CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rayyanrafael

Benar - Rumah Nenekku - Kejadian 8 di page # 11 update 13/01/11

  [Copy link]
Post time 8-11-2010 03:55 PM | Show all posts
aku seriau tang mata bertentang mata masa nak dok ngintai tuh

konon nak skodeng dia
alih alih dia skodeng dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 11:08 AM | Show all posts
up up up.. mana TT ni lama bebanor pending cerita ni.. aku hari2 tengok thread ni kalau2 ada cerita terbaru.. TT jangan laa kecewakan kitaorang yang nak tau cerita selanjutnya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:08 AM | Show all posts
up up up.. mana TT ni lama bebanor pending cerita ni.. aku hari2 tengok thread ni kalau2 ada cerita terbaru.. TT jangan laa kecewakan kitaorang yang nak tau cerita selanjutnya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 02:16 PM | Show all posts
aduh..dsyt tul dia bergurau senda ngn tt..huh..seram je
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 04:20 PM | Show all posts
Reply 103# rayyanrafael

wahh rayyan..bestnya cerita u...terasa membaca novel dan terasa diri sendiri yang merasa pengalaman..agak2 berapa umur u ya?..kejadian ni tahun berapa ya?..kalau ryyan tak mahu bagitahu yang peribadi tak mengapa..


i dah melekat kat sini nampaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 08:24 PM | Show all posts
mak aiii..gile seram cite TT nih.. bessh beshhh!! nak lagi nak lagi!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2010 08:38 PM | Show all posts
Aku nantikan sambungan TT.penasarann nehhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:59 AM | Show all posts
Bila bc kisah TT nh trkenang plak rmh pusaka nenda aku di kpg, tp xdelh angker plak..cm seram jer..rmh lama mcm dlm citer 'kekasih ku seru' tu..ada certain nite papan dinding rumahtu akan berdenting2 pas tu nenek aku kn tepuk2 lantai ..cuak gak aku msa tu.

Bab toilet kat kuar plak, ada 1 pokok ciku kt tepi toilet...punya lah takut msa kecik2..klu nak terkencing mlm2...sepupu2 aku klu g toilet mlm2 siap pki kasut but kulit,konon takut di gigit hantu..lucu pn ada,..maaf tt tmpang cerita sb citer tt menimbulkan nostalgik di jiwa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 12:07 PM | Show all posts
Reply 128# ilham


    rumah saya pon rumah kayu..mmg tiap2 malam ade bunyi papan lantai berkeriok..seolah2 ade org berjalan diatasnya
abang n ayah sy kata..tu sebab papan ni mudah mengembang mengecut disebabkan oleh perubahan suhu (siang dan malam) tu pasal dia berbunyi..tu diorang kata lah..wallahualam

saya mmg penakut ya amat..balik umah kadang2 tu sanggup tak mandi malam sbb family members sume dah kat dapur tgh tgk tv..huhuhu..klu pegi toilet sure ajak adik bongsu, eventho toilet dlm bilik je

pesanan ayah sy: klu duduk dlm rumah pon takut..pegi dok kat luar rumah la gitu..muahahhaahaha =)
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 02:27 PM | Show all posts
Reply 129# ritzz


    Betullah tu,even my autie pn ckp yg sama ikut akal logik sains huhuhu..papan tu mgecut,mgembang ikut cuaca..tp time tu mmg aku jenis penakut pn...bl dh makan mlm semua naik ke ats...nk turun bwh pn cuak tp ada cm papara utk buang air kecing yg lps ke bwh siap dgn tempayan kecik...lg lh cuak trimagine cm ada jari plak dok hulur...  br beterabur sgala
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 09:33 AM | Show all posts
Reply 130# ilham


    waahh..ada lagi umah mcm nie yer...akak penah tgk la dulu2 umah mcm ni...buang air kecil
dari atas umah..mcm para2 tu..siap ngan tempayan..emm..nostalgik betoi la..
apa2 pun akak dok tgu TT nie..apasal umahnya terbiar camni dh byk ari TT x balik umah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 10:31 AM | Show all posts
bertabah menunggu sambungan TT
huhuhu..........
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 10:45 AM | Show all posts
TT saje je buat2 lambat...
sama ada TT duk karang kt word...
tak pun TT saje nk bagi suspen.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 12:14 PM | Show all posts
umah kg mmg toilet kat luar,,,agak seram mlm2,,,nsb baik umah wan kat kg da wut toilet kt dlm umah,,,,,

sambung TT jgn x sambung,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 01:34 PM | Show all posts
ku menunggu dgn setia...
sambil main
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 01:49 PM | Show all posts
tuan tanah tgh merempit kat bod gossip

pulanglahh wahai tuan tanahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2010 02:11 PM | Show all posts
Kejadian Keenam pula bermula selepas aku tamat belajar. Sebelum itu aku belajar disekolah berasrama selama 2 tahun. Jadi tempoh untuk pulang kerumah adalah terhad. Setalah tamat belajar, aku kembali mengemas bilik dan kali ini aku memilih bilik yang paling depan sekali. Iaitu bilik yang mempunyai pintu kedua yang menghubungkan ke tempat parking motor dan kereta.

