Post Last Edit by maizana at 29-1-2012 20:40
I dah buat ikut resepi nunul tu... tapi buat2 tak ada pulak sukatan airnya.. so I gunakan sukatan air Donut Suria (200ml).. hasilnya.. adunan agak lembik. Masa nak canai dan goreng tu I terpaksa guna tepung macam buat kuih chakoi lak... BTW.. rasa memang sedap dan lembut..
Dan I rasa.. sukatan dibawah ini boleh digunakan..
Donut Kentang Bahan-bahan
400gm tepung gandum
11gm ragi instant
200gm ubi kentang/ubi keladi/keledek/labu
2 sudu besar susu pekat manis
100gm gula halus
75gm mentega
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
120ml air Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahan-bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka. |