Mohon admin KRT siarkan perbualan ni. Ini kisah suami kepada sepupu aku. Aku laki bini dah tak larat dengar sepupu aku tu mengadu nasib dia. Kitorang nasihat pun macam mencurah air ke daun keladi. Jantan ni memang tak guna. Anak tak hantar sekolah sebab kononnya si bapak nak homeschool. Tapi, si bapak tu belajar pun tak habis. Aku pernah nak man talk dengan dia tak maunya dia nak dengar. Pernah PM dia kat FB ni, sudahnya dia block aku. Jarang jumpa sebab si laki ni bawak bini dan anak-anak pindah negeri lain. Tak nak ada ahli keluarga datang ziarah. SS dari FB ni, sepupu lain yang bagi kat aku. Nasib dia baik sebab bukan dapat laki kaki pukul atau panas baran. Tapi, wayar putus pulak. Patut ke seorang lelaki anggap isteri umpama pelayan? Dah macam waiter amik order kedai tom yam pulak. Lagi baik jadi waiter kedai tom yam untung2 ada gaji ada KWSP. Ni jadi kuli si laki apa pun tak dapat. Anak bini makan bercatu. Anak tak dihantar sekolah. Yang sulung nak masuk remaja baca pun merangkak lagi. Minta komen pembaca macam mana aku nak bantu sepupu aku ni. Aku kesian la tengok mak ayah dia susah hati tengok nasib anak sendiri. (KRT).
|