CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: generalsoap

Farid Kamil ♥ Diana Danielle - pregnancy test yesssza pg 50

   Close [Copy link]
Post time 4-9-2012 11:06 AM | Show all posts
mereka pun dh selamat bertunang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2012 11:07 AM | Show all posts
tahniah!!xde gmbr ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:20 AM | Show all posts
F685 posted on 4-9-2012 09:19 AM
Tahniah dah selamat bertunang semalam ... kahwin dalam tempoh setahun

yer ker???
Semoga tak jadi kahwin
(motif aku taknak dorang berkapelkan)
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:35 AM | Show all posts
                                                                                                                                                                                                                                                                                              
        Farid Kamil & Diana Danielle Bertunang                Oleh: Editorial MH
        Tarikh:         4 September 2012        

                                Tahniah MH Online ucapkan kepada pasangan selebriti popular, Diana Danielle dan Farid Kamil yang telah mengikat tali pertunangan di kediaman aktres itu di Damansara pada Ahad lalu.
        Memetik laporan akhbar Berita Harian, pada majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang, Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.

        "Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia.

        "Harap-harap pertunangan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik," ujar ibu Diana, Norsiah Ramli yang sudahpun merancang majlis ini sejak sebulan yang lalu.

        Dalam majlis itu, Diana yang mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dan dirias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.

        Difahamkan, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.
               

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:38 AM | Show all posts
Tak nampak gambo...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:40 AM | Show all posts
cikgu_murni posted on 4-9-2012 11:38 AM
Tak nampak gambo...

mana der gambo...gambo derang tampal2 jeh..bukan gambo tunang..aku amik sini..

http://mediahiburan.karangkraf.c ... e-bertunang-1.81718

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2012 11:42 AM | Show all posts
tahniah...  semoga kekal selamanya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:51 AM | Show all posts
Tahniah Diana Danielle dan Farid Kamil ,
Berhati-hati dalam pertunangan ni, Darah muda, jiwa pun manis..
banyak godaan... jangan kontroversi lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2012 11:51 AM | Show all posts
walaupun FK ni serabut tapi aku tatau nape aku suka couple ni..
may be sebab tak terlalu show off relationship diaorg..
yg bagusnya diaorg tak nafikan..mengakui ada relationship tapi amat jarang kita tengok duaorg ni jadi cover majalah ke..paper ke..majlis apa2 ke..tak macam kebanyakkan selebriti..
lagipun pernah baca kat mana tah yg DD kata kalau boleh diaorg nak elakkan dari selalu nampak berdua..elakkan gossip yg tak sepatutnya tu pasal kalau mana2 anugerah or function even dua2 hadir tapi akan bawak diri masing2..good la..
and tahniah jugak di atas engagement diaorg..hope nanti DD akan jaga penampilan FK supaya lebih kemas ye...

*tertunggu gak pic majlis bertunang diaorg
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:52 AM | Show all posts
cikgu_murni posted on 4-9-2012 11:20 AM
yer ker???
Semoga tak jadi kahwin
(motif aku taknak dorang berkapelkan)

doakan je la dorang jadik kawin
family DD ni cam misteri & pelik sikit , mummy dia pun katanya tengah berubat
harap bertabah la kalau ada apa2 problem di kemudian hari
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:52 AM | Show all posts
cikgu_murni posted on 4-9-2012 11:20 AM
yer ker???
Semoga tak jadi kahwin
(motif aku taknak dorang berkapelkan)

khen, semoga x jadi kawen


sesia lawo gilos camni dapat kat fk, cariklah yg menjamin masa depan sket, harap diana fikir masak2
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:55 AM | Show all posts
tahniah ler
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:57 AM | Show all posts
Sudah Bertunang, Diana Danielle & Farid Kahwin Setahun Lagi



PETALING JAYA: Pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil telah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu di kediaman aktres itu di Damansara, di sini selepas menyulam cinta selama tiga tahun.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang dimana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' oleh lelaki itu.

Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia.



"Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik," katanya.

Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu.

"Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana.

"Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.

Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.

Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.

Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan.



Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:59 AM | Show all posts
tahniah....moga berkekalan hingga akhir hayat...aminn...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 12:02 PM | Show all posts
F685 posted on 4-9-2012 11:52 AM
doakan je la dorang jadik kawin
family DD ni cam misteri & pelik sikit , mummy dia pun katanya t ...

apekah misteri dan kepelikan family DD neh? sesuatu sungguh.

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 12:02 PM | Show all posts
nape aku x sukee deme niee.....x sesuaiii...uuwaaaaa....
eh pepon tahniah lerr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2012 12:12 PM | Show all posts
aku suka diana..lawa..farid handsome
mcm yusry-lisa
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 12:13 PM | Show all posts
wah, dah bertunang pun... tahniah kpd mereka !
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 12:22 PM | Show all posts
happy 4 them....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 12:48 PM | Show all posts
tahniah.. moga ikatan pertunangan berakhir hingga ke ikatan pernikahan.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.159158 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list