CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

  [Copy link]
Post time 5-10-2016 09:36 AM | Show all posts
Sedihnya kisah keluarga Jepun dan anak-anak Sodder tu.
Tak mustahil motif disebabkan dendam sebab ketua keluarga selalu bergaduh dengan orang luar.
Entah dapat tak misteri anak-anak Sodder terjawab sebelum Sylvia meninggal.
Dan kes Teresita ni...apa motif Alan? Mencuri membawa ke membunuh ke?
Akhir sekali, good job tuan tanah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2016 09:47 AM | Show all posts
dani-rox replied at 4-10-2016 01:04 AM
Kes ini berjaya diselesaikan cuma caranya saja yg menimbulkan rasa misteri

Kes Pembunuhan Teresit ...

Apa motif sebenar? Untuk merogol tapi mungkin mangsa melawan dan terbunuh.Terus buat macam mencuri untuk tutup?
Kasihan pada mangsa2 yang begini, apabila keadilan sebenarnya tidak dapat dinyatakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2016 09:32 PM | Show all posts
DeeHanania replied at 4-10-2016 09:03 AM
Memang unik kisah mendiang Teresita nie...ada dpaparkan kisah nie dlm Majalah Infiniti...TT cuba p ...

pernah terbaca psl pulau ni kat cracked.com ke website top ten mana entah
dulu dijadikan kawasan perlombongan dan penempatan buruh paksa. mungkin ada kisah2 menarik di sebalik pulau tinggal tu kan...

terkonpius pulak dgn satu pekan di Jepun... yg semua penduduknya terpaksa pakai gas mask, Miyakejima.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2016 09:45 PM | Show all posts
@Eva_yy_Ellin

@WeAiNe

ada beberapa blog kata Alan Showery tuh ada rekod polis sbg serial sex offender, tapi menurut website ni pulak, Alan bg tahu yg dia datang ke rumah Teresita dgn tujuan utk mencuri tp tak sengaja 'terbunuh' Teresita dan cuba mengatur crime scene kelihatan spt sex assault.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 08:43 AM | Show all posts



tapi aine lebih percaya konsep dia nak merogol/mencabul sambil ada niat nak merompak

krok ni semua kan yg aine perasan dalam bijak ada gak dolnya, ko dah merompak boleh pulak
ko hadiahkan barang kemas tu pada gf tak ke kantoi namanya

lps tu cipta alasan nak masuk rmh utk kepakaran yg ko tak ada

ada kes aine tgk dlm tv, konpem mmg mamat tu yg bunuh tapi sebab bukti tak ada, dan motif blur,
boleh je lepas mcm tu....tapi kantoi semula selepas bape tahun dia gian nak membunuh balik
dan dia kantoi sebab masa tu dah ada isteri dan anak, statement dorang pd polis ttg latarbelakang dia,
itu yg buat polis syak tambahan pula peredaran masa, teknologi makin canggih

hahahaha mcm crime investigator lak aine ni
teruskan usaha tt....aine akan jadi your follower

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 11:58 AM | Show all posts
khatam sudah thread ni sbb i mmg minat benda2 camni
sampai astro kat umah pon xpenah dh bukak chanel lain selain dari 732
paling suka medical detective tu tp skrg dh stop, tgk yg first 48 hours plak skrg
tabah aje somi ku melayan perangai bini dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2016 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 5-10-2016 09:32 PM
pernah terbaca psl pulau ni kat cracked.com ke website top ten mana entah
dulu dijadikan kawasan  ...

Tu laa kan dani-rox,cam menarik jek ghost island tu,zack&the gangs kena g sna buat rakaman...yg pkai topeng tu pun mnarik jgak kan...slain kisah pulau yg tuk membunuh diri sndiri tu kan...kalo ikut kan Jepun lagi menarik kisah seram yer jgak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 06:04 PM | Show all posts
dani-rox replied at 5-10-2016 08:32 PM
pernah terbaca psl pulau ni kat cracked.com ke website top ten mana entah
dulu dijadikan kawasan  ...

misterinya diorang ni..
kenapa pakai topeng gas semuanya?
ada cerita penuh tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2016 07:35 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 6-10-2016 07:36 PM
WeAiNe replied at 6-10-2016 08:43 AM
tapi aine lebih percaya konsep dia nak merogol/mencabul sambil ada niat nak merompak
...

