CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

M3: Citra Bahasa, Penyerlah Nusantara [Next Task: 17 Dec]

[Copy link]
Post time 21-8-2011 08:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by sixret at 21-8-2011 20:33

Salam daus(penganjur), rukia(panel), cu dan rose(panel-panel lain),

final word counts 3689. harap tak kisah.

saya gunakan format yg sedikit berbeza kerana inginkan kelainan di mana saya mengajak pembaca2 untuk meneka bersama-sama. saya nak pembaca do the thinking together. harap semua ok.


ttg kredit,nanti sy nak bincang dgn daus.


thanks a lot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 09:36 PM | Show all posts
Salam daus(penganjur), rukia(panel), cu dan rose(panel-panel lain),

final word counts 3689. hara ...
sixret Post at 21-8-2011 20:28



  menariknyer kaka....siap ader teka tekii...nangehterus iols teringat novel RAMLI AWANG MURSYID
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 09:38 PM | Show all posts
Reply  airwickss


   malam,dalam pukul 10.30, kita berpm ya.
sixret Post at 21-8-2011 15:26



    insyaAllah.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 10:32 PM | Show all posts
menariknyer kaka....siap ader teka tekii...nangehterus iols teringat novel RAMLI AWANG MU ...
ctsueraya Post at 21-8-2011 21:36






   time kasih kaka....iols peminat setia RAM.
dia tulis suspense thriller la kaka. sometimes bending towards horror(Ungu karmila) and sometimes towards fantasy (trilogi laksamana sunan)


dia tak pernah tulis untuk whodunit (who done it) genre.




do your best kaka and the geng.


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 10:36 PM | Show all posts
mata dah kero check byk kali.

thanks a bunch to wiwiks for pointing out the obvious mistake.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 10:43 PM | Show all posts
ayyo kak six.. pantasnya..

bila baca story kak six rasa macam tgk detektif conan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2011 10:45 PM | Show all posts
mata dah kero check byk kali.

thanks a bunch to wiwiks for pointing out the obvious mistake.:l ...
sixret Post at 21-8-2011 22:36



    xde la check mana pun....

anyway.... bezz drama neh...
kagum ai...
six mmg sgt2 berbakat....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 10:46 PM | Show all posts
menariknyer kaka....siap ader teka tekii...nangehterus iols teringat novel RAMLI AWANG MU ...
ctsueraya Post at 21-8-2011 21:36



    mmg kalah lah kita uols..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 10:50 PM | Show all posts
ayyo kak six.. pantasnya..

bila baca story kak six rasa macam tgk detektif conan
eddysheddy Post at 21-8-2011 22:43



    sila... sila teka....

siapakah pembunuh sebenar....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 11:00 PM | Show all posts
sila... sila teka....

siapakah pembunuh sebenar....
airwickss Post at 21-8-2011 22:50



    lambat lagi boleh teka
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 11:09 PM | Show all posts
otw menaip.....
huwaaa..........
lambat sikit xdpt point +5 ek??
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 11:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by adifrs at 22-8-2011 10:24

NAMA PESERTA : Adifrs

KUMPULAN : Team A
AHLI PANEL : Cinta_Ungu

FASA : 1


“PANAS!!” gerutu Hani di dalam hati.

Semuanya panas. Cuaca panas, hati panas, kesesakan orang ramai di stesen LRT Masjid Jamek ni pun buat Hani jadi panas. Serba-serbi tak kena hari ni. Sudahlah bangun pagi tadi bekalan elektrik terputus. Habis gelap satu kawasan perumahan Desa Damai. Mujur Hani sudah menyiapkan pakaian kerjanya malam tadi. Kalau tidak, MC lah jawapannya. Takkan nak pakai baju keronyok sana sini. Meskipun dia  jenis yang selamba dan sempoi tetapi dia sangat menjaga penampilan diri.
-------------------------------------------
STESEN PUTRA LRT MASJID JAMEK.

Jujurnya, dia jarang menaiki perkhidmatan awam yang satu ini. Dia jadi tak betah apabila melihat orang ramai bersesakan di dalam train itu. Nasibnya agak baik kerana susuk tubuhnya yang sederhana kecil itu membolehkan dia menyelit di celah-celahan orang ramai. Terkocoh-kocoh Hani berlari menaiki tangga apabila melihat escalator penuh sesak dengan orang yang beratur.

