CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
Post time 22-7-2010 02:28 PM | Show all posts
ye le ariel...jgn le lama sgt ....kami tunggu nie......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 11:42 AM | Show all posts
harap2 ariel dengar luahan kami....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 11:47 AM | Show all posts
baru smpat baca...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 11:47 AM | Show all posts
kalo da xsibuk...
jmputla masukkn n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 09:20 PM | Show all posts
24

Hari ini, hari pertama sesi persekolahan bermula.  Aku baru lepas mengemas baju dan segala khazanah yang aku bawa dari rumah ke dalam loker.  Kebetulan yang masih dianggap kebetulan, aku duduk sebilik dengan tiga orang mak nenek itu.  Tapi nampaknya, cuma aku seorang sahaja yang masih di bilik ini.   Namun ada juga pelajar lain yang telah pun masuk ke asrama.  Namun masing-masing masih duduk terperap di dalam bilik sebab masa akan menjadi suntuk selepas ini.  Ketibaan pelajar junior Tunas Setia.  

Ayah hantar aku awal pagi untuk daftar masuk ke sekolah sebab ayah akan terus ke Port Dickson untuk kursus selama seminggu.  Dihantar oleh jabatan.  Emak pula ayah hantar ke rumah Nek Ngah.  Memang pada mulanya emak menolak, tapi macam biasa, ayah tu, ada je hujah-hujah yang disembur kepada semua alasan emak.  Lagipun, ayah kata boleh tolong tengok-tengokkan Nek Ngah yang memang sudah tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini.  Tapi oleh sebab emak tu lembut hati macam aku (atau sepatutnya ayat ini berbunyi begini: aku yang lembut hati macam emak), jadi emak pun mengikut sahaja.  

"Assalamualaikum...", suara itu memecah lamunan aku.  Tangan yang mengemas terhenti.

Aku memusingkan badan.  Ha, sampai juga Lailawati.  Tersengih di depan pintu dengan berbeg-beg (ada ke kata berganda macam ni?) barang-barangnya.  

Aku peluk dia erat namun dia tak balas pun pelukan aku itu.  Ya, aku faham.  Barangnya sangat banyak.  Sampai tak cukup kaki dan tangan nak memikul segala beban.

"Kau ni bawak semua barang dari rumah mak kau ker?', aku bertanya sambil meletakkan begnya yang berbeg-beg itu di atas katil.

"A'ah, segala mak nenek peti ais, mesin basuh, water cooler kat rumah mak aku, aku bawak ke sini.  Tahun ni, kita senior.  Kau jangan lupa tu", menyeringai Lailawati.  Dah tak sabar nak membuli lah tu.  Mentang-mentang dia Ketua Asrama Perempuan.

Masa mula-mula dapat tahu Lailawati di lantik sebagai Ketua Asrama Perempuan, habis kami menyakat dia.  Kami kata, dia mesti bersekongkol dengan Kakak Suara Bingit tu. Sebab tu dia dilantik menjawat jawatan penting tu.  Dan apalagi, bukan setakat bantal, baldi pun dibalingnya ke arah kami.  Dasar Belanda !

Macam tak logik jugak kalau difikir-fikirkan.  Tapi kalau ikut logik akal, Lailawati memang lebih layak dari aku.  Aku?  Jadi tukang kipas Ketua Asrama Perempuan aja lah.  Jadi batu api, pun boleh juga.  Atau ambil tempat Kakak Suara Bingit.

"Dik.........cepat lah dikkkkk.....!", aku gelengkan kepala.  Tidak mahu mengingati suara nyaring itu.  Sangat ngeri !  Boleh kencing malam.  Mengigau sambil berjalan ke Asrama Lelaki aku malam ni ! Opss !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 09:41 PM | Show all posts
25

Budak perempuan itu pandang aku.  Tepat pada mata aku.  Duduk bersimpuh elok.  Tapi kakinya kejab ke kiri. Kejab ke kanan.  Pada perkiraan aku, itu simptom-simpton kebas.

