CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuaya

Ustaz Asha'ari Arqam (merged: dess40, FaiQ_FeuhRer)

 Close [Copy link]
Post time 10-11-2004 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by Keyboard at 2004-11-10 10:56 AM:


ini niubai.. sah dari orang yg sama dari salah sorang penyokong abuya.  he he... tak ada ker forumer lama yg menyokong kata-kata kamu tu.... semua aku nampak niubai... hampir kesemua... he he p ...


Ye memang pelik sbb baik Akasyah maupun aku sendiri tak kenai sapa depa2 ni...tak ada pulak kami pakat2.

Ada Akasyah bagi tahu aku, ada newbie siap pm dia nak tahu pasal Abuya dan tanya mcm2 pasal rufaqa.....haa tu mcm mana lak? Apakah itu org2 yg sama atau org2 rufaqa jugak ker?

So jgn la nak sangka buruk jer....dah tarak modal korang nih..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


semesra86 This user has been deleted
Post time 10-11-2004 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 10-11-2004 11:05 AM:


Ye memang pelik sbb baik Akasyah maupun aku sendiri tak kenai sapa depa2 ni...tak ada pulak kami pakat2.

Ada Akasyah bagi tahu aku, ada newbie siap pm dia nak tahu pasal Abuya dan tanya mcm2 ...



Ya, Mawar Merah betul tu...Sebenarnya buang masa aje jawab soalan-soalan dan provokasi mereka ini.

Bagaimanapun, soalan-soalan dan provokasi begini memberi satu bonus kepada Ustaz Ashaari secara tidak langsung sebenarnya. Semakin mereka melakukan provokasi semakin terserlah kelemahan mereka. Bagi yang selalu berfikir, meneliti, mengkaji dan terdedah dalam bidang ilmiah, adalah tidak mustahil untuk membezakan taraf-taraf hujah dan sekaligus membuat penilaian ke atas hujah-hujah tersebut.

Saya memberi pendapat atas dasar ilmu saya sebagai ahli akademik di IPT. Bagaimanapun, ada jenis-jenis pendapat yg tidak perlu dilayan kerana terlalu lemah dan tidak mencapai tahap yg sesuai untuk dibalas hujahnya seperti yang saya perhatikan di dalam topik ini. Pepatah melayu ada mengatakan, biarkan luncai terjun dengan labu-labunya.

Saya akan memantau perbincangan diruang topik ini... lakukanlah perbincangan dengan berhikmah dan beradab supaya Allah SWT meredhai perbincangan anda semua.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2004 12:06 PM | Show all posts
ler tak tenggelam2 lagi ker thread nih.... so dah terlanjur aku masuk... tanya ler..

pengikut ashaari still percayakan yg dia tu PBT ker?
pengikut ashaari still percayakan imam mahdi dr indonesia ker?

takde niat aku nak provoke.. just curios...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2004 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 9-11-2004 04:26 PM:


ermm dah jadi flame war dah nih...sbb tu jgn mulakan, tak mahu org menghina kita, terlebih dulu kita jangan menghina org. Tau plak terasa hati...padahal kalo ikutkan, kami ni dr rufaqa bleh ras ...


tak ikut bukan bermakna tak sokong..:ah: tak setuju bukan bermakna menolak :ah: dan tak berkenan tak bermakna tak betul.. aku suka melihatb dari jauh..sokong apa yg betul tolak apa yg tak..sbb mennigkut ustaz aku dia ada percanggahan skit dgn teori2 umum kat sini..entahla..Allah ye maha tau..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2004 09:07 PM | Show all posts
Cuba kamu berhujah dgn menggunakan ayat Quran dan Hadis.. kalau hujah ikut otak kamu sendiri dan pengalaman sufi lain yang kononnya pernah jumpa nabi memang debat ini tidak akan berakhir.. kerana datuk saya dulupun kata dia jumpa nabi secara sedar.. macam datuk sepupu saya juga yang pernah yaqazah macam Asaari tu.. tapi saya tak percaya sebab belum jumpa ayat Quran atau hadis yang membenarkan Yaqazah..
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
Post time 22-11-2004 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by tora bora at 2004-11-12 09:07 PM:
Cuba kamu berhujah dgn menggunakan ayat Quran dan Hadis.. kalau hujah ikut otak kamu sendiri dan pengalaman sufi lain yang kononnya pernah jumpa nabi memang debat ini tidak akan berakhir.. kerana d ...


