|
TIPS & PENGALAMAN APPROACH/TACKLE & ETC AWEK (MERGED WITH ALL)
[Copy link]
|
|
bnyk tgk kes terlepas nak tackle awek ni bukan sbb malu semata2.. tp sbb sebenarnya takutkan rejection.. btol x?
aku pun camni gak dulu2.. dlm paler memcam ayat power ade.. tp nak kuarkan kat awek trase berat gila.. kesimpulannye.. korang tanamkan je sikap buat bodoh x tau malu hehhe.. kena reject pun apeda hal.. blom tentu jmpe awek tu lg so pe nak malu sngt.. next time leh cuba kat awek lain plak kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 iza_yuss's post
ni sorg lagi tyco selal kena ngorat,
cuba cite skit camna ko kena ngorat,
pandai je komen
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 iza_yuss's post
yang pompuan plak..bile nampak balak encem..dlm ati ..mesti ada yg punya..padahal dua2 single...dan masa pun berlalu begitu sja |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi barangsiapa yg berduit walaupon tak berupa dan berperot boncit...tak payah ngorat pon,kompom byk awek yg bermata duitan keliling pinggang nyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi2 petua..
kalau kita guna kaedah KEBARANGKALIAN..
dalam 100 awek cun yg kita tegur..xkan 10 orang xlayan..dalam `10 orang tu, sorg yang benar2 mencuit hati kita..
so apa lagi...mulakan menegur awek sebyk 100 org sehari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bayangkan begini :
Di sebuah shopping mall, katakan seorang lelaki dah nampak seorang pompuan, jadi hatinya berkata " Inilah the girl/woman of my dream.. aku nak kawin dgn dia.."
dia memang suka kat pompuan tu dan rasakan yg "she's the one"..
so, pick up line yg akan di gunakan oleh lelaki mengikut cadangan aku adalah begini...
a) Lelaki itu akan berhenti dekat perempuan tu dan dengan muka serius nya akan cakap :
Lelaki : " Berhenti kejap cik.." (sambil tgk mata pompuan tu..)
Pompuan : "eh kenapa ni? " terpinga- pinga..
L : "Maaf tapi saya terpaksa panggil polis.." dgn muka seirus lagi..
P: " Tapi kenapa ni?" tanya pompuan tu dgn risau dan terkejut..tertanya2..
L: "Awak telah mencuri hati saya, jadi saya terpaksa panggil polis untuk tangkap awak.." sambil tersenyum dan mata merayu..
L: "SO, boleh tak pulangkan balik hati saya tu, dan tulis nombor telefon sekali??? " kata lelaki tu..
(dan pompuan tolong bagitau, kalau korang kena begini, adakah korang akan senyum dan bagi nombor telefon atau mulakan perbualan? atau bagi penampor seliang kat lelaki tu?) |
|
|
|
|
|
|
|
aku : hmmm....awak ni...rase macam biasa nampak....tapi..tak igt la...maybe kat shopping mall kot...awak suke shopping ehh??
dia : ha? takla..manada shopping2 selalu...kadang2 je...
aku : yeke....tapi muke familiar...
haku penah kena sebijik ayat neh... nko ke tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat tempat yg sama, keadaan yg sama jugak. Memberhentikan pompuan tu..
L: (dengan muka terkejut) "Oh my God!" Kata lelaki tu
P: (terpinga2), "kenapa ye? " kata nya dgn heran
L: "tau tak mata awak mengingatkan saya pada lautan?" tanya lelaki tu dgn muka serius..
P:"hah???? " tertanya2.. dan mungkin akan tanya "kenapa pulak?"
L:" jadi saya sedang hanyut dalam lautan tu... boleh tolong selamatkan saya?? " kata nya sambil tersenyum dan merayu..
L: "Selamatkan saya please dan Tolong bagi number phone..." kata lelaki tu dgn senyum lagi..
(so, yg ni pulak, pompuan akan bagi number ke bagi penampor? ) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by burujtimur at 23-2-2008 14:53
Bayangkan begini :
Di sebuah shopping mall, katakan seorang lelaki dah nampak seorang pompuan, jadi hatinya berkata " Inilah the girl/woman of my dream.. aku nak kawin dgn dia.."
dia memang s ...
kalo aku kena cenggini xde la aku nak marah2 pong... abeh sgt lam pale otak aku ni terlintas aya "betul ke idak budak nih?" |
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit kata2 peransang pada lelaki:
Masa korang guna pick up line ni, korang akan sedar bahawa korang sebenarnya telah pun 'merendahkan ego' korang dgn merayu.. so, memang ada sesetengah lelaki yg akan rasa tak best bila ego dia tercalar..
Ada jugak keadaan yg akan membuatkan pompuan tu reject korang,maybe sebab korang tak meyakinkan atau apa saja..