“Lagi 10 minit. Semogalah sempat sampai sebelum 8.45”, Hani mengomel sendirian setelah melihat seimbas lalu jam ditangan. Selalunya Hani pergi ke pejabat menaiki motor vespa ungu hadiah daripada arwah ayahnya 3 tahun lepas. Tapi semalam vespa ungunya meragam maka terpaksa dia tinggalkan ‘kekasihnya’ itu di hadapan bangunan pejabat. Dia sudah beritahu Ah Chong supaya datang tengahari nanti untuk melihat kerosakan yang terjadi.

Sampai saja Hani di bawah bangunan pejabat, dia terfikir untuk menjenguk sebentar vespanya. Takut-takut lesap pula. Dari kejauhan dia terlihat ada sesuatu yang tersangkut di handle vespa tersebut.

“Eh, plastik apa pulak ni”. Hani menapak dengan lebih laju menuju ke vespanya. Dicapainya plastik tersebut dan mengeluarkan isinya. Sebungkus nasi lemak berserta sekeping nota ringkas mengucapkan salam perkenalan dan nombor telefon..

“Ya Rabbi, siapa punya kerjalah ni. Kot ye pun nak berkenalan takde cara lain ke?” . Ini memang betul-betul buat Hani jadi panas. Makhluk Allah manalah yang tak serik-serik ni. Sudahlah minggu lepas dia dapat coklat. Macam ni jugalah caranya. Letak dalam plastik lepas tu sangkut di handle vespanya. Tapi waktu tu tengahari. Ni pagi-pagi buta dah letak makanan. Hani memandang sekeliling. Tak ada apa yang pelik.

"Alamakkkkk..matilah aku.Dah pukul 8.50!" pantas Hani berlari memasuki bangunan pejabat dan tak putus berdoa agar bosnya belum masuk lagi.



Hani terus menuju ke pintu lif. Tiba-tiba ada seorang lelaki bergegas berlari menuju ke arah pintu lif. Hampir sahaja jarinya tersepit di pintu lif.

"Ma..Maaf encik, sa...saya tak perasan tadi. Ucap Hani dengan penuh rasa kesal. Hani pasti akan menyalahkan dirinya sendiri andai sesuatu berlaku kepada lelaki itu. Ini semua gara-gara makhluk asing yang tak ada hidung tu. Suka-suka sahaja bagi orang makanan. Apa dia ingat aku ni terliur sangat dengan pemberian dia tu? Ingat aku ni suka lah. Kirim salam aja lah" Bebel Hani dalam hati.

"Cik..cik..errr..hellooo" Hakimi pelik dengan kelakuan gadis manis di hadapannya. Ketika itu Hakimi cuba melambai-lambaikan tangannya, tetapi gadis itu masih lagi dengan dunia ciptaannya sendiri.

"Errr...cik..cikkkkk!!!!" Jerit Hakimi. "Arghhh..sakit tekak aku dibuatnya. Minah ni harap aja cantik, tapi pekak badak rupanya" Marah Hakimi dalam hati sambil mengurut lembut lehernya. "Nasib baiklah tak ada orang. Karang tak pasal-pasal aku disangka jejaka kacak sewel. Kacak ker? Hehehe...boleh tahan lah" Hakimi bersoal jawan dengan dirinya sendiri.

"Ada apa encik? Encik tak apa-apa?" Menggelabah Hani jadinya apabila disergah sebegitu rupa.

"Tak..tak saya tak apa-apa. Tapi awak tu yang ada apa-apa" Jawab Hakimi sambil tersenyum-senyum macam kerang busuk.

"Apa halnya?" Tanya Hani dengan penuh rasa hairan.

"Tu.." Tunjuk Hakimi ke satu arah. Hani turut sama melihat ke arah yang ditunjuk Hakimi.

Alamak!! Hani menepuk dahi. "Err..maaf encik, tak perasan" Kata Hani tersengih-sengih sambil perlahan-lahan menarik payung Avonnya yang cantik itu daripada pintu lif. Hani terus menundukkan wajahnya. "Ya Allah, malunya. Kenapa lah dengan aku ni. Semuanya serba tak kena. Ini semua kau punya fasal lah makhluk asing. Arghh!!" Jerit Hani tidak puas hati.

"Lain kali, jangan lah tunjukkan sangat gementar awak tu. Takut saya tau" Selamba sahaja Hakimi berkata sambil menekan punat nombor 5.