Sdr ni tak ikut perbincangan dr awal nampaknya, main terjah beri pandangan....bukankah saya dah listkan beberapa hadis dan dalil dr Al-Quran bekenaan yaqazah dlm posting ini. Sila check balik page 3 dan 5 di bawah topik ini ok.

[ Last edited by Akasyah on 22-11-2004 at 09:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2004 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by Akasyah at 2004-11-22 09:27 AM:


Sdr ni tak ikut perbincangan dr awal nampaknya, main terjah beri pandangan....bukankah saya dah listkan beberapa hadis dan dalil dr Al-Quran bekenaan yaqazah dlm posting ini. Sila check balik p ...


saya dah baca dah, tetapi tidaklah membenarkan kenyataan Asaari tentang Yaqazahnya... mana buktinya Asaari berkata benar bahawa dia ber yaqazah?? mana?? Kalau sekadar percaya, itu TAKLID BUTA namanya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2004 05:00 PM | Show all posts
Jgn sesekali kita tertipu dgn penampilan baik dan banyaknya amalan seseorng, ingatlah manusia tidak lah maksum mcm para nabi...

Jgn lupa Iblis merupakan hamba Allah yang menjadi penghulu syurga pada mulanya, begitu juga Barsisa yang banyak amalan dan hampir dgn Tuhan.. Tetapi akhirnya... manjadi kufur dan dilaknt oleh Allah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2004 05:10 PM | Show all posts
Imam al-Ghazali berkata, mencari orng bertaqwa itu mcm seperti mencari belalang merah.. ertinya sngt susah nak cari orng yang benar-benar bertaqwa..

Utk selamat marilah kita berpegang kepada keputusan satu institusi yang terdiri dari ilmuan agama dan ilmuan lain seperti Majlis Fatwa, yang individu menganggotainya bukan calang-calang ilmunya, dan lagi bukan seorng dua tetapi ramai............... keputusan mereka adalah hasil kajian dan kupasan yang mendalam....

Nabi bersabda.. Tidak bersatu umatku dalam perkara yang mungkar...

Bukankah salah satu pendekatan Islam ialah ijmak ulama, kesepekatan ulama???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 02:31 AM | Show all posts
saya dah mengikuti perbincangan nih dan macam hujah dan fakta di keluarkan untuk menegakkan pandangan masing.

tapi saya lihat banyak hujah terutama hadith-hadith yang ada dalam ini tidak diberikan sanad sebaliknya hanya terjemahan yg mungkin berlaku kesilapan dari segi penterjemahan. begitu juga banyak hadith-hadith ini disini yg disandarkan terus pada Rasulullah saw tanpa menerangkan martabat hadith tersebut sama ada sahih atau hassan atau dhaif atau maudhu'.

Hal ini amat penting dalam membahaskan tentang benar atau tidak satu ajaran atau hukum kerana hadith yg diterima hanya lah hadith sahih dan hasan. sedang hadith dhaif hanya boleh digunakan untuk menyokong tentang fadhilat2 amal ibadah.(Cthnya banyak hadith dhaif digunakan dalam kitab Fadha'il yang selalu dibaca oleh Jemaah tabligh)

Dalam Yaqazah ini banyak persoalan timbul terutamanya dalam meletakkan ilmu yang diperolehi melalui Yaqazah. Sewaktu Rasulullah masih hidup, baginda mengajar dan memberi panduan melalui perkataan, perbuatan dan pengakuan dan segalanya ini telah disampaikan dan diriwayat oleh para sahabah dan dijaga sebagai Assunnah. Persoalannya.. adakah ilmu yang dikatakan diambil dari Rasulullah semasa Yaqazah ini juga ditaarifkan sebagai Assunnah? Apakah martabat dan kedudukan ilmu ini dalam ilmu usul fiqh? Bukankah ilmu yg diperolehi dari cara Yaqazah merupakan ilmu baru, jadi adakah ini menunjukkan yang Islam ini masih belum lengkap?

