CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Gangnam University College - PENGUMUMAN BERSEJARAH SETIAP 9.00 PM BERMULA ESOK

 Close [Copy link]
Post time 30-1-2016 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
masdiana-ana replied at 30-1-2016 06:22 PM
Quiz:
Anda diberi tugasan sebagai "scripwriter" untuk drama terbitan KBS bagi slot mal ...

terbaiklh mas..sampai blh buat 2 cerita..daebak!!!npknya tunggu jwp final exam ja....soalan kuiz x smpt nk mikirnya...suke cerita kedua...jowon jd jht..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2016 11:39 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 30-1-2016 11:34 PM
baikkkk....sesapa nak jawapan bolehlah mulakan bidding price merasuah meols...
pm tepi k...

ni nk kasi fail paper la ni
tak graduate karang

@ismaha

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 30-1-2016 11:39 PM
ni nk kasi fail paper la ni
tak graduate karang


janganla...meols dahla student kelas icu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2016 12:15 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 30-1-2016 05:47 PM
Quiz:
Anda diberi tugasan sebagai "scripwriter" untuk drama terbitan KBS bagi slot mal ...

cerita first ni ala2 mcm drama tvn thriller signal yg sedang disiarkan cuma backgroundnye berbeza
dlm drama tu, polis2 ni dipaksa bertugas dlm special department utk selesaikan "cold case" merujuk pd kes2 beku yg tak dpt diselesaikan bertahun2
tp dgn bantuan "signal" dr mase lepas , polis masa lalu bantu polis mase depan utk bongkar misteri di sebalik kes2 terpendam ni...
bezanya, drama nukilan kau ni guna "hantu" sbg medium perantaraan

bahaya ni kbs nk compete tvn dgn genre & story  yg seakan-akan sama..
lagi2 slot yg sama tu , sabtu & ahad



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2016 12:16 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 30-1-2016 06:22 PM
Quiz:
Anda diberi tugasan sebagai "scripwriter" untuk drama terbitan KBS bagi slot mal ...

cerita ke2 ni agak menarik sbg permulaan
cuma tergantung sket wlpn terletak pd epi 1
klu ade mase boleh olahkan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 12:19 AM | Show all posts
naqibnasuha replied at 30-1-2016 11:36 PM
terbaiklh mas..sampai blh buat 2 cerita..daebak!!!npknya tunggu jwp final exam ja....soalan kuiz x ...

malas nk ambil final exam... leh pasal iols dah agak fail
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2016 12:22 AM | Show all posts
dauswq replied at 31-1-2016 12:15 AM
cerita first ni ala2 mcm drama tvn thriller signal yg sedang disiarkan cuma backgroundnye berbeza
...

entah...x tgk pun cerita tue.. jadi x tahu sama ke..ko kan kata boleh pilih genre mcm mana.. aku cuma nk tgk joo won berlakon watak ala2 deftektif conan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2016 12:23 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 31-1-2016 12:22 AM
entah...x tgk pun cerita tue.. jadi x tahu sama ke..ko kan kata boleh pilih genre mcm mana.. aku c ...

oh tak per..lagipun ni esemen
cuma kebetulan genre thriller & story nk dekat2 same


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2016 08:37 AM | Show all posts
dauswq replied at 31-1-2016 12:15 AM
cerita first ni ala2 mcm drama tvn thriller signal yg sedang disiarkan cuma backgroundnye berbeza
...

promot citer baru ke daus???
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 11:57 AM | Show all posts
Sekarang iols tgh layan jpanase drama..klau untuk kisah2 penyiasatan iols rasa jpanase drama lg better dari kdrama..klau untuk hollywood series drama iols suka layan criminal minds walaupun sesuatu kes itu kita dah taw sapa penjenayahnya tapi motif kita masih tak tahu...iols harap kdrama dapat buat drama2 yg mcm ini..watak paling suka Dr. Spencer Reid..cara dia fikir dan menyelesaikan kes2 penyiasatan memang di luar kotak fikiran..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 02:26 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 31-1-2016 11:57 AM
Sekarang iols tgh layan jpanase drama..klau untuk kisah2 penyiasatan iols rasa jpanase drama lg bett ...

lama x lyn japan drama...lyn satu negara je skrg...x smpt nk lyn byk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 12:30 PM | Show all posts
zanierpk replied at 17-1-2016 11:53 PM
ASIA PRINCEJANG KEUN SUK / 장근석

