lazim posted on 13-10-2014 11:16 AM
kak siput sepit. aman buat ok sgt malam td. tapi atok ramli ms dgn muka retak serta kedut dan berl ...
sesuaila hari ni suratkhabat tulis alyah teringin nak ada anak... mohon tok ramlee jgn benci sgt tk aman....tup2 nanti karang anak pompuan heols sangkut kat aman...mau bermenantukan lelaki pemalu...
Badrul: Konsert Keenam #AF2014, Pengkritik Pun Patut Dikritik!
Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu Keenam
Entah kenapa, apabila sesuatu bertemakan rock ini, ianya sentiasa menjadi. Tak kiralah sama ada untuk malam anugerah, mahupun pertandingan nyanyian, seolah-olah ada satu tarikan yang kuat!
Namun, saya sedikit terkilan dengan pihak produksi apabila mereka membuat keputusan untuk meletakkan empat orang pengkritik pada malam konsert keenam. Pada saya, konsert kelima sudah cantik bila kesemua tiga orang pengkritik yang ada dapat memberikan kritikan kepada semua pelajar.
Kali ini, kembali kepada yang asal apabila hanya seorang atau paling ramai pun dua orang pengkritik memberikan kritikan kepada setiap pelajar. Selain Dato' Ramli MS, saya tak rasa pun pengkritik yang hadir memberikan kritikan yang dapat membantu menaikkan taraf nyanyian pelajar buat masa sekarang, mahupun bila mereka keluar daripada Akademi Fantasia nanti.
Saya juga merasakan pihak produksi perlu memberikan penerangan serba sedikit tentang Akademi Fantasia kepada setiap pengkritik yang dijemput agar mereka faham dengan pertandingan ini yang unik dan berbeza daripada lain-lain pertandingan nyanyian.
Pertandingan ini ada 'guru'nya, ada keperluan lakonannya, ada kehendak vokalnya, serta ada permainan kameranya. Yang mengundi bukan hanya sekumpulan di dalam auditorium, tetapi penonton-penonton di rumah. Pergerakan mereka semua diambil kira, sama ada menari, bermain mata dengan kamera, menghiburkan mereka di auditorium dan yang paling penting mereka yang menonton di rumah untuk meraih undi.
Pemahaman tentang rock juga perlu diperluaskan dan tidak terikat dengan normal rock kapak atau rock zaman 80an dan 90an. Pengertian rock itu sangat luas tetapi diperkecilkan lingkungannya oleh beberapa pengkritik yang hadir. Maaf, memang saya kurang puas hati dengan beberapa kritikan yang diberikan, yang saya rasa kurang bermanfaat. Panjang pulak intronya!
Nuha – What's Going On (4 Non Blondes)
Pada semua yang dah menonton konsert keenam ini pasti tahu, Nuha berada di kedudukan tiga terbawah. Nuha mempunyai vokal yang unik dan tersendiri. Kalau dia menyanyikan lagu sesiapa saja, walaupun tanpa menukarkan melodi mahupun lenggok, dia akan tetap membuatkan lagu tersebut seperti lagunya sendiri. Jadi, apa masalahnya dengan Nuha sehingga dia berada di tiga terbawah? Pening juga saya cuba nak rumuskan, tapi selepas berfikir banyak kali, apa yang saya dapat katakan, ianya berkait dengan imej. Mungkin orang nampak kelakar dan menjadikan kacamata Nuha sebagai 'ikutan', tapi pada saya, ianya mungkin menjadi penyebab mengapa dia tidak begitu menyerlah sebagai bintang. Sudah beberapa kali konsert, apabila Nuha tidak mengenakan kacamatanya, dia kelihatan anggun, kewanitaan dan ada gaya penghibur. Tetapi bila konsert di mana dia memakai cermin matanya, dia kelihatan kebudak-budakan, tidak serius dan mungkin sedikit selekeh. Ini pandangan peribadi saya, dan saya rasa selepas ini Nuha tak payah lagi pakai kacamatanya itu. Pakai saja contact lens.