Secara peribadi, saya berasa ragu2 dengan hujah dari Akasyah dan Mawar Merah sebab saya pernah terbaca tulisan-tulisan sebegitu dalam artikel2 dan buku-buku terbitan Al-Arqam. mungkin penulis artikel2 itu dan Akashah atau Mawar Merah ini adalah orang yang sama.

Akan tetapi kalau tulisan itu hanya sekadar cut & paste dari artikel atau website lain, baiklah berhati2 kerana Rasulullah pernah bersabda bahawa mereka yang membuat berita palsu bersandarkan Rasulullah maka mereka telah menempah kerusi di dalam neraka.

Secara peribadi juga saya pernah bertukar2 pandangan dengan beberapa org yang bukan calang-calang dalam pergerakan Al-Arqam sejak dari awal tahun 80-an lagi . Secara ilmiah dan secara baik kami berbicarakan tentang Aurad Muhamadiyah, Yaqazah, ketokohan Abuya dan banyak lagi. akan tetapi sesetengah mereka ini sudah terlalu meletakkan Abuya di satu tempat yang tinggi, terlalu memuja dan menjadikan Abuya sebagai Hero. Akibatnya mereka ini mebataskan akal mereka dari menerima sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Abuya. saya pernah membawa dan merujuk kepada kitab2 berbahasa arab dan menunjukan sebagai bukti dan meminta mereka mengemukakan kitab yang menjadi rujukan mereka tapi sayang mereka gagal dan hanya berbekal pada kuliyah dan artikel tulisan Abuya sahaja. dan hujah itu sentiasa diulang2. Berdasarkan kepada pengalaman diri ini saya amat meragui tulisan mereka yg menyokong Al-Arqam kerana tidak kukuh dan berulang2 benda yang sama sahaja.

dan secara peribadi saya melihat pemikiran golongan Al-Arqam ini mirip kepada pemikiran Golongan Az-Zahiri yang mengambil hukum berdasarkan zahir dan makna tersurat Ayat atau Hadith dan bukan pada isi yg tersirat ataupon asbabun Nuzul ayat-ayat tersebut. Sebagi contoh: dalam mentafsirkan ayat berkenaan "org yg mati syahid tapi masih hidup" ulama telah sepakat menyatakan yang mereka itu hidup di Alam Ruh dan diangkat duduk di sisi Allah dan tidak dikembalikan kedalam kubur sementara menunggu hari Kiamat dan bukannya masih hidup seperti hal jasad dan tubuh manusia yg zahir.

Wallahua'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 10:02 AM | Show all posts
Salam

Kita ni dok citer guru kita hebat... Wat per?... Hebat guru org lain kita tak tau lagi.... Org lain pun bleh citer hebat nya guru2 depa. Tapi tak guna. Nak besarkan Makhluk wat per?.... Ulama2 Muktabar juga merupakan guru yg mempunyai ribuan anak murid. Anak murid dier bukan 1 negara jer... Dr merata tempat.... Ulama2 Muktabar tu pun belajar dr Ulama2 Muktabar yg bukan sorang... Makna kata Sorang Ulama tu ribuan Ulama dier pi berguru.

Pi la blajar dgn guru lain...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by eddy1577 at 2004-11-23 02:31 AM:
Dalam Yaqazah ini banyak persoalan timbul terutamanya dalam meletakkan ilmu yang diperolehi melalui Yaqazah. Sewaktu Rasulullah masih hidup, baginda mengajar dan memberi panduan melalui perkataan, perbuatan dan pengakuan dan segalanya ini telah disampaikan dan diriwayat oleh para sahabah dan dijaga sebagai Assunnah. Persoalannya.. adakah ilmu yang dikatakan diambil dari Rasulullah semasa Yaqazah ini juga ditaarifkan sebagai Assunnah? Apakah martabat dan kedudukan ilmu ini dalam ilmu usul fiqh? Bukankah ilmu yg diperolehi dari cara Yaqazah merupakan ilmu baru, jadi adakah ini menunjukkan yang Islam ini masih belum lengkap?


