" Saya masih ingat sebelum menjalani penggambaran drama di Taiping, Perak, kami berbuka puasa bersama, malah Intan berbuka puasa dengan keluarga kami. Sebelum pergi kami berjanji mahu sehidup semati. Kami berjanji tidak akan berpisah, tapi minggu depan lain pula jadinya. Saya dapat rasakan Intan sedikit sudah mula berubah."
Ataupun..walaupun berjumpa dengan keluarga, si adli ni takde buka cerita apa langkah selanjutnya hubungan dia ngan Intan. Tak mention pasal nak kahwen ke apa. Just makan2 as family. Takde perbincangan ke arah perkahwinan ke contohnya. So, si Intan frust dan tak nampak hala tuju hubungan dia dan adli ke mana. So dia fikir sampai bila nak teruskan hubungan dia yang tak tahu bila nak nunggu si adli sebut pasal kahwen kan. Jadi, Intan frust dan terasa dirinya perlu "move on" dan berharap suatu masa nanti akan bertemu jodoh yang lebih baik.
Dan ketika itu, barulah adli terhegeh-hegeh kata yang dia nak lamar Intan apabila semuanya sudah terlambat..
Huhu...dah macam imaginasi novel lak daku ni ha andaiannya.
"Sayang semuanya sudah terlambat
Tak guna engkau kesalkan lagi
Sayang semuanya sudah terlambat
Anggaplah aku tiada lagi
Terlanjur luka biarlah hatiku terluka
Apa terjadi biarkanku tanggung sendiri"
- petikan lirik lagu penyanyi shidee"
|