CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: marisa_anuar

MERGED - Kitchen Cabinet Part 2

 Close [Copy link]
Post time 28-7-2009 09:27 AM | Show all posts
saya pun dah book KC dgn patric

agar2, no tepon patric 0123562811, call lah dia buat appointment.. dia very okay
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 10:17 AM | Show all posts
bagus thread ni ya
patric, sy nak bertanya psl 'solid sen', bagus tak kayu ni utk dibuat cabinet dry kitchen?
bagaimana dgn kayu jenis oak dan maple?
harganya pun nak tau jugak
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 01:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by OneiZa at 28-7-2009 13:57

Meh kita jamu mata dengan latest projek dari www.senihias.com
KC Red Chili... Nampak meriah ruang dapurkan...!?











Sebarang pertanyaan sila ke www.senihias.com
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 04:09 PM | Show all posts
1410# OneiZa

uuihhh...canteknye...luas dapornye..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 10:31 PM | Show all posts
http://i243.photobucket.com/albums/ff52/patric_looi/SNC00421.jpg
patric_union Post at 13-5-2009 02:06


Hi Patrick..
I am new to this board.
I nak tau, u service sampai mana ye?Klang sampai tak?
I nak tau how much is the cost to do wall/TV cabinet like this?
PM me please..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 05:07 PM | Show all posts
cantiknyer dapur ni.. senihias ni ada kat penang tak???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2009 06:14 PM | Show all posts
mak aiii..cantiknyerrr..geram je tgkk..mahai x ekkk?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 10:53 PM | Show all posts
KC senihias tu cantik!
brp kos buat KC gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 12:50 PM | Show all posts
KC senihias tu cantik!
brp kos buat KC gitu?
maisarah_ain Post at 30-7-2009 22:53


mmg cantik...ramai yg bertanya termasuk sy..tp jawapan yg biasa diberi..'kc ke plaster syiling x sama harga utk setiap umah'...balik2 nak dtg tgk umah utk qoute harga...tp yg geramnya dah dtg ukur itu ini..bila janji nak hantar quotation..tertunda2...
bila hari yg dijanji x dpt qoutation gak bila call kata lupa, janji hari lain..smpai dah fed up sy...dan wat ksimpulan sendiri senihias byk job smpai x nak qoute umah sy.
blh lepas 2 minggu call sy nak tanya khabar kc dah siap...sy x kata apa..pas2 dia janji nak call balik psl skrg tgh drive...
awak tau smpai sudah x call...cam2 ke kontraktoryg bagus..setakat nak tanya harga kc/plaster syiing pun tertunda2...dpt keja betul nnt sy pun x pasti delay ke apa.
sy pun malas nak tulis kat sini..tp frust ngan kontraktor camni..janji x leh pakai...sy mmg dah plan nak ambik dia tu psl sy tgu qoutation dia..dah spend utk basic reno 20-30k.kalo byk job x blh ambik sblum raya bgtau la..x perlu kite ni menunggu..sudahnya ngan patric time tu juga blh bg harga kc..dan sy dah byr pun 30%..x yah nak penin ngan janji kontraktor yg x leh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 02:26 AM | Show all posts
nice to meet u patric.. thanks for the help... hope to get my CF asap..hehehe kenot sleep d
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 07:55 AM | Show all posts
Perbezaan material untuk kitchen cabinet carcass/body

Nak tanya pada siapa2 yg expert
Dah selak thread2 berkaitan kitchen and most of the discussions pasal material menjurus ke arah counter top dan pintu kabinet.
Rata-rata yg buat kitchen guna antara 2 material ni untuk cabinet carcass: melamine abs atau plywood
Sy dah jumpa beberapa kitchen cabinet maker, masing2 bg different views
Ada yg pro-melamine ABS and other yg pro-plywood
Boleh tak share experience bg sesapa yg guna 2 material ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 06:23 PM | Show all posts
Salam,

Adalah tidak adil untuk melabel kami sebagai kontraktor tak boleh pakai sedangkan kami tak pernah gagal menyiapkan kerja yang diamanahkan pelanggan. Syarikat kami sudah pun berada di pasaran membuat perabot selama 13 tahun. Sehingga hari ini perniagaan kami masih lagi mendapat pelanggan-pelanggan baru dari rujukan pelanggan-pelanggan lama dan di antara para pekerja kami adalah mereka yang telah bekerja dengan kami sejak mula beroperasi lagi. Kami telah menyiapkan pelbagai projek perabot baik untuk pelanggan kerajaan, swasta, pereka dan pemilik-pemilik kediaman. Kami sebagai sebuah pasukan pembuat perabot amat mengambil berat kualiti kerja kami. Prinsip kami sebelum pelanggan puashati, kami mesti puashati dulu. Kami amat mementingkan rekaan perabot kami samada dari sudut design, aspek-aspek praktikal mahupun minat dan kecenderungan pelanggan. Sebab itulah design kami berbeza-beza di antara satu rumah ke satu rumah. Sebab itu jugalah kami tidak memberi harga serta merta kerana kami perlu berfikir tentang rekaan yang menarik, nampak hidup dan sesuai.