Thanks Aine
Bole jah jd crime investigator tak bergaji... apa org panggil tu; armchair detective. takyah pergi crime scene, soal siasat atau tengok bukti secara fizikal... dgn pembacaan dan pencarian internet mcm sekarang, kita bole buat kesimpulan sendirik hahaha BTW ada jah forum yg dikhaskan utk armchair detectives nih... salah satunya reddit - dia org ada bod biro siasatan lg




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2016 07:42 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-10-2016 06:04 PM
misterinya diorang ni..
kenapa pakai topeng gas semuanya?
ada cerita penuh tak?

Miyakejima nih berada di kaki gunung berapi... Hasil drpd beberapa letusan, udara di kawasan tu penuh dgn gas sulfur dioxide. Nak tak nak kenalah pakai gas mask. Masih kekal mcm tu sampai sekarang katanya.

http://www.theplaidzebra.com/if-you-want-to-live-in-miyakejima-japan-you-must-carry-a-gas-mask-at-all-times/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 08:30 AM | Show all posts
dani-rox replied at 6-10-2016 07:35 PM
Thanks Aine
Bole jah jd crime investigator tak bergaji... apa org panggil tu; armchair det ...

hahaha ya kah...hebat kan teknologi bila digunakan dgn betul
so TT..next stori mori....
aine masuk ja tgk ada edit tak tajuk sana hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 08:33 AM | Show all posts
dani-rox replied at 6-10-2016 07:42 PM
Miyakejima nih berada di kaki gunung berapi... Hasil drpd beberapa letusan, udara di kawasan tu pe ...

ye dan dari bacaan google penduduk telah dipindahkan ke kawasanlain yg lebih selamat dan selesa
tapi biasalah ramai yang kembali meneruskan kehidupan
walaupun terpaksa bertopeng
gov ada wujudkan pusat kesihatan yg memantau kesihatan
penduduk dari masa ke semasa
tapi rimasnya lah dalam luar rumah nak bertopeng sentiasa
entah2 ada pasangan tak tahu acaner rupa terkini mrk
sebab lama sgt tak nampak muka

cer TT betul kan kalau ada silap hahaha...mak tak reti bi anak oiiiii
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 10:41 AM | Show all posts
baru khatam thread ni..
good job tt..best sgt kisah2 dlm ni..
kipidap tt
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 05:01 PM | Show all posts
dani-rox replied at 6-10-2016 06:42 PM
Miyakejima nih berada di kaki gunung berapi... Hasil drpd beberapa letusan, udara di kawasan tu pe ...

dah baca..thanks dear..gas ni menyebabkan iritasi pada paru2...so no wonder diorang pakai topeng gas..elok2 dah evacuated tahun 2000, datang balik tahun 2005...
boleh pulak depa ni hidup dlm keadaan bertopeng macam tu..
wonder how they live like that...
kalau nak cari jodoh, sah2 takleh tengok rupa pasangan kan?
or maybe, memang ada satu tempat khas untuk kes special macam ni..
satu lagi, macam mana diaorang gave birth..anak kecik tu terus dipakai topeng gas jugakkah?


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 06:04 PM | Show all posts
pintudapur replied at 6-10-2016 11:58 AM
khatam sudah thread ni sbb i mmg minat benda2 camni
sampai astro kat umah pon xpenah dh bukak chane ...

eh sama lah i pon suka medical detactives, skang dh xde dh tunggu new series tp xde plak, skang ni suka tgk murder make me famous, biasanya lepas tgk mesti iolss akan gugel kes tu mmg menarik sangat, cite 48 hour tu x minat sangat, wicked attaction pon best gak

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnya thred ni.. update lagi tt... kat dunia ni mmg bnyak kisah aneh dan menarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2016 10:16 PM | Show all posts
WeAiNe replied at 7-10-2016 08:33 AM
ye dan dari bacaan google penduduk telah dipindahkan ke kawasanlain yg lebih selamat dan selesa
t ...

betul la tu Aine... ala ai takdalah pandai sgt BI, marilah kita sama2 belajar dan saling membetulkan haha

OK ai akan post kisah/kes baru ASAP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2016 10:22 PM | Show all posts
Ipo replied at 7-10-2016 05:01 PM
dah baca..thanks dear..gas ni menyebabkan iritasi pada paru2...so no wonder diorang pakai ...

