CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

"Nora pun sukakan Abang Anuar..." pg6

[Copy link]
Post time 21-11-2012 10:08 AM | Show all posts
wahhh...aq restu....AZ~ ND......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 10:18 AM | Show all posts
cepheid posted on 20-11-2012 08:16 PM
hi, mcm ku kenal je orng dlm gambar tu..

oklah tu dengan nuar zen.. hensem sikit dari jejai  ...

mcm kenai ek kat mane ye...,,,,,,,,,hensem sikit dari jejai (sian jejai)
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 10:47 AM | Show all posts
kalau ade jdoh xkemana..tp xde org lain ke nk minat..hampun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 06:15 PM | Show all posts
tgk kat Twitter nd ada pic yg sgt sweet dgn az...
iols doakan moga berjodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 06:39 PM | Show all posts


biar betul...cam tak caya je

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 06:51 PM | Show all posts
sape rajin tepek insta nora..ade pic nora n anuar...cute together..x sabar nak tunggu sequel vc nih - sempurnakan aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2012 07:06 PM | Show all posts
sepadan sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 12:29 AM | Show all posts
shonen posted on 21-11-2012 06:15 PM
tgk kat Twitter nd ada pic yg sgt sweet dgn az...
iols doakan moga berjodoh..

nokss tempekler kat sini.. iolls ni ngakk pandai nk bertwiter bagai. nak gak nengoknyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2012 12:42 AM | Show all posts
kenape video ni ade mcm batman pulak eh dato razali jadi alfred
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 12:46 AM | Show all posts
gambar yg ni ke



Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 12:49 AM | Show all posts
Geli plak aku tgk mereka berdua ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 12:53 AM | Show all posts
tgk insta nora ni banyak gak gambar snap sndr..mcm cam whore la pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 06:52 AM | Show all posts
Konsert khas untuk peminat
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]




BUKAN mudah untuk mendengar Anuar Zain berbicara soal wanita. Siapa wanita yang pernah singgah mahupun sedang bertakhta di hatinya? Ia tersemat rapi sebagai rahsia peribadi.

Ibaratnya, Anuar dan hal peribadinya umpama sebuah kubu yang tak bisa ditembusi. Mengejutkan pula pada saat melancarkan video muzik Ajari Aku yang berlangsung di White Box, Publica, Solaris Dutamas, Isnin lalu, penyanyi kacak itu membuat pengakuan yang dia menyukai pelakon Nora Danish.

“Nora Danish ada ciri wanita yang saya suka. Kalau saya ada teman wanita, saya mahukan rupanya seperti dia. Sikap Nora juga menyenangkan. Dia feminin, lembut dan manja. ‘Really Beautiful’... sangat cantik,” akui Anuar.

Nora, bintang filem Aku Terima Nikahnya muncul sebagai pasangan Anuar dalam video muzik Ajari Aku yang turut dibintangi pelakon veteran handalan, Datuk Rahim Razali.

“Pemilihan Nora memang bertepatan bagi membawakan watak sebagai isteri saya dalam video muzik ini. Di sebalik semua itu, perkara paling utama saya memilih Nora kerana dia seorang aktres yang bagus dan mampu menghayati wataknya dengan berkesan. Apabila babak kita berdua, saya boleh rasa meremang bulu roma.

“Dengan adanya pelakon hebat seperti Nora dan Datuk Rahim Razali, urusan kerja jadi mudah dan saya sendiri banyak mendapat bimbingan serta tunjuk ajar daripada mereka kerana saya bukannya seorang aktor,” kata Anuar.

Sengaja menduga hati, penulis sempat bertanya pada kesempatan bekerjasama dengan Nora yang memiliki segala ciri dimahukan, tambahan pula kedua-duanya solo, apakah dia tidak cuba melanjutkan hubungan mereka sehingga ke luar lokasi penggambaran?

Anuar menjawab, mereka berhubungan atas dasar profesional.

Penyanyi Sedetik Lebih itu juga menafikan khabar angin, kononnya dia dan Nora pernah keluar bersama beberapa kali.

“Dia hanya menjadi kekasih saya ketika kami beraksi di hadapan kamera saja. Di set penggambaran pun, kami hanya cakap hai, bertanya khabar dan sekali sekala berbual. Itupun soal kerja.

“Selesai tugas masing-masing, kami terus dengan kehidupan sendiri. Ia tidak berlanjutan atau keluar seperti disangka. Saat ini saya belum ada masa untuk fikir soal cinta. Saya senang bercinta dengan karier saya,” katanya.

Walau bagaimanapun, Anuar tidak menolak ketentuan takdir andai suatu hari mereka bercinta, dia menerima Nora tanpa mempersoal�kan statusnya.


Komen balas Nora Danish

SEBELAH malam hari yang sama, Nora ditemui pada majlis penutup tirai pementasan Tun Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, dimaklumkan mengenai pujian Anuar terhadapnya.

“Betul ke ni? Ke nak tipu Nora sebenarnya. Kalau benarlah cakap Abang Anuar, terima kasih. Nora pun sukakan Abang Anuar dan sudah lama minat dia. Apapun, pengalaman bekerjasama dengannya untuk video muzik Ajari Aku dan Sempurnakan Aku, satu pengalaman yang berharga,” katanya.