"Gementar apa nya ni? Apa maksud awak?" Hani hilang punca. "Mamat ni cerita apa" Hani pelik.

"Tak ada lah, maksud saya tingkah laku awak tu tadi menakutkan saya. Tak kan lah nampak saya terus jadi macam tu?" Jawab Hakimi tanpa berselindung. "Tahu lah saya kacak" Jawab Hakimi lagi dengan nada perlahan.

"Eh..awak ni, jangan nak perasan. Tak ada maknanya lah. Ramai aja saya jumpa yang berganda-ganda lebih kacak daripada awak. Awak jangan lupa, setiap makhluk yang Allah ciptakan di muka bumi ini adalah sama tarafnya di sisi Allah. Semua ciptaan-Nya ada keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Jadi ingin saya nasihatkan awak, tolong lah jangan nak sombong, jangan nak riak. Itu semua pinjaman semata"
Panjang lebar Hani menerangkan dek rasa tidak puas hati kepada Hakimi.

"Err...baik cik. Saya minta diri dulu. Assalammualaikum" Hakimi keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka.

"Walaikummussalam. Padan muka kau. Perasan sangat. Bos dah masuk ke belum ek? Fuhh..harap-harap belum lah. Amin" Hani berdoa dalam hati.

Sambil terhendap-hendap menjenguk pintu bilik bosnya, Hani masuk menuju ke tempat duduknya.

"Woi, minah. Kau kenapa? Sakit kaki?" Pelik Salwa melihat gelagat Hani.

"Syhh..diam lah" Marah Hani sambil menunjukkan isyarat jari telunjuk di bibirnya. "Bos dah datang?" Tanya Hani berbisik.

"Ooo...takut lah ni ya? Kenapa kau lambat? Kau ingat ni pejabat bapak kau. Suka-suka datang lambat.

"Kau ni kenapa? Aku Tanya baik-baik kan? Yang kau lebih-lebih ni kenapa?" Tanya Hani tidak puas hati. Geram betul Hani dengan Salwa. Tidak habis-habis dengan lagaknya. Tetapi sungguhpun begitu hati Salwa baik. Itu Hani akui.

"Bos tak ada lah. Dia ada mesyuarat pukul 10.00 pagi nanti. Dia tak masuk pejabat hari ini. Tadi dia telefon, pesan suruh kau poskan surat yang ada kat atas meja. Nanti kau ambil ya"

"Ooo..okay. Tak ada masalah" Jawab Hani sambil terus membuka pintu bilik bosnya dan mengambil sepucuk surat seperti yang disuruh oleh Salwa.



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 11:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by adifrs at 22-8-2011 12:05

"Pagi Umi" Ucap Hani sambil mencium pipi uminya.

"Amboi senang hati nampak?"

"Alamak uminya pun. Senang hati salah. Tak senang hati salah" Tegur Abah sambil menyuap mihun goreng.

"Betul tu abah. Pelik tau umi ni. Hani gembira sebab vespa kesayangan Hani tu dah boleh diambil hari ni. Yahuu!!" Teriak Hani.

"Ooo..vespa tu selalu rosak. Jualkan aja lah Hani. Beli kereta lagi senang kan? Pergi kerja tak kena hujan. Tak kena panas" Ujar Umi kepada Hani.

"Tak nak lah umi. Hani sayang sangat dengan vespa tu. Dah bertahun vespa tu berjasa dengan Hani. Susah senang biarlah Hani terus bersama dengan vespa tu kan abah kan. Lagipun itulah pemberian arwah ayah yang paling berharga Hani dapat. Mana mungkin Hani nak jual. Lagipun kan umi, pakai kereta kos mahal, Hani tak mampu lah. Hani nak simpan duit buat kahwin nanti" Jawab Hani sambil tersengih.

"Kahwin...kahwin, calonnya dah ada? Kalau ada, meh la bawa ke rumah jumpa umi dengan abah. Kalau umi dengan abah berkenan, umi nak Hani terus langsung. Umi tak nak Hani tunang. Takut umi dengan keadaan sekarang. Sana putus tunang, sini cerai berai. Si Ally Iskandar yang kacak tu pun boleh putus tunang. Umi tak mahu lah anak umi macam tu. Umi tak nak anak umi sedih" Tiba-tiba sahaja umi beremosi.. Sayu pula hati Hani tatkala mendengarnya.