Dan aku masih diam memandang dia.  Juga tepat pada matanya.  Juga tidak berganjak.  Dalam hati ini, dah terburai segala isi usus besar aku.  Puas menahan tawa.  Tapi wajah aku terpamer riak bengis (agaknya).  Rasanya dah hampir satu jam keadaan begini.

"Dah lah dik, adik nak tau siapa Ketua Asrama kan?, Tu, kakak yang sedang kapur kasut berkain batik tu", aku bangun perlahan.  Kebas juga kaki aku ni.  Dan aku perasan, budak itu melepaskan nafas dengan perlahan.

Ni semua Lailawati punya rancangan.  Salah satu daripada rancangan dia.

Semalam Fiza, budak bilik sebelah, kelas Lima Bisnes, yang dilantik menjadi AJK Kesihatan juga mendajalkan budak junior.  Dia suruh budak tu nyanyi lagu Negaraku di tengah-tengah padang Asrama tepat jam sebelas malam, sambil mengangkat kain.  Adoi, menggogoi budak tu menangis.  Aku kesian juga.  Tapi nak buat macam mana.  Namanya pun minggu orientasi.  Minggu mesra-mesra senior dan junior, kononnya.

Shakira pulak tak mahu join.  Katanya dia tak nak masuk campur.  Tak sampai hati.  Geli aje aku dengar alasan dia.  Tapi aku dah boleh agak, Shakira mesti nak dapat adik angkat secara beramai-ramai.  Tu sebab dia buat baik.  Bukan boleh harap dia tu.  

Marshila, ikut mood.  Kalau dia rasa dia nak 'buli', dia 'buli' tak kira masa dan tempat.  Mujur minggu orientasi dua minggu aje.  Tak sempat Marshila nak datang bulan.  Kalau sempat, harus lah ada kes buang sekolah.  Marshila lah orangnya.

Dan aku, jenis tak kisah.  Kalau AJK mintak tolong buat kerja part-time ni, aku ikut arahan aje.  Saja suka-suka.  Ya, suka-suka sangat, SPM tahun ini.  Kalau dibuatnya budak-budak junior tu doakan kegagalan aku.....ishh selisih malaikat empat puluh empat.  Mintak simpang.

Dan aku tengok, budak itu,namanya Siti tak silap aku, masih lagi mengadap Lailawati yang tak sudah-sudah mengapur kasut.  Eh ! Itu kasut sekolah aku!  Laa, kurang asam jawa betul dia ni.  Dah terkulat-kulat budak Siti tu nak menunggu Lailawati pulak.

Gasak lah...!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-7-2010 10:14 PM | Show all posts
26

Saat ini, jam ini, waktu ini, hari ini, aku sangat-sangat terasa ingin menghijaukan diri.  Seperti Incredible Hulk layaknya.  Walaupun hodoh tapi gagah.   Masih disayangi ramai.

Ishh..biar macam mana aku pusing pun soalan Akaun ini, jawapan yang aku dapat tetap tak seimbang debit dan kreditnya.  Kalau dah begini gayanya, memang rancangan ayah akan berjaya.  Mengahwinkan anak dara suntinya yang cantik ini dengan anak jiran belakang rumahnya itu.  Rancangan ayah akan berjaya.  Ya, ayah berjaya kerana  dapat mengurangkan duit belanja untuk majlis perkahwinan aku.  Sadisnya bila membayangkan.  Tak nak membayangkan tapi tetap terbayang-bayang bila bayang nak tutup Akaun yang satu ini tak nampak bayang (adakah kamu semua faham aku yang aku bayangkan?).

Aku tengok jam di dinding bilik prep.  Sudah pukul sepuluh tiga puluh minit malam.  Aku capai tudung.  Ambil mug yang terletak di atas meja.  Terus menuju ke Dewan Makan.   Kelihatan beberapa orang junior telah keluar dari Dewan Makan.  Namun masih ada sebahagian lagi yang sedang menikmati supper.  

