|
All About Aaron Aziz - enggan mengacara secara live pg.69
[Copy link]
|
|
Ops sambung benang...x pe arr ai suka jer janji Aaron Aziz...dpt gak cuci mata..tenang hati tengok gambar2 dia..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
harus heksaited !
jingga007 Post at 11-9-2011 21:37 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
rindu mek jing...;) |
|
|
|
|
|
|
|
nora elena dah abis...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tiada lagi seth tan...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yg dh beli mingguan wanita cer tepek sket gambar cover![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
credit to mingguan wanita
Kegembiraan Keluarga Jadi Keutamaan - Aaron Aziz
Bukan mudah untuk mengatur temu janji dengan pelakon kacak, Aaron Aziz yang semakin menyinar bintangnya. Jadualnya seringkali penuh. Namun Mingguan Wanita bertuah kerana akhirnya Aaron Aziz menyatakan persetujuan untuk menjadi penghias kulit hadapan Mingguan Wanita bersama isteri dan tiga cahaya mata, sekaligus memenuhi impian peminat setianya yang terdiri daripada kalangan pembaca MW.
Kemeriahan jelas terasa biarpun sesi fotografi berlangsung pada waktu malam. Malah, ia bertambah ceria dan menjadi gamat melihatkan keletah Danish Anaqi, 7, Dwi Ariana, 5 dan Dahlia Arissa, 1 tahun 4 bulan yang bukan sahaja comel dan petah berbicara tetapi juga mudah mesra.
Aaron Mustapha Aziz tampil segak berbaju Melayu rona biru firus, bergandingan sedondon dengan isteri yang dikahwininya pada 3 Ogos 2003, Diyana Halik, 29 tahun. Kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Menyambut Aidilfi tri di tempat asal mereka iaitu di Kota Singa, Aaron Aziz sekeluarga tidak bercuti panjang memandang kan dia mempunyai komitmen terhadap kerjayanya.
“Kebiasaannya saya berehat di bulan Ramadan, tetapi memandangkan Julai lalu saya telah bercuti untuk menunai kan umrah, saya perlu bekerja keras sebelum berhari raya. Cuti Aidilfi tri juga tidak lama, iaitu sekadar tiga hari sahaja kerana selepas itu saya sibuk di lokasi penggambaran.
“Berhari raya di Singapura tidaklah begitu meriah seperti di sini. Lagi pula kami sekeluarga menginap di hotel ketika di sana memandangkan saya telah menjual aset saya di Singapura kerana telah bermastautin di Malaysia.
“ Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Diyana paling sibuk kerana perlu menye diakan persiapan di dua tempat, Kuala Lumpur dan Singapura. Namun pada tahun ini tugasnya berkurangan kerana hanya perlu melakukan persediaan hari raya di Kuala Lumpur sahaja. Selain itu, Diyana jugalah yang menyediakan pakaian yang dipakai di hari raya. Tahun ini, kami sekeluarga bergaya dengan warna oren kerana jika diharapkan kepada saya, pilihannya tidak lain tidak bukan tentulah biru atau hitam. Pastinya membosankan.”
“Walaupun menginap di hotel, saya tetap mengunjungi rumah ibu bapa saya kerana masakan ibu seperti kuah lodeh dan rendang daging sudah menjadi kewajipan untuk dinikmati pada pagi raya. Kemudian, barulah kami ke rumah keluarga Diyana. Memandangkan hari raya adalah masa untuk saya bercuti daripada lakonan, saya mengisi masa sepenuhnya untuk bersama keluarga di hari raya pertama.
“Sementara di Syawal kedua, kami mengunjungi keluarga ter dekat yang tinggal di kawasan berhampiran. Cuma pada hari raya ketiga, jika berkesempatan barulah saya bertemu dengan rakan-rakan kerana pada malam itu, saya perlu kembali ke Kuala Lumpur,” katanya yang memperuntukan duit raya sebanyak 5,000 Dolar Singapura pada tahun ini.
Bercerita mengenai kelaziman yang dilakukan pada bulan mulia ini, Aaron Aziz tidak pernah melupakan insan yang tidak bernasib baik. Ujarnya, men jadi tanggungjawab kepadanya yang berkemampuan untuk memberi zakat.
