CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
 Author| Post time 11-9-2007 06:04 PM | Show all posts


Aku petang tu pergi ke padang permainan kat taman perumahan di mana lokasi rumah aku terletak.
Saja jer, menonton bebudak bermain bola.
Walaupun padangnya kecil namun bolehlah untuk penat berlari.

" Papa, jom main sekali ", jerit seorang anak jiran kepadaku.
" Haa, Papa cepatlah, Papa masuk geng kitorang " kata seorang lagi.
" Tak boleh ! Papa kat kami " seorang lagi menempelak.

Berebut-rebut mereka mendapatkan aku dan mula menarik tanganku menghala ke posisi pasukan mereka.
Aku dah berada di tengah-tengah di tarik ke kiri dan kanan.

Jiran-jiran yang lain tersenyum melihat gelagat anak-anak mereka.
Kebanyakan anak-anak ini memanggil aku " Papa ".
Kira banyaklah "anak" aku nih.
Tak taulah macam maner bila menyambut Hari Raya nanti.

Kekadang aku duduk kat surau lepas Maghrib, aku dikerumuni mereka.
Untuk mendengar cerita para sufi dan kisah-kisah nabi.
Aku menyelitkan beberapa topik dakwah yang memikat.
Tiada lagi mereka bermain apabila bersolat jama'ah di belakang.
Tetapi kekadang kedengaran jugak di antaranya menasihati yang lain kalau2 ada yang berbuat silap.
Alhamdulillah, kita latih mereka dari kecil.
Aku membelikan beberapa ketayap yang berharga Rm2 untuk mereka pakai.
Mereka aku lihat teramat sayang dengan pemberian ku.

" Akus, kenapa yak pakai ketayap yang Papa bagi ? tanyaku pada suatu hari.
Dia mengambil nafas panjang dan berkata " Akus simpan kat rumah"
" Ketayap tu untuk dipakai bukan untuk disimpan buat perhiasan, nanti datang sini pakai..yer ? aku memberi penjelasan.
Sedang kami meluruskan saf, aku lihat Akus ada di tepi ku dengan ketayap yang senget, dan akau perbetulkan.
Rupanya , dia balik rumah dan mengambil ketayap.

Situasi beginilah membuatkan aku terhibur.



[ Last edited by  rdzaccess at 11-9-2007 07:09 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2007 06:41 PM | Show all posts
Salam semua...ada yg report mengatakan terdapat gangguan dalam thread nih...

kepada penulis jgn berkecik hati dgn sikap sesetengah forumer mmg begini laa hakikat bila kita duk berforum

kepada sesaper yang rasa tak puas hati kepada penulis kalau nak komen pun berpada pada lah kalau setakat komen menghina bukan membina lebih baik jgn komen...

kalau rasa tak best pada sesatu thread lebih baik angkat kaki jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 07:07 PM | Show all posts
kesian gak ngan silvermuse..
trok ye kene hentam?
agaknya dia trus baca part austin power ngan bulu dada je kot ?
tu yg trus wat rumusan..

*bersangka baik..*
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 08:18 PM | Show all posts
kalau sesapa dari pg 1 smpai khatam... mesti tak sanggupcakap mcm silvermusetu... ni mesti baca sekerat2....
Reply

Use magic Report

silvermuse This user has been deleted
Post time 11-9-2007 09:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 09:29 PM | Show all posts
:handshake:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-9-2007 09:35 PM | Show all posts


Selepas solat Maghrib , aku ke dapur.
Melihat apa-apa yang boleh akau makan. Lapar ni.
Nasi semalam, masih ada lagi. Kicap ada. Ikan goreng ada.
Cari lagi. Huh, itu jer yang ada.
Belasah jer. Lemah rasa kalau tak masuk sesuatu dalam perut.
Dah lah aku ni ada gastrik.
Sedang setengah pinggan nasi dah aku makan, henfon bunyi.

Aku menjawab ngan tangan kiri jer.
" Good evening, ( nama aku ), how are you ? It's been a while, I never see you at the factory"
Rakan aku menalipon rupanyer.
Aku memang jarang ke kilang. Tugas dialah update apa-apa yang perlu.
" I am fine thank you.huh,...anything ? balas ku.
" Are you free tomorrow ? I would like to show you the new machineries and need your help also. My brothers ' sister ...She's need help. Anyway, actually I need help from you to help my sister."
" Aaa..Okay...what time shall I be there ?" aku bertanya.
" Anytime during the day " dia menjawab.

Aku bangun. Pergi ke dapur dan mengambil kicap.Nasi yang aku makan, aku tambahkan ngan kicap.
"Okay, I'll be there. Will call you when I am about to leave home " aku memberi keputusan.
" Okay , thanks Mr. ( nama aku). See you then." katanya , dan lepas tu henfon di offkan.


[ Last edited by  rdzaccess at 11-9-2007 09:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 09:49 PM | Show all posts
sambung lagi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Dookiezz This user has been deleted
Post time 11-9-2007 09:54 PM | Show all posts

Reply #1467 boxchick's post

hehe.. sabar... ni pon dok tengah sabar .. dan tak abis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 10:01 PM | Show all posts


Jam empat petang aku sampai kat kilang.
Aku letak motor EX5 aku kat tepi pagar sambil mengambil organizer, aku berjalan ke gate hadapan.
Berlari jaga India dari seberang jalan untuk membuka gate.
Aku tak kisah sebab waktu ni matahari memang terik dan kelonggaran memang dah di beri selagi dia waspada.
" Good evening, sir ! " sapanya.
" Good evening. How are you ?" Aku membalas kembali.
" Suma baik boss."
" Aah , you tanam pokok sudah besar, bagus" kataku memuji.
Dia cuma tersengih.

