|
forselab posted on 20-9-2012 01:38 PM
tepekla gambar sekali krisp...
Malaslah nak tepek gambar segala ni sebab utamanya ialah tak tahu, hehe dan sebab keduanya ialah dah bersepah gambar2 kat beijing ni kat thread yang awal2. Rupa tembok tu macam tu jugaklah, rupa forbidden city, kedai2 shopping tu pun macam tu jugaklah yang bezanya ialah muka makcik2 yang tempel kat gambar tu. Lagipun I share info ni supaya mereka yang lain bolehlah explore cara lain untuk tour ke Beijing ni. Rata2 yang pegi sana nak shopping sakan kan? Kalau pegi sendiri takdelah terikat dengan tempat2 kerajaan yang dah disekalikan dalam pakej tour agency. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Ketiga - Jumaat
Untuk hari ini pun kami sewa kereta & driver (400Y) untuk pegi ke Jambatan Marco Polo (bayaran masuk 20Y).
Dekat sinilah yang I cakap tu, perkampungan dekat2 tu bau hancing belaka. Atas jambatan tu of courselah tak berbau dah kiri kanannya laut. Pemandangan kat sini cantik sekali.
Keluar dari situ kami lunch kat restoran muslim (144Y).
Lepas lunch, kami bergerak ke Summer Palace (bayaran masuk 30Y). Dalam Summer Palace tu kamipun naiklah boat ride (15Y).
Habis berjalan kami pegi kat tempat ni (lupalah namanya) untuk urut kaki (rasanya tempat yang sama seperti yang forumer lain pegi kot). Guide kita orang tak paksa cuma dia tanya lah samada kami nak nak pegi urut. My friend pulak tak pernah baca forum kat cari ni jadi dia tak taulah penangan yang kita akan terima kat tempat2 kerajaan ni (btw guide kita orang ni pun bagus. Dia kata kalau kami tak nak beli produk, ubat tu semua, berkeras aje kata tidak). Tapi since my friend dah commit, kami pegi ajelah. Ok, sini I nak bagi kronologi masa berada dalam bilik urut tu (kami asyik ketawa aje bila memikirkan part ni)
Mula2 diletakkan baldi air suam berisi herba untuk rendamkan kaki. Datanglah seorang lelaki ni (tak taulah samada doctor ke atau apa) yang bercakap dalam dialek Indonesia bercerita tentang kebersanan refleksologi ni. Dah habis penerangan dari dia, datanglah dua budak lelaki tersengih2 mula nak mengurut kaki kami. Dalam masa yang sama adalah sorang budak perempuan (jugak tersengih2) berdiri kat pintu masuk bilik tu (takut kita orang lari kot). Lelaki yang boleh berbahasa Indon tu kemudian tanya samada kami nak buat pedicure tak. Kita orang kata okay aje, so datanglah lagi dua orang budak (tersengih2 lagi) untuk buat pedicure. Tau2 aje dah ada 2 budak perempuan (jugak tersengih2) kat pintu masuk bilik tu. Kemudian datang entah dari mana pulak lagi 2 orang budak lelaki mengurut2 tangan kami. Lelaki yang boleh berbahasa Indon tu keluar pasal katanya ada doctor dari Tibet nak bagi penerangan sambil menengok tapak tangan. Doktor Tibet pun datang dengan interpreternya. So, sekarang you all boleh kira tak berapa ramainya manusia dalam bilik tu hanya untuk melayan kami aje (dan semuanya tersengih2 memanjang). Seperti yang dijangka, doctor Tibet mulalah bla bla bla dan sang interpreter pun bla bla bla tapi my friend berkeras tak nak beli jugak. Bila dorang tengok yang kami memang nekad tak nak beli, serta mertalah hilang senyuman dan sengeh yang tak henti2 dari mula kami masuk tadi dan sorang demi sorang beredar dari bilik tu. Kami hanya bayar duit pedicure aje (100 Y) hehehe
Pelancungan kami diteruskan ke Hutong. Hutong ni macam perkampungan Beijing yang lama lah. (Bayaran untuk tour 150Y). Nak tau lebih lanjut pasal Hutong ni, rajin2lah surf kat google ye.
Driver kemudian hantar kami balik kat hotel dan kami pun bye2lah kat dia. Bagi tip sekali (40Y).
Malam tu jalan2 kat complex2 berdekatan hotel dan tapau McD (55Y)
|
|
|
|
|
|
|
|
kopokleko posted on 18-9-2012 04:37 PM
Betul ke tandas dia kotor? atau sekadar khabar angin je?
kotor giler...serius...dan berbau hancing especially kat great wall. tandas xde air ye.......nak , bawah air botol mineral tadah kat sinki sebelum masuk toilet. |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak sesape penah guna ground package ke Beijing dr Andalusia..? |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Keempat - Sabtu
Hari ini kami naik subway (2Y) pegi ke Beijing Ancient Observatory (bayaran masuk 20Y). Kat sini kita boleh lihat peralatan2 yang orang Cina zaman dulu gunakan untuk mendalami ilmu astronami.
Keluar dari observatory centre tu kami naik teksi untuk pegi ke Masjid Nujie (29Y). Sampai kat Masjid Nujie (bayaran masuk 20Y), buat solat sunat kejap.
Keluar dari situ kami lunch kat restoran muslim berdekatan (270Y). Kali ni mahal sikit pasal kami order Peking Duck.
