|
takkan tak ada ek yg kat tempat receptionist
atau mmg kul 12 ke atas, tak ada org nak check in ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
nana, aku pun rasa cam tu gak
dn mungkin suami yg akak tu jumpa, yg tak friendly tu, mungkin jugak 'something2'
uihhh...seram
|
|
|
|
|
|
|
|
ataupn staff tu x friendly sbb dia ingat asben kak isaura bukan org sbb tu dia x bope nk layan. |
|
|
|
|
|
|
|
ya, kakak angkat pun dengar sama...itu yang dia 'seret' akak sampai tercampai selipar ke bawah
|
|
|
|
|
|
|
|
cer iznanaziz cerita kat sini....
sementara nak menunggu cerita selanjutnya dari akak....perhaps boleh juga share pengalaman masing-masing......
|
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi...banyak sebenarnya.....nak recall semula....
|
|
|
|
|
|
|
|
tq woddy....
pesanan akak pada yang dah rasa-rasa tak sedap badan, gerak hati dah kata 'something' not right...dengarlah gerak hati - pergilah check cecepat...jangan jadi macam kami yang ambil 'enteng' hal-hal macam ni. Bila dah sampai muntah darah, dah sampai busung, sampai macam-macam benda jumpa dalam rumah, anak dah menjerit-jerit tengah malam sebab kena kacau baru kelam kabut nak buat sesuatu, by that time dah bersarang-sarang dan bermaharajalela diorang ni.
Akak dah lama stop berubat sebenarnya, tapi sekarang symptom-symptom dah ada semula....memang stress sangat but life has to go on kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
akak pun rasa macam tu jugak mula-mula...but then bila fikir-fikir balik, sangatlah tak logic dalam keadaan lobby yang malap tu hanya ada seorang je staff kan?
Actually kami boleh dikatakan regular so manager and some of loyal staff memang kenal, so hubby cakap staff yang seorang ni payah sangat nak dapat kerjasama which didn't make sense.
Why? it is a 5 star resort yang menjadi resort kegemaran kami so dah sah-sah service pekerja tip-top. Tapi kali itu hampeh betul service staff nan sorang tu...tu pun hubby cakap dia tanya pun macam acuh tak acuh je - hubby sebenarnya dah tengking staff tu sebab tanya 10 kali, 1 je jawabnya
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba minta tolong dengan perawat2 di dalam ini....seperti hantu killer ker, coway daddy ker, banyak lagi la....sebagai ikhtiar kita...yang bagi kesembuhan allah...kita berusaha....
akak sambung lagi kak...citer akak mmg best la...hiihih...
|
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah woddy, akak memang kena ikthiarkan balik sebab melampau la pada akak. Kacau kami suami isteri ni satu hal, tapi bila dah kacau anak-anak memang melampau sangat!
Dulu sejak anak akak kena kacau tu, memang akak kerap jumpa perawat Islam/Ustaz....Dato' Harun Din pun akak dah jumpa. Dato' Harun Din pegang kepala akak lepas tu senyum-senyum je. Sebelum tu bukan main serious lagi Dato' rawat suami, tiba turn akak Dato' senyum-senyum simpul siap goyang-goyang kepala macam bapak tepuk-tepuk kepala anak je
Dato' Harun Din bagi daun bidara (akak agak je) untuk suami mandi di rumah. After consultation dari assistantnya....assistant Dato' bising jugaklah, dia tegur suami kenapa tak ikhtiarkan dari awal kena tetapi suami akak ni buat muka 'toye' je.
Sampai rumah tahu apa jadi? Daun bidara tu suami akak buang!
Geram betul akak waktu tu....akak confront suami, why buang daun bidara tu....dia buat muka seposen je.
Bila kita ada gangguan, of course seluruh rumah tertekan...tetapi bila pasangan kita taknak beri kerjasama, the pressure jadi tenfold! Ini juga salah satu tekanan yang akak hadapi sekarang
Sikit lagi akak cerita pasal pengalaman berikthiar dengan seorang ustaz...
|
|
|
|
|
|
|
|
meh saya kongsi citanya ya...
masa baru tiba kat resort ni, kami dapat resort yg hanya ada bilik2 la...ada la dlm 5 pintu.
so bilik saya ni tengah2. masa bukak pintu, pun dah rasa semacam.
tambah2 kat luar tu ada le sangkar bertutup. bila bukak, tengok mcm rupa monyet ada, tupai pun ada
tak tahu apa nama binatang tu, tapi muka lebih kepada monyet, mmg kecik la, duk dlm sangkar.
masa sampai tu, saya ckp la 'knp binatang ni ada kat sini? sapa punya?" takut la
tapi anak2 jiran kat bilik2 berdekatan, suka pulak bagi binatang tu makan betik la, apa la...
mlm tu ujan lebat sgt, sblm tu dlm kul 11 lebih kut, asben dan kwn2 kuar.
jadi tinggal saya dan anak2 dua orang.
yg berdua tu tido atas katil beso, saya tido atas katil satu. katil saya tu berdekatan dengan tingkap.