Merujuk kepd kemusykilan awk kat atas tu....pada aku kalo betul awk ikut perbincangan ini kenapa tak perasan yg mawar merah dah terangkan. Dan kemusyilan awk tu sebenarnya pun dah ditanya sebelum ini.

Contohnya dalam soal aurad muhamadiah amalan depa yg kontroversi tu pun bukankah buku Abuya dah terangkan bahwa apa yg diperolehi melalui yaqazah itu hanyalah ayat2 Quran yg dihimpun2 menjadi wirid aurad muhamadiah. Himpunan bukannya syariat sama kedudukannya spt zikir al-mathurat tu. Jadi apa yg barunya? Apa yg tak lengkapnya? Apa pulak as-sunnahnya? Ini menunjukkan yg awk tak faham kedudukan ilmu dr yaqazah nampaknya.

Ini aku paste balik penerangan mawar merah...

Kasyaf hanya satu anugerah atau 'approval' yg selalunya bukanlah hingga menjadi sumber direct dr rasul sampai tak yah buat usaha2 lahir. Atau lbh tepatnya kasyaf hanya sebagai memberi keyakinan tambahan sahaja pada imam2 tersebut utk final menulis seuatu ilmu yg dah mereka bersusah payah mengumpul dan mencarinya. Spt yg diketahui, Kasyaf juga utk certain2 situasi dan tdk semestinya setiap hadis yg dirawikan ada berlakunya kasyaf dgn rasul.

Cthnya imam Sayuti yg mengaku berjumpa rasul secara jaga hanya sebyk 75 kali padahal kitab yg dikarang berjumlah lbh 600 buah. Adakah sampai 600 kali pula imam sayuti ni beryaqazah dgn rasul yg mulia? Hingga seolah2  menafikan usaha2 lahir.

Kasyaf juga bukan utk menurunkan syariat baru atau utk  membatalkan syariat2 yg telah ada...ianya hanya suatu anugerah istimewa org2 Tuhan dlm hidup mrk dan hal ini lah diceritakan dlm kitab2 mrk terutama di ketika dlm usaha mereka membukukan kitab2 utk rujukan masyarakat Islam ..ITU SAJA!

....jika ada pun cthnya zikir2 tertentu yg dianugerahkan ketika pertemuan jaga tersebut tidak sekali2 boleh menjadi syariat atau dipaksakan org lain menerimanya. Tapi kalo ada yg sudi terima, ianya tdk menjadi masalah. Dari situlah wujudnya tareqat2 yg sunat2 di merata dunia ini.

Tapi sekarang ini....pihak orientalis telah memutar belit fakta dgn mengatakan bahwa kasyaf itu suatu syariat baru dan usaha2 lahir yg ada semuanya tertolak....


Ni aku tambahkan sikit, menurut ilmu yg aku tahu...ilmu kasyaf merangkumi ilmu yaqazah iaitu beryaqazah dgn Rasulullah saw termasuk persoalan kasyaf.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by eddy1577 at 2004-11-23 02:31 AM:
Secara peribadi, saya berasa ragu2 dengan hujah dari Akasyah dan Mawar Merah sebab saya pernah terbaca tulisan-tulisan sebegitu dalam artikel2 dan buku-buku terbitan Al-Arqam. mungkin penulis artikel2 itu dan Akashah atau Mawar Merah ini adalah orang yang sama.


