|
miriam???? hmy3: hmy3: janda beranak 1 yang Yem tolong masa kat Italy...... @@@@@@ janda Yem...... erk..erkk..{:1_142:}{:1_142:} ni yang aku nak marahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 speku....hehehe...Kak Juna jer yg punya jawapan....kak cepatla sambung...... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung sket lagi... nak hilangkan saspen psl miriam bom
.............................................................................
Najlah memandang ke luar tingkap kapalterbang walaupun tiada apa yang menarik. Segalanya gelap gelita. Sudah hampir dua jam penerbangan berlepas dari Tullamarine International Airport. Selama itu juga sepatah perkataan pun tidak keluar dari bibirnya. Alangkah bagus kalau tak ada last minute cancellation untuk penerbangan ini. Tak payah aku balik bersama Adham. Boleh aku larikan diri tapi nak ke mana? Tak kisahlah asalkan jauh darinya. Biar dia berduaan dengan Miriam. Najlah memejam mata yang bertakung.
“ Sayang, makanlah. Nanti gastric” Adham mengoyak foil penutup hidangan yang baru di hantar oleh pramugari. Bau sos lada hitam semerbak menyapa hidung. Najlah berpura pura tidur.
“ I tau you tak tidur. Nak I suap?” Adham mengacukan garfu yang dicucuk pada sepotong daging. Tak ada respon. Najlah sudah melancarkan mogok lagi sekali.
“ Nak I cium?”
Arghhh…. Rimas betullah. Rasa macam terperangkap di tempat duduk. Najlah membeliakkan mata. “ Kalau nak jadi Kassim Selamat, cuba lah. I cucuk mata you dengan garfu itu”
“ Seriously, what is wrong? Dari airport tadi I tengok you senyap saja. Bila dapat seat dalam flight ini pun you macam tak suka. Apa salah I?”
Najlah menjungkit bahu. Wajah Miriam dan Ibrahim kecil bermain di matanya.
“ I tahu apa you fikirkan. Tapi Ibrahim bukan anak I” Najlah menegakkan badan. Sejak bila dia pandai baca fikiran orang? Ada karamah kah dia ni?
“ Kalau you nak tahu, I ceritakan semuanya. Tapi sayang kena makan dulu”
“ Macamlah I ni budak kecik. Nak kena upah suruh makan” Najlah mencebik walaupun makanan di depannya mula membuat airliur nya kecur. Selalunya makanan kapalterbang tak sedap tapi kali ni nampak best pula. Dia menguis sedikit salad dan menyuap ke mulut.
“ Memang lah macam budak kecik. Sikit sikit nak merajuk. Lepas tu mogok lapar pula”
“Okay fine. I ni macam budak kecil. Tak matang macam kekasih you Miriam tu. I don’t want to know about your affair with her. Buat sakit hati I” Perlahan suara Najlah sebab tidak mahu pertelingkahan mereka di dengar orang. Namun api kemarahannya jelas terpancar. Adham meletak garfu dan pisau. Kedua belah tangan Najlah di genggam. Nasib baik mereka duduk di Business Class, ada privasi nak bercengkarama.
“ You kena dengar cerita I , whether you like it or not. Sambil tu habiskan makanan you. Dari hotel tadi you tak makan. I tak nak you pengsan” arah Adham
“ Bossy nak mampus” Najlah menggumam perlahan. Namun dia terus menyuap makanan ke mulut. Rugi nak merajuk, makanan boleh tahan sedap.
“ Masa I belajar dulu, I dengan dua kawan lain tinggal dengan Uthman adik Miriam. Kami tinggal di rumah yang di beli bapa Uthman. Keluarganya di Turki kaya raya. Bapa dia ada syarikat perkapalan dan kilang karpet. I belajar dengan biasiswa Mara. Faham faham sajalah, kadang kadang duit tak cukup. Lebih lagi untuk pelajar architecture yang kena beli alat dan perkakas untuk buat projek. Uthman tak pernah berkira dengan I maupun housemate yang lain. Dia banyak membantu kami.”