"Soal jodoh ni memang kita tak tahu. Hari ni kita kawan dengan orang lain, esok tunang dengan orang lain dan hari ni tengok lah kita berkahwin pula dengan orang lain. Syukur, sudah tertulis jodoh abah dengan umi, walaupun masing-masing dah ada anak. Hehehe...abah pun tak sangka, jodoh abah ada dua. Abah bahagia dapat masuk ke dalam keluarga ini. Terima kasih uminya...terima kasih Hani terima abah sebagai ketua keluarga dalam rumah ni."

"Alah...abah ni. Baru nak ucap terima kasih ke? Dah setahun kita kahwin kan? Yang penting kita sekeluarga bahagia"

" Tapi Hani tak tahu jodoh Hani dengan siapa. Tak ada siapa yang mahukan Hani" Tiba-tiba Hani jadi sedih.

"Ha, tengok lah abah. Buka lagi cerita pasal jodoh. Tengok anak kita dah sedih dah. Sudah lah, soal jodoh ni jangan dipikirkan sangat. Insya-Allah ada lah tu" Pujuk Umi.

"Ehh, abah pula disalahkan. Siapa yang mulakan dulu tadi. Bukan umi ke?" Jawab abah mempertahankan diri.

"Tak apa lah umi, abah. Hani okay aja ni. Cuma biasa lah. Kadang-kadang Hani memang rasa tertekan sebab sampai sekarang Hani belum mampu bagi umi dengan abah menimang cucu baru"

"Hai, Hani ni jangan lupa. Umi dan abah dah ada lapan orang cucu tau. Tengok lah askar-askar along dan angah tu. Bulan depan tambah lagi sorang askar along. Soal jodoh ni jangan buru-buru, jangan gesa-gesa. Sampai masanya ada lah tu. Dah lah abah nak pergi kerja ni. Hani dah bersiap belum? Kata nak tumpang. Hani janji dengan Ah Chong pukul berapa?"

'Dah abah, lama dah Hani siap. Hani janji pukul 8.30 abah"

"Molek sangat lah ni kita gerak sekarang. Jom Hani"

"Okay, jom. Hani pergi dulu umi" sambil bersalaman dengan umi dan umi pun bersalaman dengan abah.

"Hati-hati abahnya, Hani"Pesan umi

"Insya-Allah" Serentak Hani dan abah menjawab.



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 11:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by adifrs at 23-8-2011 09:26


"Hai, amoi. Lu punya motor wa sudah bikin baik punya. Lu punya plug banyak hitam lah. Lu tak pernah tukar ke? Rantai sudah berkarat. Soketnya pun, matanya sudah habis. Enjin wa sudah bikin jadi macam baru. Amacam? Okay tak servis Kedai Motor Ah Chong?"

"Haiya apek, memang terbaik lah. Tu yang saya suka hantar kat sini. Apek jangan tanya lah fasal servis-servis motor ni. Saya cuma tau bawa aja. Apa-apa rosak, saya terus hantar sini. Siapa yang untung? Apek juga yang untung kan?"

"Hahaha..lu ar memang pandai cakap lah. Ni yang wa suka sama lu"

"Okay, apek. Berapa semua? Saya bayar sekarang"

"Amoi, tak payah bayar. Lu punya motor sudah habis bayar. Lu tinggal angkat lu punya motor aja"

" Ehh, apek mana boleh macam tu. Cakap berapa. Saya bayar sekarang" Tanya Hani sambil membuka bag tangannya.

" Aiyaa..wa cakap tak payah bayar, tak payah lah.Lu punya pakwe dah tolong bayarkan. Ni dia ada tinggalkan nota" Jawab Ah Chong sambil menghulurkan sekeping kertas kecil.


SAYA IKHLAS HENDAK BERKAWAN DENGAN AWAK. HARAP AWAK SUDI TERIMA SALAM PERKENALAN DARIPADA SAYA.

017-777 7937


"Adus!! Makhluk asing ni lagi. Kau jangan harap lah aku nak telefon kau. Sampai bila-bila pun aku tak akan telefon" Bebel Hani. "Apek, tolong bagitahu berapa semua kos untuk vespa saya ni?" Tanya Hani dengan muka masam mencuka.