Jadi, dlm keadaan ini, kalau tak nak menghadapi rejection serta nak cover balik ego yg tercalar tu sambil tak melukakan hati pompuan tu, korang perlu buat begini...
Kita amik keadaan pick up line yg first di atas: (pasal polis dan pencuri tu.. kira sambung lepas ayat " Tolonglah pulangkan hati saya tu balik beserta number phone awak sekali..please.."
Jadi, dlm sesetengah keadaan, pompuan mungkin akan reject, sebab dia betul2 taknak ada conversation dgn korang, ataupun dia sengaja nak test korang balik (kan ke pompuan suka jual mahal!)
Jadi, bila keadaan jadi begini:
L:"Tolonglah pulangkan hati saya tu balik beserta number phone awak sekali..please.."
P: "eh taknak lah.." kata pompuan tu..
Masa ni, ego lelaki dah tercalar dan tak tau mana nak letak muka.. so, buat selamba je dan kata begini:
L: "oh, taknak pulangkan balik hati saya tu ye?Nampaknya saya kena bagi 3 pilihan pada awak, kalau tak saya akan report polis!! dan suruh polis tangkap awak"
P : (kalau dia nak blah, tahan dia kejap..)
L: "Option pertama (1) Awak pulangkan balik hati saya tu beserta number phone awak sekali.."
L: "Option yg kedua (2) Lain kali awak tak perlu lagi curi hati saya kalau nak, sebab, awak cuma perlu mintak je terus dengan saya, dan, amik kad saya ni (sambil hulur kad korang), lain kali kalau awak rasa nak curi lagi hati saya. Call je saya dan saya pasti dengan rela akan bagi hati saya pada awak, dan tak perlu curi lagi.."
Masa ni ego lelaki tu dah terpulih, serta pompuan tu, besar kemungkian akan amik kad tu..
L: "Option ketiga,Awak nampak cafe tu? (sambil tunjuk pada cafe tu..). Okeh, kalau awak taknak saya report polis dan tangkap awak sebab awak dah curi hati saya, maka, awak sekarang jugak kena bawak saya kat situ, dan belanja saya minum serta pujuk balik saya! kalau tak saya report polis dan tangkap awak.."
Jadi, sekarang, korang sebagai lelaki tunggu jawapan dia, dan tgk apa yg dia akan bagi respon nanti..
Kalu dia tak nak jugak.. minta maaf dengan dia sebab buang masa dia.. dan terus pergi berlalu dari situ dengan bye,bye kat dia (sambil senyum)
Dan, walaupun pick up line tu tak berjaya untuk tawan hati dia, ketahui lah korang bahawa, sehari suntuk dia akan terpikir2 pasal korang punya pick up line yg genius tadi tu..
Percayalah, sehari suntuk, tak kira dia suka atau tak kat korang.. Dan kemungkjian besar dia akan citer kat kawan dia..
Dan, sapa tau, perhaps, kawan dia suka dan berfantasi pasal pick up tadi tu, dan, call korang pulak (sebab kad yg korang bagi tadi..) kan ke dah dapat sorang lagi tu?
Dan percayalah, 9 1/2 dari 10 perempuan akan pasti citer pasal pick up line yg korang buat tu, tak kira dia suka atau tak kat korang..
Hahahahahahah. "So guys, start your engines"
Yg penting, riak muka tu kena betul2 meyakinkan, serta ikut pick up line yg di gunakan...
baidewei, pompuan yg bagi respon tak baik pada korang tu adalah pompuan yg takde hati dan perasaan, jadi, memang tak berbaloi untuk spend your life with her..sekurang2 nya dia pasti akan jaga maruah korang walaupun dia tak nak kat korang dan akan reject korang.. (maksudnya dia akan reject cara yg baik dan tak memalukan..)
Dan kalau tak berjaya, anggaplah macam korang sedang training untuk pick up line tu di gunakan pada girl of your life nanti..
[ Last edited by burujtimur at 23-2-2008 03:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tips utk lelaki:
walaupun dah ada pickup line, masih tak menjamin kejayaan sebab korang tak biasa tentu akan menggigil masa nak execute pickup line tersebut, oleh itu kena practice la dulu. cara paling senang bagi aku simple jer, korang pegi la mana2 pasar borong ke, shopping mall ke lepas tu mulakan dgn menegur kakak2, makcik2 penjual tu dulu, sembang apa2 jenis topik dgn dia orang 5 minit ke, sebagai contoh topik pasal mawi pun boleh dituduh isap dadah pun boleh. kalau makcik tu fanatik mawi, ko jgn plak kondemn mawi sebaliknya pandai2 la cuba ikut haluan dia defend mawi. prektis ni utk social skill korang jugak. kalau dah selesa, baru la cuba2 tegur aweks kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni pulak camner ya ladies? Ok tak? Baca ye..
Lelaki tu terus berenti depan pompuan tu tadi, dan dengan muka yg risau :
L: " (muka risau dan berkerut2 sambil nafas sesak2) " Mintak maaf, tapi saya betul2 perlukan pertolongan awak sekarang.."
