ni ada satu lagi story moory...mesti korang ingat aku ni banyak sangat cite hantukan...mcam direka2 lak.. Tak! sebenarnya sebab aku start join masuk hutan dan mula kenal dunia camping masa aku darjah 4 join pengankap sekolah..sampai laaa tahun 2007..masa tu dah macam2 dah...benda ya ng aku lalui,ada suka duka dan macam2 dugaan.. Ni ada satu cite masa aku gi Sg Pisang,mesti ada yang dah pernah sampai kat Sg pisangkan..ala kat Gombak batu 12 tu,untuk kesana ada dua option,samaada nak lalu highway atau lalu terowong, masa tu aku pegi tahun 1997,lama dah tapi aku ingat sebab tempat tu baru Sangat dan tak ramai yang tau..hutan,semak,dan trek dia pun tak berapa clear lagi,dalam tu ada air terjun dan kem site pun belum ditebus guna... Kami gi masa tu hari isnin,cuti sekolah,naik bas dari chow-kit no bas 174 Leng Seng,berhenti di hentian terakhir batu 11 gombak,dekat Kg Orang Asli.pastu menapak masuk kedalam,jauh gak leee...lalu alang sedayu Resort ngan ada 1 lagi resort apa tah nama dia,lupa dah aku.. Kami gi 5 orang jee..semua satu kepala,lalu ikut terowong,gelap oooo terowong tu,tapi lagi selamat dari nak lintas higway genting sempah tu...keta banyak...mulanya kami tercari-cari mana laluan masuk ke air terjun tu..sudahnya buat trek sendiri..baru 50 meter menapak,jumpa trekkk sikit,kami pun follow je trekkk tu, Allhamdullilah sampai ke kem site,masa tu dalam kul 2 lebih kami naikkan 2 khemah,masa tu kami jee ada,orang lain memang xde,yelaaa mayb tempat baru orang tak tau lagi..disebabkan tempat baru,disekeliling khemah kami tabor belerang untuk menjauhkan binatang berbisa,pastu buat centri safety dengan menggantung raut2 buluh,bagi menghasilkan bunyi sekiranya dilanggar.. Petang berlalu dengan selamat,selepas solat maghrib tu,kami dok makan bawah kanvas,sambil berborak-borak..tapi malam tu berangin jee..pokok bergoyang biasa..dalam kul 9.00 tu,aku kalau gi camping aku suka set jam,kalau rasa tak sedap hati ke aku akan tengok jam,korang jangan Tanya kenapa memang habit aku camtu,even sampai sekarang pun... Dan kem fire nyala dengan api yang marak..sebab angin tiup.. Kami dah mula rasa tak sedap,sorang member aku cakap “nak hujan ni”semua tengok langit memang gelap Sangat Bintang xde... Tiba2..angin makin kuat bersama hujan...adoiiii..dah turun dah...apa lagi semua kelang kabut masuk khemah..aku masuk khemah bertiga,2 orang lagi member aku masuk satu lagi khemah...hujan ni bukannya lebat tau tapi macam gerimis2 jee..angin je kuat.. Masa tu semua diam jee..tiba2..dari bayang2 luar khemah reflex dari unggun api ada benda terbang2 keliling khemah..kami bertiga dah cuak gilaa..pastu dengan dengan bunyi macam orang baling2 kayu yang kami buat bakar unggun api.. Serentak dengan tu jugak member aku yang 2 orang dari khemah sebelah berterabur lari masuk khemah kami..dengan muka dua2 pucat,aku Tanya “kenapa ko”dia cakap “Pontianak wei,Pontianak”..apa lagi masing2 terdiam,pastu makhluk tu kami tau ada lagi kat luar tu berlegar-legar sebab bunyi dia ada,dan member aku cakap masa dia nak masuk lari
khemah kami,benda tu pandang jee diorang..mata merah,rambut panjang..duk bertenggek atas pokok depan khemah kami.. Lama gak laaa..situasi tu..sudahnya masa tu sampai dekat kul 11.00 lebih semua duk dalam khemah jee...hujan dah reda..angin pun xde..tiba2 bunyi anjing menyalak pulak..aku Tanya laaa..”mana dating lak anjing nii..” Member aku jawab nak sedapkan hati”anjing hutan nii..tak pun Orang asli punya”lagi pun memang ada Kg Orang Asli sepanjang jalan ni..tapi kenapa dia menyalak..semua dia..sebab semua tau apa jawapan dia..tiba raut2 buluh berbunyi..bunyi macam orang saja jeee langar,raut buluh tu keliling khemah,sekeliling tu bunyi..macam orang tekan piano berturutan...apa lagi
semua bertambah takut.. N then member aku yang sorang nii.bagi cadangan nak kuar malam tu jugak tengok jam kat kul 12.00,dia cakap kita pack,tapi semua kena buat secepat mungkin..semua setuju.. mula pack barang sendiri,khemah aku dulu,pastu 5 5 gi khemah sebelah lak,pack barang member aku lak..lepas semua settle pack..kami takbir Allahhuakhbar..semua keluar bukak khemah,lipat ala kadar jee..aku rasa masa tu itu catatan terbaik aku lipat khemah,2 khemah tak sampai 5 minit dengan 5 tenaga kerja..hehehehe. . pastu ikat tali kat pinggan masing2..jalan serentak..berbaris..sebenarnya bukan jalan, lari anak..tujuan ikat tali tu supaya xde yang tertinggal ke,jatuh ke dan tak terpisah,aku depan sekali dengan lampu eveready yang besar tu...ngan parang satu kat tangan.. korang tau masa nak kuar tu,kami tak pandang langsung kiri kanan sebab kami rasa ada benda ikut kami..dengan tepi semak macam ada binatang..sambil berlari anak tu,sambil baca ayat kursi ramai2.. kami selamat sampai tepi highway..so decide lintas higway,lagi pun keta tak banyak tengah malam,takkan nak ikut terowong memalam ni..gelap,tah apa lak yang ada kat dalam tu.. Pastu kami lalu kat titi empangan untuk cross ke resort tu balik,tengok air sungai naik,kesan dari pada hujan tadi alamakkkk....camne nak lintas...tak bole nak lintas merbahaya... So kami decide bermalam kat tepi highway..sebelah devider atas rumput..pasang khemah... Semua terlelap gak malam tu...sedar2..peronda metramad singgah,diorang kejutkan kami,sebab abg peronda tu pelik khemah apa tepi highway..masa tu dah pukul 9 lebih..so bangun basuh muka gosok gigi,air sungai pun dah kembali normal..so kami bole lintas.. Masa menapak nak naik bas,semua cite apa yang jadi malam tu,fikir balik syok gak benda2 camni..pengalamankan...tapi sekarang Sg pisang dah ramai orang masuk,dan jadi salah satu tempat jungle trekking untuk penguna resort kat luar tu... Tapi kalau tak silap aku tahun 2001 ada satu kes pembunuhan di tapak kem site sungai pisang,dimana polis menemui mayat separuh rentung dan kesan tikaman,kalau tak silap aku lama gak tempat tu kena seal..... Tu Sg Pisang...memang menakutkan...lagi pun Disebalik bukit sungai pisang tu adalah pertembungan Ulu yamkan... |