Zanie start meminati JKS sejak tertengok satu ...

daebak!! zanie..
pnjang lebar pasal JKS..hehhehe..
mianhae..iols lmbat muncul

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2016 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori semua..  Pensyarah tgh sibuk dgn cari kdrama award, buat soklan finaal exam, tanda kertas research projecr

Kita akn ade satu jek lec yg bkl dikemudi assoc prof @ismaha ttg tip2 final exam...  
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 03:49 PM | Show all posts
Edited by spankee_fili at 20-2-2016 12:56 PM
dauswq replied at 21-1-2016 03:25 PM
Khamis, 21/1/2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

QUIZ 6

korang jangan hencap...meols memang sungguh2 tak reti buat task nih...

TUGASAN : LECTURE 6
DRAMA :  TELL ME WHAT IT TAKES
TERAJU UTAMA:  SON YE JIN, LEE BYUNG HUNG, PARK BO YOUNG, JI JIN HEE
DIRECTOR : KUK DONG-SUK
EPISODE : 16 EPISODE
GENRE DRAMA:  SCANDAL / ROMANCE / CRIME
CHANNEL : KBS





Sinopsis

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Park Hyori yang terlibat dalam hubungan skandal dengan seorang ahli politik bernama Kim Min-jung yang sudah berkeluarga. Biarpun hidup disimbahi kemewahan namun pasangan ini mengalami pelbagai konflik apabila musuh-musuh politik sering berusaha untuk menjatuhkan kerjaya politik Kim Min-jung dengan membongkar kisah skandal ke mata umum.

Park Hyori yang kerap bersendirian ingin mengejar kebahagian seperti wanita lain. Hanya mempunyai seorang adik kandung yang lebih selesa menjauhkan diri daripadanya, Hyori mengimpikan tempat istimewa di samping insan tersayang namun beliau telah terperangkap dalam situasi yang rumit dan tidak mungkin dapat menikmati percintaan seperti insan biasa.

Musuh politik utama Kim Min-jung ialah Cha Hong-ki yang seringkali merencana strategi untuk menjatuhkan Kim Min-jung. Dalam tidak disedari Cha Hong-ki telah jatuh cinta kepada Hyori setelah sering mendekati gadis itu untuk mengorek rahsia Kim Min-jung. Permainan wang, sabotaj dan konspirasi menjadi rencah dalam kehidupan mereka sehingga sanggup melibatkan diri dalam jenayah demi mencapai matlamat masing-masing.

Siapakah yang akan berjaya mencapai matlamat? Siapakah yang akan terkorban?

Karakter

Park Hyori (Son Ye Jin) – Cantik, jarang mengukir senyuman dan sering memencilkan diri. Mempunyai personaliti yang pendiam dan dingin, namun senyuman beliau mampu menggetarkan hati lelaki. Watak yang sarat dengan emosi. Tidak gemar bercampur / bergaul dengan masyarakat kerana bimbang skandal akan terbongkar. Memiliki seorang adik perempuan yang bernama Hye-rin, biarpun menyayangi adik perempuan itu namun tidak pernah menunjukkan kasih sayang kerana personaliti beliau yang jenis memendam perasaan. Sering kesunyian dan tidak pasti apa yang dimahukan dalam kehidupan.





Kim Min-jung (Lee Byung Hun) – Ahli politik yang sedang meniti naik kemuncak karier, namun telah jatuh cinta pada Hyori biarpun sudah berkeluarga. Kim Min-jung mementingkan imej beliau oleh itu sering memastikan tiada berita negatif yang tersiar di media. Biarpun tidak pernah menunjukkan betapa dalamnya perasaan beliau terhadap Hyori namun gadis itu sentiasa mendapat tempat istimewa di hati beliau. Sanggup mengetepikan keselamatan sendiri demi memastikan Hyori sentiasa selamat. Namun Hyori tidak mengetahui tentang perasaan Min-jung yang sebenar.



Cha Hong-ki (Ji Jin Hee) – Pesaing kepada Kim Min-jung dalam bidang politik dan turut menyimpan perasaan terhadap Park Hyori. Kelihatan mesra pada pandangan umum dan senang didekati namun beliau sebenarnya seorang yang licik dan sentiasa ligat merancang strategi untuk menjatuhkan pesaing politiknya. Beliau sendiri tidak pasti keinginan untuk memiliki Hyori adalah kerana cinta ataupun kerana keegoan lelaki.