Tak payah tengok akasyah atau mawar merah sekalipun...kesemua pengikut2 Abuya yg komited memang 'satu kepala', ibarat satu ibu dan satu ayah. Keyakinan dan kefahaman mrk memang jitu dan selaras. Tu yg org2 luar macam kita ni rasa puak2 ni org2 yg sama bila mengeluarkan pendapat.
:bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 11:33 AM | Show all posts
Macamana Ust Ashaari BerYaqazah dgn Rasullulah SAW?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by tora bora at 2004-11-22 04:54 PM:


saya dah baca dah, tetapi tidaklah membenarkan kenyataan Asaari tentang Yaqazahnya... mana buktinya Asaari berkata benar bahawa dia ber yaqazah?? mana?? Kalau sekadar percaya, itu TAKLID BUTA n ...


aikk...kan ker awk tanya pasal hadis dan Quran sebagai bukti membenarkan yaqazah bukan pasal Abuya yg beryaqazah? Dah kalau pengalaman org2 sufi pasal beryaqazah tak dipercayai, jadi aku nampak kenapa Akasyah beri hadis dan dalil Quran.

Sedangkan soal yaqazah Abuya tak ditimbulkan langsung oleh akasyah sedari awal lagi. Dia cuma jawab dr sudut ilmiah berkaitan soal yaqazah bukan soal Abuya yg beryaqazah.

Pada aku kalau kita tak percaya yg abuya tu pernah beryaqazah dgn Rasulullah saw...tak jadik hal sbb itu pengalaman peribadi abuya...itu hak kita nak caya ke tidak cuma kita perhatikanlah kebenaran yaqazah ini dr sudut ilmiah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by tora bora at 2004-11-22 05:00 PM:
Jgn sesekali kita tertipu dgn penampilan baik dan banyaknya amalan seseorng, ingatlah manusia tidak lah maksum mcm para nabi...

Jgn lupa Iblis merupakan hamba Allah yang menjadi penghulu syurga  ...


oklah kalau tak nak tertipu dgn penampilan baik..ambil saja ilmu yg baik dr Abuya....tapi jgn pulak kita yg tertipu... mentang2 tak nak tertipu...abih semua ilmu yg baik itu kita tolak padahal ilmu2 tu tak dpt pun kita nak buktikan kebatilannya Setahu aku Abuya pun bukan desperate nak mintak org sokong dia...janji segala ilmu Allah yg dia sampaikan diamalkan dan diperpanjangkan pd org lain. Jika tidak masakan dah org kutuk, caci, sesatkan, haramkan dan bermcm2 tekanan dikenakan...Abuya tak henti2 menyampaikan risalah Allah.

Yg sibuk pasal abuya beryaqazah tu pun bukan abuya yg eksyen canang lelebih...

[ Last edited by Guys on 23-11-2004 at 12:07 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2004 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by Tok Pin at 2004-11-23 11:33 AM:
Macamana Ust Ashaari BerYaqazah dgn Rasullulah SAW?


heh heh hal2 cenggini pada org tahap iman mcm kita ni....tak yah le tahu. Kalau akasyah explain kang....lagi la korang akan nampak menda2 ngarut je. Nak terima persoalan yaqazah pun dah 'bersilat' inikan pulak nak terima macam mana Abuya beryaqazah dgn Rasulullah saw!:bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by Guys at 2004-11-23 11:59 AM:
heh heh hal2 cenggini pada org tahap iman mcm kita ni....tak yah le tahu. Kalau akasyah explain kang....lagi la korang akan nampak menda2 ngarut je. Nak terima persoalan yaqazah pun dah 'bersil ...


Tok percaya hal2 ghaib ni. Cuma nak tau cara dier. Kalu masuk dlm badan org itu kesurupan. Jin yg lebih rendah boleh masuk dlm bdn. Kalu kerohanian tahap tinggi. Adalah mustahil nak jadi kesurupan.
Abis yg dlm tape tu betul ker tak betul? Apa betul ker Rasullulah panggil Ust. Ashaari sbg Tuan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by Tok Pin at 2004-11-23 02:14 PM:
Tok percaya hal2 ghaib ni. Cuma nak tau cara dier. Kalu masuk dlm badan org itu kesurupan. Jin yg lebih rendah boleh masuk dlm bdn. Kalu kerohanian tahap tinggi. Adalah mustahil nak jadi kesurupan.
Abis yg dlm tape tu betul ker tak betul? Apa betul ker Rasullulah panggil Ust. Ashaari sbg Tuan?


