Post Last Edit by bunick at 13-8-2010 16:12
Esoknya pagi-pagi lagi Hijjaz Amin sudah tercegat di KL Sebtral. Walaupun minah kerek yang dikenali dengan nama Miko Hayati itu tidak menyatakan untuk datang, namun dia yakin pemilik beg yang ada di tangannya ini pasti akan muncul. Pagi-pagi lagi dia sudah mengirimkan sms kepada Miko memaklumkan bahawa di akan menunggu Miko di KL Sentral. Namun gadis itu langsung tidak membalas smsnya membuatkan dia semakin geram.
Jam di tangan Hijjaz sudah melewati sembilan lima belas minit. Usahkan batang hidung, bayang jari tangan Miko pun masih belum kelihatan. Hijjaz melarikan langkahnya ke Starbucks yang berhadapan dengan pintu masuk ke ERL. Dia memesan espresso dan meletakkan beg Miko di sisinya. Takut jugak kalau-kalau ada peragut yang berminat nak curi beg Miko. Nanti tak pasal-pasal dia pulak yang kena luku dengan perempuan tu. Minah kerek tu nampak ganas, dan berkemungkinan juga dia akan bertindak luar batasan kiranya beg pakaian itu dicuri lagi sekali.
Espresso sudah separuh dihirupnya, namun bayangan Miko masih belum kelihatan. Minah kerek ni mmang sengaja nak cari pasal dengan dia. Kalaulah betul-betul begnya dicampak ke dalam Sungai Gombak, memang dia cekik-cekik si Miko tu nanti. Dia memerhatikan manusia yang bersimpang siur di hadapan kafe, mana tau ada minah kerek terselit di celah-celah hiruk pikuk tu. Namun dia hampa.
Betul ke apa yang aku buat ni? Kenapa aku mesti bersungguh nak tunggu minah kerek tu? Dalam beg aku bukan ada barangan penting pun, sekadar sepasang sepasang uniform kerja dan toiletteries sahaja. Lalu apa tarikan yang boleh membawa dia ke sini untukmemulangkan beg gadis yang ditemui di dalam train ERL sebulan yang lepas. Hatinya berperang hebat di saat ini, antara perasaan untuk terus menunggu ataupun balik sahaja. Biarkan sahaja minah kerek itu mencarinya andai dia benar-benar inginkan kembali begnya itu.
Hijjaz menyisip espresso di hadapannya, namun hampir separuh espresso di dalam mulutnya terhambur keluar bila bahunya ditepuk dari belakang. Nasib baik kopi itu tidak kena pada bajunya, kalau tak memang tak selamatlah tangan yang menepuk bahunya tadi.
“Sedara, cakap nak tunggu depan kaunter tapi sedara sedap-sedap je lepak kat sini sambil minum kopi. Saya dah macam orang gila cari sedara kat sana tau!” Miko sudah bercekak pinggang di hadapan Hijjaz Amin.
“Assalamualaikum sedari….dah tau saya tak ada kat situ, takkan sedari tak reti-reti nak call saya. Handphone canggih takkan tak ada kredit kot.” Hijjaz kesat bibir dia yang agak comot dengan saputangannya.
“Saya pakai bil la sedara. Apa kelas pakai kredit.”
“Habis tu, takkan bil kena bar kot…”
“Ek eleh sedara ni….suka hati saya la bil saya kena bar ke, lawyer ke. Sekarang ni saya nak beg saya balik. Nah, ni beg sedara.” Miko letak beg pakaian di sebelah kerusi yang diduduki oleh Hijjaz. “Mana beg saya?”
“Awak ambil la kalau awak berani.” Hijjaz dah sengih ala mafia sambil mengepit beg Miko dicelah kakinya.
“Sedara ingat saya tak berani ke nak ambik beg tu?” muka Miko dah merah padam. Mamat eksyen ni memang cari pasal, dah la tadi dia dah berpusing satu KL Sentral cari mamat ni, alih alih dia seronok je minum-minum kat Starbucks. Sikit pun tak pelawa minum sekali.
“Sedari ambik la, saya jerit kat sini bagitau awak buat sexual harassment kat saya. Ada berani?” Hijjaz menjungkitkan keningnya ke arah Miko.
“Awak ingat saya takut ye? Kita tengok siapa yang kena…” Miko dah sinsing lengan kemeja.
Hijjaz dah cuak, janganlah minah kerek ni tumbuk muka dia kat sini. Kalau Miko tumbuk, dah tentu dia takkan melawan. Tak gentleman la kalau pukul perempuan.