“ Jadi ni kes termakan budi, tergadai body lah” pintas Najlah
Adham menahan tawa. “ I am not that cheap lah sayang. Takkan harga I setakat beberapa keping hardboard dan pencil lukisan. You dengarlah dulu. Masa I di tahun ketiga, Miriam datang ke Melbourne kerana melarikan diri dari bekas suaminya yang pemabuk dan kaki pukul dan kaki perempuan. Masa bercerai dia tak sangka yang dia mengandung. Di Melbourne dia tinggal dengan kami. She is a nice and caring person. Kami seronok bila dia ada sebab dia jadi tukang masak, tukang kemas rumah. Dia anggap kita orang macam adiknya sendiri. Kalau you tengok dia laga pipi atau peluk I , you jangan melenting. Dia memang dah biasa dengan cara begitu. Bukan saja dengan I tapi semua orang yang rapat dengan dia. Memanglah berdosa di segi agama tapi orang Turki ni walaupun Islam tapi cara hidup mereka very westernized.”
“ Betulkah you pernah kahwin dengan dia?”
“ Sumpah I tak pernah kahwin dengan mana mana perempuan sebelum you. Selepas beberapa bulan Suleyman, ex husband Miriam dapat tahu di mana dia berada dan datang ke Melbourne. Masa itu cuti akhir tahun jadi semua housemate kami balik bercuti kecuali I dengan Uthman yang tengah buat praktikal training. Uthman takut kalau apa apa terjadi pada Miriam jadi kami buat satu plan. I kena berlakun jadi suami baru Miriam. Kononnya anak dalam kandungannya itu anak I. “
“ Betul ke you berlakun? Atau you berlakun betul betul? Kucing kalau nampak ikan depan mata, takkan tak terkam?” Najlah membenamkan garfu dalam daging steak sekuat hati, melepaskan geram.
“ Miriam tengah sarat mengandung masa tu. Dia tua dari I dan I dah anggap dia macam kakak. Anyway I tahu dosa pahala. I was saving myself for you and it was worth it” Adham memandang redup pada Najlah. Dah mulalah penyakit gatal nya. Mentang mentanglah sebelum berlepas ada panggilan dari doctor mengatakan Papa sudah stabil. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Sambunglah lagi.” Gesa Najlah. Macam syok pula dengar cerita Adham. Entah entah dia temberang aku bulat bulat.
“ Suleyman percaya yang I sudah berkahwin dengan Miriam selepas I tunjuk gambar kami berdua. Ada dua keping gambar yang kami ambil. Satu masa Malaysian Night di Melbourne University yang ada upacara perkahwinan olok olok. I dengan Miriam saja suka suka ambil gambar atas pelamin lepas habis persembahan. Gambar yang kedua kami ambil masa Hari Raya. Miriam pakai baju kurung songket yang di pinjam dari pelajar Malaysia. Dia teringin sangat nak pakai baju tradisional orang Melayu. I pakai baju Melayu sebab baru lepas sembahyang Raya. Jadi gambar tu nampak real lah, macam baru nikah di Islamic Centre. Nasib baik si Suleyman tak minta tengok marriage certificate, kalau tak kantoi plan kita. Senang cakap Suleyman percaya bulat bulat dan tak kacau dah lepas itu. Yang tak bestnya, cerita yang I kahwin dengan Miriam tersebar di kalangan pelajar Malaysia di sana. Macam macam versi ada. Ramai betul Kak Nam di sana yang suka tokok tambah. Nasib baik Mak Tam tak datang pelangkung I di Melbourne. I memang geram tapi lama lama I malas nak layan. Tak sangka cerita tu boleh sampai kat you. Let me guess, Liza yang cakap kan?”
Najlah mencebik. Dia masih ingat penggilan telefon dari Liza malam sebelum pernikahan. Cara Liza cakap betul betul meyakinkan. Sampai aku tak boleh tidur semalaman. Nasib baik aku tak tertidur masa tengah sarung cincin.
“ I tak tahulah nak percaya atau tidak. Anak dia Ibrahim tu ada iras muka Melayu ” Muka Adham di renung dengan teliti mencari persamaan dengan anak Miriam.
“ Orang Turki bukan semua rupa macam Miriam. Ada juga yang rupa seakan Melayu. Suleyman berkulit gelap, muka pun leper. Lagipun kalau itu anak I, takkanlah nama dia sama dengan nama I. Ibrahim bin Ibrahim Adham. Tak logik”
“ Kenapa pula tak boleh? Ex Menteri besar Selangor dulu nama Muhammad bin Muhamad Taib?” Najlah tak nak mengalah. Adham menepuk dahi.
