Syed Sheikh Al Attas Presiden SEJAGAT Malaysia pejuang Palestin ditahan khalwat
Farrel Farzan August 1, 2024 2 min read
Selepas NGO Aman Palestin ditangkap dan didakwa menyelewng dana Palestin kini sebuah lagi NGO yang lantang memperjuang Palestin, presidennya ditangkap atas kesalahan kesalahan khalwat.
Syed Sheikh Al Attas Presiden SEJAGAT Malaysia ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semalam kerana berkhalwat selepas berdua-duaan dengan seorang wanita di bilik hotel di ibu negara.
Syed Sheikh Al Attas yang sudah berkahwin dan mempunyai anak sebagai Presiden SEJAGAT aktif mengutip derma bagi mengisi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam ke lapan tahun lalu malah baru-baru terlibat dalam demo Palestin. Beliau merupakan salah seorang 15 pemimpin NGO yang dipanggil polis memberi keterangan menganjurkan Piket Kepung Demi Palestin
“Dia ditahan sepasukan pegawai Jawi ketika sedang berdua-duaan dengan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.
“Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama dilihat terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, sebelum lelaki tiba kira-kira 2 petang.
“Pasukan penguat kuasa Jawi pula masuk membuat pemeriksaan di bilik terbabit pada 4.45 petang,” katanya kepada media
Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dan memberikan alasan bertemu wanita itu untuk memberi barang kepadanya.
Bagaimanapun, cubaannya gagal dan ditahan pegawai Jawi.
“Lelaki terbabit pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah.
“Lelaki itu juga merupakan antara individu yang lantang bersuara di media sosial dan media massa berhubung isu peperangan Palestin-Israel,” kata pegawai Jawi
Semakan di laman sosial menunjukkan Syed Sheikh Al Attas sebagai Presiden SEJAGAT Malaysia aktif memperjuang isu Palestin. Beliau juga sering dilihat bersama peguam Aman Palestin yang pemimpinnya didakwa rasuah dan salahguna kuasa baru-baru ini.
Tangkapan khalwat ini pastinya sesuatu yang sangat memalukan NGO yang berjuang untuk Islam dan Palestin. NGO Aman Palestin pencuri wang derma dan NGO Sejagat pula bosnya kaki perempuan dan khalwat!
Artikel berkaitan
Tags: Sejagat Malaysia
Continue Reading
Previous: Bekas pengurus kewangan IBR Asia Group didakwa pecah amanah lebih RM600,000
Next: Belum terima laporan XFOX, Beku akaun rampas aset bawah BNM dan NFCC
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Syed Sheikh Al-Attas Syed Hassan (centre) said Sekretariat Solidariti Palestin had been informed there would be no issue obtaining DBKL’s approval for the rally on March 2.
Post time 4-8-2024 10:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Patutnya bila sana sini ckp pasal agama pasal kesengsaraan hidup rakyat Palestine makin herlok le perangai. Ni mcm permain agama & tak de perasaan takut langsung dgn kuasa Allah