takda pulak di bg tahu. tp sekarang kebanyakan penduduk terutamanya anak2 dia org dah dipindahkan ke tempat lain... udara makin teruk, bisnes, pelancongan dan pertanian pun tak jalan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2016 10:24 PM | Show all posts
Thanks @Laduree  & @perembes  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2016 02:45 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 9-10-2016 02:55 AM

SATU PEMBUNUHAN YANG MUSTAHIL (AN IMPOSSIBLE MURDER)


Mangsa; Julia Wallace


Suspek; William Herbert Wallace


Julia Dennis Wallace adalah isteri kpd William Herbert Wallace.
William dilahirkan pd 29 Ogos 1878 di Millom, Cumberland dan menghabiskan usia mudanya berkerja dlm industri kain dan fabrik. Dia telah merantau hampir seluruh dunia utk menimba pengalaman, termasuk dua thn di India. Selepas bbrp lama di China. William kembali ke England pd thn 1907 kerana masalah kesihatan, dan terpaksa membuang buah pinggang kirinya. Antara 1907-1911, dia bekerja utk Liberal Party di Harrogate, England, dan bertemu dgn Julia ketika menetap di situ. Mereka berkahwin pd Mac 1914.

Selepas Perang Dunia Pertama, William terpaksa menganggur setelah dipecat dr jawatannya dlm Liberal Party. Akhirnya dia mendpt kerja baru bersama Sykt Prudential Assurance di Liverpool – Maka dia dan Julia berpindah ke alamat 29 Wolverton Street di daerah Anfield. Selama lima belas tahun di kediaman baru mereka, kehidupan pasangan itu dikatakan normal dan biasa2 saja. Tiap2 petang, kedua2nya akan menghabiskan masa dgn bermain muzik – Julia bermain piano manakala William akan menemani alunan muzik isterinya dgn menggesek biola. Lelaki itu juga suka mengisi masa lapang dgn aktiviti botani, permainan catur dan ilmu kimia.


Rumah pasangan Wallace

Namun pd 19 Januari, 1931, kehidupan pasangan Wallace yg senantiasa tenang itu akan berubah buat selama2nya.

Pada petang itu, William baru saja tiba di Kelab Catur Liverpool Central ketika kapten kelab tersebut menghulurkan sekeping nota pesanan -- dari satu panggilan telefon 25 minit sebelum kedatangannya. Nota itu menyatakan seorg pemanggil lelaki bernama ‘R.M Qualtrough’ meminta utk bertemu dgn William di alamat ’25 Menlove Gardens East.’ Pemanggil itu juga memberitahu yg dia tidak akan menelefon lg selepas itu kerana dia ‘terlalu sibuk dgn majlis harijadi anak perempuannya yg ke-21’. Walaupun berasa pelik, William memutuskan akan melawat alamat yg diberikan keesokan mlmnya.


Panggilan telefon misteri itu diterima di kafe kelab catur ini


Kelab Catur Liverpool

Pd hari berikutnya, sebelum keluar William berpesan kpd Julia utk tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa kehadirannya. Lelaki itu pun menaiki tramcar ke destinasinya dan tiba di Menlove Avenue lebih kurang pd pukul 7 petang. Setelah berkeringat mencari ‘Menlove Gardens East’ termasuk bertanya dgn pejabat suratkhabar tempatan dan seorg pegawai polis, William sedar bahawa tempat itu tidak wujud – di situ cuma ada Menlove Gardens North, South dan West, tetapi TIADA ‘East’. Akhirnya dia putus asa selepas menghabiskan masa 45 minit di situ dan pulang ke rumah.


Kereta tram (tram car) di Anfield




Dalam perjalanan pulang, William bertembung dgn jirannya pasangan Johnston di salah satu lorong. Dlm laporan polis, pasangan itu melihat sendiri lelaki tersebut terkial2 membuka pintu belakang rumahnya.


Pasangan John dan Florence Johnston pd thn 1940an


Apabila dia berjaya membuka pintu, William disambut dgn mayat isterinya yg terbujur kaku di lantai ruang tamu.