“ Adoilah… you ni patut jadi lawyer macam bapa you. Kalau you tak percaya, I dengan Ibrahim boleh buat DNA test.”
“ Tak payahlah. Bila I fikir balik , rasanya budak tu terlampau cute. Tak mungkin anak you” Najlah mengusik.
“ Oh… nak kenakan I ya.” Adham menarik hidung Najlah. Finally, dapat tengok Najlah tersenyum.
“Kesian Ibrahim kecil. Dia comel sangat tapi tak ada bapa”
“ Well, itu keputusan Miriam. Dia rasa dia mampu membesarkan anaknya sendiri. Terpulanglah pada dia sama ada dia nak ceritakan kisah sebenar bila Ibrahim besar nanti.”
“ You tak pernah ke tergerak hati nak kahwin dengan Miriam?”
“ Sumpah tak. I langsung tak ada perasaan cinta pada dia. Tapi I sayangkan dia dengan Uthman macam keluarga. Dia orang banyak tolong I. Itulah cerita sebenarnya. Lain kali you janganlah dengar gossip dari mulut orang. Especially orang yang dengki dan tak boleh tengok orang lain senang. Sekarang puas hati?”
Tak puas lagi. Macam ada sesuatu yang di sorok Adham. Kalau tak ada apa apa , kenapa dia mengajak Miriam ke KL? Nalurinya mengatakan ada yang tak kena.
“ Selama ni Miriam tinggal di mana? Kenapa dia nak pergi KL?”
“Dia tinggal dengan keluarganya di Istanbul. But she is a businesswoman and travels a lot. Dia ke Melbourne sebab nak tengok property keluarganya di sana. I ajak dia ke KL sebab dia tak pernah datang ke Malaysia. Salahkah kalau I nak bantu industry pelancongan? Itu saja, no other motive. I tak faham kenapa you nak jealous dengan Miriam? You ni tak pernah tengok cermin kah? Kalau I dah ada wife yang cun macam you, apa halnya I nak mengorat perempuan yang jauh lagi tua dari I.” Pipi Najlah di cubit. Najlah tersengih. Entah apa apa lah aku ni. Love makes some people very foolish.
“ Bodoh kan I ni? Mesti you malas nak layan I” Lampu dalam kapalterbang sudah di padam. Najlah menutup mulut menahan kuap. Perut yang kenyang di tambah dengan segala kekalutan sepanjang hari membuatnya mengantuk. Selimut di tarik hingga ke dada. Adham menaikkan arm rest yang memisahkan mereka dan merapatkan tubuhnya pada Najlah. Kepala Najlah terlentok di bahunya.
“ I tak akan malas layan you. Sampai bila bila ” bisik Adham penuh romantis. Tiada jawapan dari Najlah. Dia sudah jauh belayar ke alam mimpi.
. |
|
|
|
|
|
|
|
ye ye.. dh terjawab dh sapa miriam... |
|
|
|
|
|
|
|
yes..yes....terjawab akhirnya... |
|
|
|
|
|
|
|
midar x sempat nak speku jawapa dah ada ha ha ha ha
lewat masuk |
|
|
|
|
|
|
|
best sessangat
semua n3 smiley memang best
keep good work |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk la Liza tu wat fitnah kan............... |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya...suka sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
sukanya ngan adham... hero2 smiley sumer ada karisma tersendiri.....lagi smiley..... |
|
|
|
|
|
|
|
TQ
akhirnya terjawab sudah siapa miriam tu.
Najlah xkan jelous2 lg.
dlm rumahtangga jgn mudah percaya
gosip2 tanpa bukti yg kukuh.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Semua rumah tengah mood gembira2 jer...huhhhh lega YEM ngan LALA dah ok..umah detox gumbira Ensha dah time lamaran Amir...umah Blings kes Nancy Drew sumer dah selesai..Lan ngan Myra tgh honeymon...umah lain2 nanti nak p siasat....mood gembira ke sedih ke suspen ke... |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha ..best222 akhirnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah..semua rumah mcm happy je |
|
|
|
|
|
|
|
terjawab sudah persoalan ttg miriam.... |
|
|
|
|
|
|
|
junaaaaa where are uuuuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|