(Dengan nafas yg paling cemas dia boleh buat..)
P: (terpinga2 dan tanya) "apa yg boleh saya tolong?"
L: (cemas) "Awak tau tak Lost and found department kat mana? alah.. tempat yg orang hantar barang hilang tu.." (Tanya lelaki tu dgn yakin)
P: " Tau, tau" katanya cuba membantu. Kalau dia kata "tak tau" ataupun "tau" , terus je cakap begini..
L: (sambil cemas lagi..) " Macam ni, saya ada meeting penting esok, jadi saya dah hilang sesuatu dan nak mintak tolong awak, dan awak mesti ,MESTI tolong saya!" (push/desak je pompuan tu..)
P: (mungkin terpinga2 dan tanya) "apa dia tu?" (natural insticnt pompuan, dia memang suka membantu..
L: (cemas) " macam ni... kali pertama saya tengok awak tadi, saya terus 'hilang' diri saya, entah ke mana (keluarkan senyuman..), hilang dan rasa sekrang ni mcm di awang2 ngan.. jadi, saya nak mintak tolong awak lah..sebab saya tak tau mana saya dah pergi...." (sambung senyum)
L: "kalau awak jumpa diri saya yg 'hilang' tu, tolonglah pulangkan balik kepada saya a.s.a.p .. please,.."
L : (senyum) "Dan jangan lupa pulangkan diri saya yang 'hilang' disebabkan awak tu, beserta dengan number phone awak sekali..."
L:" bukan apa, saya nak telefon awak dan ucap "thanks" sebab dah 'jumpa' diri saya yg 'hilang' tu.."
L: "lease...pulangkan ye, saya tau, mesti awak ada jumpa punya...kan?"
Jadi ladies? yg ni pulak? the ol' lost and found punya pick up line? bleh berjaya tak kalau ada orang guna kan korang?
P/S: guys, impressions tu penting.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku serik bagi no fon kat sorg mamat ni masa kiteorg sama2 gi interview. sbb nya masa tu kitorang borak biasa2 je & dia amik no aku sbb katanya nak contact aku kalau ada vacancy kat mana2 yg dia tau. yg aku plak time tu tak fikir apa2, terus bagi je kat dia. aku belum abis interview dia dah sms aku. 1 hari berkali2 sms sampai aku naik bosan & trauma. last2 aku ignore je col & sms dia biar dia faham sendiri. kalau hensem tak pe gak |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah, thanks y'all for the post...
kalau lah sesapa yg ada kat sini yg mempunyai problem dgn pompuan yg di minati nya, maka, jgn lah segan2, marilah try tanya kan problem tu kat sini, maybe kitorang ada solution nya...
Tapi the best pick up line adalah, pick up line yg jenis pompuan tu tak sedar pun yg korang tgh ayat dia.. kira opener yg baik..
ni antara perkara yg korang kena tahu..
1) Once pompuan tau yg korang tgh mencuba ayat dia, waktu tu, dia pasti akan dapat kesan punya, sebab diorang memang di lahirkan dgn intuation yg tinggi pasal bende2 ni..
2) Bila diorang dapat kesan cobaan ayat yg korang tgh buat tu, dia pasti akan meninggi kan 'defense shield' dia dan akan cuba membuat '# test' atas korang. Korang pernah tgk pompuan yg jual mahal kan? (padahal dia nak..). Tu takleh nak buat apa, sebab memang sifat diorang...
3) Opener yg baik, adalah opener yg bersahaja, tapi yg belah atas2 yg aku bagi awal2 tu adalah opener jenis direct approach, bukan bersahaja, sebab masa tu korang tgh bagi SOI (statement of intention) pada pompuan tu. Kira berani mati punya, sebab itu adalah untuk latihan yg akan membina confident pada diri korang..
4) Try approach satu pompuan, dgn memberikan opener jenis pendapat kepada dia.(bertanyakan pendapat).
So, aku tau ramai yg ada problem pasal pompuan kat sini, tapi korang segan nak tanya kan? itu boleh di lihat atas number of views yg thread ni yg aku tempek ..
Jadi jgnlah segan.. jodoh pun kena usahakan jugak macam jugak rezeki. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by burujtimur at 23-2-2008 02:53 PM
Bayangkan begini :
Di sebuah shopping mall, katakan seorang lelaki dah nampak seorang pompuan, jadi hatinya berkata " Inilah the girl/woman of my dream.. aku nak kawin dgn dia.."
dia memang s ...
kalo aku x layan la weh.....skali yg ayat ko tuh jahat gila nak mamposs.....payah weh
~sbb tu org kata kalo nak carik laki masa blajo kat U....kita nmpk dia camne.....lama plak tu.....dan kita kenal kwn dia sape.....dan kita kenal family dia camne..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|