Park Hye-rin (Park Bo Young) – Adik Park Hyori yang merupakan pelajar kolej dalam seni muzik dan sering terlibat dalam masalah. Membenci kakak kandungnya kerana mempunyai skandal dengan ahli politik. Bekerja sambilan sebagai penyanyi akustik kelab malam. Bersikap memberontak dan sering bersikap kasar setiap kali berjumpa Hyori. Beliau tidak mengetahui Hyori sering mendengar nyanyian beliau di kelab malam secara sembunyi.






EPISOD SATU

Lokasi : Ruang tamu Apartment Park Hyori
Masa : 9.30 malam


     Suasana malam yang sunyi sepi, kelihatan dari pandangan sisi Park Hyori sedang berbaring di atas sofa sambil merenung siling dengan pandangan yang kosong dan sayu. Riak wajah Hyori yang sayu melihatkan matanya yang berkaca namun dapat dilihat penuh dengan rasa tabah. Perlahan Hyori bangun menuju ke balkoni.

     Jauh pandangan mata yang dilemparkan Hyori sambil tangannya menarik bath robe rapat untuk memeluk tubuh. Waktu itu telefon bimbit yang terletak di atas meja kopi berbunyi. Kelihatan Hyori berfikir sejenak sebelum bergerak menuju ke arah meja dan mencapai telefon bimbit itu perlahan.

     Boss calling tertera pada skrin telefon bimbit miliknya. Hyori kelihatan ceria melihat nama pemanggil itu lalu pantas menjawab panggilan itu.

     Kim Min-jung :Hyori, you at home? (nada risau)
     Hyori : Ya.(acuh tak acuh menjawab biarpun ada riak gembira terukir di wajah)
     Kim Min-jung :Baguslah, I’ve  been calling you few times but no answer. Were you in the shower?
     Hyori : I tertidur tadi. Kenapa, ada hal penting ke?
     Kim Min-jung : I baru habis meeting, I ingat nak dinner dengan you.

     Hyori terdiam seketika. Hatinya berbisik
     Pernahkah kamu benar-benar mencintai aku? Tiadakah rindumu untukku? Hanya sekadar peneman makan?
     Riak wajah Hyori kelihatan sugul dan kecewa. Tiada lagi senyuman berbaki di wajahnya, hilang sepenuhnya.

     Hyori : Not tonight. I ada hal sekejap lagi. Bye.
     Dingin. Pantas talian dimatikan. Sunyi sepi.

     Perlahan Hyori menuju ke sudut bilik dan menghidupkan radio. Dia hilang seketika di sebalik pintu bilik utama sebelum muncul bersama sehelai tuala. Langkahnya diatur ke arah bilik mandi dan perlahan dia menanggalkan bath robe lalu terus masuk ke dalam bath tub yang dipenuhi air yang suam itu. Hyori merapatkan kaki ke badannya lalu memeluk lutut. Dagunya diletakkan di atas lutut, matanya merenung sayu.

     Lagu dendangan Baek Ji-young like being hit by a bullet berkumandang memenuhi ruang apartment yang malap itu.

     Park Hyori memejamkan mata, air mata yang hangat menuruni pipi.




Lokasi : Tempat letak kereta
Masa : 9.40 malam

     Kim Min-jung seorang diri duduk di atas kerusi pemandu sambil matanya merenung telefon bimbit di tangan kirinya. Dia melepaskan keluhan. Riak wajahnya kelihatan penuh kecewa dan sayu yang  penuh kerinduan. Hajat untuk bertemu kekasih hati tidak kesampaian.

     Sesi imbas kembali.

     Memorinya mengimbau saat pertama kali terlihat Hyori yang ketika itu menjadi model sambilan majalah. Beliau yang kebetulan berlalu di situ terlihat senyuman yang terukir di bibir Hyori dalam sesi photoshoot. Langkahnya terhenti dan dia terpaku di situ, seolah-olah seluruh dunia terhenti dan matanya hanya tertumpu pada Hyori.

     Kembali ke situasi dalam kereta.

