CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: keypochino

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 3

 Close [Copy link]
Post time 20-2-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 20-2-2021 06:22 PM
@seribulan @Kak-Leen hasil tangkapan tadi. Rm223 segram. Alhamdulillah. Boleh la dari takde kan

wahhh crown!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-2-2021 07:00 PM
Esok beraya

Selamat hari raya.....tahniah.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 20-2-2021 03:06 PM
Skrg dah back to ACV +honey, green tea & lemon + ginger. Plain water sebaik celik mata. Standby ai ...

aah luka luka.. dah mandi dah lawa dah.. mata snow ni dua color biru and grey.. apa nama dia lupa. Teror kak leen ni minum air... good. Saya ni payah minum air kosong.... mak buat kuih talam... sedapp walau xde daun pisang... lontong?? sedap tu.

Kaki dila x sakit dah.. ni skipping.. nasib masih boleh skipping. Tadi main roller blade dgn adam and si sche and MJ sebut mr queen dah tertengok ni.... berkebun tadi... tanam kacang and daun sup. My lettuce dah berbunga.. tapi xtaula.. roselle pun dah ada kuntum bunga tu.. ulam raja je mcm layu... beli baja tahi ayam je tadi... yg mahal mybe dila x reti.. tabur banyak sgt kot.... malam dinner apa kak leen?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:08 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT


CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA


20 FEBRUARI 2021


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);


Kes sembuh : 4,782 kes (244,753 kes kumulatif, 87.3%);
Kes baharu : 2,461 kes (280,272 kes kumulatif);
Kes import : Tiada
Kes tempatan : 2,461 kes [1,589 warganegara (64.6%); 872 bukan warganegara (35.4%)];
Kes aktif : 34,468 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 207 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 91 kes; dan
Kes kematian : 8 kes (1,051 kes kumulatif, 0.37%).


Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,001 kes (40.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 757 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 257 kes (10.4 peratus) dan Johor sebanyak 233 kes (9.5 peratus).


Sebanyak 298 kes (12.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (50 kes), Kluster Tembok Bendera (39 kes), Kluster Tembok Tapah (33 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), Kluster DTI Sepang 2 (8 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (3 kes).


Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes di Selangor, Sabah, Perak, dan Kelantan. Kesemua  kes kematian melibatkan  warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.


Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.




MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER


Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 20 Februari 2021:


Jumlah kluster : 1,068 kluster;
Jumlah kluster baharu :10 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 558 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Terolak, Kluster Persiaran Tasek, Kluster Jalan Mawila, Kluster Rawa Akasia, Kluster Pasar Baru, Kluster Sawmill Luit, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Kampung Badak, Kluster Jalan Ijuk, Kluster Belati, dan Kluster Setapak Indah;
Jumlah kluster aktif : 510 kluster;
Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 91 kluster; dan
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Sungai Putus (128 kes), dan Kluster Tanjung Suria (64 kes).
KLUSTER BAHARU


KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, dan kesemua kluster adalah kluster berkaitan tempat kerja.


Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.


No.        Nama Kluster        Negeri        Kategori Kluster
1        Jalan Tanjung Enam        Johor        Tempat Kerja
2        Jalan Wawasan 14        Johor        Tempat Kerja
3        Batu Dua Setengah        Johor        Tempat Kerja
4        Jalan Lapangan Terbang        Johor        Tempat Kerja
5        Perdana Tiga        Selangor        Tempat Kerja
6        Jalan Perusahaan Satu        Selangor        Tempat Kerja
7        Batu Sebelas        Perak        Tempat Kerja
8        Jalan Pelabuhan        Perak        Tempat Kerja
9        Jalan Pasar        Sabah        Tempat Kerja
10        Tapak Bina Kasia        Negeri Sembilan        Tempat Kerja
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19


KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;


Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.


Sekian, terima kasih.


TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH


KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


20 Februari 2021 @ 6.00 petang.




LAMPIRAN 1


BILANGAN KES COVID-19


MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA


(SEHINGGA 20 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)


NEGERI        BILANGAN KES BAHARU *(    )        BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR        1,001        93,527
SABAH        109        51,979
JOHOR        233        33,382
WP KUALA LUMPUR        230        33,217
NEGERI SEMBILAN        89        13,862
PULAU PINANG        87        10,461
PERAK        108        8,105
SARAWAK        134        7,758
KEDAH        101        7,454
MELAKA        32        5,786
KELANTAN          257        4,457
PAHANG        42        3,694
TERENGGANU        22        3,119
WP LABUAN        0        2,233
WP PUTRAJAYA        13        1,035
PERLIS        3        203
JUMLAH KESELURUHAN        2,461        280,272




LAMPIRAN 2


Kes positif 2,461 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Februari 2021 adalah seperti berikut:


Selangor: 1,001 kes
409 kes daripada kluster-kluster; termasuk 50 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perdana Tiga dan Kluster Jalan Perusahaan Satu;
348 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
244 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 257 kes
196 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 233 kes  
106 kes daripada kluster-kluster, termasuk 56 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tanjung Enam, Kluster Jalan Wawasan 14, Kluster Batu Dua Setengah, dan Kluster Jalan Lapangan Terbang;
73 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 230 kes  
89 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: 134 kes
43 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 109 kes
49 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pasar;
40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 108 kes
95 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Sebelas dan Kluster Jalan Pelabuhan;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 101 kes
10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
82 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 89 kes
21 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Kasia;
21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 87 kes
35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 42 kes
34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: 32 kes
15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: 22 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: 13 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perlis: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.