Aku masuk ke Dewan Makan dan terus mengambil air.  Milo O lagi.  Aku lihat pula di dalam bekas kuih.  Biskut mayat lagi tapi itu bukan masalah besar bagi aku.  Aku ambil tiga keping biskut itu.  Mengambil tempat di meja senior, barisan hadapan dalam Dewan Makan.

Sambil biskut aku cicah di dalam air, mata meliar memerhati keadaan.  Sekilas aku jatuhkan pandangan ke arah beberapa kumpulan pelajar junior lelaki.  

Dan, mata ini jatuh juga pada wajah dia.  Rasanya inilah pertama kali sejak sudah hampir sebulan di Tunas Setia, aku lihat dia.  Ya, dia juga sibuk.  Lailawati kata dia juga dilantik sebagai AJK bagi student lelaki.  Dia juga dilantik sebagai Ketua Pelajar untuk Tunas Setia.  Lailawati kata lagi, atas sebab kecemerlangan dia dalam ko-kurikulum dan kurikulum, maka dia adalah pilihan yang tepat.  Wajar dijadikan idola.  

Ya, aku setuju itu.  Tapi aku selalu dapat gambaran macam dalam novel yang aku baca, kalau hero tu ada ciri-ciri ketua atau pemimpin, dia mesti seorang yang glamor.  Handsome.  Kacak menawan.  Gagah perkasa.  Tapi dia ni, tak ada   langsung ciri-ciri itu.  Sikit pun tak ada.   Badannya kurus kering macam tak cukup zat.  Tak handsome pun satu hal.  

Dan atas sebab-sebab yang tak munasarawak, kepala aku diluku dengan sudu oleh Shakira.  Kebetulan aje sebab masa tu, Shakira tengah melantak butter.  Kalau dia tengah basuh baju?  Aku yakin seratus peratus tanpa kompromi, Shakira akan memandikan aku dengan air basuhan bajunya.

"Kalau kau tak nak, bagi aku.  Asyik komplen aje".

"Ambik lah.  Bukan laki aku".

"Aku ambik betul-betul nanti, kau jangan tak kawan dengan aku tau.  Kalau tak, bagi aje kat junior".

"Bagi lah. Dia jugak bukan harta aku", aku masih menjawab.  Selamba.  Dari ekor mata, aku nampak Shakira masih meratah butter sambil mulutnya herot berot mengikut ayat-ayat aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 10:27 PM | Show all posts
baru smpat baca...
amandaatika Post at 28-7-2010 10:47



tq..jgn lupa bg komen {:1_144:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2010 10:28 PM | Show all posts
harap2 ariel dengar luahan kami....
cewey2 Post at 28-7-2010 10:42


mcm dengar jek cewey seru2 ambo...ambo pun mariii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 10:29 PM | Show all posts
ye le ariel...jgn le lama sgt ....kami tunggu nie......
Ibujie Post at 22-7-2010 13:28


sy cube sedaya upaya ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 10:30 PM | Show all posts
kalo da xsibuk...
jmputla masukkn n3
amandaatika Post at 28-7-2010 10:47


dah masukkn 3 n3...  hrp sudi baca...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 11:03 PM | Show all posts
diorg dah jd senior...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 07:12 AM | Show all posts
assalamualaikum & monin
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 07:18 AM | Show all posts
Reply 151# ariellin


thanks 4 de n3
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 07:18 AM | Show all posts
Reply 148# ariellin


mmg slalu akn tinggal jejak pn
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:16 AM | Show all posts
salam & selamat pagi cemua...TT...hari nie ade N3 lagi tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2010 11:46 AM | Show all posts
assalamualaikum & monin
amandaatika Post at 29-7-2010 06:12


salam n mornin 2 u 2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 12:06 PM | Show all posts
salam & selamat pagi cemua...TT...hari nie ade N3 lagi tak?
Ibujie Post at 29-7-2010 09:16


ibu, sy cube...manyk kijer sgt arini
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 12:42 PM | Show all posts
Reply 158# ariellin


xpe...
take ur time
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 04:00 PM | Show all posts
27

Dunia gelap gelita.  Yang ada hanya cahaya samar-samar menerangi malam.  Itu pun aku rasa kejauhan.  Aku berlari terus ke depan, ke arah cahaya.  Namun aku rasa, semakin jauh aku berlari, semakin jauh cahaya itu pergi.