"Ehh, amoi. Lu apa fasal? Pakwe sudah tolong bayarkan pun muka masih asam lagi. Patutnya lu suka, duit lu sikit pun tak luak. Semuanya wa kira-kira siap diskaun lagi RM900.00 aja"

"Murahnya apek. Kenapa apek tak pau itu orang minta lebih sikit. Baru padan muka dia, pandai-pandai tolong bayarkan"

"Lu tak baik lah. Wa bagi harga diskaun untuk lu, mana boleh suka-suka naikkan bila orang lain bayarkan. Bila wa buka harga itu macam, wa minta harga itu lah. Betul ke orang tu pakwe lu. Selama ni kan lu bagitahu lu tak ada pakwe"

" Alamak apek, saya pun tak kenal itu orang lah. Mula-mula org tu bagi makanan kat saya, sekarang bayarkan motor saya. Gila kan itu orang"

" Hehehe.. tahu orang tu memang gila kan lu. Terima aja lah dia tu. Lu bikin susah buat apa? Nak terima pun susah. Banyak pening la lu"

'Dah la apek, motor pun dah abis bayar, saya jalan dulu lah. Terima kasih, apek" Malas Hani mahu melayan."Apek kalau dah bercakap tak reti nak berhenti"

Sampai di pejabat, Hani menghempaskan beg tangannya. "Tak sudah-sudah menyusahkan aku. Siapa kau sebenarnya. Aku nak telefon ke tak nak? Kali ni dah kali ketiga aku dapat nota yang sama. Benci aku dengan keadaan sekarang"

"Hani, kau okay" Tanya Salwa

"Tak, aku tak okay. Aku bengang sekarang ni. Sal, kau ingat tak makhluk asing yang bagi makanan kat aku tu?"

"Haah, ingat kenapa? Kali ni dia bagi kau bunga pula ke?

"Ke situ pula kau. Tak lah. Kali ni orang tu betul-betul buat aku takut. Kau tau, dia tolong aku bayarkan kos vespa aku yang rosak hari tu. Kau rasa apa perlu aku buat?"

"Hani, kau biarkan aja. Kalau dia betul-betul ikhlas, aku percaya satu hari nanti dia akan perkenalkan diri dia juga. Aku tau, dia tu tak yakin dengan dirinya sendiri sebenarnya. Almaklum lah, kau tu cantik, takut kena tolak barangkali. Susah juga jadi orang cantik ni. Orang nak pikat pun kena fikir dua tiga kali. Hai, entah lah aku pun tak faham dengan perangai orang lelaki ni. Kalau dah suka tu, tegur lah dengan cara baik, ni tak main sembunyi-sembunyi pula. Dah macam budak-budak. Kau doa-doa lah satu hari nanti terbuka pintu hati dia, datang pada kau, sujud, merayu suruh terima diri dia. Agak-agak kau akan terima ke tak ek?"

"Amboi, cantiknya jalan cerita kau. Aku tak pernah terbayang sampai ke situ. Bagi aku, dia punya fasal lah. Dia nak buat apa pun aku dah tak peduli. Lagi pun aku tak minta semua tu. Tapi kalau dah sampai tahap bayarkan vespa aku, aku rasa tak sedap hati lah"

"Kau juga yang kata kau tak minta kan? Kau bawa aja lah vespa kau tu macam biasa. Anggap orang tu bagi hadiah kat kau. Tak payah pening-pening. Kau buat dek aja sudah"

"Haah kan, betul apa yang kau cakap tu. Terima kasih sal, baru lah senang hati aku nak buat kerja sekarang ni, Tengahari ni makan pizza jom, aku belanja eh"


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 11:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by adifrs at 23-8-2011 09:18
Di pizza hut, sedang asyik menyuap tiba-tiba ada seseorang menegur Hani. Rupa-rupanya Hakimi. Jejaka perasan yang pernah terserempak di pintu lif. Hani tidak menyangka ada pertemuan kedua antara mereka. Sejak pertemuan kedua tu, Hakimi sering berhubung dengan Hani. Hani nampaknya menerima baik kehadiran Hakimi dalam hidupnya ketika ini.


"Sal, Kimi nak datang rumah jumpa umi dan abah aku. Aku takut lah nak bagitahu dia orang. Entah lah bila Kimi cakap nak datang rumah, aku macam tak sedap hati. Tak tau kenapa. Aku pelik dengan diri aku sendiri"

"Kau kenapa? Kau ada orang lain selain Kimi ker? Atau pun kau masih teringat kat makhluk asing yang kau benci sangat tu"

"Isk, kau ni sal aku dah lupakan lah dia tu. Okay, karang balik aku bagitahu lah hasrat kimi tu"


Petang itu, seperti biasa Hani menunggang vespanya untuk pulang ke rumah. Hani senang hati tiada lagi gangguan, tiada lagi perasaan berdebar-debar setiap kali pulang menuju ke vespanya. Tetapi apabila sampai ke rumah, Hani menerima satu perkhabaran yang di luar jangkaan Hani. Ya Allah, umi dan abah dah terima. Mana boleh macam tu. Sampai hati umi. Sampai hati abah. Hani tak kenal pun siapa dia. Macam mana Hani nak terima dia dalam hidup Hani.