Selepas seminggu bersarang dibilik tersebut, gangguan mula sedikit demi sedikit menghantui. Mulanya dari bunyi yang seakan-akan siling rumah digaru dengan menggunakan garfu. Pada malam tersebut, baru sahaja hendak melelapkan mata, bunyi siling diatas rumah semakin menjadi-jadi. Untuk menyedapkan hatiku, aku cuma katakan yang bunyi tersebut hanyalah dari tikus yang menggigit sahaja. Semakin lama semakin kuat. Untuk kepastian, aku keluar dari bilik, tetapi tidak kedengaran pula bunyi tersebut.

Selepas itu, aku kembali kebilik dan cuba tidur tanpa mempedulikan bunyi tersebut. Tetapi semakin lama, bunyi semakin kuat dan selepas lebih kurang setengah jam, aku terdengar bunyi tersebut seperti berlari dikejar oleh sesuatu. Aku mentafsirkan yang mungkin tikus dikejar oleh kucing. Walhal, mana ada kucing yang naik atas siling memalam buta. Lagipun, rumah nenekku tinggi dan tiada kucing.

Bila dah kembali aman, aku sambung tidurku tetapi pada masa ini, tubuhku sudah kembali dipakukan dikatil dengan sendirinya. Aku rasakan seakan-akan sesuatu seperti selimut bergerak dari arah hujung kakiku dengan perlahan-lahan sehinggalah berhenti dibahagian leherku. Oleh kerana keadaan bilik yang tidak terlalu gelap, aku tidak nampak apapun yang menjalar diatas badanku. Apakah aku diselimutkan dengan selimut halimunan??? Aku terlena dengan sendirinya selepas itu, dan gegaran katil telah mengakibatkan aku tersedar kembali. Masih dalam keadaan terpaku, aku hanya boleh menoleh kekiri dan kekanan sahaja. Semasa menoleh kekiri katilku, ada bayangan 'seseorang' sedang tidur disebelahku dengan berpakaian serba putih.

Oleh kerana keadaan terpaku, aku tidak dapat untuk berbuat apa-apa walaupun ketakutan yang teramat sangat ketika juraian kainnya sudah sampai dikepalaku. Juaraian kain tersebut beberapa kali berlegar-legar terkena muka dan rambutku. Dalam hatiku berkata - bergurau pulak benda ni. Habis semua ayat-ayat suci aku baca dalam keadaan tunggang terbalik akibat ketakutan. Selepas muka dan rambutku menjadi mangsaanya, aku seakan-akan khayal dan tidak boleh mengingati apa-apa yang terjadi sehiggalah pada subuh keesokkan harinya. Itupun setelah dikejutkan oleh nenekku.

Nenekku agak lama memerhatikanku sebelum aku berjaya bangun akibat lenguh-lenguh badan. Setelah selesai solat subuh, nenekku memberikan aku air yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci. Mengikut cerita nenekku, dia seakan-akan ternampak banyangan sesuatu pada diri aku. Nenekku kata mungkin benda tersebut "merindui" aku kerana sudah lama tidak bergurau senda. Lagipun benda tersebut hanyalah megusik aku, tapi tidak meresap dan memasuki tubuhku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2010 02:13 PM | Show all posts
scary nye cte TT...want more....ini baru btol2 angker...tp, berani plk TT siap nak jenguk2 lg tgk..k ...
asamfy87 Post at 5-11-2010 15:18



    berani sebab berteman. Cuba seorang, kecut perut gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2010 02:16 PM | Show all posts
Reply  rayyanrafael

wahh rayyan..bestnya cerita u...terasa membaca novel dan terasa dir ...
dewi_anastasia Post at 9-11-2010 16:20



    Masa kejadian pertama berumur lebih kurang 15 tahun. Kejadian pada tahun 1997
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 02:17 PM | Show all posts
Masa kejadian pertama berumur lebih kurang 15 tahun. Kejadian pada tahun 1997
rayyanrafael Post at 11-11-2010 02:16 PM



wah..dah ada cerita ke6....tks rayyan..i akan mengikuti cerita u..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.169360 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list