Aku masuk ke kawasan kilang,. Beberapa orang pekerja Vietnam sedang bekerja. Mengikat kaki jentera yang baru di posisikan. Dua orang lagi sedang memasak di tepi kabin yang terletak di tepi kilang.
Aku masuk ke dalam dan menuju ke pejabat.
" Hello, Mr. Wong,...Hello Mr. Batummalai...How's everything?" Aku menegur menceriakan keadaan.
Mereka menjawab, berjabat tangan dengan ku dan kami duduk sambil memulakan perbincangan berkenaan kelancaran operasi kilang.

Setelah itu kami keluar menuju ke kedai 'Mar Ple' kedai mamak yang berada berdekatan untuk minum petang.
Di situ, setelah bercerita berkenaan projek ternakan lembu dan pembuatan biodisel dan juga servis bekalan air JBA,  Batummalai pun membuka cerita berkenaan adik perempuannya. ( sebenarnya abang dia punye isteri punya abang punyer isteri )...Macam maner yeh  ?

Penjelasan yang di berikan bahawa perempuan ni dah 2 tahun sakit, tetapi tak lah kuat cuma sejak semenjak ni terlalu sangat. Dia berpendapat ada kerasukan, jadi dia meminta aku membantu.
Aku bertanya segala soalan yang aku nak tanya.
Jawapan yang di berikan aku gunakan untuk pedoman.
" Okaylah, Batummalai, esok I datang dan kita leh pergi kat rumah dia" kata ku.
" Why don't we go this evening. My brother  is on the way to fetch us." dia menerangkan.
" Woit, I am not ready yet ! " aku menempelak.
" Never mind lah,you come together and see waht you can do. After that you can go home."
Ussshhh..payah macam ni.Tapi aku tak leh mengelak.
Maka kami menunggu abang nya sampai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 10:01 PM | Show all posts


Hampir - hampir jam tujuh malam aku minta diri daripada mereka untuk keluar ke Nilai Tiga.
Aku nak top up credit henfon aku. Itu yang aku beritahu mereka.
Aku sebaliknya pergi ke Masjid Nilai yang baru di siapkan.

Sekembalinya aku ke kilang , telah ada mereka menunggu.
Mereka membawa aku menghala ke Seremban.
Kemudian berpatah ke Senawang.
Sampai di Pekan Senawang mereka berhenti di sebuah restoran untuk makan malam.
Aku pun sekali lah. Makannnnnn....Pulun habis....
Setelah sudah makan, maka Batummalai pun memulakan ceritanya....




[ Last edited by  rdzaccess at 12-9-2007 01:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Dookiezz This user has been deleted
Post time 11-9-2007 10:06 PM | Show all posts
Hai... sampai tgh malam seber buat hal lagi ... ampeh tols...   macam nak jer seber nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by Dookiezz at 11-9-2007 22:06
Hai... sampai tgh malam seber buat hal lagi ... ampeh tols...   macam nak jer seber nih


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:13 PM | Show all posts


welkambek silver

tinggai tulang ngko yer ??
hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 12:13 AM | Show all posts
  alamak dah jam 12 .. tuan rumah blum mai..mata dah tak leh tahan..   
Reply

Use magic Report

Dookiezz This user has been deleted
Post time 12-9-2007 12:24 AM | Show all posts

Reply #1474 boxchick's post

Kontiniu esok je Cik Bokschik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 12:32 AM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 11-9-2007 10:09 PM


http://img300.imageshack.us/img300/1403/kickcompth8.gif


oiitttt!!! apesal ko sepak kotak kosong?? try ko sepak buah derian kerr...b*nt*t Godzilla ker..tinger Utromen ker..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2007 01:44 AM | Show all posts
Buat derian tempat aku dah abis musim, tak de lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 01:58 AM | Show all posts

Reply #1477 rdzaccess's post

ngidam plak buah durian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2007 02:03 AM | Show all posts


Dia menceritakan bahawa perempuan tersebut 'sakit'.
Perempuan itu menggangap dirinya tuhan dan meminta agar semua kaum keluarganya mempercayai apa yang dia katakan.
Mereka sekeluarga adalah ta'at dengan agama mereka iaitu agama hindu dan selalu bersembahyang di rumah dan juga selalu pergi ke sebuah kuil di Padang Jawa, Kelang.
Walaupun begitu, sejak akhir-akhir ini perempuan itu terlalu taksub bersembahyang sehingga pada pendapat rakan aku ni telah jauh menyimpang dari ritual yang selalu.
Beberapa ritual di tunjukkan caranya kepadaku. Ya...sememangnya ia menyimpang dari yang pernah akui lihat.

Setelah itu, maka kami pun bergerak menuju ke Senawang Jaya.
Tempat  ( Senawang ) sememangnya aku kenali kerana aku berada di Seremban sehingga dapat membeli sebuah rumah di sana.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.073835 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list