Wanita itu dibunuh dgn kejam -- dipukul di kepala hingga mati. Percikan darah begitu banyak sekali hingga ada yg terpalit pd siling setinggi 7 kaki. Apabila pihak polis tiba, mereka menyedari tiada tanda rumah itu dipecah masuk dan berpendapat Julia mengenali pembunuhnya hingga menjemputnya masuk ke rumah. Mereka gagal menemui senjata pembunuhan, sinki dan parit bersih drpd kesan2 darah – menandakan pembunuh melarikan diri dlm keadaan basah kuyup dgn darah mangsa. Menurut William, wang yg disimpannya sebanyak beberapa pound telah hilang. Polis menjangkakan waktu kematian Julia adalah pd pkl 8 mlm.

William dgn sukarela memberikan kenyataan sebanyak 2 kali kpd polis. Dia juga disoal siasat dan kemudiannya dilepaskan. Namun dua minggu kemudian, tanpa sebarang klu kecuali nota telefon Kelab Catur itu --  polis akhirnya menahan William atas pembunuhan isterinya. Penahanannya itu adalah berdasarkan buah mulut org sekeliling bahawa perkahwinan mereka tidak bahagia dgn William yg dibebani penyakit buah pinggang dan Julia pula adalah seorg wanita yg sukar utk digembirakan dan selalu buat perangai. Polis juga yakin dgn hasil bukti2 keadaan (circumstantial evidence) termasuk ‘bukti’ bahawa panggilan telefon misteri itu dibuat dari pondok telefon yg berada 400 ela dari kediaman pasangan Wallace.


Lakon semula oleh polis di pondok telefon yg berdekatan dgn rumah pasangan Wallace.

Bagi mengesahkan teori mereka, pihak polis melakonkan semula rentetan kejadian dgn mengarahkan seorg detektif muda belia beraksi sbg William. Ini sedikit mencemarkan ketelusan siasatan kerana William adalah seorg lelaki berusia 52thn yg mempunyai masalah kesihatan serius. Sudah tentu dgn tubuh badan yg sihat dan cergas, detektif muda itu berjaya membuktikan suspek tersebut mampu bergerak pantas dlm lingkungan masa yg diberikan serta mempunyai daya yg kuat utk menghayun senjata ke atas isterinya. Polis turut mengubah masa kematian, demi padanan teori itu, kpd pkl 6.30 ptg.

Walau bagaimanapun, semasa mula2 bercakap dgn William di tempat kejadian – pihak polis sepatutnya sudah maklum akan keadaan dan rupa lelaki itu pd waktu tersebut. Pembunuhan sedahsyat itu sudah pasti menghasilkan kesan darah yg banyak. Tambahan pula, siasatan yg lebih teliti mendapati memang tiada walau setitik darah pun pd pakaian William, sinki dan parit rumahnya. Akan tetapi ada satu lg penjelasan yg difikirkan oleh polis; dia berbogel dan hanya memakai kot hujan ketika melakukan pembunuhan. Ini dibuktikan dgn kot itu yg dijumpai di bwh mayat Julia.

Walaupun William bertegas bahawa dia tidak bersalah, lelaki itu didakwa atas pembunuhan Julia di mahkamah Liverpool Assizes. Secara luaran, perbicaraan itu kelihatan spt menyebelahi William, termasuk testimoni seorang budak penghantar susu yg mengakui telah melihat Julia beberapa minit sebelum kematiannya. Namun selepas sejam membuat pertimbangan. mahkamah mendapati William bersalah dan menjatuhkan hukuman mati. Dlm perkembangan yg mengejutkan, sabitan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah itu mendapati bukti2 yg ditunjukkan tidak cukup memuaskan, dgn itu William dilepaskan dan dibebaskan.


William meninggalkan mahkamah

Selepas perbicaraan dan pembunuhan yg penuh dgn skandal itu, William berusaha utk menjalani kehidupannya spt biasa. Setiap hari dia menerima surat penuh ugutan dan kebencian. Dan walaupun dia masih bekerja dgn Prudential, ramai pelanggannya enggan berurusan dgn nya lagi. Dua thn kemudian, William meninggal dunia kerana penyakit2 yg berpunca drpd komplikasi buah pinggangnya dulu.

Beberapa teori muncul berdekad2 sejak pembunuhan itu. Ada yg membuktikan William Herbert Wallace tidak bersalah dan ada juga yg menunjukkan sebaliknya. Apapun, terdapat satu teori yg menarik berkenaan seorg lelaki bernama Richard Gordon Parry, juga seorg pekerja bawahan Prudential Assurance Company.