ujan lebat sgt, kat belakang resort tu byk pokok2. angin pun kuat
mlm tu tak leh tido, saya ambik buku crossword tu, buat2 supaya leh le terlelap.
yg dua anak tu dah lena.
sedo2 dlm 2 lebih, asben balik, dia suruh tido katil beso, tapi saya dah ngantuk sgt, malas nak bangun.
selepas tu la....
memula dgr byk ada bunyi buah jatuh 2 3 kali kuat juga la kat atas bumbung lepas tu jatuh ke depan umah/bilik.
buat tak tahu je la, mmg selubung dgn selimut, takut.
lepas tu rasa badan sakit sgt dari belakang. saya tido ngereng ngadap tingkap
rasa mcm ada jolok dgn kayu, tujah belakang badan, sakit yg amat sangat.
lagi le saya selubung, nak jerit pun rasa tak mampu.
lepas tu rasa badan mcm terangkat2 je dari katil.
lama jugak le menahan, sambil baca ayat2 quran.
tahu2 dgr dah azan, lepas tu dengar suara suami
terus ada kekuatan, panggil nama dia, dia nyahut
saya pun apa lagi, terus bangkit, naik atas katil beso.
dia tanya kenapa? saya ckp sakit dan takut
dah siang tu, baru saya cita ngan asben
tengok bwk katil, tak ada apa2 pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian akak
mcm SIL aqua terlebih takut
rasanya bab mcm ni kan, takleh pandang enteng
tapi takleh gak terlalu pikir apa2 mesti sebabnye benda tu
sudahnya SIL aqua jadi mcm paranoid
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah jugak bab ni....bila suami buat muka seposen....huhuhu...bersabar la kak...sorang kawan sy cakap...salah satu cara utk perkuatkan dalaman diri...berwuduk....dia kata banyak khasiat berwuduk jika kerana allah...
|
|
|
|
|
|
|
|
melampau benda tu sampai cucuk-cucuk badan
|
|
|
|
|
|
|
|
kan...bila jadi macam tu, orang nak datang rumah akak pun fikir banyak kali.
|
|
|
|
|
|
|
|
memang sangat-sangat masalah woody sebab bila kita ada gangguan ni kena la bekerjasama....jika akak je yang nak usaha, suami so-so je susah jugak.
Ok, ni tadi ada janji nak cerita pengalaman akak jumpa ustaz kan, so here goes:
Masa suami akak didapati sakit, akak sangat-sangat stress.
Kenapa? Sebabnya doctor check normal, tapi dia sakit....puas keluar masuk hospital tapi semua test kata normal tapi suami tetap sakit until one day seorang doktor perempuan jumpa akak personally dan hint supaya ikthiar juga cara lain. So akak dapat agak. Suami akak ni muntah-muntah darah - darah warna hitam beku. Bukan sikit-sikit, banyak!
Tetapi yang menjadi masalah, semakin suami akak sakit, semakin taknak ikhtiar apa-apa. At one point jumpa doctor taknak, makan ubat taknak, berikhtiar cara lain taknak. Sanggup pulak menahan sakit. Akak jadi tak puas hati sebab bila suami jadi macam ni, akak yang stress sampai akak pula sakit-sakit (sakit jiwa yang lebih sebenarnya). Suami akak ni memang jenis degil orangnya, so i guess orang yang degil ni willpower melawan rasa sakit agak tinggi kot. However, dalam pada sakit yang teruk sampai makan minum pun tak larat, bab sx18 ok pulak? Jadi akak rasa macam ada yang tak kena, kita boleh pakai logic lah benda-benda macam ni ye tak?
So, disebabkan kedegilan suami akak ni, hari-hari akak berendam air mata. Sehingga ada 1 waktu akak terlalu tertekan akak minta berpisah. Melutut-lutut dia taknak lepaskan akak, so itu yang jumpa Dato Harun Din tu. Lepas tu start balik degil dia. Semakin hari, akak semakin tertekan dek sebab kedegilan suami akak nak merawat sakitnya.
Satu hari, seorang teman rapat akak ni (agaknya dah tak tahan dengar akak mengadu), suggest akak pergi dapatkan doa daripada seorang ustaz. Katanya tak payahlah ajak suami sebab dia mesti marah-marah dan akan buat tak tahu, better akak pergi sendiri je. Maka, setelah akak tetapkan nawaitu akak pun menipulah suami untuk keluar. Akak cakap yang akak nak keluar dengan bestfriend akak ni (memang selalu juga akak keluar kadang-kadang terlajak sampai sehari suntuk). Dada macam nak pecah dah sebab menipu suami, memang akak rasa berdosa sangat tapi akak kuatkan hati dan percaya Allah lagi tahu nawaitu akak.
So, bila dah dapat izin, akak pun pergilah jumpa ustaz. Orang agak ramai waktu tu, so adalah seorang budak perempuan ni (akak suspect dia dirasuk). Budak ni asyik pandang akak je. Kadang-kadang dia meronta-ronta dan keluarlah suara garau (suara lelaki) marah-marah parents dia. Akak dah kecut perut dah sebab budak ni selalu sangat pandang akak, tenung lama-lama. Akak baca lah apa-apa yang patut. Last-last akak tak tahan, akak ajak kawan akak tunggu luar sehinggalah turn akak jumpa ustaz.