     Kim Min-jung melihat cincin perkahwinan di jari manis tangan kirinya. Lama dia merenung cincin platinum yang berwarna perak itu. Dahinya berkerut dan dia tersepit dalam kemelut antara reputasi dan cinta. Tangan kanan Min-jung mengambil kotak rokok yang terletak di atas dashboard, lantas menyalakan sebatang sebelum dia melangkah keluar dari kereta dan bersandar di tepi.

      Kepulan asap yang dihembus menjadi peneman Kim Min-jung. Setiap kali dihembus, matanya akan memandang ke atas dan dia termenung sendirian.

      Pentingkah aku dalam hidupmu? Adakah wujudnya kamu di sisiku hanya untuk wang? Pernahkah terlintas di hatimu betapa dalamnya kasihku ini? Untuk siapakah senyuman yang kau simpan kemas itu?


      Kim Min-jung kembali masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Dari corong radio kedengaran lagu LeeSsang the girl who can't breakup, the guy who can't leave. Perlahan-lahan kereta hitam itu keluar meninggalkan perkarangan apartment kediaman Park Hyori.





Lokasi :  Dalam pejabat
Masa :  10.00 Malam

     Bunyi jari jemari mengetuk punat keyboard memecah keheningan di sebuah ruangan pejabat. Sebuah bilik yang berukuran 7x7 kaki persegi itu kelihatan suram hanya dilimpahi cahaya samar lampu meja. Kelihatan Cha Hong-ki sedang khusyuk menaip sesuatu ke dalam skrin komputer ribanya.  Sesekali matanya mengerling kearah jam di tangan kirinya dan terdiam sejenak berfikir sebelum kembali menaip.

     Tertera di skrin komputer perkataan 'Sulit :  Siasatan Mengenai Kim Min-jung'

     Cha Hong-ki merenung dalam sambil kedua belah tangannya digenggam kemas. Kelihatan beberapa gambar Kim Min-jung dan Park Hyori yang kelihatan pada skrin komputer. Gambar-gambar itu dilihat satu persatu dengan wajah yang serius. Jelas kelihatan gambar-gambar itu diambil dari sudut yang tersembunyi. Sekeping gambar Park Hyori yang sedang minum keseorangan di bar dengan mata yang suram menarik perhatiannya. Gambar itu direnung lama.

     Deringan telefon bimbit membingitkan suasana, pantas telefon itu diangkat dan dijawab

     Cha Hong-ki : Ada maklumat terbaru? (wajah serius dan tajam)
     Pemanggil: Kim Min-jung baru sahaja keluar dari perkarangan apartment milik Hyori.
     Cha Hong-ki : Mereka ada berjumpa?
     Pemanggil: Tidak. Kim Min-jung hanya berada di tempat letak kereta sebentar, kemudian terus keluar. Nak aku ekori dia?
     Cha Hong-ki : Tak perlu, cukup untuk hari ini. Esok teruskan memerhati dan hubungi aku jika ada apa-apa.

     Talian dimatikan dan telefon bimbit diletakkan di atas meja, namun diambil kembali dan ditatap. Senarai nama panggilan yang telah dibuat disemak satu persatu. Penyiasat Kim, Pengerusi Seo, Wartawan Han semua ini nama yang kelihatan dalam log senarai panggilan.


     Park Hyori. Tangan Cha Hong-ki berhenti bergerak dan matanya tertancap lama pada nama itu. Setelah seketika, Cha Hong-ki menekan pada nama Park Hyori dan membuat panggilan namun selepas beberapa saat sahaja, panggilan tersebut dibatalkan sebelum taliannya sempat disambung. Dia mengeluh berat lalu menutup komputer riba miliknya lalu bingkas mencapai kot dan kunci kereta. Lampu dipadamkan dan beliau melangkah meninggalkan ruangan pejabat.



Lokasi : Dalam kelab malam
Masa : 11 malam

     Suasana agak bising dalam sebuah kelab malam, kelihatan beberapa orang pelayan yang sedang sibuk membawa minuman ke meja pelanggan. Park Hye-rin ketika itu di atas pentas sedang menyampaikan lagu Perhaps That dendangan asal penyanyi Park Bo-young. Lunak suara itu menyampaikan bait-bait lirik sambil memetik tali gitar. Penuh penghayatan.

     Selesai membuat persembahan, Hye-rin turun dari pentas dan terus mencari seseorang di belakang pentas.