4 ½ bintang
Aman – Itu Kamu (Estranged)
Persembahan Aman juga semakin baik berbanding minggu lalu. Tetapi saya lihat 'range' vokal Aman terlalu terbatas untuk memberikan sesuatu yang lebih hebat. Kecuali kalau dia benar-benar mahu keluar daripada kepompongnya, dia mungkin boleh memberikan sesuatu yang lebih segar. Benar seperti kata Dato' Ramli MS, seraplah seberapa banyak ilmu sekalipun, tetapi kalau ilmu itu malu untuk dikeluarkan, sampai ke tua pun tidak akan berjaya. Aman kena kurung diri dia seorang diri dalam bilik air, fikir masak-masak sama ada dia benar-benar mahu jadi penyanyi. Kalau itu yang dia inginkan, dia kena buang jauh-jauh rasa malunya dan berikan sepenuh dirinya pada persembahan. Lupakan orang yang melihat, lenyapkan pandangan orang memandang, dia mesti melawan perasaan malunya sendiri. Penatlah kalau setiap kali konsert mahu bercakap tentang perkara yang sama. Bukan seorang dua bekas pelajar Akademi Fantasia yang dapat undian tinggi sebab 'cute' tetapi hilang langsung daripada dunia seni. Bukan kali pertama, dan bukan akan menjadi kali terakhir kalau Aman tidak buat sesuatu.
3 ½ bintang
Azwan – Apa Nak Dikata (XPDC)
Nyanyian Azwan agak baik tetapi persembahan pentasnya nampak terlalu dibuat-buat. Benar, dia mungkin diminta oleh guru tariannya untuk bergerak ke sana dan ke sini, tetapi biarlah nampak natural. Saya lihat persembahan Azwan seperti sudah dikira pergerakannya. Okay, hentak kaki sepuluh kali, okay bukak mulut luas-luas, okay, bergerak ke pemain gitar, okay, bergerak ke Man Kidal pulak. Ya, memang semuanya sudah dirancang, tetapi dia perlu membuatkan perancangan segala gerakannya nampak semula jadi. Ada ketikanya saya sudah tahu apa yang akan dibuat oleh Azwan seterusnya. Apabila persembahan nampak fake, semuanya juga akan nampak tidak original.
3 ½ bintang
Nina – Layar Impian (Ella)
Kalau saya mampu bangun sambil bertepuk tangan, itulah yang saya akan buat selepas tamat persembahan Nina. Tapi saya pasti ramai akan cakap saya gila kalau bangun seorang diri! Buat pertama kalinya sejak bermula Akademi Fantasia musim baru ini, saya lihat Nina! Menyampaikan lagu yang cukup dekat dengan hati semua orang dengan caranya yang tersendiri sungguh mengagumkan. Nina ada originality yang tersendiri. Saya tidak faham kenapa semua ini tidak dikeluarkan pada konsert-konsert sebelum ini. Saya terpaku dengan persembahan Nina dari awal hingga akhir! Kalau ini forte Nina, dia harus diberi kebebasan untuk menyampaikan lagu dengan gayanya sendiri tanpa menghilangkan elemen lagu-lagu asal. Saya mohon maaf! Selepas konsert minggu lalu dengan lagu 'Ku Mohon' yang dihancurkan Nina, saya datang dengan pendapat bahawa Nina akan menghancurkan juga lagu Layar Impian. Telahan saya ternyata berjuta kali salah! Tahniah Nina. Inilah yang Nina yang saya cari!
4 ½ bintang
Zarif – Hukum Karma (Wings)
Zarif berada di dalam elemen rocknya! Bukan tidak bagus, tetapi terlalu tipikal. Bila kita mengecilkan minda bahawa pergerakan untuk memberi persembahan rock harus begitu, maka begitu sahajalah yang kita persembahkan. Saya tetap suka dengan suara Zarif untuk lagu ini, tetapi agak bahaya jika Zarif tidak cuba untuk memberikan sesuatu di luar daripada jangkaan. Di konsert keenam ini, bila semua yang lain melonjak satu anak tangga, Zarif juga perlu melonjak sama. Dia tidak boleh ketinggalan. Zarif mempunyai range vokal yang agak besar, tetapi dia juga harus belajar untuk membezakan antara menyanyi dengan nada yang tinggi atau menjerit. Ya, orang akan bersorak dan bertepuk tangan apabila kita melontarkan nota tinggi (bukan di Malaysia saja, tetapi dalam apa jua pertandingan nyanyi di dunia ini) tetapi apabila kita menyanyi, kesedapannya berbeza dengan menjerit. Zarif hampir terkeluar di konsert keenam. Dia perlu menyerapkan sesuatu yang lebih segar untuk dipersembahkan. Secepat mungkin!