Aku tak peduli.  Aku perlu pergi ke arah cahaya itu.  Biar peluh membasahi tubuh sekalipun, aku perlu.  Biar bunyi cengkerik semakin memenjerit-jerit di cuping telinga, aku tidak peduli.  Biar macam mana besar rasa takut yang datang menghimpit, aku juga tidak peduli.

Aku masih memandang cahaya itu.  Lagaknya macam menunggu aku tapi masalahnya, aku tidak tahu sejauh mana lagi harus aku berlari mendapatkannya.

Aku berhenti berlari.  Kedengaran kuat naik turun nafas.  Baru terasa dinginnya malam ini.  Aku terduduk di atas jalan.  Rasa ingin menangis.  Ingin menjerit sekuat hati. Ingin aku laung kuat-kuat memanggil ayah dan emak yang hilang entah kemana.  

Puas aku cuba untuk mengingati semula bagaimana aku boleh terpisah dengan mereka berdua.  Dah puas aku cari kelibat mereka tapi sia-sia.   

"Emak...........", aku lap air mata yang tumpah di pipi.  Dan cengkerik juga masih tidak jemu-jemu menemani aku.

"Mana ayah....kenapa tinggalkan Ju..Ju takut...",  cengkerik masih bersahut-sahutan.  Mungkin mengerti perasaan aku.

Aku bangun semula.  Ingin meneruskan perjalanan.  Menuju ke arah cahaya di hujung jalan yang panjang.

Namun, dari arah cahaya itu juga, aku lihat emak dan ayah sedang menuju ke arah aku.

"YA Allah, emak...ayah...kenapa tinggalkan Ju...", aku menjerit sambil terus berlari menuju ke arah mereka.

Namun semakin panjang langkah aku ambil, emak dan ayah juga semakin jauh.  Aku masih tidak sampai-sampai ke arah mereka.  Aku dah penat.  Aku sangat letih.  Aku ingin marah.  Ingin menjerit sekuat tenaga.

"Ju...bangun...", perlahan-lahan aku buka mata bila terasa ada tangan menyentuh badan aku.

Di depan mata aku cuma ada Shakira dan Marshila.  Ya allah, mimpi rupanya.  Dan aku masih di sini.  Di atas katil di dalam bilik bangunan asrama tiga tingkat ini.  Aku masih di Tunas Setia.

Shakira dan Marshila duduk menghampiri aku.  Terasa macam bersalah pula.

"Sorry..mengganggu tidur korang", tangan Shakira ku genggam.  Tanda benar-benar rasa bersalah.

"Tak apa lah.  Kami cuma terkejut.  Kau menjerit-jerit masa tidur.  Kenapa?", lembut suara Marshila.

Aku buang pandangan ke luar tingkap asrama.  Gelap.  Dingin suasana.  Memandang semula ke arah mereka berdua.

"Aku mimpi emak dengan ayah aku...".  Tunduk.  Mimpi tadi benar-benar menakutkan.  Menimbulkan satu perasaan yang kurang enak.

"Oh, tak ada apa-apa lah.  Dah..tidor", arah Shakira.

"Ya Allah, jauhkanlah emak dan ayah aku dari sebarang malapetaka", doaku dalam hati.  Aku pejamkan mata.

"Eh, Laila mana?", Marshila memandang serta merta bila mendengar pertanyaan dari aku.

"Cik Dian Juwita, kau dah lupa ye, Laila kan join camping dekat Ulu Selandar", Shakira menjawab sebelum dia menutup lampu bilik.

Terlupa pulak.  Dah dua hari pun dia kesana.  Dan aku terus pejamkan mata.  Mengharapkan agar tiada lagi mimpi-mimpi yang kurang menyenangkan datang menemani tidur aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.076564 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list