“Sudah menjadi tradisi saya dan Diyana ke rumah anak-anak yatim Darul Ma’wwah di Singapura. Di sana, Diyana mesti bertemu dengan pasangan kembar tiga yang kami kenali semenjak mereka berusia lapan tahun lagi yang kini telahpun bela san tahun.
“Apabila bertemu anak-anak yatim ini, melihatkan wajah ceria mereka membuatkan saya berasa gembira dan bahagia. Dalam aktiviti seperti ini, saya turut melibatkan anak-anak saya agar mereka memahami kehidupan tanpa ibu bapa,” katanya yang gemarkan biskut Cornflakes Madu dan Nuttela Cake hasil air tangan isterinya.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Stanza Cinta juga berhasrat untuk mengadakan majlis rumah terbuka bagi memeriahkan sambutan hari raya. Bagaimana pun ia bergantung kepada jadual lakonannya.
“Jika berkesempatan, memang saya bercadang untuk mengadakan rumah terbuka, tetapi bimbang tidak dapat dilaksanakan kerana kesibukan meman dangkan saya mula menjalani peng gam baran pada hari raya kelima.
“Dalam masa yang sama juga, kelab peminat Aaron Aziz juga bercadang hendak mengadakan satu majlis bagi melancarkan kelab ini. Mungkin jika dilaksanakan, ia boleh disatukan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan di lokasi yang sesuai. Jika tidak sempat mengadakan rumah terbuka juga, saya cuba untuk meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah rakan-rakan di sini,” ujarnya.
Kosongkan Jadual Demi Anak-anak
Dalam kesibukannya membina karier sebagai selebriti, teraju utama teater Badai Semalam ini tidak sesekali mengabaikan keluarga. Malah, riak wajahnya jujur melihatkan dia sebagai seorang bapa yang begitu penyayang menyebabkan ketiga-tiga anaknya amat manja dengannya.
“Saya beruntung kerana mempunyai isteri seperti Diyana. Dia bukan sahaja pasangan hidup saya tetapi juga ibu kepada anak-anak saya, pengurus, konsultan dan segala-galanya kepada saya. Dia jugalah tempat saya mengadu dan memberi motivasi. Bagi saya, Diyana adalah seorang wanita yang kuat kerana jika saya perlukan rehat, saya hanya perlu katakan pada nya tetapi Diyana sendiri tidak pernah berehat daripada tugas-tugasnya sebagai isteri dan ibu.
“Mengenai anak-anak pula, saya sentiasa mahu meluangkan masa untuk bersama mereka. Apa bila berada di rumah, pelbagai aktiviti yang kami lakukan seperti bermain ‘games’, melukis dan menyiapkan tugasan sekolah. Adakalanya mereka sendiri yang merencanakan aktiviti yang mahu dilakukan dan saya mengikuti sahaja.
“Jika mereka ada persembahan di sekolah, saya akan mengosongkan jadual daripada aktiviti seni untuk menonton persembahan anak-anak. Saya tidak mahu terlepas kerana merasakan ia satu kerugian kepada saya. Waktu persekolahan adalah separuh daripada proses pembesaran mereka yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Saya enggan anak-anak merasa kecewa setelah penat menjalani latihan tetapi tidak mendapat sokongan ibu bapa.
“Dekatnya anak-anak dengan saya menyebabkan saya tidak boleh berenggang lama dengan mereka. Jika seminggu saya tinggalkan mereka, ada baiknya saya tidak berhubung langsung kerana apabila mendengar sahaja suara anak-anak, ‘mood’ saya akan hilang dan semua yang hendak dilakukan tidak menjadi.
“Malah kerap terjadi, selepas tiga hari tidak dapat menahan rindu dengan anak-anak, Diyana belikan tiket kapal terbang agar mereka datang ke lokasi penggambaran. Secara tidak langsung juga saya mendedahkan mereka dengan kerjaya saya sebagai anak seni dan mereka memahami selok-belok dunia lakonan.
“Dengan pendedahan seperti ini, mungkin ada berpendapat ia satu cara membawa anak-anak saya untuk turut terlibat dalam bidang seni tetapi sebagai bapa, saya tidak menghalang namun tidak juga menggalakkan mereka untuk menjadi artis. Apa yang mereka ingin lakukan, mereka hanya perlu lakukan kerana saya mahu mereka melalui sendiri pengalaman itu.