Berbalik kepada pengalaman buruk puan goldfish, kami mohon maaf di atas kekecewaan yang dilalui. Memang bulan lepas kami agak sibuk sedikit dan selain beliau ada juga prospek pelanggan lain yang kami gagal layani dengan sempurna, malah sama seperti puan goldfish, ada di antara mereka telah pun mendapatkan kontraktor lain apabila kami menghubungi mereka semula. Kami sedar kelemahan kami di peringkat ini. Dan kami mengambilberat komplain puan goldfish.  Kami akan mengambil langkah untuk membaiki keadaan apabila berurusan dengan prospek pelanggan di masa depan.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 10:48 PM | Show all posts
1415# goldfish77

Oppsss...baru plan nk mintak quotation dr senihias utk KC n wardrobe umah kiter...takut ler plak...ada design dlm website dia berkenan bebenor nk copy...ingat nk cari 2-3 contractor quote compare pricing...hrp2 Patric tu bleh ler buat design camtu jgk
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 11:43 PM | Show all posts
Salam, kabinet ni baru siap minggu lepas, harap tuan rumah suka kabinet ni ya~ hehe   





Jika inginkan suasana yang cerah dan bersih, kabinet 3G door warna putih dalam gambar ni adalah best choice.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 09:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by goldfish77 at 5-8-2009 09:45
1415# goldfish77

Oppsss...baru plan nk mintak quotation dr senihias utk KC n wardrobe umah kiter...takut ler plak...ada design dlm website dia berkenan bebenor nk copy...ingat nk cari 2-3 contrac ...
mfadilaa Post at 4-8-2009 22:48


Terserah pd awak untuk menilai, moga kes sy tak terjadi pd pelanggan2 lain. Sy marah sbb byk sgt berjanji tp tak ditepati (sy blh listkan detail butiran kalo mahu). Sblum sy complaint dlm forum ni sy ada msg dia panjang lebar lg..tp smpai ke sudah x de panggilan balik ckp minta maaf ke apa. blh pulak ada sblum tu call hpnya OFF. tp bila sy tulis dlm ni tetiba smlm br call kata minta maaf lepas terbaca kisahnya jd tatapan umum warga CARI.
Pd saya, Terpulang pd kita utk mengambil kontraktor bg u/suai rumah dan x dinafikan kontraktor pun blh memilih job mereka, tp jangan berjanji kalo x dpt penuhi (dr komen senihias pun dpt agak yg ada pelanggan lain yg senasib sy, tp mungkin x nak panjangkan hal)...alasan BZ psl byk keja dan meeting...itu bukan masalah kami sbgai pelanggan, kalo x dpt buat ckp elok2, susah sgt email atau msg. bila dpt panggilan smlm tahula sy yg kontraktor ni ada lebih dr 3 no. hp dan blh tutup hp bila nak 'mlarikan diri' dr panggilan spt sy.

Sy pun bukan nak memburukkan kontraktor tersebut...tp smoga kes sy walau kes terpencil namun dpt jdkan iktibar dikemudian hari. Kalau berjanji, biar dipenuhi..x kira apa janji tersebut. Org kita kaya dgn budi bahasa, gunakan budi bahasa utk menolak kerja kalau dah nak mementingkan kualiti keja sgt. Jd sama2 jelas dan berpuas hati. Kami pelanggan pun punya perasaan dan boleh faham dgn alasan yg logik bukan stakat alasan BZ meeting,keja sana sini(semua org pun tau).
Jd sy pun x nak panjang cerita, sy terima kata MAAF dari SENIHIAS, selesai disini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 10:51 AM | Show all posts
patric.... u ada website x?.. i nak tengok ur others collection.. i tengah survey KC for our new house.. i like ur collection.. simple n kemas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2009 11:01 AM | Show all posts
1418# goldfish77

Salam puan Goldfish,

Kalau boleh saya tak nak panjangkan isu ni. Tapi ini betul-betul tak adil.

Ya, saya gagal beri sebutharga dalam tempoh yang saya janjikan. Itu saja kesilapan saya. Saya bukan collect deposit dan kemudian lari tak buat kerja. Saya bukan janji nak buat kabinet macam tu, tapi bagi macam lain. Saya belum bagi apa-apa lagi. Tidak ada obligasi di pihak saya dan di pihak puan. Puan boleh mendapatkan kontraktor lain pada bila-bila masa kalau berpendapat kami mungkin tak mampu memberi khidmat sebagaimana yang puan harapkan. Di pagi saya telefon untuk berikan sebutharga tu puan cakap puan dalam meeting dan akan telefon kemudian. Kemudian puan telefon saya sedang memandu rushing untuk ke meeting di Putrajaya. Kemudian puan call lagi lewat petang tu, saya masih dalam meeting. Selepas meeting saya lupa telefon balik puan tapi saya dapat mesej awal pagi esoknya dengan nada yang sarkastik dan marah-marah. Terus terang saya tak berminat kalau macam ni caranya. Kalau saya dah buat kerja puan, puan tak suka kerja saya, by all means tegur, marah atau reject. Tapi bukan marah-marah atas sebab andaian puan semata-mata. Kemudian orang beritahu saya mengenai posting puan di forum ini. Sekarang puan cakap saya ada lebih dari 3 telefon. Dan tutup telefon suka-suka hati. Bila masa saya ada 3 telefon? Ini fitnah namanya. Saya tak tau apa sebenarnya motif puan menghasut pelbagai andaian tentang kami sedangkan puan sudahpun memilih kontraktor yang puan yakin lebih baik dari kami untuk membuat kabinet puan.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 12:46 PM | Show all posts
apa ni xfaham la...dh jd kes plak xpsal2
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 12:48 PM | Show all posts
lai kali ken jadik lebih profesional lah.....

org melayu nie kalau pasal janji memang sensitif.... sebab janji itu satu penantian..... satu penantian tue adalah satu penyiksaan....

wassalam... peace
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 12:49 PM | Show all posts
1415# goldfish77

Oppsss...baru plan nk mintak quotation dr senihias utk KC n wardrobe umah kiter...takut ler plak...ada design dlm website dia berkenan bebenor nk copy...ingat nk cari 2-3 contrac ...
mfadilaa Post at 4-8-2009 22:48


xpe fadila...jgn sedih...bnyak lg kontraktor yg lain boleh bg komitmen yg lg bagus...cuma kena pandai survey je tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.117635 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list