|
Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?
Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.
Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …
Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.
Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.
(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)
Kos # 1 – MaskahwinIni kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.
Kos # 2 – Duit HantaranIni bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.
Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.
Kos # 3 – Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 – RM 5,000.
Kos # 4 – Barang hantaran lainKasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.
Kos # 5 – Baju nikahSelalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 – RM 600.
Kos # 6 – Baju Bersanding / Baju PengantinBaju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 – RM 2,500.
Kos # 7 – MekapSelalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 – RM 500.
Kos # 8 – Set PelaminSelalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 – RM 1000.
Kos # 9 – JurugambarTakkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 – RM 3000
Kos # 10 – Duit untuk jurunikah dan saksiPerkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.
Kos # 11 Kad JemputanAda yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 – RM 3,000
Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah
RM 17,550Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.
Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewanUntuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 – RM 10,000
Kos # 13 Duit makan kenduriUntuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 – RM 20,000
Kos # 14 Bilik pengantinKatil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 – RM 5,000.
Kos # 15 DoorgiftGula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa – apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 – RM 3000.
Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagiKalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.
Kos # 17 ContigencyAdakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 – 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lulpa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga
RM 15,500
Dan, kos untuk kecemasan
RM 3,000
Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar
RM 36,050
#sanggup kew nak kawen |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Direktori Kahwin
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - Putrajaya
Putrajaya
Wilayah Persekutuan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
|| Website || Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Kuala ...
Joe_Shaper Post at 25-1-2010 09:22 AM
prosedure untuk tambahkan cawangan...takde ke pacik joe..? |
|
|
|
|
|
|
|
Syarat berpoligami
- Mampu menanggung nafkah zahir dan batin isteri serta bakal isteri. Begitupun, Abu al-'Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada satu isteri dalam soal pemberian nafkah dengan dipersetujui oleh semua isteri. Ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.
- Berlaku adil kepada isteri. keadilan daripada pelbagai segi tanpa wujud pilih kasih antara mereka. Ia juga bermaksud meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya. Ini termasuk komunikasi, perbuatan, tutur kata, dan akhlak yang baik, juga membabitkan beberapa aspek iaitu nafkah, palaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.
- Suami bagaimanapun tetap dilarang menunjukkan secara jelas perbezaan kasih sayang. Apabila berpoligami, suami juga perlu adil dalam menyediakan tempat tinggal untuk isterinya. Sebaik-baiknya hendaklah diasingkan bagi mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu di kalangan isteri.
- Suami juga wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil antara isterinya tanpa mengira samaada isterinya isteri muda, isteri tua atau sebagainya. Suami menanggung dosa sekiranya memberikan giliran lebih banyak kepada seorang isteri berbanding isteri yang lain.
- Kelonggaran diberikan pada malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diganti semula kepada isteri tua. Imam Syafie pula berpendapat, suami wajib membuat undian antara isteri sekiranya beliau menginginkan seorang daripada mereka menemaninya bermusafir seperti ke luar daerah. Dalam hal ini, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syarat berpoligami
Mampu menanggung nafkah zahir dan batin isteri serta bakal isteri. Begitupun, Abu al-'Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan ...
Joe_Shaper Post at 25-1-2010 09:30 AM
takde syarat pun kena ambil tandatangan isteri tua kan pacik joe...? |
|
|
|
|
|
|
|
prosedure untuk tambahkan cawangan...takde ke pacik joe..?
Hang Post at 25-1-2010 09:27
amboiiiiiiiii.............. |
|
|
|
|
|
|
|
takde syarat pun kena ambil tandatangan isteri tua kan pacik joe...?
Hang Post at 25-1-2010 09:33
ada ke tak de isteri tua..... pacik tetap kawin 2 ,3 ,4 jugak kan?????
ckp je kena tndatanggan tapi kalu dah nafsu nak kawin tu dtg meluap-luap...
tetap gak gi kawin tanpa kebenaran kat Siam..... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak der la tuhhhhhhhhhhhhh
Joe_Shaper Post at 25-1-2010 09:35
2 x 5..... |
|
|
|
|
|
|
|
2 x 5.....
Jaza2008 Post at 25-1-2010 09:42
10kan jawapan nya |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke tak de isteri tua..... pacik tetap kawin 2 ,3 ,4 jugak kan?????
ckp je kena tndatanggan tapi kalu dah nafsu nak kawin tu dtg meluap-luap...
tetap gak gi kawin tanpa kebenaran kat Siam. ...
Jaza2008 Post at 25-1-2010 09:38 AM
kalau bujang leh tambah cawangan tak...? |
|
|
|
|
|
|
|
10kan jawapan nya
Joe_Shaper Post at 25-1-2010 09:43 AM
bukan 4 ke jawapannya pakcik joe..? |
|
|
|
|
|
|
|
10kan jawapan nya
Joe_Shaper Post at 25-1-2010 09:43
mmg la...
tapi peel tu sama je cam lelaki2 yg ada kat dunia ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bujang leh tambah cawangan tak...?
Hang Post at 25-1-2010 09:54
kalu bujang dah buka 10 cwngan pun tak de org marah la.... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan 4 ke jawapannya pakcik joe..?
Hang Post at 25-1-2010 09:55
10 tu pacik joe...
4 tuk pacik hang..... |
|
|
|
|
|
|
|
10 tu pacik joe...
4 tuk pacik hang.....
Jaza2008 Post at 25-1-2010 10:01 AM
kenapa pakcik joe leh sampai 10? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|