|
rdzaccess...meh laa citer cepat...sekerat2 nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti malam aku sambung cerita aku kat kilang tu sebab malam ni malam Juma'at.
Isssshhh...syoknya...
Korang kena tutup lampu sekeliling...yang bercahaya adalah skrin komputer...Pas tu korang amati kat skrin tu korang akan nampak pembalikkan bebayang kat belakang...
Pas tu kaki korang kena gigit dek nyamuk.
Pas tu korang tak tahan sebab gatal sangat.
Pas tu korang pergi cari sesuatu untuk menyelesaikan masalah gigitan nyamuk tu.
Kemudian korang pergi lak bukak lampu dan mencari2 kat mana lak tersimpannya racun nyamuk.
Kemudian,.... |
|
|
|
|
|
|
|
Maka pada satu hari tu aku kerja lah kat kilang di BBB ni.
Ada lak OT. Apalagi kalau aku kat rumah pun aku akan lepak kat Kajang, pekena satay.
Aku masuk melapurkan diri jam 10 malam.
Suma dah set aku pun buat testing. Dapatlah 3 unit yang besar2 tu settle/
Besok boleh ship out.
Waktu masih awal. So aku nak buat lagi satu test...kira last punyalah.
Maka aku pun ikat unit tu kat hoisting crane dan mula tekan switch. Terangkatlah unit tu perlahan-lahan.
So masa nak pusing untuk ikat anchorage dia, aku dah terkial-kial.
Ni kena mintak tolong ni sebab nak guide unit tu bukan senang, tambahan pulak unit yang dah siap test ada lak kat situ.
Aku memerhati kat sekeliling. Kekawan ada tapi nu... jauh pulak.
Aku cuba jugak lagi sekali. Tak boleh, payah ni...
Aku tengok lagi sekali sekeliling. Aku terperasan ada orang lalu kat celah-celah unit di sebelah kanan aku.
Aku pun lepaskan unit yang tergantung tu dan mula berjalan menuju ke arah laluan orang tu.
Kalau aku dapat mintak tolong kat dia maka akan memudahkan kerja aku.
Jalan punya jalan maka aku sampai lah kat satu belokan.
Aku tengok orang ni sedang membongkok macam mengambil sesuatu...
Aku tak pasti apa yang dia buat so disebabkan oleh aku sebenarnya masa tu memakai cermin mata dan pulak cermin tu aku letak atas meja sebab berpeluhnya aku ketika terkial=kial nak guide unit yang besar lagi maha berat tu; maka aku mendekati dia.
Bila dah hampir kat sebelah dia, tu aku berkata kat dia dengan selambanya, "Oh...Engkau"
Aku pun berpatah balik.Tak jadi meminta bantuan.
Aku terus mendapatkan unit yang tergantung tadi, menurunkannya semula.
Aku kemudian terus ke meja, mengambil cermin mata tapi aku tak pakai, masukkan kertas ujian aku kat dalam drawer dan terus menuju arah keluar.
Selepas punch kad , aku terus balik rumah.
Tenang, releks tak de apa-apa perasan ku masa tu kerana aku boleh buat macam tu...
Apa yang aku nampak adalah satu orang...
Orang ni berpakaian macam t-shirt putih...
Masa aku dah sampai kat sangat ngan dia...
Aku tengok dekat-dekat...
Aku nak tengok dia sapa...
Aku nak tengok muka dia...
Aku tak dapat tengok...
Aku tak dapat nak mintak tolong dari dia...
Aku tak nampak kepala dia...
Sebab dia tak de kepala...
[ Last edited by rdzaccess at 17-8-2007 02:18 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #136 rdzaccess's post
lor..tak nak bagitahu kamsis ker..yalah..tak kisah asalkan ada bagi petunjuk sikit pasal kamsis tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sekarang rasa pelik jugak.
Baru-baru ni saya ada pergi rumah abang ipar saya.
Saja jer, sembang2.
Masih ada lagi gangguan kat seantario B B B ni.
Mesti ada sebabnya kan ?
Kalau benda macam ni tak dihapuskan, cuma di alihkan jer mungkin boleh jadi jugak.
Atau ada perawat yang cari rezeki macam ni. Ambik kat sini , letak kat situ...
So pi mai, pi mai dok kat tang tu gak...
Syaitan ni macam tu lah...bukan saja dari fizikal malah fikiran kita jugak di selewengkannya...
Pas tu mula lah terbit macam-macam perlakuan yg negative.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #153 rdzaccess's post
gangguan yang macam mana tu?
uiks, itu kes perawat nak cari glamour kot..nak suruh orang mintak khidmatnya je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nauze at 7-8-2007 02:48 AM
uiks...kamsis A yang lebih kurang atas bukit? yang skrg ni kolej ibrahim yaakob tu ke?
takkan kamsis dato' onn pulak..dato onn ni bukannye atas bukit...rasanya kolej dato' onn ini kolej yg pal ...
u budak ukm ker? anyway, if u lihat peta for kamsis ungku omar, u will see that between ungku omar n burhanuddin helmi is a tapak perkuburan india.
at burhanuddin helmi pula, kan ada tanggan yang leads to nowhere. pernah member menyuarakan hasrat nak naik tangga and explore kawasan atas tangga tu. derang plan nak pi ramai2 ler. but that night, dia dapat mim. ada rombongan berkompang datang mai pi ketuk pintu bilik dia.
wallahualam ... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ker kalau orang luar masuk UKM dalam sehari ( tidur kat situ- tumpang bilik member lah)? . Register pun tak per. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #155 herbivor's post
yup..saya dak ukm..
owh..tapak perkuburan india? masih ada lagi ke kubur kat situ or dah jadi tinggalan sejarah je?
yeah, yang tangga kat belakang burhan tu memang ada yang menghala ke mana tah..tapi saya tak pernah pun naik tangga tu...tatut... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #156 rdzaccess's post
nak resgister apa?
kalau nak tumpang bilik member for free, boleh jer..setinggan la tu..tapi kena jaga2 lah, kalau kantoi tu kena la bayar RM70 kalau tak silap..
kalau duduk kat rumah tamu atau kolej za'ba ke adalah bayaran nya yang tertentu.. |
|
|
|
|
|
|
|
uhuhu kisah antu kat BBB kan...aku nak citer pengalaman mak aku yg bekerja di pusat latihan di BBB...memang ramai staff buat latihan di situ...nak assessment...or training..everything kat situ...jdi org luar yg dtg situ..mesti duduk asrama kan....nak dijadikan citer...asrama tue...memang seriau....ada satu bilik tue memang x dpt nak diduduki...kekadang malam2 org main ketuk2 tue...bilik berkemas tetiba x berkemas..kalau nasib baik...jumpla sarjan jepun..xde kepala...kisah benar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua malam Kat UKM cukup kot ?
Sapa berminat boleh P.M.
Nanti saya set date..
Bukan nak menunjuk, tetapi untuk tidak lah nanti kalau ada kekawan yg. yang dapat offer dari UPU kena lak study kat UKM diorang tolak ( sbb benda ni ).
Rugi pulak bila belajar takder concentration. |
|
|
|
|
|
|
| |
|