|
[Tempatan]
Lima beradik yatim piatu sekelip mata, ibu bapa maut digilis lori
[Copy link]
|
|
crossfire posted on 26-5-2014 09:41 AM 
Sebelah kawasan perumahan mak mertua ABAM KEROSS, bapak dia orang panggil YEOP, Insyallah bila pulan ...
Bnyk kali aku dah pi tempat nih.
Ada mesjid di tengah tengah kampung.
Bersempadan dgn Kpg Sg Klah.
Bley masuk ikut jalan ke Gunung Besaut.
Kampung suku sakat my EX.
Ada soghang dr Kpg ni jadi Manager Ampang Bowl kat AMpang Point.
|
|
|
|
|
|
|
|
tiap kali aku bace berita pasal bebudak ni, tiap kali tu la aku nanges |
|
|
|
|
|
|
|
Akupun nanges gak tiapkali baca update kat cni 
harap2 nanti x dak la org seleweng duit insurans ,pampasan, kebajikan bagai budak2 ni 
Kalau ada akaun bank anak yg paling sulung tu ok jugak .. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian takde gamba lain ke bole amik
Jahatnya Berita Harian bila guna gambar pimpinan Pas Perak yang hulurkan bantuan tetapi sorokkan identiti pimpinan tersebut daripada pengetahuan umum. — with Razman Zakaria.

https://www.facebook.com/photo.p ... ;type=1&theater |
|
|
|
|
|
|
|

ya allah ku mohon segala kebaikan dunia akhirat utk anak2 ini |
|
|
|
|
|
|
|
niceghost2005 posted on 26-5-2014 02:37 PM 
Bnyk kali aku dah pi tempat nih.
Ada mesjid di tengah tengah kampung.
Bersempadan dgn Kpg Sg Kla ...
EX5 suda jual la ye...so pakai 'moto' mana plak? GP500?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka lak dorang ni satu sekolah dgn ank2.. baru hari ni sekolah buat kutipan derma... |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu saudara 5 beradik yatim piatu kesal ada pihak tabur fitnah
2014/05/26 - 17:32:43 PM
SUNGKAI: Ibu saudara kepada lima beradik yang kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan Jumaat lalu melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana terdapat pihak menabur fitnah bahawa keluarganya akan menghantar lima beradik itu ke rumah anak yatim dan mengambil semua duit sumbangan.
Junaida Mohd Zain, 42, berkata beliau meminta pihak berkenaan agar menghentikan segala fitnah yang disebarkan melalui laman sosial Facebook itu.
"Kami ada perasaan...jangan cakap macam tu, lima beradik ini adalah darah daging kami. Walau apa pun terjadi kami tak kan pisahkan mereka, kami adik beradik boleh jaga mereka," katanya ketika ditemui di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman di sini hari ini.
Seorang lagi ibu saudara lima beradik itu, Zainah, 44, mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan pihak yang melakukan penipuan dengan meminta derma untuk lima beradik itu melalui Facebook.
"Kepada sesiapa yang mahu derma hubungi saya terlebih dahulu, jangan mudah percaya dengan kutipan derma di Facebook," katanya yang mempunyai tiga orang anak.
Sementara itu, Muhd Haikal Jefri, 16, berkata dia dan adik-adiknya akan terus tinggal di Cheras, Kuala Lumpur dan mereka akan dijaga oleh ibu saudara yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.
"Adik saya yang bongsu kadang-kadang merengek cari mak saya, dia kata mak dan ayah ada di sini," katanya dengan sayu.
Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, juruteknik Jefri Mohd Zain, 50, dan isterinya Noorsalawati Ibrahim, 40, terbunuh ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal setelah digilis sebuah lori dalam kejadian langgar lari berhampiran susur ke Cheras, di Jalan Loke Yew.
Pasangan itu meninggalkan lima anak - Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3.
- BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharia ... /Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
YKN bantu lima beradik yatim piatu
2014/05/26 - 14:22:37 PM