“Abang, sampai hati abang nak tinggalkan saya dengan anak-anak…” Tiba-tiba je Miko dah melutut di sisi Hijjaz Amin. “Abang janji kalau saya bagi izin abang kahwin lagi satu, abang takkan tinggalkan saya. Tapi abang mungkir janji. Abang nak jugak dengar cakap bini muda abang tu…” Miko dah menangis teresak-esak.
Hijjaz dah mula tak sedap hati, apa la yang minah kerek ni nak buat. Tadi bukan main lagi marah-marah, sekarang dah menangis pulak. Satu lagi, bila masa pulak dia jadi suami minah kerek tu? Dan bila masa pulak dia kahwin lagi satu. Minah kerek ni memang pandai berlakon!
“Abang, baliklah bang. Sampai hati ke abang nak tinggalkan anak kita yang kembar empat tu? Saya masih dalam pantang lagi, tapi abang nak lari dengan bini muda abang tu. Abang tak kasihankan kami ke?” Miko makin kuat menangis.
Orang ramai yang lalu lalang di hadapan Starbucks memerhatikan tragedi yang menyayat hati itu.
“Nak, baliklah. Tak baik layan isteri anak macam tu.” Seorang lelaki yang berketayap putih menepuk perlahan tangan Hijjaz.
“Tapi dia bukan…..”
“Pakcik faham nak, biasalah kalau suami isteri bergaduh. Tapi fikirlah tentang isteri anak yang baru bersalin ni. Kesian dekat anak-anak yang kembar empat tu.” Pakcik itu memotong cakap Hijjaz.
Hijjaz memandang geram pada Miko yang masih mengalirkan air mata. Siap kau kalau aku dapat lepas ni. Hijjaz menyumpah-nyumpah Miko di dalam hati. Dia tak tau nak cakap apa. Sudahnya dia hanya menjeling tajam ke arah Miko yang layak bergelar pelakon wanita terbaik tu. Fasha Sanda pun boleh kalah kalau tengok adegan yang Miko lakonkan sekarang ni.
Sementara Miko pula sudah tidak tertahan nak gelak bila tengok muka Hijjaz yang dah masam-masam manis. Nak main-main dengan Miko ye, sekarang ni taulah langit tu tinggi ke rendah. Padan muka!
“Takpelah pakcik, saya takkan halang suami saya ni pergi dengan madu saya. Biarlah kalau dia nak tinggalkan kami anak beranak, saya redha pakcik.” Miko tarik beg pakaiannya yang berada di antara dua belah kaki Hijjaz. Tak boleh lama-lama berdrama, nanti kantoi. Lagipun dia dah takut tengok muka Hijjaz yang dah merah, takut tiba-tiba je Hijjaz naik angin. Mana tau Hijjaz pun ada penyakit ikan lompat macam dia jugak.
“Anak, pujuklah isteri tu. Hati orang perempuan ni sensitive. Hidup berpoligami ni nak kena adil. Tak boleh nak lebihkan sebelah pihak saja. Anak pun sama, bila dah bagi izin suami untuk bernikah lagi satu, anak kena bertolak ansur dengan pihak lagi satu.” Pakcik itu masih lagi memberikan khidmat nasihat percuma kepada pasangan suami isteri itu.
Hijjaz bangun dari kerusi dan menarik pergelangan tangan Miko. Nasib baik Miko pakai baju long sleeve, kalau tak senang-senang je dapat dosa hari ni pegang tangan perempuan bukan muhrim.
Miko pula terpinga-pinga bila Hijjaz tarik tangan dia. Ah sudah, mamat ni nak sambung babak lagi ke? Matilah dia kalau mamat eksyen ni nak balas dendam.
“Terima kasih pakcik, kami balik dulu.” Hijjaz tarik Miko keluar dari Starbucks.
Setelah agak jauh meninggalkan Starbucks, Miko rentap tangan dia dari pegangan Hijjaz. “Hello sedara, suka-suka je pegang tangan saya ye.”
“Eh, sedari kan isteri saya. Suka hati saya la nak pegang kat mana pun!” Mata Hijjaz mencerlung pada Miko.
“Mimpilah saya nak jadi isteri mamat eksyen macam sedara ni.” Miko dah buka langkah seribu. Bersimpang siur dia lari sambil tarik beg pakaiannya di celah-celah orang ramai. Janganlah mamat eksyen tu dapat kejar dia.
Hijjaz tergamam bila tiba-tiba je Miko buka langkah seribu. Licik betul minah kerek tu, tak sempat nak balas dendam dia dah lari dah. Nasib baik dia tak ambil sekali beg Hijaz, kalau tak satu hal pulak dia nak cari kat mana Miko tinggal. Tak pe, adaubi ada batas, ada hari boleh balas…..
|