LAMPIRAN 3


Ringkasan lapan (8) kes kematian pada 20 Februari 2021 adalah seperti berikut:


No. Kematian        No. Kes        Negeri        Jantina (warganegara)        Umur (tahun)        Hospital / Tempat Kematian        Latar Belakang
1044        158122        Sarawak        Perempuan (WN)        78        Hospital Sibu        Penyakit darah tinggi dan dislipidemia
1045        218917        Sarawak        Lelaki (WN)        49        Hospital Miri        Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan Critical Limb Ischemia
1046        242026        Sarawak        Lelaki (WN)        46        Hospital Bintulu        Penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
1047        244987        Perak        Lelaki (WN)        67        Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh        Laryngeal cancer
1048        251342        Sarawak        Lelaki (WN)        58        Hospital Sibu        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1049        266369        Kelantan        Perempuan (WN)        70        Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai        Penyakit darah tinggi
1050        269875        Selangor        Perempuan (WN)        81        Hospital Sungai Buloh        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1051        275947        Sabah        Lelaki (WN)        81        Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu        Penyakit darah tinggi
*WN merujuk kepada warganegara.


LAMPIRAN 4


Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:


KLUSTER JALAN PERUSAHAAN SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan 1, Kawasan Perusahaan Beranang, Hulu Langat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 472 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER PERDANA TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Disember 2020 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Industri Rawang Perdana, Rawang. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 52 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER JALAN LAPANGAN TERBANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 482 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER JALAN TANJUNG ENAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah kilang yang terletak di Jalan Tanjung A/6, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 341 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER JALAN WAWASAN 14
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265716) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 14, Kawasan Perindustrian Sri Gading II, Batu Pahat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER BATU DUA SETENGAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-230283) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 2 1/2, Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER JALAN PASAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-252809) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan sosial pekerja-pekerja sebuah pasar yang terletak di Kota Belud, Sabah. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini


KLUSTER JALAN PELABUHAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261378) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang tinggal di Jalan Pelabuhan Utama, Taman Perindustrian IKS, Manjung. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini


KLUSTER BATU SEBELAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-271720) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 11, off Jalan Kuala Kangsar, Chemor. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER TAPAK BINA KASIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Desa Kasia, Bandar Baru Nilai, Seremban. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 155 individu telah disaring, di mana 51 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:09 PM | Show all posts
noor2 replied at 20-2-2021 06:01 PM
Selamat hari raya.....tahniah.. hehe

Arigato gozaimas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 20-2-2021 04:21 PM
Size 20, keypo.
Ni anak yg ketiga. Kakaknya size 19. Akak size 17.
Dompok2 jari kitong.

ait xkanla size dila lagi kecik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 20-2-2021 04:15 PM
Kita x boleh pilih vaksin yg mana satu kan.. UK ambil Pfizer rasanya.. Betulkan akak kalau silap,  ...

truth vaksin terbaik ialah sop.. hehehe even so dah 2nd vaccine mcm ok je.. jgn lupa 21hb Feb ni vaccine sampai ke Malaysia.. live kat FB kkm
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 20-2-2021 07:01 PM
wahhh crown!!!

Pilih tadi dua minit je. Hahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-2-2021 06:28 PM
Cantiknyeee ...td tanya kedai RM226 dah

Kedai area mana SB?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 20-2-2021 07:21 PM
Pilih tadi dua minit je. Hahaha.

i think personality kaben is very soft and girlish.. so sesuai sgt cincin tu. yup kita bila dah jumpa.. terus grab!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:23 PM | Show all posts

Area tempat kerja



Ramen utk Oden stimbot...nomnom..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Setandan baru sampai...nampak gaya kena buat kerepek ... ... Jiran ni rajin memberi..sok masak bgi dia lauk lah ...bapak tinggal...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-2-2021 04:33 PM
Berapa rege tu? Nangeh @kuihbakar dengo...

Hahaha berapa rega tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:25 PM | Show all posts
makadek replied at 20-2-2021 06:24 PM
Setandan baru sampai...nampak gaya kena buat kerepek ... ... Jiran ni rajin memberi..sok masak  ...

Baru beli kerepek pisang...sedap krup krap
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:25 PM | Show all posts

Ribu2 katanya...semua RM1000++
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:26 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-2-2021 07:25 PM
Baru beli kerepek pisang...sedap krup krap

Doakn ku rajin haha tk pernah buat
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:28 PM | Show all posts
makadek replied at 20-2-2021 06:26 PM
Doakn ku rajin haha tk pernah buat

boleh.. Ketupat sotong tu baharu buat
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 20-2-2021 08:07 AM
Mana la tau..bila hang tiba2 kaya ada la yg ngaku sedara.. tu pun selalu dlm drama.. reality pon s ...

Hahahaha.. Bluerkkkk.. Iols x minat nak jadi kaya.. Hahaha.. Dari dulu iols pegang prinsip itu....iols minta rezeki sentiasa mengalir mcm air sungai saja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 20-2-2021 08:02 AM
Semalam dok belek nak redeem reward Touch & Go . FP punya x pernah lagi redeem. Ni semua sebab MCO ...

Points boost dan grab pun byk.. Sy x tau nak redeem apa.. Huhuhu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 1.135395 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list