Ada masanya aku berteriak pada hati ~ Tolonglah, lepaskan dia.
Tapi hati aku balas balik ~ Apa salahnya, terus berpaut pada harapan?
Dan aku turut kata hati. Entah berbaloi entah tidak?
Degil.
Zack, boleh tak kau keluar dari hati aku ni?
Kepala tergeleng beberapa kali. Mengambil masa untuk mencerna dengan apa yang dibaca. Helaian diari diselak untuk kesekian kali.
2 May 2014
Terjadi lagi.
Untuk kali ke berapa, aku tak tahu. Pedih rasa hati, Tuhan saja yang tahu. Bila aku rasa aku mampu kembali berharap, ianya ranap begitu saja…lagi dan lagi.
Sakit. Kadang-kadang aku rasa macam nak menjerit.
Ya.. aku tahu. Aku tak boleh salahkan dia. Zack tak pernah tahu yang selama ini, aku ada simpan rasa suka. Ada sorok rasa cinta. Aku tak mampu nak luahkan sebab aku hanya kakak tiri pada anggapan dia.
Betul, aku tak salahkan dia. Aku cuma menyalahkan diri sendiri. Yang terlalu degil kerana masih mahu menyimpan sesuatu yang dipanggil cinta. Atau harapan? Entah. Mana-mana sajalah. Tak ada beza. Dua perkataan ini tetap mendatangkan luka.
Kadang-kadang, terasa bodoh juga. Kata orang, nak mengharap biarlah pada yang sudi. Ini... jangankan sudi, dia langsung tak pernah tahu.
Tak mengapalah. Bukankah jodoh itu, Allah yang tentukan?
Zack, aku tulis ini untuk kau…
Aku sayangkan kau, Zack. Lebih dari yang kau tahu.
Maaf kerana menyimpan rasa dalam diam. Sama macam kau, aku juga manusia. Punya hati dan perasaan. Aku tak tahu kenapa dan bagaimana tetapi bukankah ini fitrah manusia?
Tapi kau tak perlu tahu tentang rasa ini kerana aku tak akan sekali-kali buka cerita. Kerana aku tahu, kau tak akan dapat menerima. Mungkin juga kau akan terfikir yang aku sudah gila. Jadi, biarlah ianya kekal sebagai rahsia.
Aku tetap akan mendoakan kau bahagia walau tiada aku didalamnya….
~I am not giving up. I just need a new hope to holding on~ Last edited by Nicki_Meow on 12-5-2014 09:40 AM
Nicki_Meow posted on 12-5-2014 09:00 AM
28 April 2014
Ada masanya aku berteriak pada hati ~ Tolonglah, lepaskan dia.
My vote goes to amy but now bila zack back diari amy ni rasa sedih plak....
Nape la zack ni lambat sangat...amy dah buka hati dah kat remy tu...eh..silap anip