iolsss rasa lah kan, final 4 orang jah. yang nampak mungkin akan ke final ialah :
Ewal ( next hazama or mawi ) , Nuha ( because sheolss ada aura ) , Adel ( next candy lena velvet linda ), Aman ( walauponnnn )
minggu 9- firman ala2 yazid dgn yazer jeeee. suara memang ok. but no aura lah
minggu 8 - double elimination. i rasa nina and azwan
minggu 7- no elimination sebab maybe ranking last is ewal or nuha
minggu 6 - ziha. jelmaan zarina. at last jadi pelakon je kau
minggu 5- zarif . senduu
Corat-Coret Konsert Keempat #AF2014: Persembahan Ewal Memukau!
Minggu demi minggu persembahan pelajar-pelajar #AF2014 semakin memberangsangkan dan bagi konsert keempat yang berlangsung pada Ahad lalu, persembahan Ewal adalah antara yang berjaya memukau penonton.
Selain Ewal, pelajar yang turut menerima pujian adalah Firman dan Muna.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahahi pelajar perempuan apabila nama Muna diumumkan sebagai peserta yang tersingkir untuk minggu keempat tersebut.
Dengan penyingkiran Muna atau nama sebenarnya Muna Shahirah Munadi itu, kini tinggal sembilan pelajar yang akan meneruskan perjuangan untuk merebut gelaran juara.
Namun sebelum tibanya waktu penyingkiran, terdapat pelbagai kisah atau kejadian menarik berlaku sepanjang konsert itu berlangsung yang ingin Astro Gempak kongsikan bersama pembaca:
1. Bekas pelajar AF1, Dija hadir memberi sokongan kepada juniornya iaitu pelajar-pelajar #AF2014. Dija yang terkenal dengan rambut panjangnya yang cantik itu nampaknya hadir dengan imej baru iaitu berambut pendek.
2. Pelajar yang tersingkir di minggu ketiga, Farez juga hadir dan kelihatan sibuk melepas rindu dengan berjumpa cikgu-cikgu kesayangan serta pengetua #AF2014 Dato' Hattan.
3. Nampaknya Farez juga sudah mula dikenali dan sibuk melayan permintaan peminatnya yang ingin bergambar bersamanya.
4. Sementara menunggu acara bermula, klip video Firman di tayangkan dan peminat tidak henti-henti bersorak. (fuh baru klip video, belum orangnya yang keluar lagi).
5. Gadis cantik manis yang juga merupakan anak kepada cikgu Fatimah, Sharifah Aryana nampaknya kagum dengan semagat peminat-peminat #AF2014 yang ada di dalam Auditorium Shah Alam. Aryana tersenyum sambil melihat banner yang ada di segenap ruang Auditorium tersebut.
6. Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Hj Nawawi turut hadir memberi sokongan dan seperti biasa begitu ramah melayan peminat.
7. Cikgu Linda hadir dengan memakai pakaian sedondon berona biru bersama suaminya, Que Haidar yang juga merupakan seorang pelakon.
8. Penyanyi terkenal Ziana Zain memukau penonton dengan persembahannya. Fuh vokalnya sememangnya terbaik!
9. Sebelum persembahan bermula, Pak Nil telah memanggil Aman dan memberikan semangat kepadanya.
10. Zizan Razak dan Faizal Ismail begitu asyik menghayati persembahan Adel dan seakan-akan terpukau dengan suaranya.
11. Semasa persembahan Aman, Pak Nil sememangnya telah membantu Aman dengan baik dan hanya dari tempat duduknya sahaja Pak Nil telah memberikan tunjuk ajar kepada Aman supaya menguasai pentas.
12. Zizan tersalah sebut nama Muna menjadi Nuha.
13. Peminat Zarif cuba mengambil perhatian Zarif semasa pelajar itu sedang menjawab soalan Zizan dengan menjerit "Ai Ai Cip."
14. Semasa persembahan Nuha, semua pelajar dan Nuha sendiri terkejut dengan kehadiran penyanyi Jacklyn Victor di atas pentas.
15. Keletah Nuha yang semeangnya tidak boleh duduk diam mencuit hati penonton dan juga juri.
16. Sarung kaki pengacara #AF2014 Faizal Ismail yang berwarna biru agak menonkol dan menarik perhatian sehingga ada yang berkata " Eh, kenapa Faizal pakai sarung kaki warna biru? Sangat kontra dengan pekaiannya."
17. Semasa iklan berlangsung, seorang peminat telah mengusik peminat dengan berkata "Bang Zizan, cantik baju!", Zizan kemudiannya memberi respon dengan tersenyum ala-ala malu.
18. Sebaik sahaja nama Ewal disebut, seluruh dewan gamat dengan tepukan dan sorakan yang tiada henti.
19. Kehebatan Ewal terserlah semasa menyampaikan lagu berjudul 'Lena Diulit Intan' yang juga merupakan lagu nyanyian bapanya iaitu ahli kumpulan Wings.
20. Rata-rata hadirin yang hadir menyifatkan persembahan Ewal menyamai konsert akhir.
21. Kejutan buat Ewal apabila bapanya, Mel Wings muncul dipentas dan membuat persembahan bersama anak kesayang
22. Ziana Zain kelihatan semakin cantik berhijab dan ada juga penonton yang curi-curi mengambil gambarnya hihihi.
23. Semasa menyampaikan lagu keramat 'Menuju Puncak', Ewal hampir terjatuh gara-gara kasutnya hampir tercabut.
24. Malang buat Firman apabila kakinya terseliuh sebaik sahaja selesai persembahan lagu 'Menuju Puncak.' Last edited by Dermawan on 2-10-2014 02:06 PM