PM | Show all posts
salmeah replied at 1-10-2016 01:54 PM
Mana nak beli buku rahsia agenda alam hitam  part 2 kat JB ni

susah nak cari dah
unless rajin masuk group facebook ..
yang jual buku 2nd hand ..
masa saya beli buku-buku zehan .. semuanya kira last stok
nasib baik condition buku boleh diterima

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.339058 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list