Richard Gordon Parry

Pada waktu pembunuhan Julia, Parry berumur 22 thn. Dia memiliki sebuah kereta dan menjalani kehidupan yg huru hara. Sbg seorg rakan sekerja William, Parry tahu mengenai wang kutipan insuran harian lelaki itu yg disimpan dlm tabung khas di rumahnya. Parry juga mengenali Julia, dan ini tidak mustahil sekiranya wanita itu sudi menerima kehadirannya di rumah pasangan Wallace itu. Menurut teori yg satu ini; Parry lah yg telah membuat panggilan kpd Kelab Catur utk mengumpan William keluar pd petang keesokan harinya. Maka dgn ketiadaan William, Parry pun tiba di muka pintu dan Julia dgn ramahnya menjemput rakan sekerja suaminya itu masuk – kemudian Parry terus membunuhnya dan mencuri wang kutipan William.

Pada thn 1980, seorg editor berita radio bernama Roger Wilkes melawat semula tempat kejadian. Akhirnya siasatan itu cenderung ke arah Richard Gordon Parry sbg suspek utama – yg pernah disoalsiasat polis tetapi dilepaskan setelah memberi alibi yg meyakinkan. Namun Wilkes turut menemui bukti bahawa Parry pernah datang ke sebuah garaj dan bengkel tempatan. Dia meminta seorg pekerja di situ membersihkan keretanya dgn hos air berkuasa tinggi. Pekerja itu juga perasan akan sarung tangan Parry yg basah dgn darah. Pd saat Wilkes berjaya mengabungkan setiap fakta dan penemuan dlm kes itu, malangnya dia sudah terlambat. Richard Gordon Parry meninggal dunia beberapa bulan sebelum itu, iaitu pd 14 April 1980.


Garaj/bengkel tempat Parry membersihkan keretanya

Seandainya William Herbert Wallace yg benar2 bersalah, menggunakan kebijakannya sbg pemain catur dgn merancang pembunuhan yg sempurna -- ini adalah satu lg tragedi yg amat dahsyat bg mendiang Julia kerana dia disemadikan bersama pembunuhnya dlm satu kubur.

Secara rasminya, kes pembunuhan Julia Wallace dianggap akan kekal sbg misteri.






Fakta menarik:

  • Saksi2 berada di Menlove Avenue termasuk konduktor kereta tram mengatakan William kelihatan begitu beria2 mencari alamat yg tidak wujud itu dan berkali2 mengingatkan mereka yg dia tidak biasa dgn kawasan tersebut.


  • Sepanjang penglibatan William di Kelab Catur itu, panggilan R.M Qualtrough adalah pertama dan terakhir yg diterima utknya. Beliau sebenarnya tidak aktif, dan jarang muncul ke kelab itu.

  • Walaupun rumah itu berselerak dikerjakan pembunuh yg kononnya bermotifkan rompakan, beg tangan Julia yg terletak berdekatan mayatnya tidak terusik. Beg itu dikatakan mempunyai sejumlah wang dan barang kemas.

  • Sebelum kejadian, Richard Gordon Parry telah dipecat oleh Prudential setelah dia dilaporkan menyonglap wang syarikat itu beberapa kali. Dan siapa yg melaporkan perbuatannya itu kpd pihak atasan? William Herbert Wallace.

  • Menurut rakan2 Parry, dia seorg yg mahir mengubah2 suaranya. Parry suka bergurau membuat panggilan telefon ‘prank call’ menggunakan kemahirannya itu.

  • Selain William dan Parry, pasangan Johnston juga dianggap sbg suspek. Waktu itu, adalah menjadi kebiasaan jiran turut menyimpan kunci rumah sebelah. Pd 1960an di sebuah rumah org2 tua, John Johnston dikatakan pernah mengakui kpd salah seorg kawannya yg dialah pembunuh sebenar Julia Wallace. Pada mulanya John berniat utk merompak saja. Namun setelah disiasat dgn lebih lanjut, pengakuan itu tidak dpt diterima kerana John menghidap penyakit nyanyuk semasa ‘mengaku’ kpd kawannya itu.

  • Sydney Scholefield Allen, bekas peguambela William hadir di hospital pd saat2 akhir lelaki tua itu. Sydney memberitahu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, William sempat berkata, “Kita tetap menang, kan nak?”





Sumber wiki

Sumber 1

Sumber 2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.954435 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list