Kalau ikut perancangan awal, kami sepatutnya pegi ke Beihei Park tapi rasanya dah banyak sangat park yang kami pegi, so plan tu kami scrap dan terus ajak tour guide kami bawak pegi shopping. So kita orang naik teksi pegi Tianyi Market (29Y). Nak dekat pukul 5 atau 6 gitu, kami naik teksi balik hotel (31Y).
Sampai hotel, kami pun bye-bye dengan tour guide dan bayar duit dia untuk 4 hari tu (1200Y). Rehat2 kejap kemudian dalam pukul 6pm terjah Yashou Market lagi sekali, naik teksi (28Y). Bershopping macam nak rak kemudian balik semula ke hotel (20Y).
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari Kelima - Ahad
Keluar lambat (dalam pukul 11 pagi) sikit pasal nak packing siap2 lepas tu check out. Park kan barang kat hotel kemudian kami naik teksi (21Y) pegi ke persekitaran Masjid Nujie. Ingatkan nak cubalah restoran lain kat kawasan tu tapi alih2 ke restoran yang sama jugak kami pegi tapi order makanan lain lah (175Y).
Singgah kejap kat Supermarket Nujie dan beli biskut dan kudapan (31Y).
Ambik teksi untuk pergi ke Beijing Zoo Market (34Y). Beijing Zoo Market ni menjual barang2 secara wholesale. Manusia punyalah ramai tapi dapatlah sambar satu 3 piece tracksuit (atau sweatshirt) dalam 90Y, pada I murahlah ni. Cukup seksa nak tahan teksi dari sini so kami pun naik subway untuk pegi ke Silk Street (2Y). Menyopping kat sana untuk menghabiskan baki Renminbi yang ada sampai pukul 5pm – 6pm gitu kot. Bukannya kerana masa terhad tapi pasal kaki dah tak larat nak berjalan. Balik ke hotel naik teksi (14Y).
Lepak2 kat lobi hotel sampai pukul 9 pm kemudian ambik teksi untuk ke airport (90Y). Kemudian tunggulah kapalterbang berlepas pukul 2pm. Dah tamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
krisp posted on 21-9-2012 09:44 AM
Hari Kelima - Ahad
Keluar lambat (dalam pukul 11 pagi) sikit pasal nak packing siap2 lepas tu check ...
MIntak nasihat,
cuaca sekarang di Beijing mcm mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
krisp posted on 20-9-2012 03:56 PM
Hari Ketiga - Jumaat
Untuk hari ini pun kami sewa kereta & driver (400Y) untuk pegi ke Jambatan Mar ...
boleh bagi bg tau overall spend brp ribu ke beijing nih??
|
|
|
|
|
|
|
|
krisp posted on 21-9-2012 09:44 AM
Hari Kelima - Ahad
Keluar lambat (dalam pukul 11 pagi) sikit pasal nak packing siap2 lepas tu check ...
Nak tanya yg kedai2 makanan halal tuh memang tour guide yg bawak ker? Or you yang search sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
krisp posted on 20-9-2012 03:56 PM
Hari Ketiga - Jumaat
Untuk hari ini pun kami sewa kereta & driver (400Y) untuk pegi ke Jambatan Mar ...
McD sana ada cop mohor halal tak yee ..kalu ada, senang la nanti nak tuju ke mana kalu terdesak
|
|
|
|
|
|
|
|
Xde ke thread Khas bincang pasal Xian..?
Ved nak kesana Mei depan |
|
|
|
|
|
|
|
jari10 posted on 23-9-2012 12:04 AM
McD sana ada cop mohor halal tak yee ..kalu ada, senang la nanti nak tuju ke mana kalu terdesak
...
dari observation saya mmg TAKDE COP HALAL. negara makan babi memanjang. nak buat camne kan. hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
kopokleko posted on 18-9-2012 04:37 PM
Betul ke tandas dia kotor? atau sekadar khabar angin je?
Kalau ckp bab tandas, mmg uweekkkkk....tapi tandas kat Bird Nest Stadium tuh kira ok lah tapi saya nasihatkan kepada travellers semua bawak wet and dry tissue....botol mineral pun leh gak standby bawak takut laa terb***k lak nanti...kat sana takde paip.. Paip sinki ada laa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk ke tandas, memang wajib bawak 1 botol air mineral & wet tissue. Even toilet dlm masjid pon xde air. Terpaksa tadah air kat sinki & bwk masuk ke dlm toilet. |
|
|
|
|
|
|
|
krisp posted on 21-9-2012 09:44 AM
Hari Kelima - Ahad
Keluar lambat (dalam pukul 11 pagi) sikit pasal nak packing siap2 lepas tu check ...
tqvm .. share info ..boleh pass contact tour agent kat beijing tue tak ? |
|
|
|
|
|
|
|
Tumaris Reestaurant
Terletak dalam bangunan (pejabat kot) & kena naik lif ke tingkat 3 untuk ke restoran. Kepunyaan kaum Xinjiang & ada performance tarian Xinjiang. So yang famous di sini tentulah juga sate kambing.
Ni je la gambar yang sempat ambik sbb semua org kelaparan x sempat ambik gambar
|
|
|
|
|
|
|
|
Restoran yang terletak dalam kedai gomen yang jual barang2 tembikar. Singgah masa dalam perjalananan ke Great Wall.
Makananan kat China ni yang paling best sayur2 dia. Sgt fresh dan manis rasanya. Dia masak simple2 pon dah sedap. Xde pon sayur yang pahit.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|