     Hye-rin :  Pengurus Min, mana gaji saya untuk bulan ini ?
     Pengurus Min : Hari ini tak boleh, terlalu sibuk. Datang ambil esok pagi saja (lelaki itu membalas tenang sambil menyalakan sebatang rokok)
     Hye-rin : Esok pagi ada kelas. Lagipun nak bayar yuran kolej esok pagi (suaranya ditekankan bersama kerutan di dahi)

     Pengurus Min terdiam seketika dan berfikir, dia menghembuskan asap rokok ke atas. Tangan kirinya diseluk ke dalam poket seluar yang dipakai lalu dikeluarkan peket plastik kecil yang berisi beberapa biji pil berwarna merah jambu. Plastik itu dimasukkan ke dalam tangan Hye-rin dan dipaksanya tangan Hye-rin menggenggam sebelum dia melepaskan pegangan.

     Pengurus Min :  Kau hantar barang ni ke alamat yang aku akan bagi nanti, duit yang orang tu bayar kau ambil untuk yuran esok. Baki gaji kau nanti aku beri.
     Hye-rin : Tapi Pengurus…
     Pengurus Min : Itu je yang aku boleh buat untuk kau. Aku tahu dah bertangguh lama yuran tu, kau pun tak nak kena buang kolej kan? Dah, pergi cepat hantar barang ni.

     Pengurus Min menepuk bahu Hye-rin beberapa kali sebelum berlalu pergi meninggalkan Hye-rin yang kelihatan kusut. Peket plastik itu dimasukkan ke dalam beg gitar lalu digalas di belakangnya. Hye-rin mengeluh perlahan dan mula menapak langkah meninggalkan bilik itu.







TAMAT EPISOD SATU.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 04:32 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 5-2-2016 03:49 PM
Edited by spankee_fili at 5-2-2016 04:15 PM

QUIZ 6

best story nie...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 04:38 PM | Show all posts

mana ada best pun mas....heavy drama sangat cite nih, mudah boring...
nak buat cite yang kelakar2 tapi takde idea...

oh mas, camne nak paste bagi sama macam words?
iols paste pastu tulisan tu jadik lari...contoh hujan lebat tapi paste jadik hujanlebat....
sesetengah perkataan jadik gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2016 04:43 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 5-2-2016 04:38 PM
mana ada best pun mas....heavy drama sangat cite nih, mudah boring...
nak buat cite yang kelakar2 ...

klip kt code tue..copy dan paste kt words..aku buat mcm tuelah..kadang2 ada juga huruf yg bersambung kena edit semula..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 04:48 PM | Show all posts
dauswq replied at 5-2-2016 01:00 PM
Sori semua..  Pensyarah tgh sibuk dgn cari kdrama award, buat soklan finaal exam, tanda kertas resea ...

oh..ada satu lg lecture... final exam... harap dapat bg masa yg mencukupi.. mcm mind exam 45 minit untuk 20 soalan x cukup..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 5-2-2016 04:38 PM
mana ada best pun mas....heavy drama sangat cite nih, mudah boring...
nak buat cite yang kelakar2 ...

mmg heavy melodramatik...hehehe...org mcm nas mmg xkn tgk cite ni..hahahaha...tp so ye jin suke dia ni..lm x tgk dia berlakon drama....terbaiklh...nas smpai x leh nk fikir bab story ni...buntu..xde idea..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 04:56 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 5-2-2016 04:43 PM
klip kt code tue..copy dan paste kt words..aku buat mcm tuelah..kadang2 ada juga huruf yg bersambu ...

owh...kena edit jugak...
harap2 prof tak pasan mana yg tersambung tuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 299341 Replies : 7413
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8421 Replies : 39
ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น @UFADEAL เว็บพนันครบวงจร ไม่ผ่านเอเย่นต์
poppy5ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น
Views : 4446 Replies : 0
แทงบอลยูโร สมัครแทงบอลยูโร @UFADEAL เว็บแทงบอลยูโรที่ดีที่สุด เว็บตรง
poppy5แทงบอลยูโร สมัครแทงบ
Views : 4447 Replies : 0
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4648 Replies : 4
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10841 Replies : 86
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13610 Replies : 114
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11430 Replies : 77
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20305 Replies : 97
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 74238 Replies : 322

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.241114 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list