Post Last Edit by cmf_anisss84 at 2-3-2012 18:49
Kuiz Berbalas Pantun di Hujung Minggu
Arahan:
1. Sila sediakan pantun 4 kerat untuk di jual kepada rakan sekelas anda ( sekurang2nya 10 orang rakan)
2. Maksima pantun untuk di jual kepada rakan anda ialah 2 buah sahaja.
3. Tema : BEBAS
4. Tarikh akhir untuk menjual pantun ialah: Ahad, 4hb Mac 2012 Jam 11.59 malam
5. Tarikh akhir untuk membeli/menjawab pantun ialah: Isnin, 5hb Mac 2012 Jam 12.00 tengahari
6. Setiap pantun mestilah di jawab/dibeli dengan menggunakan pantun 4 kerat juga.
7. Markah untuk jualan & belian pantun, bergantung sepenuhnya kepada cegu-cegu yang bertugas.
Kepada Juju @ Ungu merah Jahit setangan pinggirnya dikelim
Baik dikelim kembang kelapa
Rindu dendam kemana nak dikirim
Nak dikirim kepada siapa
Kepada Inin @ Ain Burung nuri burung helang
Tidak sama terbang tinggi
Sekarang puteri berangkat pulang
Bila pula berjumpa lagi?
Kepada Along @ Wawa@ TB
Biar senang puyuh berlari
Pinang ditanam rapat-rapat
Mengapa mesti dibawa lari
Bukankan baik mengikut adat?
Angah @ Dada @ ADalia Laksamana Hang Tuah lima bersaudara,
Pergi ke Pahang mencari Tun Teja,
Wahai Angah...saya nak tanya
Apakah ubat hati yang lara?
Kepada Carly Relekslah carly kitakan kawan
Berpantun kita terus meriahkan
Takkanlah sampai nak hilang kawan
Kerana kekasih sahabat diketepikan?
Along @ Wawa @ TB Minum air kerana dahaga
minum bersama makcik Mona
Cinta ilahi membawa ke syurga
cinta manusia mebawa ke mana?
Angah @ dada @ Adalia Kalau memerah limau kasturi,
Sebelum diperah buanglah bijinya;
Harta habis boleh dicari,
Patah hati apakah ubatnya.
Riri @ Ciksurie Molek gunung nama Ararat
Bongkah sedia sifir keramat
Ditelek ditenung dalam firasat
Benarkah dunia hampir kiamat?
bulanpurple @ nana
Anak dara menjemur kota Memakai Kebaya menjemur ikan Buila sendiri akan derita Bolehkah saya tolong hiburkan?
rara @ rafflesia Seri Mersing lagu lama lagu dikarang biduan dahulu hatiku runsing gundah gulana kenapakah anisss jadi begitu? |