4 bintang
Ziha – Luka Dilukai (Shima)
Persembahan terbaik Ziha sepanjang Akademi Fantasia 2014 ini! Buat pertama kalinya juga, Ziha tidak control ayu! Ada memek muka di wajahnya yang menyampaikan kesedihan dan keperitan. Saya dapat rasakan emosi Ziha menyanyikan lagu ini. Saya tidak bersetuju dengan Kak Engku yang mengatakan wajah Ziha nampak marah. Saya nampak kesedihan Ziha! Tidak seperti minggu lalu, walaupun menyanyikan lagu sedih, Ziha tetap menjaga keayuan wajahnya dengan sentiasa tersenyum. Kali ini, Ziha benar-benar menjiwai lagu dan persembahan vokalnya juga paling terbaik untuk dirinya musim ini. Walaupun terkeluar, saya tidak rasa Ziha akan hilang dari industri seni. Dia ada potensi sebagai pelakon, mahupun pengacara. Beberapa kali menemubual Ziha, dia mempunyai gaya percakapan yang bagus dan jika digilap, saya pasti dia akan berjaya.
3 ½ bintang
Ewal – Fantasia Bulan Madu (Search)
Kawalan suara Ewal sangat bagus. Sangat bagus! Saya tidak faham mengapa tiada pengkritik yang bercakap mengenainya. Yang ada cuma menegur dia menyanyikan lagu rock lebih kepada gaya pop. Langsung tidak ada salahnya! Itu gaya persembahannya. Ewal membawakan lagu yang cukup fenomena ini dengan caranya yang tersendiri dan memberikan nafas baru yang cukup segar. Saya tidak melihat ianya menjadi satu lagu pop! Ini lah masalahnya! Bila seseorang penyanyi itu menyanyi mengikut gaya penyansi asal, ohhhhh awak nyanyi macam penyanyi asal, takda originality! Kami nak awak nyanyi dengan gaya awak sendiri, kena tunjukkan bakat awak! Tapi bila nyanyi dengan gaya sendiri, ohhhhh awak dah lari daripada melodi asal, awak dah ubah lagu rock jadi lagu pop, awak kena stay true pada lagu asal! What the sheep! Sebagai pengkritik, kita tidak harus patahkan semangat mereka untuk mencuba yang baru. Kita perlu tanam dan siramkan semangat untuk memberikan kelainan daripada yang sudah ada di dalam pasaran dan industri. Itu yang patut kita lakukan! 4 ½ bintang
Firman – Kerja Gila (Amy Search)
'Seksi' gila persembahan Firman dengan lagu Kerja Gila. Dia memang sempoi di pentas. Pergerakannya nampak semulajadi. Dia di dalam elemen dirinya. Cuma kalau ada sedikit kritikan yang saya ingin berikan kepada Firman, supaya jangan terlalu banyak 'slurring' ketika menyanyi. Gaya nyanyian tersebut membuatkan butiran lirik banyak yang ditelan dan sukar untuk ditangkap. Apa-apa pun, persembahan Firman sememangnya mantap. Dia sangat unik dan ada gaya yang tersendiri. Bukan sesuatu yang boleh dicipta tetapi diberikan anugerah semulajadi. Paling penting, dia harus ingin membaiki diri untuk sentiasa menjadi lebih baik, membuat persembahan lebih mantap dan memberikan lebih bagus daripada persembahan beliau sebelumnya. Bina imej yang lebih sempurna dan tidak terperangkap dengan gaya pemikiran rock lama!
4 ½ bintang
Adel – Rolling In The Deep (Adele)
Lagu ini tergolong antara lagu paling popular di dunia. Lagu ini mungkin sudah dinyanyikan lebih sejuta orang, sama ada dinyanyikan semula di Youtube mahupun di persembahan-persembahan biasa. Tetapi saya boleh jamin, kalau diletakkan persembahan Adel ini di dalam Youtube dan ditonton oleh masyarakat dunia, saya tidak akan berasa malu, malah saya akan rasa bangga! Adel memberikan persembahan yang mantap. Sebutannya bagus dan gaya persembahannya juga hebat! Cuma mungkin saya sedikit terganggu dengan penari latar yang saya rasa tidak memberikan apa-apa kesan pada persembahan Adel kecuali sekadar mengganggu persembahan beliau. Sebagai penyanyi, Adel sangat bagus, tetapi sebagai penghibur, dia masih perlu banyak belajar. Cara percakapannya agak 'keras' dan sangat menghairankan saya. Sebagai seorang bekas ratu cantik, saya rasa Adel harus memperbaiki cara pertuturannya supaya tidak nampak kasar. Harap orang tidak memandang perkara tersebut sebagai kekurangan. Tetapi dia tetap perlu memperbaikinya untuk terus ke hadapan.