SUNGKAI: Yayasan Kebajikan Negara (YKN) memberi sumbangan RM5,000 kepada lima beradik yatim piatu selepas ibu bapa mereka maut digilis lori di Jalan Chan Sow Lin di ibu negara, Jumaat lalu.
Sumbangan itu diserahkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di rumah keluarga mangsa di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman di sini hari ini.
Shahrizat berkata, sumbangan itu sebagai usaha untuk membantu meringankan kos hidup yang terpaksa ditanggung lima beradik itu selepas kehilangan tempat bergantung.
"Sebagai Ketua Wanita UMNO, kami akan bantu jika ada keperluan lain untuk lima beradik ini," katanya kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan itu.
http://www.bharian.com.my/bharia ... kyatimpiatu/Article
Last edited by achik2009 on 26-5-2014 08:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
As salam kwn2 ....ni no ac rhb ank yatim tu..fatin adlina binti jefri..16454400003709 yg dibuka sdiri oleh pihak skolah.sape2 nk menyumbang dialu-alukan.tq
Yg keluar tv. Parents dia kena gilis dgn lori kt jln loke yew. Eldest boy 16 yrs old
Fatin Anak kedua arwah dr lima beradik... ting 2 smk alam damai. ac ni tadi dbuka oleh pihk skolah coz ramai yg minta..
Just forwarding kot sapa2 nk sedekah |
|
|
|
|
|
|
|
Akaun palsu kutip derma
[size=0.9em]Sungkai: Waris suami isteri, Jeffri Mohd Zin dan Norsalawati Ibrahim yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Chan Sow Lin, Cheras, Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu, terkilan dengan segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa keluarganya untuk mengaut keuntungan di laman sosial sejak dua hari lalu. [size=0.9em]Adik Allahyarham Jeffri, Zainah Mohd Zain, 44, yang ditemui di kediaman mereka di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, di sini, semalam, mendakwa segelintir menyediakan saluran bantuan dan memberi nombor akaun palsu di laman sosial termasuk Facebook.
[size=0.9em]“Pendapatan yang mereka peroleh itu adalah harta anak yatim.
“Saya juga turut terkilan dengan tohmahan yang dilemparkan segelintir pengguna laman sosial mendakwa kami sekeluarga meraih simpati masyarakat untuk mendapatkan keuntungan sedangkan bantuan yang kami terima tidak dipinta. Semua itu perbelanjaan dan keperluan lima anak arwah,” katanya.  [size=0.9em]SHAHRIZAT menyerahkan sumbangan kepada Mohd Haikal.
[size=0.9em]
Menurutnya, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dan sumbangan. Begitupun dia berharap orang ramai tidak terpedaya dengan khidmat saluran bantuan yang dipaparkan di laman sosial.
|
|
|
|
|
|
|
|
niceghost2005 posted on 27-5-2014 09:51 AM 
Tu laaa......................laen x , baca betoi betoi.
ye la...mu2 brand lain..cc pun lain.....local or imported?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.. sedih betul mengenangkan nasib diorang. puasa nak dekat dah. raya lagi. harap2 bantuan orang ramai yg disalurkan dapat sampai ke tangan budak2 ni. dik, akak doakan korang berjaya di dunia dan di akhirat. belajar pandai2 yer...  |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ada golongan hartawan membela nasib anak2 yatim ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ummi dan ayah? - Nur Auni Safia
TANJUNG MALIM 26 Mei - "Ummi (ibu) dan ayah mana? Kenapa tinggalkan ummi dan ayah? Ummi dan ayah penat ke? Mereka nak tidur?.
Demikian pertanyaan bertalu-talu Nur Auni Safia, anak bongsu kepada pasangan Jefri Mohd. Zain, 46, dan isteri, Noorsalawati Ibrahim, 40, yang maut selepas digilis sebuah lori muatan pasir dalam nahas ngeri di ibu negara, kelmarin kepada kakaknya, Fatin Adlina, 14.
Pertanyaan daripada si kecil berusia tiga tahun yang tidak mengerti apa-apa itu ternyata meruntun perasaan semua ahli keluarga dan sanak saudara yang mengunjungi mereka di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, dekat Sungkai, di sini, semalam.
Menurut Fatin Adlina, adiknya itu yang sememangnya manja dengan ibu dan ayah mereka selalu bertanya mengapa kedua ibu bapa mereka ditinggalkan di kubur.
"Saya tahu Auni rindukan ummi dan ayah. Dia seperti mencari-cari mereka. Malam tadi pun selepas bangun tidur, Auni menangis kerana dia beritahu nampak ummi dan ayah.
"Dia terus datang peluk saya dan menunjukkan ke beberapa arah. Dia cakap ada ummi dan ayah bersama kami. Mungkin dia rindu sangat sebab kebiasaannya dia memang tidur bersama mereka," katanya.
Selain Nur Auni Safia dan Farah Adlina, pasangan Jefri dan Noorsalawati juga meninggalkan tiga anak yang lain iaitu Mohd. Haikal, 16, Mohd. Aidil, 10, dan Norsyamini, 4 tahun.
Fatin Adlina berkata, walaupun sedih kerana menjadi yatim piatu dalam sekelip mata, namun dia cuba menjadi tabah dan kuat demi tiga lagi adik-beradiknya yang masih kecil.
Menurutnya, dia juga berasa ralat apabila tidak dapat lagi menjamah makanan kegemarannya iaitu hidangan ikan masak lemak yang dimasak ibunya.
"Malam sebelum kejadian, ummi ada masak masakan kegemaran saya, namun saya hanya jamah sedikit sahaja kerana sudah kenyang.
"Saya kesal kerana tidak makan betul-betul masakan itu. Ummi juga janji mahu masak sedap-sedap untuk kami kerana dia cakap kami kurus, namun malangnya dia tidak sempat menunaikan janjinya itu," katanya sambil menitiskan air mata.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ah---Nur-Auni-Safia
   |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya baca artikel atas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..alfatihah..semoga anak2 yang ditinggalkan tabah hadapi ujian Allah ni..doa aku semoga mereka sentiasa dlm lindungan Allah tanpa ibu bapa lepas ni...huwargh..seedy tgk pic..nmpk muka anak2 tu baik2 belaka... |
|
|
|
|
|
|
| |
|