Setahu aku Abuya ni, rohani dia dah tahap tinggi, tak mainlah masuk2 ni. Sedangkan Abuya sendiri ada bagi kuliah pasal jin yg menyatakan tidak sekali2 kita boleh membenarkan jin menguasai kita. Itu syirik. So tak munasabah Abuya kesurupan. Setahu aku sepanjang aku bergaul dgn org2 rufaqa ni anak2 buah abuya sendiri sgt dilarang 'deal' apa2 dgn jin2 tanpa kebenaran Abuya ditakuti tersesat or whatever.

Hanya org2 tertentu dlm rufaqa sj yg dibenarkan, itupun setelah menjalani latihan rohani dan penelitian dr sudut 'kelayakan' yg bukan calang2. Tak cukup dgn itu setiap tindak tanduk mrk2 yg terpilih ini tak lepas dr pemantauan yg cukup teliti oleh abuya. Haa...nama team tu tak silap aku ialah Skylab. Anytime ustaz2 atau ustazah2 yg jadi team ni boleh digugurkan andai ada tersilap atau tercacat di mana2 terutama melibatkan soal aqidah atau syariat Islam.

Contohnya lihat kes kehilangan helikopter kat Bario tu. Dah berderet bomoh dan ustaz2 cuba 'deal' dgn jin2 kat situ tapi tak lut. Alih2 bila Abuya campur tangan barulah puak2 jin mengalah dan 'bukakan hijab' tpt helikopter tu jatuh. Jadi tentulah yg tunduk bukan abuya tapi jin2 yg deal tu yg dah 'tunduk' pada abuya.

Bab Rasulullah saw panggil Abuya tuan, tak tahu pulak aku...itu kena tanya Akasyah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by Guys at 2004-11-23 04:41 PM:

Setahu aku Abuya ni, rohani dia dah tahap tinggi, tak mainlah masuk2 ni. Sedangkan Abuya sendiri ada bagi kuliah pasal jin yg menyatakan tidak sekali2 kita boleh membenarkan jin menguasai kita. Itu syirik. So tak munasabah Abuya kesurupan. Setahu aku sepanjang aku bergaul dgn org2 rufaqa ni anak2 buah abuya sendiri sgt dilarang 'deal' apa2 dgn jin2 tanpa kebenaran Abuya ditakuti tersesat or whatever.


Sebab tu Tok tanya camner dier berdialog dgn Rasullulah... Simple jer soalan tu...

Hanya org2 tertentu dlm rufaqa sj yg dibenarkan, itupun setelah menjalani latihan rohani dan penelitian dr sudut 'kelayakan' yg bukan calang2. Tak cukup dgn itu setiap tindak tanduk mrk2 yg terpilih ini tak lepas dr pemantauan yg cukup teliti oleh abuya. Haa...nama team tu tak silap aku ialah Skylab. Anytime ustaz2 atau ustazah2 yg jadi team ni boleh digugurkan andai ada tersilap atau tercacat di mana2 terutama melibatkan soal aqidah atau syariat Islam.

Contohnya lihat kes kehilangan helikopter kat Bario tu. Dah berderet bomoh dan ustaz2 cuba 'deal' dgn jin2 kat situ tapi tak lut. Alih2 bila Abuya campur tangan barulah puak2 jin mengalah dan 'bukakan hijab' tpt helikopter tu jatuh. Jadi tentulah yg tunduk bukan abuya tapi jin2 yg deal tu yg dah 'tunduk' pada abuya.




Bab Rasulullah saw panggil Abuya tuan, tak tahu pulak aku...itu kena tanya Akasyah...


Haiiiii.... Dulu siap kuar tape... Apo cito?... Tak tau ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.986259 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list