“Namun sudah tentulah seperti ibu bapa yang lain mahukan anak-anak menjadi doktor dan kerjaya hebat yang lain. Seperti Diyana, dia telah menetapkan Danish menjadi seorang arkeologis manakala Dwi bergelar doktor tetapi bagi saya, terpulang kepada mereka,” tuturnya yang sanggup membuat pelaburan besar demi pendidikan anak-anaknya.
Semata-mata Mahu Mencari Rezeki
Biarpun sudah lama bertapak di Malaysia, nama Aaron Aziz terus meniti di bibir para pengikut dan bertambah kelompok peminatnya dengan watak Seth Tan yang dipegangnya dalam drama Nora Elena. Umpama satu fenonema, Aaron Aziz meletakkan kembali namanya di antara pelakon yang berjaya meninggalkan kesan di hati peminat, biarpun umum mengetahui status yang tidak pernah sesekali disorokkan.
“Saya datang ke Malaysia bukan untuk mencari popular. Allah swt sahaja tahu niat saya. Bagi saya, jika lakonan menyebabkan saya popular, begitulah kehendak dan ganjaranNya. Dalam pada itu, saya tidak pernah menyembunyikan status saya ketika melangkah masuk ke dalam industri di Malaysia. Semua peminat dunia hiburan mengetahui saya telah berkahwin dan mempunyai anak. Sama ada peminat menerima saya atau tidak, saya berserah dan teruskan bekerja kerana niat saya adalah untuk mencari rezeki,” ujarnya yang juga merupakan duta L’oreal Men.
![](http://i1122.photobucket.com/albums/l540/nanacomel97/cvr_mw.jpg)
![](http://i1122.photobucket.com/albums/l540/nanacomel97/md1.jpg)
![](http://i1122.photobucket.com/albums/l540/nanacomel97/md2.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
eiii geram nya tgk dahlia ni pipi dia mmg wajib di cubit klu jumpa ni ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya beruntung kerana mempunyai isteri seperti Diyana. Dia bukan sahaja pasangan hidup saya tetapi juga ibu kepada anak-anak saya, pengurus, konsultan dan segala-galanya kepada saya. Dia jugalah tempat saya mengadu dan memberi motivasi. Bagi saya, Diyana adalah seorang wanita yang kuat kerana jika saya perlukan rehat, saya hanya perlu katakan pada nya tetapi Diyana sendiri tidak pernah berehat daripada tugas-tugasnya sebagai isteri dan ibu.
semoga bahagia hingga ke akhir hayat...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i1122.photobucket.com/albums/l540/nanacomel97/md1.jpg)
hepi famili...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 119# mawarputih2612
tgk scene ni berkali2 dari dulu dok terpk2...i'cant i'cant tp peluk jugak si aaron tu..motip xlari terus? hehehe...but oleh kerana itu missfazura yg cantik jelita...aku redha jer..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
[img ][/img] |
|
|
|
|
|
|
|
eiii geram nya tgk dahlia ni pipi dia mmg wajib di cubit klu jumpa ni
jingga007 Post at 12-9-2011 17:20 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
tembam kn? cam nk cubit2 bapak dia hahaha ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa uolss , malam ni Jiwa & Lara PKL 10.30 MLM DI tv3 , Aaron Aziz jadi Zaman , watak jahat katanya ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Ai mmg tgk dkt tonton aje nnt ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
larat ke tak pulang ke singapura selama 5 tahun? if anything happen ke?
bang harun, mungkin u mudah jadi warganegara...my auntie sampai dah xde urusan nak jadi warganegara malaysia x selesai... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 136# aireen24
dik aireeennn!! rindu meh sama kamu ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mesmerize at 15-9-2011 16:37
Reply 138# jingga007
eh hello u ols yang gigih menyuruh dia yang wish bagai.. tu pasal dia buat ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ini buktinya
@
@Aaron535Aziz sila wish saya yg tgh sakit mata ini -.- okbye
32 minutes ago Favorite Retweet Reply
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|