2 penumpang guna pasport curi didakwa warga Iran - BBC
Arfa Yunus | Kemas kini: Mac 11, 2014
email
comments
2 penumpang guna pasport curi didakwa warga Iran - BBC
KUALA LUMPUR: Dua penumpang yang didakwa menggunakan pasport curi menaiki penerbangan MH370 dari KLIA menuju ke Beijing yang hilang pada Sabtu lalu didakwa sebagai warganegara Iran, menurut laporan BBC Persia.
Menurut laporan tersebut, rakan kepada kedua-dua penumpang itu yang juga merupakan warga Iran mendakwa, dia telah membantu mereka sewaktu berada di Kuala Lumpur selepas tiba dari Tehran, beberapa hari sebelum penerbangan mereka ke Beijing.
Menurutnya, kedua-dua lelaki itu membeli pasport curi tersebut kerana mereka mahu berpindah dan menetap di Eropah.
Dalam satu sidang media di KLIA semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman memberitahu bahawa, kedua-dua penumpang tersebut ‘tidak memiliki wajah Asia”.
Walaubagaimanapun, Azharuddin tidak menyatakan dengan spesifik kewarganegaraan kedua-dua penumpang tersebut.
Sementara itu, satu laporan oleh Financial Times mengatakan bahawa ketika operasi mengesan pesawat itu dipergiatkan, pihak berkuasa juga sedang mengesan seorang warganegara Iran yang didedahkan oleh seorang agen pelancongan di Thailand sebagai individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat itu dengan pasport curi.
Agen pelancongan itu, Benjaporn Krutnait memberitahu akhbar The Financial Times pada Isnin, lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu itu hanya dikenali dengan nama "Encik Ali".
Krutnait pada awalnya menempah untuk lelaki Iran itu dua tiket ke Eropah pada 1 Mac lalu melalui penerbangan Qatar Airways dan Etihad. Tiket itu kemudiannya terbatal kerana tidak dituntut oleh Ali.
Pada Khamis 6 Mac, Ali menghubungi Krutnait dan agen pelancongan itu untuk menempah tiket Penerbangan Malaysia kerana dikatakan ketika itu tiket paling murah yang ada. Beliau menempah tiket itu melalui China Southern Airlines yang berkongsi kod penerbangan dengan MH370.
Berita mula diterbitkan pada: Mac 11, 2014 12:49 (MYT)
NEW DELHI, March 10 (Xinhua) -- India on Monday announced it is ready to offer help to hunt a Malaysian Airlines flight which went missing more than two days ago over the South China Sea.
"I have sent my condolences (to the families of the passengers) and our ambassador (in Beijing) is in touch with them. We are ready to give any help, if required, or share information if we get any," Indian External Affairs Minister Salman Khurshid told the media.
The Boeing 777-200ER, with 239 people on board including five Indian nationals, vanished on its way to Beijing from Malaysian capital Kuala Lumpur on Saturday morning.
So far, the hunt for the missing plane has yielded no results, despite that dozens ships and aircraft from nine different nations are taking part in the search and rescue operation, according to Malaysian authorities.
Investigators pursued "every angle" to explain its disappearance, including hijacking, Malaysia's civil aviation chief said Monday, as two passengers managed to use stolen passports to board flight MH370.
awex^returns posted on 11-3-2014 01:20 PM
Yang ni aku nak share
Member aku Chinese tadi bagitahu
Dekat Taiwan semua marah kat Malaysia
memang hisham ada ketawa tapi bukan ketawa terbahak-bahak. Dia hanya ketawa kecil lepas mendengar soalan satu wartawan (aku tak ingat soalan apa tak jelas) and bukan hisham aje ketawa. Semua yg ada situ ketawa macam ketawa kecil kecil. Kelucuan sikit and itu aje. Melampau laa pulak kalau ketawa spontan pun tak boleh. Sensitif lebihnya rakyat dorang nih..
And pasal najib pun takkan dia kena stop fungsi sebagai PM kalaupun tragedi ni berlaku. Dia lagi laa pening berbanding semua org. Mesti dia depress jugak tapi soal lain pun dia kena urus. So memang dalam keadaan mcm ni semua pihak akan cari tempat utk tuding jari tapi lebih baik kita memahami sikit. Kerajaan bukan tak buat apa2, dorang buat cuma maybe ada laa kelemahan kita. Teknologi tak cukup, pengalaman kurang and all, nasib baik ada negara lain ikut bantu. Pihak yg marah2 tu emosional aje tu sebab semua tengah risau dan sedih.
Post time 11-3-2014 01:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
awex^returns posted on 11-3-2014 01:20 PM
Yang ni aku nak share
Member aku Chinese tadi bagitahu
Dekat Taiwan semua marah kat Malaysia
a'aah dia ada ketawa... yg bestnya semua press sambut ke'ketawa'an dia. aku pulak, meraung rasa mcm nyawa pax MH370 x dak nilai.
But, stay positif ja, dia nak cover nervous & stress dia la kot
gogo2 posted on 11-3-2014 09:15 AM
I rasa bagi sebab ini melibatkan keselamatan dunia. Kalau tak bagi pun, sistem MAS perlu diakses o ...
dia bagi access kepada polis dan any national security department yang perlukan data sahaja..
kalau travel agent atau arline companay tu, bukan tugas dia orang, mereka nak jual ticket jer, as long as ada valid travel doc , cukup.kalau minta data kat interpol i dont think dia orang nak layan.
so terpulang pada immigration, yang boleh dapatkan confirmation dgn interpol.
kalau first timer ke US misalnya, majority ambik masa satu dua jam untuk clearkan immigration, ada yg sampai kena interrogate.. naper dia orang tak cek kat interpol jer?
Post time 11-3-2014 01:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pink_bundle posted on 11-3-2014 01:21 PM
kalau terbukti 2 posport palsu sebabkan kapal terbang ini missing....
bukan sahaja Malaysia kena ...
Dia boleh buat once orang book tiket bersama no passport terus airline boleh check dan flag mana-mana yg suspicious, dan bila nak check di imigresen boleh la imi check betul betul passport yg diflag tu.
Facebook yg 2 billion pengguna pun x der la berhari org nak login.
skymania posted on 11-3-2014 06:46 AM
aku dgr ada sumber kata ekceli yg 5 orng tak naik flight tuh..
sebenarnyer tak dibenarkan naik. ...
Abis tu yg sorg perempuan Cina..yg tak naik tu..tak kan pakai pasport palsu gak
dia kan katanya nak ke China sebab nak hadiri majlis perkawenan kawan dia...tapi hati dia belah bagi..
ujung2 di putuskan tak jadi pergi