Ditanya lagi, jika mereka ditakdirkan jatuh cinta, de�ngan senyuman lembut, Nora berseloroh, “Saya nak...”

Berbalik kepada pembikinan Ajari Aku, Anuar dan pengarah video muzik itu, Ghaz Abu Bakar bekerjasama secara rapat khususnya dalam cetusan idea. Ghaz nyata amat berbesar hati apabila Anuar memilihnya untuk bekerjasama.

“Video muzik pertama Anuar yang saya buat dulu adalah Sesucinya Cintamu dan ia juga adalah video muzik pertama yang saya arahkan. Ketika itu saya masih menuntut di Multimedia University (MMU). Untuk projek tahun akhir di kolej berkenaan, saya sekali lagi mengambil lagu Anuar sebagai testimoni saya.

“Kembali pada Ajari Aku, untuk video muzik ini, kami bekerjasama secara erat.
Anuar banyak memberikan ‘input’ untuk video muzik ini khususnya dari segi jalan cerita termasuk memutuskan barisan pelakonnya. Sebagai pengarah, saya menerima idea Anuar kerana dia yang memberikan ‘feel’ untuk lagu ini dan pastinya dia mempu�nyai visual tersendiri.

“Video muzik ini mempu�nyai sambungan untuk single seterusnya berjudul Sempurnakan Aku yang memuatkan lebih banyak ‘twist’ dan babak Anuar menjaga Nora,” kata Ghaz.


Konsert besar 16 Februari 2013

APABILA pengacara majlis memaklumkan kepada pihak media ada kejutan ingin diumumkan, ramai yang berdebar menyangkakan ia adalah pengumuman per�kahwinan.
Namun apabila pentas diserahkan kepada Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Loan Cheong, seakan-akan sudah boleh mengagak ia pasti berkaitan soal pelaksanaan konsert.

Bagai dijangka, Anuar menerusi kalender seninya pada 2013 merencanakan konsert solo mega, Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta & Sanubari.

Memilih tarikh 16 Februari 2013 iaitu sehari selepas sambutan ulang tahun ke-43, konsert seumpama itu adalah yang pertama oleh Anuar selepas 30 tahun berada dalam industri seni muzik tempatan.

Melaluinya, Anuar mahu mempamerkan sesuatu yang berbeza yang belum pernah dilihat ribuan peminatnya sebelum ini. Pendek kata, Anuar mahu menjadikan persembahan malam itu nanti malam yang penuh bersejarah, intim dan dikenang sebagai yang terbaik darinya.

“Sudah lama saya bersedia untuk mengadakan konsert bagi meraikan peminat setia yang sentiasa menyokong saya dari dulu lagi. Namun apa yang mengekang hasrat saya adalah masalah ketiadaan penganjur.

“Bagaimanapun, dengan adanya pihak Universal yang bersetuju menggerakkan konsert ini bersama Anuar Zain Network Sdn Bhd, ia bakal menjadi kenyataan.

Pada masa sama, kita terus mempergiatkan usaha mencari penaja yang sudi menyertai konsert ini.

“Sesuai sambutan 30 tahun saya dalam dunia seni, banyak perkara menarik akan diketengahkan dalam konsert ini. Antaranya, perubahan dari segi susunan muzik.

“Saya sudah menyenaraikan lagu yang mahu disampaikan nanti dan hampir semuanya adalah rangkaian hit saya khususnya dari 1998 hingga sekarang. Seperti yang umum tahu, saya mula menyanyi sedari awal usia sekitar 12 tahun.

“Justeru, pada konsert itu nanti, saya akan sertakan ‘footage’ dan gambar nostalgia. Selain itu, konsert ini juga akan menggunakan teknologi skrin LED,” katanya yang sudah mula mengambil pelbagai vitamin untuk penjagaan stamina dan kesihatan dalam menghadapi konsert berdurasi 2 jam itu.

Bagi peminat yang sudah lama menantikan saat ini, tiket konsert boleh ditempah bermula 12 Disember depan menerusi ejen tiket www.ticketcharge.com.my.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


credit: harian metro online
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 07:15 AM | Show all posts
ahkiluz posted on 22-11-2012 06:52 AM
Konsert khas untuk peminat
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

ha tu nora dah stuju..anuar bleh masuk line
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 07:30 AM | Show all posts
luve posted on 22-11-2012 12:46 AM
gambar yg ni ke

macam laki bini pulak nengok gayanya ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 08:00 AM | Show all posts
Inilah cara ND 'meleTOPkan' dirinya - tanpa segan silu ambil gambar manja lentuk dengan co-star..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2012 08:12 AM | Show all posts
gucci_advocate posted on 22-11-2012 07:00 AM
Inilah cara ND 'meleTOPkan' dirinya - tanpa segan silu ambil gambar manja lentuk dengan co-star..

komen ko mang terbaik

meliang liuk badan nora mcm ulat beluncas  
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 08:18 AM | Show all posts
suka suka
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 08:21 AM | Show all posts
ND lawa....dah body dia memang melentik....posing cam mana pun nampak lentok
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 08:22 AM | Show all posts
kahwin je lah, takde siapa yang marah. suke ada ler
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055998 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list