|
Penjaga, Pendamping, Pengikut(anak murid), Khadam, Qarin etc
[Copy link]
|
|
aku hanya percaya Allah yang melindungi aku.. sebab hanya pada Allah aku memohon perlindungan |
|
|
|
|
|
|
|
aku rs kwn ko tuh ada pendamping la bukan qarin lor... |
|
|
|
|
|
|
|
#sosimple
pendamping?maksod pendamping tuh mcm saka ka?haku kurang arif pasai nih...tp haku beminat nak tau |
|
|
|
|
|
|
|
nenet kebayan la tu yg mendampingi kawan ko... |
|
|
|
|
|
|
|
Dari buku karangan Dato hj ismail kamus JIN HAKIKAT & PENGUBATAN
Riwayat ahmad dan muslim - Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Setiap
kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat."
Mereka bertanya,"Engkau ya Rasullullah," Sabdanya:"Ya, aku juga ada, tetapi Allah
telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh
aku dalam hal kebajikan sahaja."
QARIN
qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manua. Boleh
dikatakan ia sebagai kembar manusia. Setiap manusia yang lahir ke dunia
pasti ada qarinnya sendiri. Rasullullah saw sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya
qarin rasullullah adalah muslim. manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan.
Dia membisikan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-quran dan sebagainya.
Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan
kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utus malaikat. Ia membisikkan hal-hal kebenaran
dan mengajak membuat kebaikan.Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana-mana yang lebih kuat. Walaubagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca Bismillah sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Qarin akan terpisah dengan kembarnya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walaubagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
Wallahualam...... |
|
|
|
|
|
|
|
#Nzkim
maksodnya qarin tuh lahir sama dongan kita ka?muka dia sama lah dongan kita?awat dia tak masok Islam? |
|
|
|
|
|
|
|
#Nzkim
maksodnya qarin tuh lahir sama dongan kita ka?muka dia sama lah dongan kita?awat dia tak masok Islam?
nanat87 Post at 8-8-2009 18:17
sebab dia syaitan.... |
|
|
|
|
|
|
|
adakah qarin ni yg menyerupai tuannya apabila tuannya mati? |
|
|
|
|
|
|
|
dr apa yg aku taw...
qarin neh sebijik macam kita..
just like mirror..
macam mana kita.. macam itulah dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
qarin dlm bahsa omputeh is the doppelganger |
|
|
|
|
|
|
|
hmm... mcm musykil jer kt kwn ko tue
yg mudah wt kte nie msyrkt awam, mohon aje r pd plindungan Allah yg maha kuasa
snang cete, konfom akidah x tjejas |
|
|
|
|
|
|
|
oh, qarin tuh memang samo la dongan kita...maksudnya ala2 kita versi jin ka?
kawan haku habaq, kekuatan kito utk elak drpd dirasuk setan ialah begantung kepada kekuatan qarin tuh...kalu qarin tuh lemah, jadi mudoh la setan atau jin lain masok dlm badan...
dio kato konsepnya samo dongan normal flora (bakteria semulajadi) pada tubuh badan kito la...kalu normal flora kito terganggu atau lemah, bakteria2 luar hok jahat akan datang dan gantikan depa, dan buat koloni menyebabkan kita jatuh sakit...inila dinamakan jangkitan
tp kalu kes qarin dan jin nih, haku tak tau pulok konsep dio ala2 konsep bakteria nih |
|
|
|
|
|
|
|
klu mcm tu ..macamana cara kawan nanat kuatkan qarin dia... qarin tu pi blaja sendri atau dia yg amalkan sesuatu supaya qarin dia kuat ... |
|
|
|
|
|
|
|
133# nanat87
bukan ke qarin tu yang antara yang menghasut kepada kejahatan ke?? Kira adik beradik ngan setan gak kecuali qarin Rasulallah je coz udah di islam kan... |
|
|
|
|
|
|
|
qarin ada disebut dalam al quran..
kalo tak silap semua org ada qarin nya sendiri and sifat qarin tuh bergantung kepada sifat manusia tuh.. kalo manusia tuh baik perangainya, maka baiklah qarin nya.. kalo manusia tuh hodoh perangainya, maka jahatlah qarin nya....
that's y ada org kata evn though dah meninggal, seseorang tuh masih boleh kelihatan di laman rumah nya..that's qarin lah..qarin biasanya akan semakin jauh dan jauh dengan tempat/rumah kedaiaman tuannya within 40 days of the death..qarin ni mampu menembusi alam mimpi, bagi tahu kat keluarga yang tuan badan tuh tak tenteram dalam kubor la.. salah tempat tanam kubur la.. so and so lah... |
|
|
|
|
|
|
|
klu mcm tu ..macamana cara kawan nanat kuatkan qarin dia... qarin tu pi blaja sendri atau dia yg amalkan sesuatu supaya qarin dia kuat ...
ea208964 Post at 9-8-2009 20:23
bergantung kepada amalan rohaniah u.. kalo u jahat, maka qarin tuh lemah dan mungkin bersifat jahat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Qarin Jin Pendamping Manusia
by Koleksi Tazkhirah Di FB on Thursday, December 9, 2010 at 7:45am
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai “syaitan” kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri. Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin kafir ini mendorong “dampingan”nya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya melakukan ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan.
Walau bagaimanapun orang2 Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya ialah dengan membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim” (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan perintah Allah. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela. Membersihkan dirinya bersesuaian dengan martabat malaikat tersebut.
Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz” pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta Bismillah…. syaitan akan kelaparan dan kurus tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan semuanya baca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qarin ini baharulah kita faham kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan ialah jin qarin ini (sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.
Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.
Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)
Jin ini, menurut para alim ulama’, bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan’nya, yang didampingi dari awal kelahiran hingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ianya tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah, dan mereka hanya dimatikan menjelang hari Qiamat.
Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.
Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.
Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
http://www.facebook.com/#!/notes ... sia/177530448933379 |
|
|
|
|
|
|
|
qarin dlm bahsa omputeh is the doppelganger
tupaiterbang Post at 9-8-2009 12:11
doppelganger??? pg td opismate aku baru je nampak 'aku' bersaing ngan die kt bayan lepas...die siap describe lg aku pakai baju kurung kaler biru bunga kelabu...sejibik sejiban smpi die terfikir ape aku wat kt bayan lepas bukan aku gi keje naik feri turun kt georgetown ke?
kalau cam ni pun kire qarin jugakke? |
|
|
|
|
|
|
|
doppelganger??? pg td opismate aku baru je nampak 'aku' bersaing ngan die kt bayan lepas.. ...
annehuda Post at 23-4-2012 12:53
aku pun xpasti kalo yg nie. dlu ak ade pengalaman lbey kuang gak. mase tu ak study lg. kat asrama.. kawan aku ckp nampak ak tgh study, ciapkan esimen tgh malam. tp sbenarnye time tu aku tgh tdo cdap atas katil peluk bantal bucuk. tp membe ak describe mmg same dgn baju, sluar yg ak tgh pkai time tdo. membe katil sblah sahkan yg ak mmg tgh tdo time membe lg sorg nmpak ak wat keja tu. and bile ak tnye makcik ak (bomoh), makcik ak cakap sbb sblum tdo ak ade niat nk ciapkan keja tp trtdo, so ruh aku kluar ciapkan keja utk ak.. yg tu kire bkn qarrin la kn? or tu sbnarnye saka makcik ak yg tlg ke, ak xtaula. sbb mase ak kecik, saka tu suke ak. nk trun kat ak tp mak ak xkasi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|