Ok, untuk pengetahuan semua...waktu tu akak masih tak biasa berikhtiar...so baru jumpa seorang ustaz yang merawat anak akak dan Dato' Harun Din je. Tujuan nak jumpa ustaz yang seorang inipun hanyalah nak minta potongan ayat-ayat quran tertentu khas untuk akak amalkan untuk rawat suami. So bila jumpa je, ustaz tanyalah apa hajat. So akak dengan jujurnya cakaplah nak minta ustaz berikan ayat-ayat quran tertentu supaya akak boleh amalkan untuk rawat suami.
Ustaz minta gambar suami. Dah sudah! Akak ni manalah ada bawa apa-apa. Part kelakar tapi tak la kelakar sangat ialah bila akak terkial-kial cakap dengan ustaz akak tak bawak gambar suami, kawan akak boleh potong cakap akak "is, kan you ada simpan his picture dalam purse!". Macamana akak boleh lupa pasal gambar size ukuran passport tu pun akak boleh lupa (kes panic) - nampak sangat jarang tengok gambar suami
So, akak bagilah pada ustaz. Ustaz baca doa pada gambar dan terus beristighfar. Sebab nada suara ustaz beristighfar tu macam terkejut, akak pun jadi terkejut. Bagai nak pecah jantung akak dibuatnya (sebab akak still rasa macam akak bersalah jumpa ustaz tanpa izin suami). Ustaz cakap, ini bukan sakit biasa. Ini sakit buatan yang dah terlalu lama dibiarkan sehingga tubuh jadi luka. Ustaz kata pada suami akak ni ada seekor jin yang dah sangat lama dengan suami.
Cuba korang bayangkan kepanikan akak time tu. Mulut akak ni laju je tanya kat Ustaz if suami akak ada membela. Tak pepasal akak kena sound dengan ustaz - 'cuba baik sangka dengan suami'
bersambung.....
|
|
|
|
|
|
|
|
...sambungan...
Lepas kena sound dengan Ustaz akak dah macam nak menangis dah. Ustaz cakap first sekali dia check ialah sekiranya suami akak ada membela tetapi jawapannya tidak ada.
Jin tersebut memang dikhaskan untuk 'membunuh' suami akak perlahan-lahan. Akak panic sangat bila dengar cakap ustaz ni. Ustaz kata ini antara sebab mengapa suami akak taknak berikhtiar apa-apapun, sebab tanpa suami akak sedar sebenarnya permikiran dan perbuatannya sudah dipengaruhi oleh jin tersebut. Nature suami akak memang degil, jadi suami semakin degil. Yelah, kalau kita fikir logic kalau orang kuat mana pun kalau dah terlalu sakit mesti cari penawar jugak tapi suami akak ni terbalik - lagi sakit, lagi taknak buat apa-apa!
Wajah ustaz macam sedih dan cakap sesiapa yang menyihir ni seorang yang sangat zalim. Ustaz minta akak 2 botol air mineral. Akak takde bawak apa, so berlarilah akak ke Petronas terdekat (nasib baik ada petronas dekat tempat ustaz tu) beli 2 botol mineral water. Selepas ustaz bacakan doa pada air, ustaz berikan akak 1 botol minyak habbatus sauda yang menurutnya sudah dibacakan Al-Quran 30 juzuk. Air untuk diberi minum, dan minyak pula untuk dicampurkan dalam masakan dan dimakan bersama-sama sekeluarga. Menurut ustaz, bila suami makan nanti, jika suami terbatuk-batuk (ada cara batuknya, bukan macam batuk biasa) itu tandanya jin tu kepanasan. So teruskan bagi dan bila suami lembut hati, cepat-cepat bawak jumpa ustaz untuk rawatan selanjutnya. Ustaz minta akak banyakkan solat hajat, doa dan zikir.
Seeloknya kaki akak melangkah keluar dari tempat rawatan, suami telefon. Perkara pertama yang keluar dari mulut dia (dengan nada garang) ialah : "you pergi mana sebenarnya ni?"
Mengeletar akak dibuatnya, so akak tetap tipu cakap dengan kawan tengah shopping (sambil mata melilau kut-kut ada kawan/kenalan suami yang nampak akak). Pastu suami akak tengking akak dan cakap 'balik sekarang juga!"
Ya Allah, rasa nak pengsan bila akak kena marah dan tengking macam tu. Mengapa? sebab suami akak tak pernah pulak nak marah akak keluar dengan kawan-kawan. Bestfriend akak cakap ni mesti benda tu dah tahu akak ni jumpa ustaz. Bergegaslah akak balik dan ketakutan sangat.
Pertama: sebab menipu suami, jumpa ustaz tanpa izin.
Kedua: sebab kena marah kaw-kaw dalam telefon.
|
|
|
|
|
|
|
|
perghhh kak sampai macam tu sekali orang tu buat suami akak....
apa la masalahnya sampai d tuju sihir tu...xtakut dosa ka....huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|