"Hani, kan umi dah kata kalau umi berkenan, umi akan terima orang tu. Keputusan umi muktamad. Abah pun setuju dengan keputusan umi. Ini daripada bakal suami Hani. Buka lah"


Dengan berat hati, Hani membuka bungkusan yang berisi sekotak cincin belah rotan dan sekeping nota.


"Assalamualaikum awak. Saya tak ada pilihan melainkan cara ini. Saya buat semua ini sebab saya tak nak kehilangan awak. Cukup lah saya bersabar selama ini. Cuma saya nak awak tahu, saya ikhlas terhadap awak. Kini terpulang kepada awak sama ada hendak terima saya atau tidak. Kalau awak tak keberatan, boleh saya jumpa awak petang esok di rumah awak. Saya sudah pun meminta izin daripada umi dan abah awak. Harap awak dapat hubungi saya sekiranya awak tak kisah dengan pertemuan ini. Sekiranya awak tidak menghubungi saya, saya beranggapan awak telah pun menolak saya. Saya faham dan saya tak marah. Mungkin cara saya salah. Itu saya akui. Awak simpan lah cincin ini. Anggap lah hadiah daripada saya. Wassalam. 017 – 777 7937"


"Ya Allah, dugaan apakah ini. Beratnya hati ini nak buat keputusan. Ya Allah, berikan lah hamba-Mu ini kekuatan" Malam itu Hani mengerjakan solat sunat hajat dan istikharah. Dengan linangan air mata, Hani memohon diberikan petunjuk. Hani berserah kepada Yang Maha Esa akan takdir yang dihadapinya kini. Hani pasrah akan segala ketentuan-Nya. Pagi itu, bangun sahaja daripada tidur Hani seperti mendapat semangat baru. Hani capai telefon bimbitnya dan mula menaip teks seringkas mungkin dan menghantar ke satu nombor. Hani rasa puas hati. Hani pasti ini lah yang terbaik buat dirinya. Hani tersenyum.


"Hani…Hani, buat apa tu?"

"Kenapa umi?" Tanya Hani sebaik membuka pintu.

"Turun sekejap, ada orang nak jumpa"

"Siapa umi?"

"Turun aja lah Hani. Pergi tengok sendiri"


Dengan berat hati, Hani melangkah menuruni tangga. Satu persatu anak tangga dipijak. Degupan jantungnya tidak normal, debarannya lain macam seakan mahu meletup. "Ya Rabbi, permudahkan lah urusan aku hari ini. Amin" Sampai sahaja di anak tangga terakhir, langkah Hani terhenti. Matanya meliar mencari kelibat seseorang, tetapi tidak kelihatan, "Betul ke umi ni, ada orang nak jumpa. Kat sini tak ada sesiapa pun.. Umm" Baru sahaja hendak membuka mulut memanggil umi, Hani ternampak kelibat seseorang di taman bunga mini. Lelaki itu berdiri di kolam air membelakangi Hani. Hani mahu menyelesaikan semua hal hari ini juga. Hani memberanikan diri menegur lelaki misteri yang berada dihadapannya kini.


"Assalammualaikum, maaf biar awak menunggu lama"Tegur Hani memulakan perbualan.

"Waalaikummussalam" Jawab lelaki itu.


Suara itu. Ya, suara itu mengingatkan Hani kepada seseorang yang sudah bertahun tidak bersua muka. Sesungguhnya pemilik suara itu pernah ada di dalam hati Hani suatu ketika dahulu. "Betul ke dia? Kenapa baru sekarang dia muncul. Apa dia nak daripada aku ni"


"Waalaikummussalam, Cik Hani Karmila" Jawab lelaki itu sekali lagi sambil memalingkan mukanya ke arah Hani sambil tersenyum.