4 ½ bintang
Kalau minggu lalu saya katakan konsert tersebut adalah konsert yang terbaik, konsert minggu ini lebih bagus dan lebih hebat kerana semua pelajar memberikan persembahan yang cukup asam garamnya! Saya tidak lihat sebarang kegagalan dari segi persembahan para pelajar. Apatah lagi konsert minggu ini ditutup dengan persembahan daripada kumpulan Kembara. Saya rasa selepas 11 musim Akademi Fantasia bersiaran, sudah masanya untuk menghias setiap penghujung konsert dengan persembahan artis-artis besar negara seperti Dato' Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Dato' Sheila Majid, Misha Omar, Adibah Noor (sekadar menyebut beberapa nama). Sudah tiba saatnya orang memandang Akademi Fantasia sebagai satu pentas hebat bukan sahaja untuk para pelajar, tetapi juga para artis tempatan membuat persembahan.
Terima kasih pihak produksi! Konsert minggu keenam sangat hebat! 'Standing ovation' daripada saya untuk semua. Semoga konsert-konsert seterusnya akan menjadi lebih baik! Please, rayuan saya, bagi peluang kepada semua pelajar untuk menerima kritikan daripada semua pengkritik yang ada. Bagi peluang pelajar memperbaiki diri mereka. Biar bila keluar nanti, mereka akan terus mengharumkan nama Akademi Fantasia. Kalau benar tidak cukup masa, lawak-lawak pengacara boleh dikurangkan, perbualan pengacara boleh diminimalkan. Kami masih lagi boleh menonton lawak-lawak tersebut dalam rancangan lain! Last edited by Balqis_91 on 13-10-2014 02:13 PM
fredbok87 posted on 13-10-2014 12:46 PM
memang la... dia telah meng EWAL kan lagu tu... lagi pulak lagu fantasia bulan madu susah nak ubah ...
iols sentap dgr komen awie dgn KE...huhuh
iols pon suke je cara ewal nyanyi fantasia bulan madu tuh...stacy dgn hafiz pon dedua bg markah tinggi 72% Last edited by bellamya on 13-10-2014 01:36 PM
Balqis_91 posted on 13-10-2014 01:29 PM
Badrul: Konsert Keenam #AF2014, Pengkritik Pun Patut Dikritik!
Ewal – Fantasia Bulan Madu (Search)
Kawalan suara Ewal sangat bagus. Sangat bagus! Saya tidak faham mengapa tiada pengkritik yang bercakap mengenainya. Yang ada cuma menegur dia menyanyikan lagu rock lebih kepada gaya pop. Langsung tidak ada salahnya! Itu gaya persembahannya. Ewal membawakan lagu yang cukup fenomena ini dengan caranya yang tersendiri dan memberikan nafas baru yang cukup segar. Saya tidak melihat ianya menjadi satu lagu pop! Ini lah masalahnya! Bila seseorang penyanyi itu menyanyi mengikut gaya penyansi asal, ohhhhh awak nyanyi macam penyanyi asal, takda originality! Kami nak awak nyanyi dengan gaya awak sendiri, kena tunjukkan bakat awak! Tapi bila nyanyi dengan gaya sendiri, ohhhhh awak dah lari daripada melodi asal, awak dah ubah lagu rock jadi lagu pop, awak kena stay true pada lagu asal! What the sheep! Sebagai pengkritik, kita tidak harus patahkan semangat mereka untuk mencuba yang baru. Kita perlu tanam dan siramkan semangat untuk memberikan kelainan daripada yang sudah ada di dalam pasaran dan industri. Itu yang patut kita lakukan!
4 ½ bintang
elamor posted on 13-10-2014 12:44 PM
rumah af sunyi tanpa kak sepit
meols mengharungi saat2 getir bilamana remote astro dihidang didepan mata meols sambil bertemankan kuih baulu dan mee kari serta kopi o... semua tu meols x hadap..tp remote tu...y oh y??? hanya mampu dilihat, tp x mampu ditekan!
fredbok87 posted on 13-10-2014 01:08 PM
masalahnya org kita suka tgk X factor berbanding vokal.....?....
iols bohsan asyik2 orang sebut sal x-factor. kat mesia ni berlambak retis x der x-factor tapi kalau sore & lagu best, popular mencanak2. ada x-factor pun, kalau sore hampeg, lagu nan hado, tak ke mana gak
Post time 13-10-2014 02:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Balqis_91 posted on 13-10-2014 01:29 PM
Badrul: Konsert Keenam #AF2014, Pengkritik Pun Patut Dikritik!
kalo diletak di you tube persembahan adel,saya takkan rasa malu..wah.satu penghargaan buat adel..trima kasih lah..bab pertuturan adel yg dikatakan kasar tu.mayb adel kan dr sabah..mmg bgtu bah cakap kami..kdg kdg org dgr kasar dn laju bah kami cakap heehe..tp adel nnt boleh bljr lg tu