"Awak…awak. Betul ke ni?" Hani terkejut dengan apa yang dilihat di hadapannya kini. Hani tidak menyangka lelaki yang digelar makhluk asing, lelaki yang memberinya makanan secara sembunyi dan lelaki yang membayarkan kos kerosakan vespanya dahulu adalah lelaki yang berada di hadapannya kini. Lelaki yang merupakan kawan sekampung, kawan sekelas dan kawan baik yang pernah rapat suatu ketika dahulu.

"Ya, saya. Kawan lama awak. Tentu Hani kenal lagi dengan nama Syafiq Syazwan kan?" Duga Syafiq.

"Apa awak nak daripada saya? Kenapa awak datang cari saya? Kenapa awak buat perkara-perkara bodoh ni semua? Kenapa?"

"Sebab saya suka awak. Sebab saya tak boleh lupakan awak.Selama 12 tahun saya ikuti perkembangan awak dari jauh. Nama awak tak pernah luput dalam ingatan saya tau tak. Saya tak tahu, tapi saya tak boleh kehilangan awak. Bila saya nampak awak keluar berdua dengan seorang lelaki, hati saya sakit. Saya tahu, harapan saya tipis, senipis kulit bawang. Tapi saya nekad datang rumah awak, jumpa umi dan abah awak. Tak sangka semudah itu mereka menerima saya. Harapan saya kembali bercahaya dan semakin bercahaya bila awak SMS saya pagi tadi. Hani Karmila, cakap dengan saya sekarang, adakah awak boleh terima saya dalam hidup awak. Saya boleh pergi dengan rela hati jika awak tak rela.Saya faham, awak dah ada dia. Bukan maksud saya nak paksa awak. Tapi saya perlu dengar sendiri daripada mulut awak, barulah saya puas hati. Saya redha jika saya bukan pilihan awak"


Hani sudah mula menangis. Laju sahaja air matanya mengalir melalui kelopak mata dan kemudian gugur ke pipi. Hani tidak menyangka lelaki yang selama ini memang sentiasa ada dalam hati, datang kepadanya meluahkan perasaan yang sekian lama terpendam. Jodoh yang selama ini Hani tertunggu-tunggu. “Maafkan Hani, Hakimi” Ucap Hani dalam hati sambil tersenyum penuh makna kepada lelaki yang amat dicintainya Syafiq Syazwan.


Tiba-tiba terngiang-ngiang lagu di cupingnya yang selalu didengarinya sebelum masuk tidur. "Allah telah mendengar doaku. Syukur..alhamdulilah"


Ada sesuatu yang berbeza
Di saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan

Di saat ku bertemu dengan dirimu

Satu keinginan terpendam di hatiku

Bermain di alam rahasia cinta ku


Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku

Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini

Mungkin ini semua hanyalah perasaan
Yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hatiku

Bermain di dalam rahasia cinta ku


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 11:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by adifrs at 22-8-2011 11:48

Arghh...akhirnya selamat menaip karangan dgn jayanya....
tak sangka....akan menulis cerita mcm ni...
dah macam tulis diari tau cinta_ungu.....

cinta.....soklan fasa 2....boleh la cinta bagi yer...
nanti azhar amik alih.....

TQ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2011 12:04 AM | Show all posts
aku bagi smpi esok mlm, bonus +5 tu..hehe

selamat mencuba..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2011 12:06 AM | Show all posts
kak sixret boleh teruskan kuiz itu...

tp make sure pas ni akak discuss dulu dgn saya melalui pm sebelum proceed to the posting sbb supermod tak tolerate forumer yg tentukan kredit utk kuiz yg dibuatnya...
diorg mahu moderator yg menguruskan pembahagian kredit
apapun +5 kredit memang memandai, jadi saya bersetuju
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 07:39 AM | Show all posts
Reply  rukiaichigo

kia..kak six dh buat cerpen lebih dr 3000p...
terpulang kpd kau nak set be ...
dauswq Post at 21-8-2011 02:56 PM


owh, yeker?? aku x kesah pun sebenar nyer kalo dorg nak buat beraper byk pun. sbb usaha dorg sendiri kan nak menceritakan mcmaner dr pendahuluan aku tu!! okay, nnt aku tukar ke tidak lebih drpd 3500pp!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 07:40 AM | Show all posts
rukia,boleh naikkan words limit kepada 3000 words please?
terima kasih rukia.:loveliness ...
sixret Post at 21-8-2011 03:14 PM


sudah di naikkan words limit ke 3500pp...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061302 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list